Faedah dan Kaedah dari Ibnu Taimiyyah


Beberapa Faedah dan Kaedah dari Ibnu Taimiyyah yang banyak meng”goncang”kan jiwa saya.

1)Hakikat Cinta

Syaikh al-Islam berkata ketika mengkritik Syiah yang mendakwa bahawa mereka mencintai Ali radhiyallahu ‘anhu:“Sesungguhnya cinta yang benar ialah seseorang mencintai orang yang dicintainya dengan keadaannya yang sebenar (orang yang dicintai).

Jika seseorang beriktikad bahawa sebahagian orang salih adalah seorang Nabi atau daripada golongan al-Sabiqun al-Awwalun, lalu dia mencintainya, maka dia telah mencintai sesuatu yang tidak mempunyi hakikat.

Ini kerana dia mencintai orang tersebut berdasarkan sifat yang disifatkan kepadanya sedangkan sifat tersebut adalah tidak benar. Maka, sebenarnya dia telah mencintai sesuatu yang tiada dan tidak wujud.

Sebagaimana seorang lelaki yang berkahwin dengan seorang wanita yang mana dia menyangka bahawa perempuan tersebut mempunyai keagungan pada harta, kecantikan, agama dan keturunan, kemudian dia mendapati bahawa wanita tersebut sangat jauh daripada apa yang disangkakannya, maka tidak diragukan lagi bahwa cintanya akan berkurangan sepertimana berkurangan keyakinannya. Ini kerana sesuatu hukum ditetapkan berdasarkan sesuatu ‘illah, maka hukum tersebut akan hilang, jika hilangnya ‘illah tersebut…

Begitu juga, seseorang yang mencintai sahabat, tabi’in dan golongan salih dengan keyakinan yang batil pada mereka, maka cintanya terhadap kebatilan tersebut adalah batil.

Kecintaan Rafidhah kepada Ali adalah daripada jenis ini.

Mereka mencintai sesuatu yang tidak wujud iaitu imam yang maksum yang telah disebutkan secara nas tentang kepimpinannya, yang tiada imam selepas Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melainkan Ali, yang beriktikad bahawa Abu Bakar dan Umar radhiyallahu ‘anhuma adalah orang yang zalim dan melampaui batas atau kedua-dua meraka adalah kafir.

Apabila jelas kepada mereka pada hari kiamat bahawa Ali tidaklah lebih afdhal daripada salah seorang daripada mereka, -hanyasanya Ali sangat hampir kepada salah seorang daripada mereka, dan Ali mengakui kepimpinan dan kelebihan mereka, dan Ali serta mereka tidaklah maksum, dan tiada nas terhadap kepimpinan Ali – maka jelaslah kepada mereka bahawa mereka tidak pernah mencintai Ali.

Bahkan mereka adalah golongan yang paling hebat membenci Ali radhiyallahu ‘anhu pada hakikatnya…”

Minhaj al-Sunnah al-Nabawiyyah 3/23-25

2)Sebab berlakunya al-Mukasyafah dan Khawariq al-’Aadah kepada orang yang tidak mengikut Sunnah

Syaikh al-Islam berkata: Mereka semua yang memperolehi kasyaf (al-Mukasyafah) atau perkara luar biasa (Khawariq al-’Aadah) , jika mereka tidak mengikuti para Rasul, maka semestinya mereka telah menipu atau syaitan mereka telah menipu mereka.

Semestinya, wujud pada amalan mereka dosa atau maksiat sama ada daripada jenis [1]syirik, atau [2] perkara yang menyimpang (al-Zulm),atau [3] perkara keji (al-Fawahish), atau [4] melampau (al-Ghuluw), atau [5] bid’ah dalam ibadah.

Oleh sebab itu, syaitan turun kepada mereka dan menemani mereka. Lalu mereka menjadi wali-wali Syaitan, bukan wali-wali Allah.

