Pemurnian Jiwa.


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Saya cuba untuk jadikan ia sebagai entri-video sebaik yang mungkin.

Bagaimana untuk Memadamkan Dosa-dosa.

To Become Closer to Allah.

Ok. Cukup untuk jadikan entri ini “Simple” . Semoga manfaatnya besar.

Wassalam.

Advertisements

Penghujung Oktober


Assalamualaikum wbt dan semoga sihat sejahtera.

Misi dan Visi Hidup

Alhamdulillah, dengan nikmatnya yang banyak, telah sempurna beberapa perkara yang baik. Semoga Allah tunaikan beberapa impian saya pada tahap-tahap tertentu di dalam umur saya.

Telah selesai tempoh untuk merantau dan belajar. Mungkin lepas ini kena cari kerja yang permanent selepas merantau di beberapa negeri di Malaysia. InsyaAllah kalau tiada aral melintang, akan kembali menetap di Pahang atau mungkin di utara. Aku hanya berserah kepada Allah. Dia menentukan yang terbaik untukku. Sudah memperolehi pengalaman mengajar di sekolah rendah dan menengah. Sayang sekali tidak berkesempatan mengajar budak diploma dan pelajar sekolah tinggi.

Syiah Bukan Dari Islam.

Aku teringat pada suatu hari, ketika dalam perjalanan balik ke Malaysia, kapal terbangku singgah sekejap di Dubai. Sementara menunggu kapal terbang, aku berjalan-jalan di dalamnya, meneroka sekitarnya sambil mencari sedikit makanan untuk mengalas perut dan membeli sedikit hadiah. Tiba waktu solat, aku bergegas ke surau.

Ketika bersolat, datang seorang lelaki Arab bersolat di tepi. Khusyuk sekali. Dan usai bersolat, dia menepuk pehanya dan mulutnya berkumat-kamit membaca sesuatu. Aku sudah menyelesaikan solatku dan aku memerhati perilaku lelaki Arab itu. Dalam hatiku, terdetik sebuah perasaan hairan dan takjub. Namun, hairan itu hilang selepas aku mendengar lelaki tersebut melaknat Abu Bakar dan Umar -radiyallahuanhuma- di dalam bahasa Arab. Barangkali dia menganggap aku seorang Cina yang tidak memahami bahasa Al-Quran itu.

Hatiku bercampur geram. Aku mengetap gigi. Rupanya inilah Syiah. Serta merta bulu roma aku meremang. Aku teringatkan seorang kawanku dari Iraq. Teringat ketika kami hendak berpisah, dia berpesan kepadaku agar selalu berdoa untuk saudara seIslam di Iraq.

Ritual Syiah mudah dikenali. Batu atau tisu atau apa sahaja yang boleh dipakai diletakkan di tempat sujud. Ya, mereka bersujud di atas barang tersebut, sewaktu kita berusaha untuk memastikan dahi kita mencecah tanah ketika sujud. Keadaan paling hina bagi seorang hamba dan salah satu keadaan berdoa. Kemudian menepuk dada, menepuk peha dan mulut melaknat sahabat Nabi. Bahkan, mereka melaknat sahabat dan isteri Nabi sallallahu-alayhi-wasallam sewaktu membuang hajat.

Surat Khabar Harian Metro 14 Februari 2012

Beberapa tahun kemudian, aku menyambung pelajaranku di Universiti Malaya. berjumpa dengan perkara yang sama juga. Tapi kali ini lebih dahsyat. Di bumi Malaysia! Di dalam surau Perpustakaan Utama Universiti Malaya!. Aku beristighfar tidak henti-henti dan bermuhasabah banyak kali.

Fatwa Pengharaman Syiah di Malaysia

Sikit demi sedikit aku berminat untuk bergiat dalam aktiviti menentang Syiah. Alhamdulillah, perjalanan yang penuh manfaat ini, aku bertemu dengan ustaz-ustaz yang aktif menentang dakyah Syiah dalam sebuah perjumpaan tertutup di pinggir ibu kota. Hasilnya, apa yang aku dapat lebih mengejutkan. Alhamdulillah, aku berbahagia dengan kumpulan Usud As-Sunnah ini.

Ada beberapa pensyarah di Universiti Malaya cenderung pada Syiah dan bergiat aktif menyebarkan dakyah Syiah. Malah kebanyakan lawan Syiah yang aku temui, ada di antaranya yang belajar dan ada yang bekerja di Universiti Malaya. Lebih mengejutkan lagi, seorang pensyarah yang aku kenali, yang aku syaki kerana sikap “liberal”nya adalah seorang Syiah sendiri. Aku bermuhasabah panjang dan beristighfar banyak kali dengan apa yang aku jumpa. Siang malam memikirkannya. Keberkatan pada ilmu yang aku ambil darinya dan keberkatan pada ilmu aku sendiri. Aku teringat nasihat dari Ustaz Darus Senawi -semoga Allah merahmatinya-

Perjuangan menentang Syiah di dalam laman sosial bukan selalunya manis, facebook aku pernah digodam. Dan alhamdulillah, berjaya diperolehi kembali. Menerima ugutan dan cercaan di private mesej sudah perkara biasa. Malah ada yang membuat “fake profile” untuk aku lagi. Alhamdulillah, terima kasih pada kawan-kawan yang banyak membantu.

Syiah dan Gerakan Islam

Syiah sememangnya meniru bagaimana gerakan Islam bertapak. Mereka menguasai sektor media dan tempat yang penting. Mereka bertapak di atas nama kesusasteraan, atas perjuangan melawan kezaliman. Mereka menumpang dan mengambil setiap kesempatan yang ada. Merah ialah Syiah dan Hitam ialah Sosialis, maka jadilah orang Merah Hitam.

Aku berlindung daripada menjatuhkan nama baik sebuah gerakan Islam di Malaysia. Namun, banyak agenda dan pengaruh Syiah di dalamnya. Seperti parasit yang kekadang mudah dibuang, tetapi di beberapa tempat, sudah membarah, sampai aku sanggup kata, lebih baik sokong UMNO(di beberapa tempat sahaja) walaupun fasiq daripada menyokong pencerca dan pelaknat sahabat nabi dan isteri Nabi.

Aku simpati dengannya, dan aku berdoa semoga ada muka-muka baru yang mampu untuk menjadi benteng menghalang dakyah Syiah didalamnya seperti Ust Nik Abduh, Ust. Nasaruddin Tantawi dan sebagainya.

Mari imbau kembali Revolusi Islam Iran yang telah berlaku, dan kini 2012. Usianya seperti usia manusia yang sudah matang. Sudah melalui fasa-fasa terawal dan telah berevolusi dalam fasa yang penting. Beberapa tokoh PAS mengambil contoh Revolusi Islam yang berjaya itu.

Alhamdulillah, semoga kebangkitan Mesir selepas Arab Spring dapat menjadi alternatif terbaik menggantikan Iran dan Syiah. Dan alhamdulillah, peperangan di Syria telah meranapkan harapan pendamba penyatuan Syiah dan Sunni. Semoga ada saranan dari Dr. Yusof al-Qaradhawi supaya Iran diserang.

~Dr. Kamal el-Helbawi telah resign dari IM. Dia antara tokoh yang bergiat untuk menyatukan Sunni dan Syiah. Tapi sayang, dia gagal seperti usaha Dr. Yusuf al-Qaradhawi dan ust Rasyid Ridha yang telah menghabiskan hampir 30 tahun untuk usaha itu.

~Dr. Yusuf al-Qaradhawi di dalam Khutbahnya Iran (pusat Syiah sedunia) dan Rusia sebagai musuh Islam dan bakal haji digesa mendoakan kehancuran Iran di Mekkah.

Nak lihat buktinya, boleh dilihat pada tulisan-tulisan dalam Harakahdaily, tulisan beberapa figur utama di dalam PAS yang menyanjung Karbala, Revolusi, Khomeini. Buka sahaja akhbar Harakah dalam Slot Prima Facie.

Dalam UMNO pun ada juga. Namun, sayang sekali orang UMNO tidak pandai menggunakan isu ini untuk menjatuhkan PAS. Bukan untuk menjatuhkan PAS, tapi supaya dengan tekanan itu, PAS bersikap tegas dengan pengaruh Syiah seperti usaha Ust Harun Taib – semoga Allah merahmatinya- pada beberapa tahun dahulu. Teringat urat-urat tua tangan ketika menjabat tangan beliau dan sedikit nasihat dari beliau ketika bermalam di rumah beliau di KUDQI di Manir, Terengganu. Semoga Allah merahmati antara figur kegemaran aku di dalam PAS.

Cukuplah sedikit perkongsian saya tentang Syiah. Semoga Allah memberkati usaha pembasmian dakyah Syiah baik dari ILMU, ISMA, IKRAM, ABIM. Semoga Allah memberkati usaha mereka.

Akhirnya, terimalah sedikit sumbangan yang kecil nilainya .Semoga Combat Kit ini berguna untuk orang awam agar mereka sedar tentang bahaya dan sesatnya Syiah. Selamat membaca dan belajar.

Combat Kit Syiah [ BETA]

Promo Puasa Arafah .

Rasulullah pernah ditanya tentang Puasa Hari Arafah, lalu baginda menjawab: “Puasa itu akan menghapus dosa-dosa satu tahun yang lalu dan yang akan datang.” 

[Shahih Muslim, no: 1977]

Aisyah r.a berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Hari yang paling ramai Allah bebaskan hamba-hambanya daripada neraka ialah hari Arafah. Dia akan menghampiri mereka, kemudian akan membanggakan mereka di hadapan malaikat, lalu berfirman: Apa yang mereka semua mahu? [Sahih Muslim : 2410]

Imam Ibnu Rajab al-Hanbali berkata:

“Hari Arafah adalah hari pembebasan daripada api neraka. Pada hari itu, Allah akan membebaskan sesiapa sahaja yang sedang wukuf di Arafah dan penduduk negeri kaum muslimin yang tidak melaksanakan wukuf. Oleh kerana itu, hari setelah hari Arafah adalah hari raya bagi kaum muslimin di seluruh dunia. Tidak kira sama ada yang melaksanakan haji dan yang tidak melaksanakannya, mereka bersama-sama akan mendapatkan pembebasan daripada api neraka dan keampunan pada hari Arafah.” [Lathoif al-Maarif ms 234]

Jom kita puasa hari esok! Dan doakan untuk kemenangan Mujahidin FSA dan kehancuran tentera Pakatan Syiah di Bumi Khalid al-Walid itu. Katakan TIDAK kepada Syiah !
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. [ Surah ali Imran ayat 8]
Tentera Penjaga Revolusi(tentera paling elit) Iran telah mendarat di Syria untuk berperang dengan Mujahidin FSA.

Wassalam.

Fikri al-Murabith

Cream Of The Society


Assalamualaikum wbt.

