Ringkasan Akidah Muslim


Ringkasan Akidah Muslim

oleh

Syeikh Muhammad Jamil Zainu Rahimahullah,

Bekas pengajar di Darul Hadis Khairiyah, Makkah al-Mukarramah

Meninggal pada 8 Oktober 2010/29 Syawal 1431 H

Terjemahan: Kumpulan Penterjemah AFN

*لماذا خلقنا الله تعالى؟
خلقنا لنعبده وَلاَ نشرك بِهِ شيئاً،
} وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ} [الذّاريات: 56.[
«حقُّ الله عَلَى العبادِ أَنْ يعبدوه وَلاَ يشركوا بِهِ شَيْئاً» [متّفق عَلَيهِ[.

S:Mengapakah Allah taala mencipta kita?
J: Allah taala mencipta kita untuk kita menyembahnya dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu.

Dalil: 
Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah-Ku (Adz-Dzariyat:56)

Haq Allah keatas sekalian hamba adalah aagar mereka menyembah-Nya dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu (Muttafaq ‘alaih)

* كَيْفَ نعبد الله؟
كَمَا أمرنا الله ورسوله مَعَ الإخلاص،
}وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ} [البيّنة: 5[.
«مَن عمِلَ عمَلاً لَيْسَ عَلَيهِ أمْرُنا فَهُوَ رَدٌّ» (أَيْ مردود) [رواه مسلم[.

S: Bagaimanakah kita menyembah Allah?
J: Sepertimana yang diperintah oleh Allah dan rasul-Nya, iaitu dengan Ikhlas.

Dalil:
Dan mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Allah dengan ikhlas demi agama ini (Al-Bayyinah:5)

Sesiapa yang beramal dengan satu amalan yang tidak kami kerjakan maka ia tertolak (Riwayat Muslim)

* هَلْ نعبد الله خوفاً وطمعاً؟
نعم نعبده خوفاً وطمعاً،
{وَادْعُوهُ خَوْفاً وَطَمَعاً} أَيْ خوفاً من نارهِ وطمعاً فِي جنّته [الأعراف: 56[.
«أسألُ اللهَ الجنّة وأعوذ بِهِ مِن النّار» [صحيح رواه أبو داود[.

S:Adakah kita menyembah Allah dengan rasa takut dan pengharapan?
J: Ya, kita menyembah Allah dengan rasa takut dan pengharapan.

Dalil:

Dan berdoalah pada-Nya dengan rasa takut dan penuh pengharapan (Al-A’raf:56)

Aku meminta syurga pada Allah dan aku berlindung dengan-Nya dari api neraka (Riwayat Abi Dawud)

* مَا هُوَ الإحسان فِي العبادة؟
مراقبة الله وحده الَّذِي يرانا
{إِنَّ اللّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيباً} [النّساء: 1]، {الَّذِي يَرَاكَ حِينَ تَقُومُ} [الشّعراء: 218[
«الإحسانُ أَنْ تعبُدَ اللهَ كأنّك تراه فإن لَمْ تكن تراهُ فإنَّه يراك» [رواه مسلم[

S: Apakah dia Al-Ihsan dalam beribadah?
J: Merasa dekat dengan Allah yang melihat kita.

Dalil:

Sesungguhnya Allah itu senantiasa mengawasi kamu semua (An-Nisa’:1)
Dialah yang melihatmu tatkala kau bangkit (Asy-Syu’ara’:218)

Al-Ihsan itu ialah kau menyembah Allah seolah kau melihat-Nya, maka jika tidak kau melihat-Nya maka sesungguhnya Dia melihatmu (Riwayat Muslim)

* لماذا أرسل الله الرّسل؟
للدّعوة إِلَى عبادته ونفي الشريك عَنْهُ،
{وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَّسُولاً أَنِ اعْبُدُواْ اللّهَ وَاجْتَنِبُواْ الطَّاغُوتَ} [النَّحل: 36[.
«الأنبياء إخوةٌ ودينُهُم واحد» (أَيْ كلُّ الرسل دعوا إِلَى التّوحيد) [متّفق عَلَيهِ[.

S: Mengapakah Allah mengutus para Rasul?
J: Untuk mengajak (sekalian manusia) agar menyembah-Nya dan menafikan sekutu bagi-Nya.

Dalil:

Dan telah kami utuskan bagi setiap umat seorang rasul agar mereka menyembah Allah dan menjauhi taghut (An-Nahl:36)

Para anbiya’ itu bersaudara dan agama mereka itu satu (yakni kesemua rasul mengajak kepada tauhid) (Muttafaq Alayh)

 

* مَا هُوَ توحيد الإله؟
إفراده بالعبادة كالدّعاء والنّذر والحُكم,
{فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ} أَيْ لاَ معبود بحقّ إِلاَّ الله [محمد: 19[.
«فليكن أوّل مَا تدعوهم إِلَيْهِ شهادة أَنْ لا إله إِلاَّ الله» (أَيْ إِلَى أَنْ يوحّدوا الله) [متّفق عَلَيهِ[.

S: Apakah itu mentauhidkan tuhan?
J: Mengesakan-Nya dalam ibadah, doa, nazar dan hukum (syara’)

Dalil ;

Maka ketahuilah bahawa tiada tuhan selain Allah (yakni tiada yang berhak disembah melainkan Allah) – (Muhammad:19)

Maka hendaklah apa yang pertama mengajak mereka kepada Allah ialah penyaksian bahawasanya tiada tuhan selain Allah)

(Muttafaqun Alaih)

* مَا معنى لاَ إله إِلاَّ الله؟
لاَ معبود بحقّ إِلاَّ الله،
{ذَلِكَ بِأَنَّ اللَّهَ هُوَ الْحَقُّ وَأَنَّ مَا يَدْعُونَ مِن دُونِهِ الْبَاطِلُ} [لقمان: 30[.
«من قَالَ لآ إله إِلاَّ الله وكَفَرَ بِمَا يُعبدُ مِن دون الله حَرُمَ مالُه ودمُه» [رواه مسلم[.

S: Apakah makna Tiada Tuhan Selain Allah?
J: Tiada apa yang berhak disembah melainkan Allah.