Allah ta’ala berfirman:

وَمَن يَعْشُ عَن ذِكْرِ الرَّحْمَـٰنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا فَهُوَ لَهُ قَرِينٌ

Maksudnya: Dan sesiapa yang tidak mengendahkan peringatan (Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu syaitan itu menjadi temannya yang tidak renggang daripadanya. [al-Zukhruf:36]

Yang dimaksudkan dengan peringatan (Allah) Yang Maha Pemurah ialah peringatan yang Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam diutuskan dengannya seperti al-Qur’an. Sesiapa yang tidak beriman dengan al-Qur’an, tidak membenarkan beritanya, tidak menyakini kewajipan perintahnya, maka dia telah berpaling daripada al-Qur’an, lalu dijadikan baginya syaitan, lalu menemaninya.

Al-Furqan, ms 16-17

3)Pengkhususan Khulafa’ al-Rasyidin

Syaikh al-Islam berkata: “Manakala Khulafa’ al-Rasyidin, bagi mereka pengkhususan dalam menyampaikan keumuman agama (al-Kulliyyat) dan menyebarkan dasar-dasarnya (al-Ushul) yang mana manusia mengambil daripada mereka.

Pengkhususan ini tidak dimiliki oleh selain oleh mereka walaupun didapati bahawa periwayatan hadis daripada sahabat-sahabat yang lebih kecil lebih banyak daripada sesetengah Khulafa’ al-Rasyidin…”

“…Seperti pengumpulan al-Qur’an oleh Abu Bakar, pengumpulan al-Qur’an pada satu mushaf oleh Umar dan pengumpulan al-Qur’an oleh Usman dalam beberapa mushaf dan penyebarannya kepada beberapa daerah. Maka, perhatian mereka terhadap pengumpulan dan penyebaran al-Qur’an lebih penting daripada selainnya…”

Minhaj al-Sunnah al-Nabawiyyah

4)”Keistimewaan” Syiah

Syaikh al-Islam menukilkan ijma (kesepakatan) ahli ilmu bahawa kumpulan yang paling penipu adalah Rafidhah (Syiah)dan penipuan mereka daripada zaman dahulu lagi.

Malah, beliau menyebutkan bahawa “keistimewaan” Syiah adalah banyaknya penipuan yang dilakukan oleh mereka.

Rujuk: Minhaj al-Sunnah al-Nabawiyyah 7/306

5)Perkembangan Sunnah

Syaikh al-Islam berkata: “…Sesungguhnya diketahui bahawa (perkembangan) Sunnah adalah lebih kuat dan lebih nyatasebelum sekolah-sekolah dibina. Sekolah-sekolah hanya dibina di Baghdad pada pertengahan ke 5 Hijrah…”

Al-Minhaj al-Sunnah al-Nabawiyyah 4/164

6)Cara bermazhab

Seorang ahli Fiqh bermazhab Hanafi berjumpa dengan Syaikh Islam. Dia ingin bertukar mazhab kerana dia berpendapat bahawa terdapat banyak hadis sahih yang bertentangan dengan mazhab Hanafi. Lalu mereka meminta pandangan Syaikh al-Islam.

Beliau berkata: Jadikan mazhab itu 3 bahagian:
[1] Bahagian hak yang zahir kebenarannya, sesuai dengan al-Qur’an dan al-Sunnah. Berhukumlah dengannya dalam keadaan tenang.

[2] Bahagian yang tidak rajih (marjuh) yang mana dalilnya bersama pendapat lain. Janganlah kamu berfatwa dengan pendapat ini. Janganlah kamu berhukum dengannya. Tinggalkanlah pendapat ini.

[3] Bahagian yang merupakan persoalan ijtihad di mana masing-masning mempunyai dalil. Jika kamu ingin, kamu berfatwa dengannya. Jika kamu ingini, kamu tinggalkannya.

Lelaki itu berkata: Semoga Allah membalas kamu dengan kebaikan.