Mungkin pembaca tertanya apakah dia tajuk entri di atas. Barangkali gambar ini sesuai untuknya.

Saya mulakan entri saya hari ini dengan satu hobi baru saya, bermain dengan khat dan seninya, belajar menggenggam pena dengan kejap tapi lembut dari hati untuk menatijahkan sebuah hasil yang memuaskan hati orang yang menatapnya.


Semoga pembaca blog ini sihat sejahtera.  Maaf sebab jarang berupdate kebelakangan ini. Hampir keseluruhan masa saya berinternet digunakan untuk sama’ hadis dan sibuk dengan aktiviti melawan dakyah sesat Syiah. Alhamdulillah, majlis sama’ hadis Musnad sudah selesai dan proses ijazah hadis pun sudah selesai. Beralih pada  Matan Alfiyah Suyuthi dan Muwattha’ Malik pada malam ini.

Membedah Lagi Pemikiran Salafi dan Ikhwani.

Saya orang yang berada di antara dua golongan. Adakalanya kedua golongan ini hubungannya baik, dan adakalanya kurang baik. Seperti main tarik tali. Ada hati yang perlu dijaga, tetapi bukan semua hati mampu untuk dijaga. Adakalanya perlu untuk menyatakan keteguhan prinsip dan memberi penegasan yang beradab.

Kredit kepada IM, Tarbiyah Jihad dan Dakwah.

Terjemahan Nasihat Ustaz Hassan al-Banna di atas;

Saudara sekalian!
Apakah kalian telah bersedia?
Untuk berlapar supaya manusia kekenyangan?
Untuk berjaga malam supaya manusia dapat tidur lena?
Untuk berpenat-lelah supaya orang lain dapat berehat?
Dan akhirnya mati untuk menghidupkan ummat kamu.
Beginilah cara untuk menjadi orang yang benar haqnya bersama Allah

Saya teringat ketika usrah di Maghribi, sebuah kalam yang sangat menusuk jiwa saya, menyebabkan saya terkenangkan apabila ada masalah yang menimpa.

” Adakah agama ini semakin lemah tanpa penjaganya sedangkan dalam masa yang sama aku penuntut ilmunya semakin kuat ?”

Alhamdulillah, hampir 24 tahun menghirup nafas nikmat dari Allah, kini saya di platform perjuangan yang berlainan dan sedang berusaha untuk mengharungi pengalaman baru. Keluar dari platform lama, menjadi ahli persatuan lainnya yang dahulu pernah bergaduh memang memerlukan kekuatan, belajar dalam persekitaran yang baru, membuat kawan baru, berinteraksi dengannya.

Dalam meniti keadaan yang baru dalam mulut-mulut manusia, aku belajar banyak perkara tentang ukhuwwah Islam yang sebenar dan pseudo-ukhuwwah. Fikrah daie yang merentasi jemaah dengan fikrah daie yang selesa dalam jemaah, sumber yang pelbagai , dan paling penting worldview yang luas.

Ikhwan Muslimin di Malaysia dan di negara-negara lain berbeza. Di negara Arab, kuliah-kuliah agama dan pelajaran agama asas cukup terkenal. Sehinggakan seorang pelajar sekolah menengah bolehlah dikatakan sudah selesai beberapa pelajaran agamanya yang asas, dan apabila dia menyertai ikhwan, fikrah tersebut sebagai bonus padanya. Seperti orang yang sudah mempunyai ilmu dan dengan fikrah Ikhwan itu dia ada semangat untuk mempertahankan Islam dan sibuk dengan perkara-perkara yang bersifat haraki.

Boleh dikatakan orang yang mempunyai ilmu bermain pedang, cuma ditambahkan pedang itu untuk berjuang.

Namun di Malaysia lain halnya, orang yang tidak cukup ilmu agama asas, kemudian mempelajari ilmu haraki, dia akan boleh jadi rosak.  Sebagaimana orang yang tiada ilmu bermain pedang tetapi bersemangat jiwanya untuk berperang. Boleh jadi dia akan binasa dalam peperangan.

Sebab itu ada antara syarat dalam dakwah dan tarbiyah ialah ” Makrifah bi al-Mabda’ ” iaitu “Pengetahuan tentang Asas. Namun, bukanlah selepas selesai asas itu, pencarian pengetahuan itu berhenti. Bahkan jalan pencarian itu mesti sentiasa bergerak ketika seseorang daie itu di tahap pembinaan manusia, sehingga pembinaan Pemimpin dan akhirnya pembinaan Negara dan Bangsa.

Berkaitan Gambar : Di dalam Istilah Tafaqquh Fi al-Din, ada 8 ilmu yang wajib dikuasai oleh daie dalam fasa pembinaan dirinya sehingga fasa pembinaan negara dan semuanya bermula dengan Makrifah bi al-Mabda’ (Pengetahuan Ilmu Asas).

InsyaAllah jika seseorang daie itu mempunyai keazaman untuk mencukupkan pengetahuan asasnya di dalam agama, seperti cara pengambilan sumber yang benar, maka Allah akan membantu dan akan memberinya kebaikan-kebaikan yang banyak.

Apa yang saya tulis ini hasil dari pengalaman saya bersama kumpulan dahulu, bukan kumpulan sekarang. Alhamdulillah, dalam I***M saya tahu ada pengetahuan level 1, level 2. Ia satu perkara yang baik, di mana pengetahuan seorang daie itu disukat. Jika tidak sampai sudah saya bingung dengan pengetahuan daie veteran yang entah di level mana pengetahuannya(tsaqafahnya).

Saya suka memetik kalam Shaykh Ishaq al-Huwaini,

Dan ketahuilah bahawa fitnah itu akan pergi dengan agama orang lelaki. Maka jadilah kamu orang yang teguh menggigit perkara-perkara yang tsabit dalam agama dan rasikh(faqih) dalam pengetahuan asas.

Terjemah gambar di atas;

Sesungguhnya taqwa itu merupakan satu kalimah yang terhimpun padanya kebaikan keseluruhannya dan hakikat taqwa itu ialah melaksanakan apa yang diwajibkan Allah, dan meninggalkan apa yang diharamkan oleh Allah dengan ikhlas kepadaNya dan cinta dan rasa berharap sangat pada ganjarannya dan rasa waspada terhadap azabnya.

Namun, lain pula keadaannya yang berlaku pada pemuda-pemuda salafi.

Mereka cukup bersemangat pergi ke kuliah-kuliah agama, mencukupkan pengetahuan asas, tapi sayangnya ilmu-ilmu itu tidak disertai dengan kehidupan yang realiti hasil dari pelajaran mereka.

Mereka bercakap tentang perkara-perkara yang syadid, dari orang-orang yang syadid, yang tujuannya untuk membataskan diri mereka supaya mereka berada dalam satu kawasan(zone) yang jelas bebas dari perkara haram, syubhat, perkara yang sia-sia, namun tujuan itu tidak sampai. Ada di kalangan mereka yang tunduk membisu ketika kuliah-kuliah raqaiq atau pemurnian jiwa, tetapi bila keluar dalam kehidupan, mereka tergelak sampai hilang tsiqah, bini ada yang tidak pakai tudung labuh.

Amalan dan praktikal mereka tidak sampai kepada “advanced” seperti beberapa asatizah mereka, tetapi mereka mengambil pendapat asatizah mereka yang syadid. Mereka lagha dan lalai dengan kekayaan dunia sewaktu beberapa orang ikhwan menjaga diri mereka dari dunia, hidup sederhana dengannya, sibuk dengan aktiviti dakwah dan tarbiyah.

Kesimpulannya, masalah Ikhwan ialah mencukupkan perkara yang asas untuk dijadikan panduan yang memandu ilmu haraki yang dipelajari oleh mereka. Nak salah mereka tidak boleh, barangkali faktor perpecahan banyak menyumbang kepada isu “pemencilan golongan agamawan di dalam kumpulan-kumpulan mereka”. Contoh termudah boleh dilihat perpecahan antara  Kumpulan milik Ustaz-Ustazah dan Kumpulan milik Golongan Professional.

Masalah pemuda-pemuda salafi pula ialah mereka menanggung beban ilmu yang kekadang dapat digenggam dengan kuat atau tidak dalam kehidupan mereka. Sangat susah untuk mengotakan apa yang dipelajari di dalam kehidupan bersama tentangan dari keluarga atau saudara yang bersifat kaum tradisionalis. Menunjukkan keyakinan juga dan keimanan pada dalil yang dipelajari juga tidak mudah.

Contoh termudah, “agamawan elit” pun akan fikir 10 kali untuk bercakap benar di hadapan pemimpin-pemimpin walhal dia tahu sebesar-besar jihad ialah becakap benar di hadapan pemimpin yang zalim. Inilah yang dikatakan sebagai beban ilmu. Beruntung orang yang ilmunya menjaga dirinya.

Faktor-faktor kenapa pemuka-pemuka Salafi tuduh IM adik kandung Syiah.

 1. Dalam IM ada pangkat Mursyid yang digunakan dalam tariqat kesufian. Dibuktikan pada sirah fasa awal Ustaz Hasan al-Banna. Dan kebanyakan tariqat pada hari ini (menurut pendapat Shaykh Uthman al-Khamees al-Kuwaiti) mereka bukan seperti golongan az-Zuhhad yang ada pada generasi Salafussoleh dulu-dulu dan banyak persamaan dengan Syiah.

2. Syiah merupakan mazhab berasaskan politik. Mereka ada fasa-fasa dalam perkembangan gerakan mereka. Mereka ada tanzim, semangat ketaatan kepada pemimpin yang nampak sedikit keterlaluan(ditunjukkan oleh orang yang jahil) seperti wala’ dan ketaatan kepada pemimpin, meletakkan orang2 tertentu pada tugas2 yang tertentu, untuk menguasai medan2 tertentu demi manfaat yang banyak. Senang cerita, Syiah ambil kaedah bagaimana gerakan-gerakan Islam bergerak.

3. Pemuka-pemuka Salafi yang tidak update knowledge dan tsaqafah mereka dalam menilai IM. Mereka menilai IM dari sejarah pasca kejatuhan Khilafah. Memang jika dilihat pada zaman itu, semangat zaman (Zeitgeist) dalam aktivis2 dan figur2 IM dapat dilihat dengan jelas dalam tindakan dan tulisan mereka. Ya benar, mereka mengajak kepada perpaduan termasuk perpaduan untuk Sufi dan Syiah. Namun perlu difahami, pada zaman itu, mereka fokus pada lawan mereka iaitu Barat. Senang cerita pada zaman itu Islam lawan Barat. Ini dibuktikan dengan tulisan2 mereka yang ada unsur Tauhid Hakimiyyah, tulisan tentang Sekularisme, fikrah haraki mereka, ambil sedikit semangat sufi supaya ada sedikit keteguhan dalam jiwa dalam keadaan ilmu-ilmu agama itu kurang gerakan pentahqiqan dan pentajdidan.