Dalil:

Itulah sesungguhnya Allah itu adalah Al-Haqq dan apa yang mereka ajak pada selain daripada-nya adalah batil. (Luqman:30)

Sesiapa yang mengatakan ‘Tiada tuhan selain Allah’ dan tidak beriman dengan apa yang disembah melainkan Allah, maka haramlah hartanya dan darahnya. (Riwayat Muslim)

* مَا هُوَ التّوحيد فِي صفات الله؟
إثبات مَا وصَفَ اللهُ بِهِ نفسَه أَوْ رسوله,
{لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ} [الشورى: 11[.
«ينزِلُ ربُّنا تبارك وتعالى فِي كلّ ليلةٍ إِلَى السّمَاء الدُّنْيَا» (نزولاً يليق بجلاله) [متّفق عليه[.

S: Apakah dia mengesakan dalam Sifat-sifat Allah?
J: Menetapkan apa yang disifatkan Allah atau Rasul-Nya mengenai diri-Nya.

Dalil:

Tiada suatu pun yang menyerupai-Nya dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat – (Asy-Syura:11)

Tuhan kita tabaraka wa ta’ala turun pada setiap malam ke langit dunia (yakni dengan penurunan yang sepadan dengan keagungan-Nya) – (Muttafaq Alayh)

* مَا هِيَ فائدة التّوحيد للمسلم؟
الهداية فِي الدُّنْيَا والأمن فِي الآخرة،
{الَّذِينَ آمَنُواْ وَلَمْ يَلْبِسُواْ إِيمَانَهُم بِظُلْمٍ أُوْلَـئِكَ لَهُمُ الأَمْنُ وَهُم مُّهْتَدُونَ} [الأنعام: 82[.
«حَقُّ العباد عَلَى الله أَنْ لاَ يُعَذّب من لاَ يُشرك بِهِ شيئاً» [متّفق عَلَيهِ[.

S: Apakah faedah tauhid kepada seorang muslim?
J: Petunjuk di dunia dan keamanan (dari azab) di akhirat.

Dalil:

Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. – (Al-An’am:82)

Hak para hamba kepada Allah adalah agar tidak diazab sesiapa yang tidak mensyirikkan-Nya dengan sesuatu – (Muttafaq Alayh)

* أين الله؟
الله عَلَى السّمَاء فَوْقَ العرش,
{الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى} (أَيْ علا وارتفع كَمَا جاء فِي البخاري) [طه: 5[.
«إنّ الله كتب كتاباً إنّ رحمتي سبقت غضبي فَهُوَ مكتوبٌ عنده فَوْقَ العرش» [رواه البخاري[

S: Dimanakah Allah?
J: Allah berada di atas langit, di atas Arasy.

Dalil:

Tuhan yang Maha Pengasih beristiwa’ di atas Arasy. – (Taha:5)

Sesungguhnya Allah telah menulis satu ketentuan bahawasanya ‘Rahmat-Ku mendahului kemurkaan-Ku’ dan ia tertulis di sisi-Nya dia atas Arasy. – (Riwayat Al-Bukhari)

* هَلْ الله معنا بذاته أم بعلمه؟
الله معنا بعلمه يسمعنا ويَرانا،
{قَالَ لَا تَخَافَا إِنَّنِي مَعَكُمَا أَسْمَعُ وَأَرَى} [طه: 46[.
«إنّكم تدعون سميعاً قريباً وَهُوَ معكم» [رواه مسلم[.

S: Adakah Allah bersama kita dengan pengetahuan-Nya atau zat-Nya?
J: Allah bersama kita dengan pengetahuan-Nya, Dia mendengar dan melihat kita.

Dalil:

Telah berkata (Allah) ‘Sesungguhnya Aku bersama kamu berdua, Aku dengar dan Aku lihat’ – (Taha:46)

Sesungguhnya kamu menyeru kepada yang Maha Mendengar lagi Maha Dekat, dan Dia bersama kamu semua – (Riwayat Muslim)

* مَا هُوَ أعظم الذّنوب؟
أعظم الذّنوب الشرك الأكبر،
{يَا بُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ} [لقمان: 13[.
«سُئِلَ صلى الله عليه وسلم أيُّ الذَّنب أعظم؟ قَالَ: أَنْ تدعو للهِ ندّاً وَهُوَ خلقك» [رواه مسلم[.

S: Apakah dosa yang terbesar?
J: Dosa yang paling besar ialah syirik akbar. Firman  : Wahai anakku. Janganlah engkau syirikkan Allah. Sesungguhnya syirik satu kezaliman yang besar [Luqman: 13]

Rasulullah  ditanya: Dosa apakah yang paling besar? Jawab baginda  : Berdoa kepada selain Allah, sedangkan Dia telah menciptakan engkau [HR Muslim]

* مَا هُوَ الشّرك الأكبر؟
هُوَ صرف العبادة لغير الله كالدّعاء,
{قُلْ إِنَّمَا أَدْعُو رَبِّي وَلَا أُشْرِكُ بِهِ أَحَداً} [الجن: 20[.
«أكبرُ الكبائر الإشراكُ باللهِ» [رواه البخاري[.

S: Apakah dia syirik yang paling besar?
J: Itulah mengalihkan penyembahan terhadap selain dari Allah seperti ketika berdoa.

Dalil:

Katakanlah sesungguhnya aku berdoa pada tuhanku dan tidak sekali aku mensyirikkan-Nya dengan satu apa pun. – (Al-Jinn:20)

Dosa besar yang paling besar adalah menjadikan sekutu bagi Allah. – (Riwayat Bukhari)

*مَا هُوَ ضرر الشرك الأكبر؟
الشّرك الأكبر يسبب الخلود فِي النّار،
{إِنَّهُ مَن يُشْرِكْ بِاللّهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللّهُ عَلَيهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ} [المائدة: 72[.
«من ماتَ يُشرِك باللهِ شيئاً دخل النّار» [رواه مسلم[.

S: Apakah bahaya syirik yang paling besar ini?
J: Syirik yang paling besar menjadi sebab kekalnya seseorang di dalam neraka.