I’lam al-Muwaqqi’in 4/237 dengan ringkasan

7)Sederhana Dalam Perkara Yang Harus

Ibnu al-Qayyim berkata: Suatu hari, Syaikh al-Islam berkata tentang perkara yang harus: “Ini adalah perkara yang menafikan kedudukan yang tinggi walaupun meninggalkannya (perkara harus) bukan syarat untuk selamat (daripada azab)”

Madarij al-Salikin 2/26

Sedikit keterangan tentangnya – Sibuk dalam perkara yang harus boleh menyebabkan seseorang tidak dapat mencapai martabat yang tinggi di sisi Allah.

Namun, meninggalkan perkara yang harus sahaja tidak menyebabkan seseorang selamat daripada azab Allah. Dia perlu melakukan perintah agama dan meninggalkan larangannya.

8)Makna Akal

Syaikh al-Islam berkata: “Akal adalah naluri (gharizah) yang dijadikan oleh Allah pada manusia. Dan yang dimaksudkan dengannya adalah ilmu dan amalan yang didapati dengan naluri ini.”

Jami’ al-Rasail (Kumpulan Ketujuh) ms 367

9)Perkara Yang Paling Banyak Merosakkan Kerajaan Dan Negara

Syaikh al-Islam berkata: “Dan yang paling banyak merosakkan kerajaan dan negara adalah mentaati wanita.

Dalam Shahih al-Bukhari, daripada Abu Bakrah katanya: Rasulullah shallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Tidak akan berjaya suatu kamu yang memimpin mereka wanita”

Iqtidha’ al-Sirat al-Mustaqim ms 224

10)Antara Dua Keburukan

Syaikh al-Islam berkata: “Dan hampir-hampir tidak diketahui suatu kelompok yang memberontak kepada pemimpin kecualikeburukan didapati di dalam pemberontakannya itu adalah lebih besar daripada keburukan yang dapat mereka hilangkan.

Minhaj al-Sunnah al-Nabawiyyah 3/231

11)Rafidhah Tidak Memiliki Sanad Shahih Yang Bersambung

Syaikh al-Islam berkata: “…Oleh sebab itu, mereka tidak mempunyai sanad shahih yang bersambung. Bahkan, setiap sanad yang bersambung, pasti akan didapati pada sanad tersebut seseorang yang dikenali sebagai penipu (kazzab) atau memiliki banyak kesalahan (katsratu al-ghalat)

Keadaan mereka adalah seumpama Yahudi dan Nasrani. Ini kerana mereka tidak mempunyai sanad..”

Minhaj al-Sunnah al-Nabawiyyah 2/247

12)Berterusan Meninggalkan Solat Sunat Rawatib

Syaikh al-Islam ditanya tentang seseorang yang tidak menjaga solat sunat rawatib?

Beliau menjawab: Sesiapa yang berterusan meninggalkan solat sunat rawatib, maka ini menunjukkan kekurangan dalam agamanya dan persaksiannya ditolak menurut mazhab Ahmad, Syafie dan selain mereka.

Majmu’ al-Fatawa 23/127

13)Cara Ahli Tasawwuf

Kebanyakan orang yang silap daripada golongan yang mereka-reka (bid’ah) dalam zuhud dan ibadah (ahli Tasawwuf),terjadi kepada mereka sebagaiman yang terjadi kepada Nasrani yang mendakwa cinta kepada Allah sedangkan mereka meninggalkan syari’at Allah dan meninggalkan bersungguh-sungguh (mujahadah) di jalan Allah dan seumpamanya.

Mereka berpegang pada agama dan mendekatkan diri kepada Allah seumpama pegangan Nasrani, iaitu dengan ucapan-ucapan yang tidak jelas (maknanya) dan hikayat-hikayat daripada orang yang tidak dikenali kejujurannya. Jika orang tersebut adalah orang yang jujur, dia bukanlah seorang yang maksum.