4.Mereka mengambil PAS sebagai contoh terdekat dalam menilai Syiah dan unsur2 Syiah. Senang cerita, apa2 unsur Syiah dalam PAS menyebabkan gerakan IM itu terpalit sedikit padanya seperti hampir kepada Syiah, mengajak kepada menjatuhkan pemerintah, menghina pemerintah, wahal tidak sedikit karya2 figur dan ulama IM yang hampir kepada salafi. Contoh silibus usrah mereka yang menggunakan buku Shaykhul Islam Ibnu Taymiyyah, kitab Ibnu Qayyim dalam raqaiq dan pemurnian jiwa. PAS bukan cerminan sebenar tentang Ikhwanul Muslimin. Lihat contoh pada ISMA yang tegar membanteras dakyah Syiah. Tolong fahami majoriti ahli PAS tak ikut usrah pun, mereka hanya ambil semangat sahaja.

5. Anda boleh baca buku Ust. Riduan Mohd Nor tentang Gerakan Islam, seolah2 dapat difahami dari bukunya, bahawa hanya PAS satu-satunya gerakan Islam di Malaysia. Seolah2nya ia menafikan adanya kewujudan gerakan-gerakan Islam lain yang cenderung pada manhaj Ikhwanul Muslimin. 

Wallahua’lam, barangkali tulisan-tulisan di atas tidak tepat dan masih boleh diolah dan dinilai lagi. Maklumlah aku masih pemuda yang berbayangkan seribu satu kekurangan lagi.

Marilah menyokong usaha saya dan kawan-kawan saya.

Akhirnya, sebelum saya menutup entri ini, saya hadiah untuk pembaca sedikit raqaiq.

Dan sedikit lecture tentang Gerakan Islam.

How can the Muslim discipline himself Islamically?


Assalamualaikum wbt.

Hari ini mahu mengongsikan entri tentang disiplin di dalam bahasa Inggeris.

[Question]

How can the Muslim discipline himself Islamically, especially if he has shortcomings with regard to his religious commitment, which Allaah knows best about?

[Answer]

Praise be to Allaah.  

Acknowledging your shortcomings is one of the first steps in disciplining yourself. 

Whoever acknowledges that he has shortcomings has started on the path to self-discipline. This acknowledgement is one of the things that make us discipline ourselves and be persistent in doing so. This acknowledgement should not put you off disciplining yourself. It is a sign of Allaah’s care when a person tries to change himself and develop, as Allaah says (interpretation of the meaning): 

“Verily, Allaah will not change the condition of a people as long as they do not change their state themselves”

[al-Ra’d 13:11] 

So whoever tries to change for the sake of Allaah, Allaah will help him to change. 

Each person is individually responsible for his own self, and will be questioned individually, as Allaah says (interpretation of the meaning): 

“There is none in the heavens and the earth but comes unto the Most Gracious (Allaah) as a slave.

Verily, He knows each one of them, and has counted them a full counting.

 And everyone of them will come to Him alone on the Day of Resurrection (without any helper, or protector or defender)”

[Maryam 19:93-95] 

Man cannot benefit from what he has been told about goodness unless he himself takes an interest in that. Do you not know the story of the wife of Nooh and the wife of Loot, who were members of the households of two Prophets, one of whom was one of the Messengers of strong will?

Imagine how these Prophets strove to guide their wives and how much guidance these wives received, but there was no interest on their part, so it was said to both of them: 

“Enter the Fire along with those who enter!”

[al-Tahreem 66:10 – interpretation of the meaning] 

Whereas the wife of Pharaoh – even though she was a member of the household of one of the greatest evildoers – is presented by Allaah as an example to those who believe because she disciplined herself. 

The ways in which a Muslim can discipline himself are as follows: 

1-     Worshipping Allaah, keeping in contact with Him and submitting to Him. That is done by paying attention to doing obligatory acts of worship well, and cleansing your heart of any attachment to anything other than Allaah.

2-     Reading Qur’aan a great deal, pondering its meanings and seeking to understand it.

3-     Reading useful religious books that describe the ways of treating and cleansing the heart, such as Mukhtasar Manhaaj al-Qaasideen, Tahdheeb Madaarij al-Saalikeen and so on; reading the biographies of the salaf and learning about their attitude and behaviour, such as Sifat al-Safwah by Ibn al-Jawzi and Ayna nahnu min Akhlaaq al-Salaf by Baha’ al-Deen ‘Aqeel and Naasir al-Jaleel.

4-     Attending educational programs such as classes and lectures.

5-     Making good use of your time and using it to do things that will be of benefit in both worldly and spiritual terms

6-     Not indulging too much in permissible things and not paying too much attention to them.

7-     Keeping company with righteous people and looking for righteous companions, who can help you to do good. Those who live alone will miss out on a lot of the characteristics of a good brother such as preferring others to oneself and being patient.

8-     Trying to act on what you learn and put it into practice.

9-     Checking closely on yourself.

10-Having confidence in yourself – whilst relying on Allaah – because the one who has no confidence cannot act.

11-Despising yourself for not doing enough for the sake of Allaah. This does not contradict the things mentioned above. Man has to strive hard whilst still thinking that his efforts are not enough.

12-Practising withdrawal or isolation as prescribed in sharee’ah. You should not mix with people all the time, rather you must have some time which you spend alone, in worship as prescribed in Islam. 

We ask Allaah to help us and you to discipline ourselves and submit to that which Allaah loves and is pleased with. May Allaah send blessings and peace upon our Prophet Muhammad and upon his family and companions.

Sheikh Muhammed Salih Al-Munajjid

http://islamqa.info/en/ref/22090

Bangkitlah Wahai Orang-orang yang Tsiqah.


Bismillahirahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah yang Memuliakan Mujahidin dan Menghinakan Orang-orang Kafir. Dialah pemilih Hidayah ini. Dari Allah itu Ar-Risalah, dan Risalah itu diturunkan pada Muhammad Sallallahu-alayhi Wasallam dan dia telah menyampaikannya dan Allah telah menyempurnakan Islam itu, maka ke atas kita orang-orang mukmin yang telah mengambil tanggungjawab di pundak kita ini untuk proses at-Taslim iaitu menerima dengan baik.

Lama sudah tidak berupdate dan hari ini 25 Syawal. InsyaAllah hari ini pasal dua jenis manusia, iaitu orang jahat yang kuat dan orang yang dipercayai yang lemah.

Aku tergerak untuk melihat entri ini selepas melihat banyaknya pendapat dan khilaf-khilaf yang mengundang perbalahan yang dahsyat sehingga orang-orang yang ikhlas itu menjadi beku jiwanya, teragak-teragak, lantas dia memenuhi urusan hidupnya dengan memenuhi urusan hidupnya dengan kekayaan dan kehidupan yang bersifat rutin, sehingga orang-orang yang jujur itu menjadi lupa untuk bersama mengingatkan manusia, orang-orang yang mempunyai keazaman yang kuat dan pemuda-pemuda yang mempunyai semangat yang tinggi tetapi keliru yang mana masalah-masalah itu menjangkiti diriku sendiri dan menyebabkan aku lemah dan senyap.

Apabila Datang Nas (Al-Quran dan Hadis), maka Batal Selainnya.

Berpeganglah dengan al-Quran dan as-Sunnah selepas kamu diturunkan keduanya kepadamu, dan janganlah mencari-cari lagi perkara yang lain.

Al-Quran telah menceritakan perkara ini dengan jelas,

Tidakkah engkau perhatikan (dan merasa pelik wahai Muhammad) kepada orang-orang yang telah diberikan sebahagian dari Kitab (Taurat)? Mereka percaya kepada benda-benda yang disembah yang lain dari Allah, dan kepada Taghut, dan mereka pula berkata kepada orang-orang kafir (kaum musyrik di Makkah) bahawa mereka (kaum musyrik itu) lebih betul jalan ugamanya daripada orang-orang yang beriman (kepada Nabi Muhammad s.a.w). 

(Kaum Yahudi yang demikian sikapnya) mereka itulah orang-orang yang dilaknat oleh Allah; dan sesiapa yang dilaknat oleh Allah, maka engkau tidak sekali-kali akan mendapati sesiapa pun yang boleh menolongnya. [Surah An-Nisa ayat 51-52]

Ibnu Taymiyyah -semoga Allah merahmatinya- menerangkan perkara yang tersirat di sebalik ayat Allah Subhanahu Wa Taala ini, 

“Allah mencela golongan yang telah menerima al-Kitab, tetapi masih lagi beriman kepada sesuatu perkara di luar risalah. Mereka lebih mengutamakan “orang luar” risalah berbanding orang-orang yang beriman. Samalah juga keadaannya sebagaimana sebahagian manusia yang mengutamakan pendapat ahli falsafah dan kerajaan jahiliyyah ( yang berbangsa Turki, Dailam, Arab, Iran dan lain-lain) berbanding kerajaan yang beriman kepada Allah, kepada kitab Allah dan RasulNya. Begitu juga Allah mencela orang yang mengaku beriman dengan seluruh kandungan kitab-kitab Allah tetapi mereka tidak menghukum dengan menggunakan Al-Quran dan As-Sunnah. Mereka menghukum menurut taghut yang diagungkan selain Allah. Demikian jugalah yang terjadi pada golongan yang mengaku Islam dan menganutnya kerana mereka menjalankan undang-undang mengikut kata-kata ahli falsafah yang terkeluar dari landasan agama atau memerintah menuruh sistem politik kerajaan yang di luar syariah Allah. Apabila diseru kepada mereka: ” Marilah kembali kepada kitab Allah dan Sunnah RasulNya!” , mereka paling muka mereka dengan bersungguh-sungguh.

Majmuk Fatawa Juzu’ 12 m/s 339

Saya suka petik kalam Kapten Hafiz Firdaus ini,

Manhaj kita dalam beragama ialah tidak menerima apa-apa kenyataan berkaitan agama melainkan pihak yang menyampaikannya telah mengemukakan rujukannya. Tanggungjawab mengemukakan rujukan terletak di bahu pihak yang menyampaikannya dan bukan pihak yang menerimanya. Jika menerima sesuatu kenyataan yang tiada rujukan, maka abaikannya.

Oleh itu abaikan apa-apa ayat, hadis, hukum, adab yang tidak memiliki rujukan. 

Sebagai contoh, abaikan hadis-hadis yang tidak memiliki rujukannya meski pun ia disampaikan di atas mimbar Jumaat. Abaikan “Petua diet Rasulullah” kerana ia tidak memiliki rujukan daripada mana-mana kitab hadis, meski pun ia masyhur dalam FB. Abaikan hukum boleh puasa dua dalam satu kerana ia tiada rujukannya, meski pun ia disampaikan oleh seorang ustaz.