Dalil:

Sesungguhnya sesiapa yang mensyirikkan Allah maka telah Allah haramkan baginya syurga, dan balasanyya adalah neraka. – (Al-Maidah:72)

Barangsiapa yang mati dalam keadaan mensyirikkan Allah dengan sesuatu maka dia masuk neraka. – (Riwayat Muslim)

* هَلْ ينفع العمل مَعَ الشّرك؟
لاَ ينفع العمل مَعَ الشّرك،
{وَلَوْ أَشْرَكُواْ لَحَبِطَ عَنْهُم مَّا كَانُواْ يَعْمَلُونَ} [الأنعام: 88[.
«من عمِلَ عملاً أشرك معيَ فِيهِ غيري تركتُه وشِرْكَه» [حديث قدسي رواه مسلم[.

S: Adakah amalan yang dilakukan bersama kesyirikan itu memberi manfaat?
J: Amalan yang dilakukan bersama kesyirikan itu tidak bermanfaat.

Dalil:

Dan kalau mereka sekutukan (Allah dengan sesuatu yang lain) nescaya gugurlah dari mereka, apa yang mereka telah lakukan (dari amal-amal yang baik). – (Al-An’am:88)

Barangsiapa yang beramal dengan satu amalan yang mana Aku disyirikkan dengan sesuatu selain daripada-Ku di dalamnya maka akutinggalkan amalannya dan syiriknya. – (Hadis Qudsi Riwayat Muslim)

*هَلْ الشّرك موجود فِي المسلمين؟
نعم موجود بكثرة مَعَ الأسف،
{وَمَا يُؤْمِنُ أَكْثَرُهُمْ بِاللّهِ إِلاَّ وَهُم مُّشْرِكُونَ} [يوسف: 106[.
«لاَ تقوم السّاعة حتّى تلحق قبائل مِن أُمّتي بالمشركين وحتى تُعبَد الأوثان» [صحيح رواه الترمذي[.

S: Apakah berlakunya syirik di kalangan muslimin?
J: Ya, apa yang dikesalkan ia berlaku dengan banyaknya.

Dalil:

Dan (orang-orang yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukannya juga dengan yang lain. – (Yusuf:106)

Hari kiamat tidak datang sehingga kabilah-kabilah dari umat ku menyusul orang-orang musyrik dan sehingga berhala-berhala disembah – (Riwayat At-Tirmizi)

* مَا حكم دعاء غيرِ الله كالأولياء؟
دعاؤهم شرك يُدخل النّار،
{فَلَا تَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلَهاً آخَرَ فَتَكُونَ مِنَ الْمُعَذَّبِينَ} (فِي النّار) [الشعراء: 213[.
«من ماتَ وَهُوَ يدعو مِن دون الله نِدّاً دخل النّار» [رواه البخاري[.

S: Apakah hukum berdoa kepada yang selain daripada Allah seperti para awliya’?
J: Doa itu adalah syirik yang boleh memasukkan seseorang ke dalam neraka.

Dalil:

Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, akibatnya engkau akan menjadi dari golongan yang dikenakan azab seksa. – (Asy-Syu’ara’:213)

Barangsiapa yang mati dalam keadaan dia berdoa kepada yang selain daripada Allah maka dia masuk neraka – (Riwayat Al-Bukhari)

* هَلْ الدّعاء عبادة لله تعالى؟
نعم الدّعاء عبادة لله تعالى،
{وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ} [غافر: 60[.
«الدّعاء هُوَ العبادة» [رواه الترمذي وقال حديث صحيح[.

S: Adakah doa itu satu ibadah kepada Allah ta’ala?
J: Ya, doa itu satu ibadah kepada Allah ta’ala.

Dalil:

Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu” – (Ghafir:60)

Doa itu ibadah – (Riwayat At-Tirmizi)

* هَلْ يسمع الأموات الدّعاء؟
الأموات لاَ يسمعون الدّعاء،
{إِنَّكَ لَا تُسْمِعُ الْمَوْتَى} [النمل: 80]، {وَمَا أَنتَ بِمُسْمِعٍ مَّن فِي الْقُبُورِ} [فاطر: 22[.
«إنّ للهِ ملائكةً سيّاحين فِي الأرض يُبَلّغوني عَنْ أُمّتي السّلام» [رواه أحمد[.

S: Adakah orang-orang yang telah mati itu mendengar doa?
J: Orang-orang yang telah mati tidak mendengar doa.

Dalil:

Sesungguhnya engkau tidak dapat menjadikan orang-orang yang mati (hatinya) itu mendengar – (An-Naml:80)

Dan (engkau wahai Muhammad) tidak dapat menjadikan orang-orang yang di dalam kubur itu mendengar. – (Fatir:22)

Sesungguhnya di sisi Allah terdapat malaikat yang bertebaran di muka bumi dan mereka menyampaikan pada ku salam dari umatku – (Riwayat Ahmad)

*هَلْ نستغيث بالأموات أَوْ الغائبين؟
لاَ نستغيث بهم بل نستغيث باللهِ،
{إِذْ تَسْتَغِيثُونَ رَبَّكُمْ فَاسْتَجَابَ لَكُمْ} [الأنفال: 9[.
«كَانَ إِذَا أصابه هَمٌّ أَوْ غَمٌّ قَالَ: يَا حيُّ يَا قيّوم برحمتك أستغيث» [رواه الترمذي[.

S: Adakah kita meminta pertolongan daripada orang-orang yang telah mati atau orang-orang yang tiada (ghaib)?
J: Kita tidak meminta pertolongan daripada mereka bahkan kita meminta pertolongan daripada Allah.

Dalil:

(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada tuhan kamu, lalu Ia perkenankan permohonan kamu – (Al-Anfal:9)

Dia yang tatkala kerisauan dan kesedihan menimpanya dia berkata: Wahai yang Maha Hidup, wahai yang Maha Kekal, dengan rahmat-Mu aku mohon pertolongan – (Riwayat At-Tirmizi)

* هَلْ تجوز الاستعانة بغير الله؟
لاَ تجوز الاستعانة إِلاَّ بالله,
{إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ} [الفاتحة: 5[.
«إِذَا سألت فاسأل الله وَإِذَا استعنت فاستعن بالله» [رواه الترمذي. [

S: Adakah harus memohon pertolongan selain dengan ALLAH?
J: Tidak harus memohon pertolongan selain dengan Allah.