Selamat membebaskan tauhid anda dari bidaah, khurafat, adat yang menyusahkan agama, pergantungan pada makhluk dan syirik yang halus dan tersembunyi.

Mari Jadi Jiwa yang Beriman dan Sensitif.

Banyak daripada kita apabila melihat maksiat di hadapan mata, kemudian berasa teragak-agak dalam membuat pertimbangan, kemudian menjadi senyap. Dan semakin lama hal itu berlaku, maka ia menjadi sesuatu yang lazim dan tidak asing bagi mata, dan hati sedikit demi sedikit menjadi redha kepadanya.

Begitu juga dengan kemewahan yang Allah kurniakan itu telah melalaikan jiwa dan melemahkan keazaman di dalam dakwah dan jihad, godaan dunia yang banyak itu datang dalam pelbagai keadaan dari sebesar-besar perkara sehingga sekecil-kecil perkara.

Begitu juga dengan orang-orang beriman yang membuat dosa-dosa kecil, bid’ah, kezaliman yang ringan dan permulaan kemewahan yang beransur-ansur akhirnya membawa kepada bahaya yang lebih besar dan akhirnya merosakkan mereka.

Lihatlah berapa ramai daie yang sekejap sangat berubah dan hilang personaliti mereka. baru datang Gangnam Style, maka jadi daei Gangnam Style. Berapa ramai daie yang lebih berminat dengan filem-filem Korea dan berangan-angan untuk menjadi sepertinya lebih daripada meneliti buku sirah generasi Salafussoleh.

Berapa ramai daie bermanhaj ilmu-suap, mereka jadi seorang daie yang skema dan tidak kreatif, ilmu mereka hanya pada ilmu yang disuap sahaja, mereka lambat membuat pembaharuan dan menerima pembaharuan.

Ingatlah dengan berpegang dengan Kitabullah dan Sunnah RasulNya, maka kita terselamat daripada fitnah dan dugaan dunia yang pelbagai. Jadilah mukmin dan daei yang Ashabul Qodiyyah, iaitu mereka yang sibuk dengan urusan-urusan semasa kaum Muslimin. Melihat saudara Islam yang dizalimi, maka berdoa untuk mereka. Melihat mujahid yang sedang berjihad, maka mendoakan untuknya dan menyumbang untuk kedua-duanya.

Orang Jahat yang Kuat dan Orang Yang Dipercayai yang Lemah.

Semoga Allah merahmatimu wahai Umar al-Faruq -radiyallahu anhu- yang berdoa dalam doanya yang masyhur,

اللهم إني أعوذ بك من جلد الفاجر و من عجز الثقة

Ya Allah, Aku  berlindung  kepadaMu dari kekuatan orang yang Jahat dan  Kelemahan orang yang Dipercayai.

Orang yang Dipercayai atau Tsiqah sepatutnya memberi manfaat kepada dirinya dan orang lain, namun apabila dia lemah, maka dia memberi manfaat kepada dirinya sahaja dan bukan kepada orang lain atau masyarakat sekitarnya.

Sabda Nabi Sallallahu-alayhi-wasallam.

المؤمن القوي خير وأحب إلى الله من المؤمن الضعيف . وفي كل خير . احرص على ما ينفعك واستعن بالله . ولا تعجز . وإن أصابك شيء فلا تقل : لو أني فعلت كان كذا وكذا . ولكن قل : قدر الله . وما شاء فعل . فإن لو تفتح عمل الشيطان
Mukmin yang kuat itu lebih baik dari mukmin yang lemah. Dan di dalam setiap kebaikan. Jagalah setiap yang bermanfaat bagimu dan mintalah pertolongan daripada Allah. Dan janganlah rasa lemah. Dan sekiranya kamu diuji oleh sesuatu, maka janganlah kamu berkata : Sekiranya aku melakukan ini dan ini, akan tetapi katakanlah : Qaddarallah (Telah berlaku ketetapan Allah, dan perkara ini mengikut apa yang dikehendakinya. Dan jika berkata “Sekiranya” akan membuka amalan syaitan

Hadis Muslim dari jalan Ahu Hurairah, No. 2664.

Maka ke atas orang yang Tsiqah untuk membaiki dirinya dengan menyertai kegiatan-kegiatan masyarakat  di samping bersabar dengan kejahilan mereka dan bersangka baik dengan mereka serta bersabar dan menasihati mereka.

Lihatlah contoh dari para salafussoleh. Musa bin Hazam asalnya menganut fahaman Murjiah yang menyeleweng. Kemudian dengan rahmat bersahabat dengan Imam Ahmad bin Hanbal, maka akhirnya beliau menjadi seorang yang soleh dan tsiqah dan mengikuti mazhab AhlusSunnah. Beliau akhirnya membela sunnah, menentang orang yang menyalahi Sunnah dan berpegang dengan agama dan Sunnah sehingga wafat. Musa bin Hazam ialah guru kepada Imam Bukhari dan Tirmizi.   [ Rujuk Tahzib at-Tahzib jilid 10 m/s 341 karangan Ibnu l-Jauzi.]

Wahai orang-orang yang tsiqah, gunakanlah setiap kemahiran yang ada padamu untuk berjuang pada Allah. Berjuanglah dengan peluru, mata pena dan media. Lihatlah pemuda Palestin ini berjuang dengan blognya. Lihat Link

Berjihadlah dengan hujjah hasil dari pelajaran yang lama dan natijah pencarian ilmu.  Tunjukkanlah kepada mereka Sunnah-Sunnah Nabi, insyaAllah apabila orang yang ingin berubah melihat ibadah yang berdalil, mudah dan keluar dari syubhat seperti bid’ah dan riya’, maka mereka akan mudah dan ringan untuk mengikutinya.

Jadilah tokoh masyarakat umum untuk menyeru kebaikan-kebaikan kepada manusia dan manfaat yang banyak,  kerana masyarakat sedang mencari-cari idola yang terbaik untuk mereka. Imam al-Awzaie, Imam Ahmad bin Hanbal dan Imam Ibnu Taymiyyah merupakan seorang tokoh masyarakat (public figure) sehingga contohnya apabila Imam Ibnu Taymiyyah, berduyun-duyun penghuni Damsyiq untuk mensolatkannya.

Apabila orang-orang yang Tsiqah menjauhkan diri daripada masyarakat, maka naiklah orang yang jahil dan memperolehi kekuatan.

Sesungguhnya masyarakat Islam ini tidak memerlukan seorang hamba yang lalai, seorang yang bersujud yang sibuk pada ibadahnya, orang yang zuhud dan jumud, tetapi masyarakat Islam ini memerlukan kepada keperluan yang mendesak kepada daie yang peka dan sentiasa tangkas dan genius pemikirannya, kepada orang yang sujud yang tinggi kerisauannya kepada ummat, yang menjadi khadim kepada masyarakat.

Hayatilah puisi Ibnu al-Mubarak,

Wahai orang yang beribadat di dua tanah haram

jika kamu melihat kami

nescaya kamu mengetahui bahawa kamu hanya

bermain-main di dalam ibadah.

orang-orang itu membasahi pipinya dengan air mata

sedang tengkuk kami berlumuran dengan darah

dia memenatkan kudanya di dalam sia-sia

sedangkan kuda-kuda kami penat di hari peperangan

kamu berbau harum dengan minyak wangi, sedang

minyak wangi kami 

adalah peluh kuda dan debu yang terbaik di medan peperangan

telah datang kepada kami  sabda Nabi kita,

kata-kata yang benar, tepat dan bukan dusta,

“tidak sama debu kuda Allah pada hidung seseorang

dengan asap neraka yang menyala

kitab Allah ini telah mneyebut di hadapan kita bahawa

“orang yang syahid itu tidak mati”

bukan satu dusta

[Rujuk Tabaqat al-Syafi’iyyah al-Kubra oleh al-Subki Jilid 1 m/s 287]

Sesungguhnya dituntut dari orang yang tsiqah untuk memberi manfaat kepada dirinya dan orang lain. Ingatlah hadis Nabi Sallallahu-alayhi-wasallam,

أحب الناس إلى الله تعالى أنفعهم للناس ، و أحب الأعمال إلى الله عز وجل سرور يدخله على مسلم ، أو يكشف عنه كربة ، أو يقضي عنه دينا ، أو تطرد عنه جوعا ، و لأن أمشي مع أخ في حاجة أحب إلي من أن اعتكف في هذا المسجد ، يعني مسجد المدينة شهرا ، و من كف غضبه ستر الله عورته ، و من كظم غيظه ، و لو شاء أن يمضيه أمضاه ملأ الله قلبه رجاء يوم القيامة ، و من مشى مع أخيه في حاجة حتى تتهيأ له أثبت الله قدمه يوم تزول الأقدام ، [ و إن سوء الخلق يفسد العمل ، كما يفسد الخل العسل ]

Manusia yang paling disukai oleh Allah ialah yang bermanfaat kepada manusia lainnya, dan amalan yang disukai Allah ialah kegembiraan yang ada pada orang Muslim, atau mengeluarkan daripadanya kesusahan, menyelesaikan hutangnya, menghilangkan hausnya, dan berjalan bersama dengan orang yang sedang dalam urusan lebih aku sukai daripada iktikaf di masjid ini(Nabawi) selama sebulan, dan barangsiapa yang menjaga marahnya, maka Allah menutup aibnya, dan sesiap yang menjaga marahnya, dan kalau dia ingin menghilangkan kemarahan itu dan dia menghilangkannya, maka Allah akan memenuhi hatinya dengan harapan pada hari kiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama saudaranya untuk menunaikan keperluannya sehingga selesai bagi saudaranya itu keperluannya, maka Allah menetapkan kakinya pada hari kaki-kaki berasa takut(ingin melarikan diri), dan jika buruk akhlak itu merosakkan amalan sepertimana cuka merosakkan madu.

Hadis dari jalan Abdullah bin Umar, Shaykh Albani mensahihkan hadis ini di dalam Silsilah as-Sahihah m/s 906]

Memberi manfaat itu bukan terhad pada harta, tetapi pada nasihat yang baik yang memurnikan jiwa pendengarnya, mengajak kepada kebaikan. Ingatlah orang yang berilmu bahawa dia akan ditanya dengan lebih banyak di akhirat kelak.

Saya hadiahkan untuk pembaca kuliah Dr Abdul Basit yang bertajuk “Fiqh Berinteraksi Sesama Manusia.”. Lihat link.