{Pada Engkau jualah kami sembah dan pada Engkau jualah kami memohon pertolongan} [al-Fatihah:5]

{Apabila engkau meminta, maka mintalah kepada Allah dan apabila engkau memohon pertolongan, maka mohonlah pertolongan dariAllah.” } [HR. At-Tirmizi]

هَلْ يجوز النّذر لغير الله؟
لاَ يجوز النّذر إِلاَّ لله,
{رَبِّ إِنِّي نَذَرْتُ لَكَ مَا فِي بَطْنِي مُحَرَّراً فَتَقَبَّلْ مِنِّي} [آل عمران: 35[.
«من نذر أَنْ يُطيعَ اللهَ فلْيُطِعه ومن نذر أَنْ يعصِيَه فَلاَ يَعْصِه» [رواه البخاري[.

S: Adakah dibenarkan nazar kepada selain kepada Allah?
J: Nazar tidak dibenarkan melainkan kepada Allah.

Dalil:

(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata:” Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka terimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Al Imran:35)

Barangsiapa bernazar untuk mentaati Allah maka taatilah, dan barangsiapa yang bernazar untuk mengingkari-Nya maka janganlah ingkari-Nya. (Riwayat Bukhari)

هَلْ يجوز الذبح لغير الله؟
لاَ يجوز لأنّه مِن الشرك الأكبر,
{فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ} (أَيْ اذبح لله فقط) [الكوثر: 2[.
«لعَنَ الله مَن ذبح لِغير الله» [رواه مسلم[. 

S: Adakah sembelihan dibenarkan selain kerana Allah?
J: Sembelihan selain kerana Allah tidak dibenarkan kerana ia termasuk syirik paling besar.

Dalil:

Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). *Yakni sembelihlah kerana Allah semata-mata. (Al-Kauthar:2)
Allah melaknat sesiapa saja yang menyembelih untuk selain dari-Nya. (Riwayat Muslim)

 

*هَلْ يجوز الطّواف بالقبور؟
لاَ يجوز الطّواف إِلاَّ بالكعبة،
{وَلْيَطَّوَّفُوا بِالْبَيْتِ الْعَتِيقِ} (أَيْ الكعبة) [الحج: 29[.
«من طاف بالبيتِ سبعاً وصلّى ركعتين كَانَ كعتق رقبة» [رواه ابن ماجه[. 

S: Bolehkah tawaf di kubur?
J: Tidak boleh bertawaf (mengelilingi apa pun) melainkan Ka’bah.

Dalil:

Dan hendaklah mereka tawaf akan Al-Bait Al-‘Atiq (Kaabah) .(Al-Hajj:29)

Barangsiapa yang bertawaf mengelilingi Ka’bah tujuh kali, kemudian dia bersolat dua raka’at, maka dia seolah-olah telah memerdekakan seorang hamba. (Riwayat Ibn Majah)

 

هَلْ تجوز الصلاة والقبر أمامك؟*
لاَ تجوز الصّلاة إِلَى القبر,
{فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ} (أَيْ استقبل الكعبة) [البقرة: 144].
«لاَ تجلسوا عَلَى القبور، وَلاَ تصلّوا إليها» [رواه مسلم].

S: Bolehkah bersolat sedangkan kubur di hadapanmu?
J: Tidak boleh bersolat ke arah kubur.

Dalil:

Dan hadapkanlah wajahmu itu ke Al-Masjid Al-Haram. *Yakni dengan mendepani Ka’bah. (Al-Baqarah:144)

Jangan kamu semua duduk di atas kubur, dan jangan solat ke arahnya. (Riwayat Muslim)

  

*مَا حكم العمل بالسّحر؟
العمل بالسّحر من الكفر,
{وَلـكِنَّ الشَّيْاطِينَ كَفَرُواْ يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ} [البقرة: 102[.
«اجتنبوا السبع الموبقات: الشرك بالله، والسّحر» [رواه مسلم[.

S: Apakah hukum mengamalkan sihir?
J: Mengamalkan sihir sebahagian daripada kekufuran.

Dalil:

Akan tetapi puak-puak Syaitan yang kafir itulah (dengan amalan sihirnya); yang mengajarkan manusia ilmu sihir. (Al-Baqarah:102)

Jauhilah tujuh perkara yang membinasakan: (antaranya) Mensyirikkan Allah (Riwayat Muslim)

 

هَلْ يجوز الذّهاب إِلَى الكاهن والعرّاف؟
لاَ يجوز الذّهاب إليهما,
{هَلْ أُنَبِّئُكُمْ عَلَى مَن تَنَزَّلُ الشَّيَاطِينُ* تَنَزَّلُ عَلَى كُلِّ أَفَّاكٍ أَثِيمٍ} [الشعراء: 221-222[.
«من أتى عرّافاً فسأله عَنْ شيء لَمْ تقبل لَهُ صلاة أربعين ليلة» [رواه مسلم[.

S: Bolehkan pergi menemui tukang sihir dan tukang tilik?
J: Tidak boleh pergi menemui keduanya.

Dalil:

Mahukah, Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah Syaitan-syaitan itu selalu turun? Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa. (Asy-Syu’ara’:221-222)

Barangsiapa yang datang menemui tukang tilik lalu bertanyakan mengenai sesuatu, maka tidak diterima solatnya 40 malam. (Riwayat Muslim)

 

هَلْ نصدّق العرّاف والكاهن؟
لاَ نصدّقهما فِي إخبارهما عَنْ الغيب،
{قُل لَّا يَعْلَمُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّهُ} [النمل: 65[.
«من أتى عرّافاً أَوْ كاهناً فصدّقه بِمَا يقول فَقَدْ كفر بِمَا أُنزل عَلَى محمد» [صحيح رواه أحمد[.

S: Bolehkah kita mempercayai tukang sihir dan tukang tilik?
J: Kita tidak boleh mempercayai keduanya mengenai apa yang mereka khabarkan mengenai urusan ghaib.

Dalil:

Katakanlah tiada siapa yang mengetahui perkara ghaib di langit dan di bumi melainkan Allah. (An-Naml: 65)

Barangsiapa yang datang menemui tukang tilik atau tukang sihir lalu dia mempercayai apa yang mereka katakan maka dia telah kufur dengan apa yang diturunkan keatas Muhammad (s.a.w) (Riwayat Ahmad;Sahih)

 

*هَلْ يعلم الغيب أحد؟
لاَ يعلم الغيبَ أحدٌ إِلاَّ الله،
{وَعِندَهُ مَفَاتِحُ الْغَيْبِ لاَ يَعْلَمُهَا إِلاَّ هُوَ} [الأنعام: 59[.
«لاَ يعلم الغيبَ إِلاَّ الله» [حسن رواه الطّبراني[

S: Adakah sesiapa yang mengetahui perkara ghaib?

J: Tiada siapa yang mengetahui perkara ghaib melainkan Allah jua.

Dalil:

Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja. (Al-An’am:59)

Tiada siapa yang mengetahui perkara ghaib melainkan Allah. (Riwayat At-Tabarani;Hasan)

 

بماذا يجب أَنْ يحكم المسلمون؟
يجب أَنْ يحكموا بالقرآن والسنّة النّبويّة،
{وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللّهُ} [المائدة: 49[.
«الله هُوَ الحكم وإليه المصير» [حسن رواه أبو داود[.

S: Dengan apakah yang muslim wajib berhukum dengannya?
J: Mereka wajib berhukum dengan Al-Quran, dan As-Sunnah An-Nabawiyah.

Dalil:

Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah. (Al-Maidah:49)

Allah jualah (yang menetapkan) hukum, dan kepadanya tempat kembali. (Riwayat Abu Dawud;Hasan)

 

*مَا حكم العمل بالقوانين المخالفة للإسلام؟
العمل بِهَا كفر،
{وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللّهُ فَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ} [المائدة: 44[.
«وَمَا لَمْ تحكم أئمّتهم بكتاب الله ويتخيّروا مما أنزل الله إِلاَّ جعل الله بأسهم بينهم» [حسن رواه ابن ماجه[.

S: Apakah hukum mengamalkan undang-undang yang bercanggah dengan Islam?
J: Mengamalkannya bermakna kekufuran.

Dalil:

Dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah (Al-Quran) maka mereka itu semuanya orang-orang yang kufur – (Al-Maidah:44)

Dan tidaklah pemimpin-pemimpin mereka yang tidak berhukum dengan Kitabullah dan memilih-milih dari apa yang diturunkan Allah melainkan Allah menyediakan balasan seksa buat mereka – (Riwayat Ibn Majah: Hasan)

 

* هَلْ يجوز الحلف بغير الله؟
لاَ يجوز الحلف إِلاَّ بالله,
{قُلْ بَلَى وَرَبِّي لَتُبْعَثُنَّ} [التغابن: 7[.
«من حلف بغير الله فَقَدْ أشرك» [صحيح رواه أحمد[.

S: Bolehkah bersumpah dengan selain dari Allah?
J: Tidak boleh bersumpah dengan selain dari Allah.

Dalil:

Katakanlah: “Tidak demikian, demi Rabbku, benar-benar kamu akan dibangkitkan” (At-Taghabun:7)

Sesiapa yang bersumpah dengan selain dari Allah maka dia telah melakukan syirik (Riwayat Ahmad:Sahih)

 

* هَلْ يجوز تعليق الخرز والتّمائم للشفاء؟
لاَ يجوز تعليقها لأنّه من الشّرك,
{وَإِن يَمْسَسْكَ اللّهُ بِضُرٍّ فَلاَ كَاشِفَ لَهُ إِلاَّ هُوَ} [الأنعام: 17[.
«من علّق تميمةً فَقَدْ اشرك» [صحيح رواه أحمد[.

S: Bolehkah menggantung bebiji manik dan tangkal azimat untuk rawatan?
J: Tidak boleh menggantungnya kerana ia termasuk syirik.

Dalil:

Jika Allah menimpakan suatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang menghilangkannya selain Dia sendiri. (Al-An’am:17)

Barangsiapa menggantung tangkal azimat maka dia telah melakukan syirik (Riwayat Ahmad:Sahih)

 

* بماذا نتوسّل إِلَى الله تعالى؟
نتوسّل بأسمائه وصفاته والعمل الصّالح,
{وَلِلّهِ الأَسْمَاء الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا} [الأعراف: 18[.
«أسألك بكلِّ اسمٍ هُوَ لكَ سمّيتَ بِهِ نفسك» [صحيح رواه أحمد[.

S: Dengan apakah kita bertawassul kepada Allah?
J: Kita bertawassul dengan Nama-nama-Nya, Sifat-sifat-Nya dan amalan saleh.

Dalil;

Hanya milik Allah nama-nama yang baik, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebutnya (nama-nama itu). (Al-A’raf:180)

Aku bermohon dengan setiap nama kepunyaan-Mu, yang kau namakan diri-Mu dengannya. (Riwayat Ahmad:Sahih)

 

*هَلْ يحتاج الدّعاء لواسطة مخلوق؟
لاَ يحتاج الدّعاء لواسطة مخلوق,
{وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ} [البقرة: 186[.
«إنّكم تدعون سميعاً قريباً وَهُوَ معكم» [رواه مسلم[.

S: Adakah diperlukan berdoa melalui perantaraan makhluk?
J: Tidak diperlukan berdoa melalui perantaraan makhluk.

Dalil:

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang mendo’a apabila ia berdo’a kepada-Ku. (Al-Baqarah:186)

Sesungguhnya kamu semua menyeru Yang Maha Mendengar, Yang Maha Dekat dan Dia bersama kamu. (Riwayat Muslim)

 

مَا هِيَ واسطة الرّسول صلى الله عليه وسلم؟
واسطة الرّسول صلى الله عليه وسلم هِيَ التّبليغ,
{يَا أَيُّهَا الرَّسُولُ بَلِّغْ مَا أُنزِلَ إِلَيْكَ مِن رَّبِّكَ} [المائدة: 67[.
«اللّهم هَلْ بلّغت اللّهم اشهد» (جواباً لقول الصحابة نشهد أنّك قد بلّغت) [رواه مسلم[.