Saya rasa entri sudah panjang, dan saya menutupnya dengan sebuah doa, sesuai untuk ibu bapa untuk didoakan kepada anak-anak mereka terutamanya di dalam solat fardhu,

 اللهم ! أنت المَلِكُ، لا إلهَ إلا أنت، أنت ربي وأنا عبدُك، ظلمْتُ نفسي واعترفْتُ بذَنبي، فاغفِرلي ذُنوبي جميعًا، إنَّه لا يَغفِرُ الذُّنوبَ إلا أنت،واهدِني لأحسنِ الأخلاقِ، لا يهدي لأحسنِها إلا أنت

Ya Allah, Engkaulah Raja, Tiada Tuhan Melainkan Engkau, Engkaulah Tuhanku dan Aku hambaMu, Aku telah menzalimi diriku dan aku mengakui dosaku, maka ampunkanlah dosaku keseluruhannya, Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa melainkan Engkau, dan tunjukilah aku akhlak yang baik, tiada yang menunjuki akhlak yang baik itu melainkan Engkau.

Hadis Hasan Sahih di dalam Sunan Tirmizi no. 3422 dari jalan Ali bin Abi Thalib. 

Fikri: saya cukup suka dengan sunan tirmizi kerana kesemua hadis di dalam sunan tirmizi ini kecuali dua diamalkan oleh nabi dan sahabat -radiyallahu anhum. Hadis ini dari matan hadis yang panjang dari bacaan iftitah ketika di dalam solat.

Matan hadis asalnya,

أنَّ رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم كان إذا قام إلى الصلاةِ، قال : وجَّهْتُ وجهيَ للذي فطَر السماواتِ والأرضَ حنيفًا، وما أنا من المشرِكينَ، إنَّ صلاتي ونُسُكي ومَحيايَ ومَماتي للهِ ربِّ العالَمينَ، لا شريكَ له، وبذلك أُمِرْتُ وأنا أولُ المسلمين، اللهم ! أنت المَلِكُ، لا إلهَ إلا أنت، أنت ربي وأنا عبدُك، ظلمْتُ نفسي واعترفْتُ بذَنبي، فاغفِرلي ذُنوبي جميعًا، إنَّه لا يَغفِرُ الذُّنوبَ إلا أنت،واهدِني لأحسنِ الأخلاقِ، لا يهدي لأحسنِها إلا أنت، واصرِفْ عني سيِّئَها، لا يصرِفُ عني سيِّئَها إلا أنت، لبَّيكَ وسَعدَيْكَ ! والخيرُ كلُّه في يدَيْكَ والشرُّ ليس إليك، أنا بِك وإليك، تبارَكْتَ وتَعالَيْتَ، أستغفِرُكَ وأتوبُ إليك، فإذا ركَع، قال : اللهم ! لك ركَعْتُ وبك آمَنْتُ ولك أسلَمْتُ خشَع لك سمعي، وبصَري، وعِظامي، وعصَبي، فإذا رفَع، قال : اللهم ! ربَّنا لك الحمدُ مِلءَ السماءَ، ومِلءَ الأرضِ، ومِلءَ ما بينَهما، ومِلءَ ما شِئتَ من شيءٍ بعدُ، فإذا سجَد، قال : اللهم ! لك سجَدْتُ، وبك آمنْتُ، ولك أسلَمْتُ، سجَد وجهي للذي خلَقه فصوَّره، وشقَّ سمعَه وبصرَه، فتبارَكَ اللهُ أحسنُ الخالِقينَ، ثم يقولُ من آخِرِ ما يقولُ، بينَ التشهُّدِ والتَّسليمِ : اللهم ! اغفِرْ لي ما قدَّمْتُ وما أخَّرْتُ، وما أسرَرْتُ وما أعلَنْتُ، وما أسرَفْتُ وما أنت أعلمُ به مني أنت المُقَدِّمُ وأنت المؤَخِّرُ، لا إلهَ إلا أنت

Sesungguhnya Nabi Sallallahu-alayhi-wasallam apabila mendirikan solat, beliau berkata : Aku menghadapkan wajahku kepada … [ akhir hadis].

Yang terbaik itu dari Allah, yang salah dan buruk itu dari kelemahan diri saya sendiri. Wallahua’lam bis Sowab.

Wassalam. 

Kembali kepada Asal.


Assalamualaikum wbt. Semoga pembaca sihat. Selamat hari raya.

Terus kepada tajuk post hari ini.

Seruan kepada Kembali kepada Asal ( نداء إلى الأصالة )

Allah telah menerangkan kepada kamu – di antara perkara-perkara ugama yang Ia tetapkan hukumnya – apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: “Tegakkanlah pendirian ugama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya”. Berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima ugama tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya. Allah memilih serta melorongkan sesiapa yang dikehendakiNya untuk menerima ugama tauhid itu, dan memberi hidayah petunjuk kepada ugamaNya itu sesiapa yang rujuk kembali kepadaNya (dengan taat). [ Surah As-Shura ayat 13]

Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa. [ Surah al-An’aam ayat 153]

Lihat syarah ayat tersebut di Sini.

قال علي بن أبي طلحة ، عن ابن عباس قوله : ( فاتبعوه ولا تتبعوا السبل فتفرق بكم عن سبيله وقوله ( أقيموا الدين ولا تتفرقوا فيه ) [الشورى : 13 ] ، ونحو هذا في القرآن ، قال : أمر الله المؤمنين بالجماعة ، ونهاهم عن الاختلاف والفرقة ، وأخبرهم أنه إنما هلك من كان قبلهم بالمراء والخصومات في دين الله

 Telah berkata Ali bin Abi Talhah, dari Ibnu Abbas, FirmanNya : ( maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, ) dan FirmanNya, ( “Tegakkanlah pendirian ugama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya”. ) .. katanya, Allah SWT telah memerintahkan kaum mukminin agar tetap dengan jemaah, dan melarang mereka daripada berbeza dan berkumpulan, dan Dia memberitahu bahawa sesungguhnya telah lenyap orang-orang sebelum mereka kerana pertelingkahan dan dendam di dalam agama Allah.

وقال الإمام أحمد بن حنبل حدثنا الأسود بن عامر : شاذان ، حدثنا أبو بكر – هو ابن عياش – عن عاصم – هو ابن أبي النجود – عن أبي وائل، عن عبد الله – هو ابن مسعود ، رضي الله عنه – قال : خط رسول الله صلى الله عليه وسلم خطا بيده ، ثم قال : ” هذا سبيل الله مستقيما ” وخط على يمينه وشماله ، ثم قال : ” هذه السبل ليس منها سبيل إلا عليه شيطان يدعو إليه ” ثم قرأ : ( وأن هذا صراطي مستقيما فاتبعوه ولا تتبعوا السبل فتفرق بكم عن سبيله 

Terjemahan Hadis

Abdullah reported: The Messenger of Allah, peace be upon him, drew a line with his hand and said, “This is the straight path of Allah.” Then he drew lines to the right and left, and he said, “These are other paths and there is not another path except that a devil is upon it calling to it.” Then he recited the verse, “Indeed, this is the straight path so follow it and do not follow other paths.” (6:153)

[Musnad Ahmad, Number 4423, Sahih]

Dan ini ialah jalan-jalan hadis itu, saya menukilkannya di sini, dan tidak mahu untuk menceritakan jalan-jalan hadis tersebut.

وكذا رواه الحاكم ، عن الأصم ، عن أحمد بن عبد الجبار ، عن أبي بكر بن عياش ، به . وقال : صحيح الإسناد ولم يخرجاه . 

وهكذا رواه أبو جعفر الرازي ، وورقاء وعمرو بن أبي قيس ، عن عاصم ، عن أبي وائل شقيق بن سلمة ، عن ابن مسعود به مرفوعا نحوه . 

وكذا رواه يزيد بن هارون ومسدد والنسائي ، عن يحيى بن حبيب بن عربي – وابن حبان ، من [ ص: 366 ] حديث ابن وهب – أربعتهم عنحماد بن زيد ، عن عاصم ، عن أبي وائل ، عن ابن مسعود ، به . 

وكذا رواه ابن جرير ، عن المثنى ، عن الحماني ، عن حماد بن زيد ، به . 

ورواه الحاكم عن أبي بكر بن إسحاق ، عن إسماعيل بن إسحاق القاضي ، عن سليمان بن حرب ، عن حماد بن زيد ، به كذلك . وقال : صحيح ولم يخرجاه . 

وقد روى هذا الحديث النسائي والحاكم ، من حديث أحمد بن عبد الله بن يونس ، عن أبي بكر بن عياش ، عن عاصم ، عن زر ، عن عبد الله بن مسعود به مرفوعا . 

وكذا رواه الحافظ أبو بكر بن مردويه من حديث يحيى الحماني ، عن أبي بكر بن عياش ، عن عاصم ، عن زر ، به . 

فقد صححه الحاكم كما رأيت من الطريقين ، ولعل هذا الحديث عند عاصم بن أبي النجود ، عن زر ، وعن أبي وائل شقيق بن سلمة كلاهما عن ابن مسعود ، به ، والله أعلم . 

قال الحاكم وشاهد هذا الحديث حديث الشعبي عن جابر ، من وجه غير معتمد .

Saya cuba tukar cara penulisan dengan bernombor.

1. Nabi Sallallahu-alayhi-wasallam memberitahu sebuah hadis yang sangat penting tentang perpecahan ummat,

افترقت اليهود على إحدى وسبعين فرقة كلها في النار إلا واحدة ، وافترقت النصارى على اثنتين وسبعين فرقة كلها في النار إلا واحدة ، وستفترق هذه الأمة على ثلاث وسبعين فرقة كلها في النار إلا واحدة . وفي لفظ : على ثلاث وسبعين ملة ، وفي رواية قالوا : يا رسول الله من الفرقة الناجية ؟ قال : من كان على مثل ما أنا عليه اليوم وأصحابي ، وفي رواية قال : هي الجماعة يد الله على الجماعة

الراوي: – المحدث: ابن تيمية – المصدر: مجموع الفتاوى – الصفحة أو الرقم: 3/345
خلاصة حكم المحدث: صحيح مشهور في السنن والمسانيد

Yahudi akan berpecah sebanyak 71 kelompok, semuanya di dalam neraka kecuali satu, dan berpecah Nasrani kepada 72 kelompok, semuanya di dalam neraka kecuali satu, dan akan berpecah ummat ini kepada 73 kelompok, semuanya di dalam neraka melainkan satu.

Dan di dalam lafaz lain : kepada 73 ajaran/millah. Dalam riwayat yang lain, para sahabat bertanya : Siapakah dia golongan yang Selamat (al-Firqah an-Naajiah), sabda Nabi sallallahu-alayhi-wasallam, : Siapa yang berada di atas jalanku dan sahabatku pada hari ini. Dalam riwayat lain, : Iaitu al-Jamaah dan Tangan Allah itu bersama al-Jamaah.

Kesimpulan hadis : Hadis ini Sahih dan Masyhur dalam Sunan dan Masanid.

Berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah Sahihah dengan Kefahaman Salaful al-Ummah .