S: Apakah cara perantaraan Rasul s.a.w?
J: Cara perantaraan Rasul s.a.w ialah dengan menyampaikan. (At-Tabligh)

Dalil:

Hai Rasul, sampaikan apa yang diturunkan kepadamu dari Rabbmu. (Al-Maidah:67)

Ya Allah apakah aku telah menyampaikan? – Sebagai jawapan kepada kata-kata para sahabat ”Kami bersaksi dikau (Ya Rasulallah) telah menyampaikan (segala wahyu yang turun)”. (Riwayat Muslim)

 

ممّن نطلب شفاعة الرّسول صلى الله عليه وسلم؟
نطلب شفاعة الرّسول صلى الله عليه وسلم من الله,
{قُل لِّلَّهِ الشَّفَاعَةُ جَمِيعاً} [الزمر: 44[.
«اللّهم شفّعه فيّ» (أَيْ شفّع الرّسول صلى الله عليه وسلم فيّ) [رواه الترمذي وقال حديث حسن[.

S: Dari siapakah kita memohon syafaat Rasul s.a.w?
J: Kita memohon syafaat Rasul s.a.w dari Allah.

Dalil:

Katakanlah syafaat itu kepunyaan Allah semuanya. (Az-Zumar:44)

Ya Allah jadikanlah syafaat (dari Muhammad) buatku. (Iaitu agar Rasulullah memberi syafaat buatku) (Riwayat At-Tirmizi:Hasan)

 

كَيْفَ نحبّ الله ورسوله صلى الله عليه وسلم؟
المحبّة تكون بالطّاعة واتّباع الأوامر,
{قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللّهُ} [آل عمران: 31[.
«لاَ يؤمن أحدكم حتّى أكون أحبّ إِلَيْهِ من والده وولده والنّاس أجمعين» [رواه البخاري[.

S: Bagaimanakah kita mencintai Allah dan Rasul-Nya s.a.w?
J: Cinta itu melalui ketaatan dan kepatuhan pada suruhan.

Dalil:

Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu”. (Al Imran:31)

Tidak beriman seorang daripada kamu sehingga aku menjadi orang yang paling dicintainya melebihi ibu-bapanya, anak-pinaknya, dan seluruh manusia. (Riwayat Al-Bukhari)

 

*هَلْ نبالغ فِي مدح الرّسول صلى الله عليه وسلم؟
لاَ نبالغ فِي مدح الرّسول صلى الله عليه وسلم,
{قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَى إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ} [الكهف: 110[.
«إنّما أنا بشرٌ مثلكم» [رواه أحمد وصححه الألباني[.

S: Adakah kita patut berlebih-lebihan dalm memuji Rasul s.a.w?
J: Kita tidak patut berlebih-lebihan memuji Rasul s.a.w.

Dalil:

Katakanlah: “Sesungguhnya aku ini hanya seorang manusia seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: “Bahwa sesungguhnya Ilah kamu itu adalah Ilah Yang Esa”. (Al-Kahf:110)

Sesungguhnya aku ini manusia seperti kamu semua. (Riwayat Ahmad, sahih di sisi Al-Albani)

 

* من هُوَ أوّل المخلوقات؟
من البشر آدم، ومن الأشياء القلم,
{إِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي خَالِقٌ بَشَراً مِن طِينٍ} [ص: 71[.
«إنّ أوّل مَا خلق الله القلم» [رواه أبو داود والترمذي، وقال: حسن صحيح[.

 

Soalan: Siapakah makhluk yang pertama?
Jawab: Adam daripada kalangan manusia dan Pena daripada kalangan benda.

*Dalil:

 Firman Allah  : (Ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia dari tanah”. (Surah Saad: 71)

Sabda Nabi  : Sesungguhnya makhluk pertama yang diciptakan Allah ialah Pena. (Hadith riwayat Abu Daud dan At-Tirmidzi lalu dia berkata: Hasan Shahih [Hadith dinilai shahih oleh At-Tirmidzi])

 

 

* مَا حكم الجّهاد فِي سبيل الله؟
الجهاد واجب بالمال والنّفس واللّسان,
{انْفِرُواْ خِفَافاً وَثِقَالاً وَجَاهِدُواْ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ} [التّوبة: 41[.
«جاهدوا المشركين بأموالكم وأنفسكم وألسنتكم» [صحيح رواه أبو داود[.

 

S: Apa hukum jihad di jalan Allah?
J: Jihad adalah wajib dengan harta, jiwa dan kata-kata. 

Dalil,

Firman  “pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada Dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun Dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah Dengan harta benda dan jiwa kamu ” [at-taubah:41]

Sabda Nabi  “Berjihadlah kamu menentang orang musyrik dengan harta, jiwa dan lidah kalian” [sahih- riwayat Abu Daud]

 

* مَا هُوَ الولاء للمؤمنين؟
هُوَ الحبّ والنصرة للمؤمنين والموَحّدين،
{وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ} [التّوبة: 71].
«المؤمن للمؤمن كالبنيان يشدُّ بعضه بعضاً» [رواه مسلم].

S: Apa itu wala’ pada orang orang beriman?
J: Ianya kecintaan dan memberi pertolongan kepada orang beriman dan orang mentauhidkan Allah.

Dalil:

Firman  ” dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain” (At-Taubah: 71)

Sabda Nabi  “orang mukmin dengan orang mukmin yang lain adalah seperti binaan yang menguatkan antara satu sama lain” (Riwayat Muslim)

 

* هَلْ تجوز موالاة الكفّار ونصرتهم؟
لاَ تجوز مولاة الكفّار ونصرتهم,
{وَمَن يَتَوَلَّهُم مِّنكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ} (أَيْ الكافرين) [المائدة: 51[.
«إن آل بني فلان ليسوا لي بأولياء» (لأنّهم من الكفّار) [متّفق عَلَيهِ[.

S: Adakah dibolehkan untuk memberi wala’ dan pertolongan kepada orang kafir?
J: Tidak boleh memberi wala’ dan menolong orang kafir.

Dalil:
Firman  ” dan sesiapa di antara kamu Yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka Sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu” [al-Maaidah:51]

Sabda Nabi  ” sesungguhnya keluarga anak-anak si fulan bukan wali/penolong bagiku (kerana mereka orang kafir). [Sahih al-Bukhari dan Muslim]

* من هُوَ الوليّ؟
الوليُّ هُوَ المؤمنُ التّقيّ,
{أَلا إِنَّ أَوْلِيَاء اللّهِ لاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ* الَّذِينَ آمَنُواْ وَكَانُواْ يَتَّقُونَ} [يونس: 62-63[.
«إنّما وليِّي اللهُ وصالح المؤمنين» [متّفق عَلَيهِ[.

S: Siapa dia wali Allah?
J : Wali ialah mukmin yang bertaqwa(mencegah dirinya daripada melakukan kemungkaran).

Dalil :
Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. 
(Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa. 
[Surah Yunus ayat 62 dan 63]

Dalil Hadis :Sesungguhnya Wali Allah itu orang-orang mukmin yang shalih [ Muttafaqun Alaih]

* لماذا أنزل اللهُ القرآن؟
أنزل الله القرآن للعمل بِهِ,
{اتَّبِعُواْ مَا أُنزِلَ إِلَيْكُم مِّن رَّبِّكُمْ وَلاَ تَتَّبِعُواْ مِن دُونِهِ أَوْلِيَاء} [الأعراف: 3[.
«اِقرأوا القرآن واعملوا بِهِ وَلاَ تأكلوا بِهِ وَلاَ تستكثِروا به» [رواه أحمد[.

S: kenapa Allah menurunkan Al-Quran
J : Allah menurunkan Al-Quran untuk beramal dengannya.

Dalil :

(Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad): “Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari Allah; (tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan”. [ Surah Al-A’raf ayat 3]

Dalil Hadis : [Bacalah Al-Quran dan beramal dengannya dan janganlah kamu mengambil rezeki dengannya dan janganlah kamu memperbanyakkannya. [ Riwayat Ahmad]

* هَلْ نستغني بالقرآن عَنْ الحديث؟
لاَ نستغني بالقرآن عَنْ الحديث,
{وَأَنزَلْنَا إِلَيْكَ الذِّكْرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ إِلَيْهِمْ} [النَّحل: 44[.
«ألا وإنّي أوتيت القرآن ومثله معه» [صحيح رواه أبو داود[.

S : Apakah kita cukup dengan Al-Quran sahaja tanpa hadis?
J: Tidak cukup Al-Quran itu tanpa hadis.

Dalil :

dan kami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka memikirkannya. [Surah An-Nahl ayat 44]

Ketahuilah telah diberikan kepadaku Al-Quran dan yang seumpamanya (hadis) bersamanya (Al-Quran) [ Sahih Abu Daud]

* هَلْ نقدّم قولاً عَلَى قول الله ورسوله؟
لاَ نقدّم قولاً عَلَى قول الله ورسوله,
{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُقَدِّمُوا بَيْنَ يَدَيِ اللَّهِ وَرَسُولِهِ} [الحجرات: 1[.
«لاَ طاعة لأحدٍ فِي معصية الله إنّما الطّاعة فِي المعروف» [متّفق عَلَيهِ[.

S: Adakah kita mendahului perkataan dari perkataan Allah dan rasulnya?
J : Kita janganlah mendahulukan perkataan kita ke atas Allah dan RasulNya.

Dalil:

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. [ Surah Al-Hujurat Ayat 1]

Tiada ketaatan kepada sesiapa dalam bermaksiat kepada Allah, sesungguhnya ketaatan itu dalam perkara makruf(kebaikan) [Muttafaqun Alaih]

* مَاذا نفعل إِذَا اختلفنا؟
نعود إِلَى الكتاب والسنّة الصحيحة,
{فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللّهِ وَالرَّسُولِ} [النساء: 59[.
«تركت فيكم أمرين لَنْ تضلّوا مَا تمسّكتم بهما: كتاب الله وسنّة رسوله» [صحيح لغيره رواه مالك[.

S : Apa yang kita lakukan apabila berbeza pendapat?
J : Kita kembali kepada Al-Quran dan Sunnah Sahih.

Dalil:

Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya [ Surah An-Nisa ayat 59]

Aku tinggalkan kepada kamu semua dua perkara yang tidak akan sesat selagi kamu berpegang kepada keduanya, Kitab Allah dan Sunnah Rasulnya [ Sahih Li Ghairihi Diriwayatkan oleh Malik]

* مَا هِيَ البدعة فِي الدّين؟
كلُّ مَا لَمْ يقم عَلَيهِ دليل شرعي,
{أَمْ لَهُمْ شُرَكَاء شَرَعُوا لَهُم مِّنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَن بِهِ اللَّهُ} [الشورى: 21[.
«من أحدث فِي أمرنا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ ردّ» (أَيْ غير مقبول) [متّفق عَلَيهِ[.

S : Apakah dia perkara baru dalam agama?
J : Setiap apa yang tidak ditegakkan atasnya dalil syarak.

Dalil:

Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan – mana-mana bahagian dari ugama mereka – sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah? [ Surah As-Syura ayat 21]

Dalil Hadis : Sesiapa yang mengadakan perkara baru di dalam urusan ini (agama), maka ia bukan darinya (agama) dan ia tertolak [Muttafaqun Alaih]

* هَلْ فِي الدّين بدعة حسنة؟
لَيْسَ فِي الدّين بدعة حسنة,
{الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلاَمَ دِيناً} [المائدة: 3[.
«إيّاكم ومحدثات الأمور فإن كلّ محدثة بدعة وكلّ بدعة ضلالة» [صحيح رواه أبو داود[.

S : Adakah di dalam agama ini bid’ah (sesuatu yang baru) yang baik ?
J : Tiada di dalam agama bid’ah (sesuatu yang baru) yang baik.

Dalil :

Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. [ Surah Al-Maidah ayat 3]

Berhati-hati dengan sesuatu yang diada-adakan, maka sesungguhnya setiap yang diada-adakan itu bid’ah dan setiap yang bid’ah itu sesat . [ Sahih riwayat Abu Daud]

 

* هَلْ فِي الإسلام سنّة حسنة؟
نعم، كالبادئ بفعل خير لِيُقتدى بِهِ,
{وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً} (أَيْ قدوة فِي فعل الخير) [الفرقان: 74[.
«من سنّ فِي الإسلام سنّة حسنةً فله أجرها وأجر من عمل بِهَا من بعده» [رواه مسلم[.