1. Bila cerita tentang Generasi Salafussoleh, ia merujuk kepada 3 kurun terbaik berdasarkan hadis Imran bin Hussain.

2. Iaitu para Sahabat (yang bertemu dengan Nabi SAW) yang terdiri daripada Muhajirin dan Ansar, para Tabi’en (yang bertemu dengan sahabat), dan Tabi’ Tabi’en (yang bertemu dengan tabi’in). 

3. Juga orang-orang yang mengikut selepas mereka dengan Ihsan. Berbahagialah kepada mereka yang hidupnya mengutip atsar-atsar dan panduan-panduan kehidupan dari 3 kelompok terbaik ini.

Nabi Menyeru kepada Perpaduan, Bukan Berkelompok.

1. Nabi Sallallahu-alayhi-wasallam tidak menyebut tentang kelompok bahkan Nabi menyeru kepada perpaduan. LIhat ayat al-Quran Kamu Sebaik-Baik Ummat dan Ayat Berpeganglah kamu dengan Tali Allah.

2.Allah Subhanahu Wa Taala menyebut tentang milal*. Dan Allah Subhanahu Wa Taala menyebut tentang golongan manusia seperti Yahudi, Nasrani, Musyrikin, Munafiqin dan pelbagai lagi istilah dan nama kumpulan manusia, tetapi tiadapun istilah Syiah**

*milal atau ajaran
** ada pada Surah al-Qasas ayat 15 dan Surah as-Saffat ayat 83. Maksudnya salah satu daripada empat iaitu : Sahabat, Pengikut, Kaum dan Penolong.

Pemikiran Salafi

– yang dimaksudkan dengannya ialah kerangka berfikir (manhaj fikri) yang tercermin dalam pemahaman generasi terbaik dari ummat ini. Yakni para Sahabat dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan setia, dengan menjadikan panduan dari  hidayah Al-Qur’an dan tuntunan sunnah Nabi Sallallahu-Alayhi-Wasallam. 

Antara Kriteria-kriteria mereka.

1. Berpegang pada nas-nas yang maksum (suci) , bukan pada pendapat tokoh.

2. Mengembalikan masalah-masalah yang mutasyabihat (tak pasti) kepada masalah yang muhkamat (yang pasti) , dan mengembalikan masalah yang zhanni ( tidak pasti) kepada yang qat’ie (mutlak).

3. Memahami furu’ dan juzuk’ dalam agama, dilingkungi oleh prinsip-prinsip agama dan masalah fundamental.

4. Menyeru kepada al-Asalah (kembali pada asal) dan ijtihad (pembaharuan), dan menentang taqlid ( iktikad buta) dan pembekuan minda.

5. Beriltizam dengan akhlak Islamiyah. Mencontohi akhlak Rasul, dan generasi Salafussoleh.

6. Dalam masalah fiqh, berusaha untuk memudahkan dan bukan menyusahkan penganutnya.

7. Dalam perkara motivasi, melebihkan motivasi daripada menakut-nakutkan.

8. Mementingkan pengukuhan yang kuat di dalam akidah, bukan dengan perdebatan.

9. Mementingkan ruh di dalam masalah ibadah, bukan formal ibadah itu.

10. Apabila berjumpa dengan masalah agama, menggunakan kaedah ittiba’ (ikut dengan faham), beramal sebagaimana Sunnah Nabi, tidak berlebihan dan berkurang dan tidak mengamalkan bid’ah.

Secara ringkasnya, ini antara beberapa ciri-ciri yang dapat ditulis di sini supaya pembaca mudah memahami dan mengenali mereka. Saya cuba untuk permudahkan di dalam beberapa dialog ringkas.

A: Kenapa kita solat ?

B : Sebab ada perintah Allah tentangnya. Ada hadis tentangnya. Apa yang kita buat, ada suruhan darinya dari Al-Quran dan Hadis.

A: Hadis ini banyak. Banyak juga pendapat tentang perkara ini. Macam mana kita berhadapan dengan perkara ini?

B : Kita kembali kepada pendapat-pendapat ulama tentang tingkatan/martabat hadis tersebut. hadis yang Sahih, Hasan dan Dhaif.

A: Ada hadis ini cerita tentang perkara ini. hadis itu pula cerita tentang perkara itu . Bagaimana kita berhadapan dengannya.?

B : Maka di sinilah pentingnya sanad, kita kaji jalan-jalan hadis itu diriwayatkan, siapa perawinya ,sifat2 perawinya adakah dalam rantaian perawi-perawi itu bersambung atau tidak kepada Nabi Sallallahu-alayhi-wasallam.

Fikri (Penulis) : Jika tiada perkara seperti hadis, menyatakan sumber asalan, dalil, maka semua orang boleh mengaku bahawa amalan dia ialah amalan dari agama. Dan akan jadi perkara yang lebih buruk, amalan yang tiada asalnya atau bid’ah di dalam ibadah dan amalan. Dan jadilah mereka menghampiri seperti mana yang dilakukan oleh Nasrani dan Yahudi.

Mutasyaddidin dan Mutasahhilin ( Orang yang Syadid dan Orang yang Bermudah-mudahan)

1. Apabila fitnah semakin dahsyat dan masuk melalui jalan yang paling halus, maka akan ada segolongan manusia yang mensyadidkan diri mereka . Mereka membataskan dalam kehidupan mereka semata-mata kerana tuntutan dari Al-Quran dan Sunnah, menjaga diri mereka dari fitnah , dari perkara-perkara yang syubhat, samada dari perkara yang ada bid’ah dan keraguan pada amalan tersebut.

Bahkan saya mengkagumi mereka. Seperti segolongan Ikhwan yang syadidi yang mengamalkan uzlah syu’uriyyah tammah ( membebaskan diri dengan sepenuh perasaan) seperti tidak rasa gembira sangat dengan dunia, tidak beli tv di rumah, bersederhana dalam kehidupan dan sebagainya.

2.Maka begitu juga akan ada manusia yang bermudahan-mudahan dengan agama ini. Mereka memakai gelaran Muslim Moderat. Contoh termudah, tidak mengambil berat perintah menutup aurat, selesa dalam perkara yang lalai, syubhat, keraguan-keraguan pada akidah dan amalan dan sebagainya.

3. Dalam perkara ini , bagi orang yang mutasyaddidin, maka syadid pada dirinya tetapi menghargai dan memberikan sedikit ruang kepada orang lain atau apa yang dipanggil at-tasamuh (bertolak ansur). Namun pada tasamuh itu sendiri ada batasnya2. Bersangka baik dengan orang awam yang jahil, bersabar dalam menasihati manusia ke arah kebaikan dan bermulazamah dengan persekitaran dan kelompok yang baik.

4.Fitrah manusia, orang yang duduk di dalam persekitaran yang fitnahnya amat dahsyat, kemungkaran berlaku di depan mata, maka dia akan jadi orang yang syadid untuk menjaga dirinya daripada fitnah yang berlaku pada persekitaran dirinya.

Fikri : Ada sesiapa tak dari kalangan pembaca (lelaki) yang apabila bercakap dengan perempuan sanggup menahan nafas dari mencium bauan dari perempuan tersebut? Kenapa tak sanggup bauan yang wangi itu? Sebab ada hadis orang yang mencium bauan itu seperti orang yang berzina (kategori hidung berzina). Nampak susah dan agak strict, namun itulah mereka.

Aqlaniyyun (Orang yang Mementingkan Akal) dan Orang Atsar Atau Ahlul Hadith dan Orang Maqasid.

1. Tidak dinafikan akal itu dikurniakan Allah kepada manusia sebagai makhluk yang berakal, akan tetapi diturunkan kepada manusia seorang Rasul yang memberikan  panduan jalan Hidayah untuk manusia yang berakal tadi, memilih apa yang baik untuknya dan meninggalkan apa yang buruk untuknya.

Berkata Imam Zuhri – ” Daripada Allah Ar-Risalah, dan daripada Rasul itu At-Tabligh(Menyampaikan) dan ke atas kita at-Taslim (menerimanya).

2. Namun bukan semua tuntutan di dalam agama itu akan memenuhi logik pada akal manusia. Contoh termudah, kenapa persetubuhan yang nikmat itu haram tanpa melalui perkahwinan? Ia sesuatu yang baik menurut pandangan dan pemikiran manusia, namun jalan perkahwinan itu Allah tetapkan untuk menjaga dan hikmah2nya yang tersembunyi. Begitu juga seperti menutup aurat dan sebagainya.

3. Namun ada juga orang golongan Ahlul Hadis . Nama mereka banyak. Ciri penting mereka, mereka mementingkan dalil dan atsar(jejak) dari para sahabat. Mereka hidup dengan perkataan-perkataan dari nafas baginda Rasul Allah sallallahu-alayhi-wasallam. Jika anda sudah beriman dan yakin yang tertinggi bahawa generasi Salafussoleh merupakan yang terbaik, maka bukankah mengikuti mereka itu sebagai satu jaminan bahawa kehidupan yang bakal dilalui itu akan menjadi terbaik juga? .

4. Golongan maqasid ialah orang yang mengetahui sesuatu perkara itu dengan sedalam-dalamnya, mengetahui apa yang tersimpan di sebalik sesuatu itu.

Contoh termudah, kita tahu bahawa arak itu haram. Tapi sebabnya ia memabukkan. Bagi orang maqasid, datanglah segala jenis minuman yang apabila sebabnya memabukkan, maka ia kembali pada hukum arak itu tadi. Tapi perkara yang sama boleh jadi berbeza pada orang yang aqlaniyyun. Boleh jadi mereka berfikir dengan akal mereka, arak yang sedikit tadi tidak sampai kepada memabukkan, maka mungkin boleh diminum arak itu tetapi janganlah sampai mabuk. Akan tetapi bagi orang yang belajar kita dibatasi oleh batas-batas samada yang ditetapkan oleh Al-Quran, Sunnah Rasul dan pendapat-pendapat terdahulu. ” Setiap perkara yang memabukkan, maka sedikit darinya pun haram” .

Keadaan akan lebih jelas apabila bercakap tentang perkara ghaib atau sam’iyyat. Ada perkara yang tidak masuk akal di dalam agama dari segi akidah dan tauhid jika difikirkan mengikut logik dan akal manusia yang terbatas ini.

Kita beriman apa yang datang dari Nabi Sallallahu-alayhi-wasallam yang datang dari Hadis yang Sahih, yang logik atau tidak logik, yang sudah berlaku, yang sedang berlaku dan yang akan berlaku. Beriman semuanya tanpa ada terkecuali.

Wallahua’lam . 

Diari Akhir Ramadhan 2012


Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah kerana masih hidup di dalam Iman dan Islam. Ramadhan tahun ini mengajar saya banyak perkara. Ada beberapa perkara yang sudah selesai. Ada misi dan tujuan yang masih tertangguh. Ada pilihan yang sudah menemui maksudnya. 