S : Adakah di dalam Islam ada Sunnah Hasanah (Contoh ikutan yang baik) ?
J : Ya, seperti orang yang memulakan sesuatu yang baik (merintis perbuatan itu) untuk dicontohi dengannya.

Dalil :

Dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa [ Surah Al-Furqan ayat 74] (maksudnya ; contoh ikutan dalam perbuatan yang baik).

Sesiapa yang melakukan contoh yang baik di dalam Islam, maka baginya pahalanya dan pahala orang yang beramal dengannya, selepasnya. [ Riwayat Muslim]

* هَلْ يكتفي الإنسان بإصلاح نفسه؟
لاَ بدَّ مِن إصلاح نفسه وأهله,
{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَاراً} [التحريم: 6[.
«إنّ الله تَعَالَى سائلٌ كلّ راعٍ عمّا استرعاه أحفظ ذَلِكَ أم ضيّعه» [حسن رواه النسائي[.

S : Adakah cukup manusia itu memperbaiki dirinya?
J : Manusia itu mesti memperbaiki dirinya dan keluarganya.

Dalil:
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka . [Surah At-Tahrim ayat 6]

Sesungguhnya Allah Taala itu Penyoal setiap pemimpin apa yang dia pimpin samada dia menjaganya atau dia menyia-nyiakan (melalaikannya). [Hadis Hasan riwayat Nasaie]

* متى ينتصر المسلمون؟
إِذَا عمِلوا بكتاب ربّهم وسنّة نبيّهم,
{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَنصُرُوا اللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ} [محمد: 7[.
«لاَ تزال طائفة من أمّتي منصورين» [صحيح رواه ابن ماجه[.

S : Bilakah orang-orang Islam itu akan ditolong?
J : Apabila mereka beramal dengan kitab yang diturunkan oleh tuhan mereka dan Sunnah Nabi mereka.

Dalil :

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. [ Surah Muhammad ayat 7]

Akan sentiasa ada kumpulan (sekelompok) dari ummatku yang akan diberikan pertolongan. [ Hadis Sahih riwayat Ibnu Majah]

* من هم أفضل النّاس بَعْدَ الرّسل؟
هم أصحاب رَسُول الله صلى الله عليه وسلم,
{وَالسَّابِقُونَ الأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالأَنصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُم بِإِحْسَانٍ رَّضِيَ اللّهُ عَنْهُمْ وَرَضُواْ عَنْهُ} [التّوبة: 100[.
«خير النّاس قرني ثُمَّ الَّذِينَ يلونهم ثُمَّ الَّذِينَ يلونهم» [متّفق عَلَيهِ[.

S : Siapa manusia yang layak selepas Rasul-rasul?
J : Mereka itu sahabat Nabi SAW.

Dalil :

Dan orang-orang yang terdahulu – yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar”, dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia [Surah At-Taubah ayat 100]

Sebaik-baik manusia kurunku, kemudian kurun selepas mereka, dan kurun selepas mereka(kurun selepas kurunku). [Hadis Muttafaqun Alaih]

  

* من هم أفضل الصّحابة؟
أبوبكر ثُمَّ عمر ثُمَّ عثمان ثُمَّ عليّ رضي الله عنهم أجمعين,
{إِلاَّ تَنصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللّهُ إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِينَ كَفَرُواْ ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لاَ تَحْزَنْ إِنَّ اللّهَ مَعَنَا} [التّوبة: 40[.
«فعليكم بسنّتي وسنّة الخلفاء المهديين الرّاشدين تمسكوا بِهَا وعضوا عَلَيْهَا بالنّواجذ» [رواه أبو داود[.

S: Siapakah sebaik-baik sahabat?
J: Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali r.hum

Dalil:
Firman Allah SWT  “kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka Sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, Iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di Dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: “Janganlah Engkau berdukacita, Sesungguhnya Allah bersama kita”. [at-Taubah: 40]

Sabda Nabi SAW  ” Maka lazimkan olehmu berpegang dengan al-Sunnahku dan Sunnah al-Khulafa al- Rashidin al- Mahdiyyin , gigitlah ia dengan gigi gerham ” [Riwayat Abu Daud]

 

*مَا حكم من يقول بتحريف القرآن؟
الَّذِي يقول بتحريف القرآن كافر,
{إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ} [الحجر: 9[.
«تركت فيكم أمرين لَنْ تضلّوا مَا تمسّكتم بهما كتاب الله وسنّة رسوله«.

S: Apa hukum orang yang bercakap mengenai tahrif(ada ubahsuai) al-Quran?
J: Orang yang berkata mengenai tahrif al-Quran adalah kafir.

Dalil:
Firman Allah SWT ” Sesungguhnya Kamilah Yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah Yang memelihara dan menjaganya.” [al-Hijr:9]

Sabda Nabi  SAW ” Aku telah tinggalkan pada kalian dua perkara, kalian tidak akan sesat selagi mana kalian berpegang dengan kedua-duanya, iaitu kitaballah (al-Quran) dan sunnah rasul-NYA”

 

* من هم (المغضوب عليهم) ومن هم (الضّالون)؟ 
المغضوب عليهم هم اليهود والضّالّون هم النّصارى,
{غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ} [الفاتحة: 7[.
«اليهود مغضوب عليهم والنّصارى ضُلاّل» [الترمذي عَنْ عدي بن حاتم[.

S: Siapakah mereka(yang dimurkai) dan mereka (yang sesat) ?
J: Yang dimurkai adalah golongan Yahudi dan yang sesat adalah golongan Nasrani(kristian)

Dalil:
Firman Allah SWT  ” bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.” [al-Fatihah:7]

Sabda Nabi SAW  ” Golongan yahudi adalah yang dimurkai(oleh Allah) dan golongan Nasrani adalah sesat” [Riwayat Tirmizi dari ‘Adi Bin Hatim]

Advertisements

One comment on “Ringkasan Akidah Muslim

  1. Pingback: Page Baru | Murabi6

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s