Belajar banyak benda. Belajar untuk rasa sedikit kasihan kepada orang awam yang menjadi mangsa perbezaan fahaman agama, belajar untuk sabar disindir secara terang-terangan oleh ustaz taasub mazhab Syafie, belajar duduk depan dan bagi tazkirah, belajar jadi penterjemah.

Alhamdulilllah

Kehebatan Al-Quran

Saja nak petik kalam Shaykhul Islam yang indah dan menusuk hati ini tentang Al-Quran. Selamat mengkhatamkan Al-Quran.

Berkata Ibnu Taymiyyah rahimahullah,

Sesungguhnya Al-Quran membenarkan segala yang terdapat dalam kitab-kitab yang terdahulu tentang Allah dan Hari Kiamat dengan menambahkan lagi hujah dan dalil. Ia juga menerangkan bukti tentang kesemua itu. Ia membenarkan tentang kerasulan semua rasul dan kenabian semua nabi. Ia juga menetapkan perundangan syariah dengan dalil dan bukti yang nyata, menerangkan hukuman Allah atas mereka yang menolak kitabnya dan pertolonganNya kepada mereka yang mengikuti ajarannya.

Ia juga menerangkan perubahan dan pertukaran yang telah dilakukan terhadap kitab-kitab tersebut dan tindakan yang telah dilakukan oleh ahli kitab yang terdahulu terhadap kitab mereka. Ia juga menerangkan perkara yang mereka telah sembunyikan daripada perkara yang sebenarnya Allah perintahkan untuk dijelaskan. Ia juga mengandungi semua kebaikan perundangan dan peraturan sebagaimana yang telah diturunkan kepada para nabi yang terdahulu. Al-Quran telah menjadi saksi dari pelbagai sudut kepada semua kitab yang diturunkan terdahulu daripadanya. Ia membuktikan kebenaran mereka dan menjadi saksi kepada kepalsuan dan pertukaran yang telah dilakukan terhadapnya. Ia telah membenarkan segala yang telah Allah tetapkan dan menghapuskan segala yang Allah mansuhkan.

Al-Quran adalah saksi kepada khabar berita ( yang terdapat di dalam kitab-kitab yang terdahulu) dan menjadi hakim kepada segala suruhannya. Jika seseorang itu mengkaji pendapat atau kata-kata generasi yang dulu dan kini tentang Usuluddin, ilmu ketuhanan, Akhirat dan perkara-perkara yang berkaitan dengan kenabian, moral, politik, ibadat dan lain-lain aspek kehidupan manusia, yang boleh membawa kepada kesempurnaan, kebahagiaan dan kejayaan, mereka tidak akan mendapatinya samada dari generasi dahulu atau sekarang, dalam kalangan nabi atau para cendekiawan, kecuali sebahagian daripada penerangan yang dibawa oleh al-Quran.

Majmuk Fatawa Ibnu Taymiyyah 17/44-45.

Faqih dan Safih

Nur(satu cahaya) dan zulumat (kegelapan yang banyak)

Ciri-ciri Seorang Faqih di Dalam Agama.

إنَّ ممَّا يشرحُ الصدر: كثْرةُ المعرفةِ، وغزارةُ المادّةِ العلميَّةِ، واتِّساعُ الثقافةِ، وعُمقُ الفكرِ، وبُعدُ النَّظْرةِ، وأصالةُ الفهْمِ، والغوْصُ على الدليلِ، ومعرفةُ سرِّ المسألةِ، وإدراكُ مقاصدِ الأمورِ، واكتشافُ حقائقِ الأشياءِ

Antara yang melapangkan dada ialah banyaknya ilmu, melimpahnya pengetahuan, luasnya worldview, mendalamnya pemikiran, berpandangan jauh, memahami dari asas-asasnya, mengetahui masalah secara mendalam, mengetahui apa yang tersembunyi di sebalik masalah dan menyingkap hakikat akan segala sesuatu.

Kredit kepada Tuan Hasan.

Orang Safih yang Memegang Harta.

Orang Safih ini maksudnya orang yang bodoh.

Ramai pelajar luar negara diberi wang yang banyak sewaktu belajar. Saya tidak terkecuali daripada mereka. Saya pernah terketar memegang duit yang bernilai ribuan ringgit.

Ada di antara mereka yang membelanjakan duit itu dengan penuh pembaziran seperti orang bodoh yang membelanjakan hartanya. Ada seorang anak yang dengan nikmat Allah, banyak hartanya, tetapi walinya pula yang menjadi orang safih, membelanjakan harta anaknya dengan alasan anaknya kecil lagi, sedangkan di dalam Islam, duit seorang anak itu tetap haknya dan jika ibubapa ingin menggunakannya, maka dia menggunakan sekadar keperluannya. Dan apabila anak itu sudah mampu untuk menguruskan wang itu, maka wang itu diberikan kepada anak tadi yang berhak ke atasnya.

Pengalaman saya beriktikaf di masjid, tidur dan beribadat dengan orang yang pelbagai banyak mengajar saya erti kehidupan. Saya berjumpa dengan seorang ayah yang bercerita tentang perkara ini. Katanya ramai anak-anak derhaka ketika mereka besar kerana kesalahan ibu bapa mereka. Antaranya ibu bapa yang memandang remeh harta anak tadi seolah-olah harta anak itu hartanya juga. Sehingganya katanya lagi, Allah menggantikan kasih anak itu dengan hartanya yang diremehkan oleh kedua ibu bapa tadi. Barangkali ia sebuah perkongsian yang hebat kesannya pada diri saya. Belum masuk keadilan dalam pendidikan anak-anak, ambil berat soal halal haram, perkara syubhat dan sebagainya.

Benarlah kata Dr Uqlah sewaktu Fiqh Mentaati Pemerintah di PWTC tempohari,

Berapa buah buku tarbiyah yang dibaca oleh ibu bapa yang ingin mendidik anak mereka dengan pendidikan Islam?

Berapa buah buku dakwah dan buku agama yang dibaca oleh bakal ibu dan bakal bapa sebelum mereka dikurniakan anak, oleh bakal suami dan isteri sebelum mereka mendirikan rumah tangga, oleh para duat dan aktivis sebelum mereka memasuki dunia dakwah dan perjuangan?

Berapa ramai duat atau pendakwah yang ingin melahirkan generasi Quran yang tidak memahami bahasa Arab sedangkan bahasa Arab itu bahasa al-Quran?

Benarlah kata-kata ini,

Orang yang tiada apa-apa tidak mampu untuk memberi apa-apa.

Dunia itu dan bala serta kerosakan yang ada padanya. Ditambah lagi dengan orang-orang jahil, fitnah-fitnah yang datang bertandang dari sebesar-besar fitnah sehingga sehalus-halus fitnah, perkara yang melalaikan dari sebesar-besarnya sehingga sekecil-kecil kelalaian seperti bermain facebook dengan menggunakan gajet canggih ketika mendengar khutbah Jumaat.


Adakah Allah akan menggantikan generasi yang mulia dan beriman itu dengan generasi yang hina dan fasiq, melakukan dosa-dosa besar, menjadi sekular, agamanya selapis kulit bawang dan seterusnya dicabut agama itu dari hatinya?

Ya Allah. Kau Maha Mengetahui.

Saya masih mengejar baki-baki Ramadhan.

Masih banyak pelajaran yang belum diterokai. Masih banyak pengalaman-pengalaman baru yang belum dicari. Selamat mencari erti diri dan selamat membersihkan jiwa dalam madrasah tarbiyah Ramadhan.

Wassalam.

Entri Masuknya Ramadhan


Assalamualaikum wbt.

Semoga pembaca sihat sejahtera. Ini Ramadhan yang 24 aku sambut di dalam hidupku. Barangkali Ramadhan kali ini menjadikan aku sesuatu yang baru. Jadi imam Tarawih dan memberikan tazkirah di suatu tempat yang asing. Surau kecil tempat aku bermula.

Sebelum ini jadi imam juga tetapi di dalam persekitaran yang biasa. Kalau bangun rakaat kedua dan terus-terus membaca al-Fatihah tanpa Bismillah itu tiada masalah, sebab duduk dalam persekitaran orang yang memahami. Tapi kali ini memang lain terus. 

~Sekali ada bahasa Perancis plak daa.. Nasib baik belajar dulu bahasa Perancis. 🙂

Persiapan Ramadhan

Ramadhan disambut dengan mempersiapkan jiwa, iaitu bersedia menyambutnya dengan taubat nasuha lantar memasukinya dalam keadaan yang bertaubat, memohon ampun dan kembali kepada Allah. Ramadhan itu disambut dengan niat yang suci dan keazaman yang tinggi.

Jom bersihkan diri sebelum Ramadhan datang. 

“Wahai anak Adam, sesungguhnya selama engkau masih berdoa dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni semua dosa yang ada padamu dan Aku tidak akan peduli; Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu mencapai langit, kemudian engkau memohon ampun kepada-Ku, Aku akan mengampunimu dan Aku tidak peduli; Wahai anak Adam, seandainya engkau datang kepada-Ku dengan membawa kesalahan seukuran bumi kemudian engkau datang menjumpai-Ku dalam keadaan tidak berbuat syirik atau menyekutukan-Ku dengan apapun jua, maka sungguh Aku akan datang kepadamu dengan membawa ampunan seukuran bumi juga.  [HR alTirmidzi]”

Pemimpin itu Cerminan kepada diri kita.

Bertanya seorang mad’u ku : Mengapa Allah tidak menaikkan dari kalangan kita pemimpin yang hebatnya zaman kegemilangan Islam dahulu ?

Jawapannya,

Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (wafat: 728H) mengingatkan:


“Aku telah menyebutkan di tempat (bab) yang lain bahawa punca kepada masalah yang berlaku kepada pemerintah, kemudian para menterinya, hakim-hakimnya, dan para panglimanya bukan hanya perlu dilihat dari kekurangan pada diri mereka sahaja, akan tetapi kerana kekurangan para pemimpin dan rakyat sekaligus, kerana sebagaimana keadaan kamu, maka begitulah akan dijadikan pemimpin untuk kamu. Allah Ta’ala berfirman:

“Dan demikianlah Kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menjadi teman (pemimpin) bagi sebahagian yang lain.” (Surah al-An’am, 6: 129)

(Ibnu Taimiyyah, Majmu’ al-Fatawa, 35/20-21)

Dan sekiranya ditanyakan kepadaku, antara politik dan tarbiyah, yang mana lebih dahulu, maka jawapanku ialah tarbiyah. Ia lebih kuat mencengkam jiwa dan menjamin. Manusia yang beriman akan melakukan keadilan di balik sistem yang zalim, begitu juga manusia yang fasiq akan mencari ruang kosong untuk melakukan kerosakan di balik sistem yang adil.

Ya Allah, lindungilah kami dari berbagai fitnah, baik yang zahir dan tersembunyi. Ya Allah jadikanlah orang yang menguasai urusan kaum Muslimin itu sebagai para pemimpin yang baik, peliharalah mereka dan berkatilah mereka.

Ya Allah, jauhilah mereka dari para pembantu yang jahat. Dan kurniakanlah untuk mereka para pembantu yang terdiri dari ulama yang jujur.

Selamat datang ke madrasah Ramadhan dan berpuasa. Selamat meningkat amal ibadat dan melazimi sunnah-sunnah di dalam.

 

Wasiat Imam Syafie.


وروى الشيخ الحافظ أبو محمد عبد الغني عبد الواحد بن علي المقدسي عن أبي منصور محمد بن علي بن صباح البلدني، قال: هذه وصية الإمام الشافعي رضي الله عنه أوصى بها إلى أصحابه:

أن يشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأن محمداً عبده ورسوله، لا نفرق بين أحد من رسله، وأن صلاتي ونسكي ومحياي ومماتي لله رب العالمين لا شريك له، وبذلكأمرت وأنا أول المسلمين، وأن الله يبعث من في القبور، وأن الجنة حق والنار حق، وأن عذاب النار حق، وأن الحساب حق والميزان والصراط حق، والله عز وجل يجزي العباد بأعمالهم، عليه أحيا وعليه أموت، وعليه أبعث إن شاء الله تعالى، وأن القرآن كلام الله غير مخلوق، وأن الله تعالى يُرى في الآخرة ينظر إليه المؤمنون عياناً جهاراً ويسمعون كلامه، وأنه فوق عرشه، وأن القدر خيره وشره من الله عز وجل لا يكون إلا ما أراد الله وقضاه وقدره، وأن خير الناس بعد رسول الله) : أبو بكر، وعمر، وعثمان، وعلي، رضي الله عنهم. وأتولاهم، وأستغفر لهم، ولأهل الجمل وصفين القاتلين والمقتولين، وجميع أصحاب النبي (، والسمع لأولي الأمر ما داموا يصلون والموالاة لهم، ولا يخرج عليهم بالسيف والخلافة في قريش، وأن كل ما أسكر كثيرة فقليله حرام، والمتعة حرام، وأوصي بتقوى الله عز وجل ولزوم السنة والآثار عن رسول الله ( وأصحابه وترك البدع والأهواء واجتنابها؛ فاتقوا الله ما استطعتم، وعليكم بالجمعة والجماعة ولزوم السنة والإيمان والتفقه في الدين، من حضرني منكم فليلقني لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأن محمداً عبده ورسوله، وتعاهدوا الأظفار والشارب، وإذا احتضرت فإن كانت عندي حائض فلتقم، وأن تطيبوا وتدهنوا.

Telah meriwayat Shaykh al-Hafiz Abu Muhammad Abdul Ghaniy Abdul Wahid bin Ali al-Maqdisi dari Abu Mansur Muhammad bin Ali bin Sabah al-Baldani, telah berkata ; Ini adalah wasiat Imam Syafie -semoga Allah meredhainya kepada sahabat-sahabatnya,

Hendaklah kamu bersaksi bahawa tiada Sembahan melainkan Allah, Dialah satu-satunya dan tiada sekutu baginya. Dan sesungguhnya nabi Muhammad itu hambaNya dan RasulNya, dan tidak membezakan antara RasulNya dengan Rasul yang lain. Dan Sesungguhnya Solatku, ibadahku, kehidupanku, matiku hanyalah untuk Allah Tuhan sekalian alam yang tiada sekutu bagiNya dan aku telah diperintahkan oleh Allah dan aku dari kalangan terawal yang menyerah diri. Dan sesungguhnya Allahlah yang membangkitkan ahli kubur, dan sesungguhnya Syurga itu benar dan neraka itu benar. Dan azab neraka itu benar, dan penghisaban amalan itu benar, dan timbangan dan titian Sirath itu benar. Dan Allah Azza Wa Jalla yang memberi balasan kepada hambaNya berdasarkan amalan mereka, dan dengan pengakuan ini aku hidup dan aku mati, dan dengan pengakuan ini aku akan dibangkitkan InsyaAllah. Dan sesungguhnya Al-Quran itu Kalamullah dan bukanlah makhluk. Dan Allah Subhanahu Wa Taala akan dilihat di akhirat nanti, orang Mukmin melihatnya dengan terang dan jelas dan mendengar kata-katanya. Dan sesungguhnya Allah itu di atas ArasyNya. Dan Qadar itu yang baik dan buruk daripada Allah dan tidak berlaku melainkan dengan kehendak Allah mengikut ketentuanNya dan ketetapanNya. Dan sebaik-baik manusia selepas Rasul Allah Sallallahu-alayhi-wasallam ialah : Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali -semoga Allah meredhai mereka semua- , aku mentaati mereka, mendoakan keampunan untuk mereka, dan aku mendoakan keampunan bagi kaum Muslimin di dalam perang Jamal, Siffin, samada mereka yang membunuh dan mereka yang terbunuh dan keseluruhan sahabat Nabi. Dan mentaati pemerintah selagi mana mereka bersolat dan memberi pertolongan kepada mereka. Dan tidak boleh memberontak ke atas mereka dengan pedang dan tampuk khilafah itu pada orang Quraisy. Dan setiap yang memabukkan itu ketika ia banyak, maka sedikitnya pun menjadi haram, dan nikah mutaah itu haram. Dan aku bersaksi supaya bertaqwa kepada Allah Subhanahu Wa Taala dan melazimi Sunnah dan atsar dari Rasul Allah Sallallahu-alayhi-wasallam dan sahabat-sahabatnya. Dan meninggalkan bidaah (perkara yang baru) dan hawa nafsu dan menjauhi keduanya. Bertaqwalah(takutlah) kamu kepada Allah semampumu. Dan wajib ke atas kamu Solat Jumaat dan berjemaah dan melazimi Sunnah dan Iman dan sentiasa mendalami agama. Dan sesiapa di antara kamu yang mendatangi aku(ketika aku nazak) maka talkinkanlah aku dengan kalimah ‘Tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah yang Maha Esa tiada sekutu bagiNya dan sesungguhnya Muhammad itu hamba dan RasulNya, dan dan pendekkanlah kuku dan misaimu, dan apabila seorang wanita haidh berada di sisiku ketika aku sedang nazak, maka hendaklah dia beredar,dan hendaklah kamu memakai minyak wangi dan memakai minyak rambut.

Sumber :

Bab Wasiyyat al-Imam as-Syafie.
Buku al-Amru Bi al-Ittiba’ Wa an-Nahyu ‘an al-Ibtida’ (Suruhan untuk Ittiba’ dan Tegahan dari berbuat Bid’ah) Juz 1/ M/s 34
Karangan Imam as-Suyuthi. 

[Siri Akhir] Ke Arah Kepimpinan Pemuda Islam Masa Hadapan


Keempat : Pembentukan Kelayakan dalam Kepimpinan.

Kita melihat bagaimana Allah telah memilih manusia dari kalangan para Nabi dan Rasul yang ditugaskan untuk mereka Risalah Tauhid untuk umat manusia.

Allah memilih utusan-utusanNya dari malaikat dan dari manusia; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.  [ Surah al-Hajj ayat 75] 

Kepimpinan adalah satu kedudukan yang khusus dan pangkat berseorangan yang akan membezakan dalam sesuatu umat. Telah menjadi kebiasaan bagi seorang pemimpin untuk membezakan pengikut yang menjadi wakilnya daripada yang lain. Sepertimana Allah SWT memberi pertolongan dan perlindungan serta penjagaan dari perkara-perkar ajahiliyyah , kepercayaan dan adat yang rosak. Benarlah seperti Firman Allah SWT,

 Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.  [Surah ThaHaa ayat 39]

Menjadi kewajipan bagi pemimpin untuk mementingkan pendidikan pemuda-pemuda Islam supaya dapat melahirkan generasi pemimpin daripada kalangan pemuda-pemudanya . Juga merupakan satu kepentingan yang besar iaitu mendidik pemuda untuk berfikir dan mendidik mereka dengan agama. Menyibukkan mereka dengan para ulama, para pendidik, orang yang bijak pandai supaya jalan kehidupan mereka menjadi selamat. Supaya pemuda-pemuda itu menjadikan pusat tumpuan mereka ialah tempat pembelajaran dan seterusnya menjadikan mereka termasuk di dalam golongan yang berilmu.

Pemuda yang mendapat pangkat tertinggi di dalam ummatnya ialah pemuda yang kuat iman dan taqwanya, tinggi akhlaknya, kuat taqwa dan waraknya, banyak ilmu dan pengalamannya, kuat tubuh badannya, bagus perencanaan dan perancangannya.

Firman Allah tentang kisah Nabi Zakariyya dan anaknya Nabi Yahya,

“Wahai Yahya, terimalah Kitab itu (serta amalkanlah) dengan bersungguh-sungguh! Dan Kami berikan kepadanya Hikmat kebijaksanaan semasa ia masih kanak-kanak. 

dan (Kami mengurniakannya) rahmat dari sisi Kami, serta kelebihan yang kembang manfaatnya; dan ia seorang yang bertaqwa. 

Dan ia taat serta berbuat baik kepada ibu bapanya, dan ia pula tidak sombong angkuh atau derhaka.  [Surah Maryam ayat 12-14]

Juga bagaimana kisah Allah melantik pemimpin Bani Israil iaitu Thalut,

Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: “Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu. Mereka menjawab: “Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?” Nabi mereka berkata:” Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan”. Dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya. [Surah al-Baqarah ayat 247]

1. Kekuatan Iman dan Roh

Apabila seseorang pemuda memilih ketaatan kepada Allah, dan berpegang dengan prinsipnya, maka kejahatan yang dahsyat itu tidak akan memberi kesan terhadapnya. Begitulah bagi apa yang terjadi kepada remaja pada hari ini seperti masalah keruntuhan akhlak dan sosial yang dahsyat yang melanda mereka hari ini disebabkan mereka dilekakan dengan perkara yang pelbagai, mereka menyembunyikan pegangan pemuda yang beriman dan akidahnya, dan mereka kurang hubungan dengan Allah.

2. Kekuatan akhlak dan individu.

Begitu juga dengan kekuatan akhlak yang berpandukan petunjuk Islam dan wahyu. Akhlak yang mantap merupakan senjata yang terpenting yang sepatutnya menjadi bekalan untuk melahirkan kepimpinan dari kalangan pemuda.

Seterusnya kekuatan akhlak seperti semangat, kesabaran, keberanian menghadapi masalah hidup, bekerja dengan amanah dan ikhlas.

Wassalam.