Mereka menjadikan ikutan (guru dan syaikh) mereka sebaga pembuat syariat bagi mereka dalam agama sebagaimana Nasrani menjadikan para pendeta dan rahib sebagai pembuat syariat bagi mereka dalam agama.

al-Ubudiyyah ms 119

14.Pergaulan dan Pengasingan Diri

Syaikh al-Islam berkata: “…Memilih untuk bergaul dengan manusia secara mutlak adalah sikap yang salah. Begitu jugamengasingkan dari daripada manusia secara mutlak juga adalah sikap yang salah. Manakala, kadar yang diperlukan daripada kedua-duanya dan apa yang lebih baik pada setiap keadaan, maka ia memerlukan kepada perincian khusus…”

Beliau bekata: “Kaedahnya: sekiranya pergaulan tersebut membawa kepada saling bantu membantu dalam perkara kebajikan dan taqwa, maka ianya diperintahkan. Jika kepada dosa dan permusuhan, maka ianya dilarang.”

Majmu’ al-Fatawa 10/425-426

15.Riwayat Orang Fasik

Syaikh al-Islam berkata: “…Bukan semua yang diriwayatkan oleh orang fasik adalah dusta. Sebaliknya, wajib meneliti beritanya sebagaimana Allah Ta’ala berfirman:

يا أيها الذين آمنوا إن جاءكم فاسق بنبأ فتبينوا

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya” [al-Hujurat:6]

Lalu diriwayatkan (beritanya) supaya dilihat kepada syawahid; adakah ianya menunjukkan kebenaran atau pendustaan…”

Minhaj al-Sunnah al-Nabawiyyah 7/37

16.Faktor Meninggalkan Riwayat Daripada Pendakwah Kepada Bid’ah

Syaikh al-Islam berkata: “…Mereka (ahli hadis) tidak meninggalkan riwayat daripada mereka (pendakwah kepada bid’ah) kerana kefasikan mereka sebagaimana yang disangka oleh sebahagian mereka, tetapi sesiapa yang menzahirkan bid’ahnya, wajib untuk diingkari. Keadaan ini berbeza dengan orang yang menyembunyikan bid’ahnya.

Jika mengingkari orang yang menzahirkan bid’ahnya adalah wajib, maka caranya adalah dengan meninggalkannya (hajar) sehingga dia berhenti untuk menzahirkan bid’ahnya. Dan antara cara untuk meninggalkannya (hajar) adalah tidak mengambil ilmu dan persaksian daripadanya…”

Minhaj al-Sunnah al-Nabawiyyah 1/27

17.Sikap Terhadap Orang Yang Terdapat Padanya Sunnah dan Bid’ah atau Taat dan Maksiat

Syaikh Islam : “…Apabila berkumpul pada diri seseorang kebaikan dan kejahatan, taat dan maksiat, atau sunnah dan bid’ah, orang tersebut berhak mendapatkan pertolongan, persahabatan (muwalaah) dan pahala berdasarkan kebaikan yang ada padanya. Dan dia juga berhak menerima permusuhan dan balasan berdasarkan kejahatan yang ada pada dirinya…”

Majmu’ al-Fatawa 28/209

18.Raja Yang Terbaik

Syaikh al-Islam berkata: “…Ulama bersepakat bahawa Muawiyah adalah sebaik-baik raja pada umat iniEmpat orang pemimpin sebelum mereka adalah khalifah nubuwwah. Manakala Muawiyah adalah raja yang pertama…”

Majmu’ al-Fatwa 4/478

19.Tujuan Kepimpinan

Syaikh al-Islam berkata: “Wajib diketahui bahawa memimpin dan menguasai manusia adalah kewajipan agama yang terbesarTidak akan terdiri agama kecuali dengan (kekuasaan pimpinan) itu. Sesungguhnya maslahat manusia tidak dapat disempurnakan melainkan dengan kesatuan kerana manusia saling memerlukan antara satu sama lain. Dan dalam kesatuan, mereka memerlukan kepada pemimpin…

…Oleh kerana Allah telah mewajibkan (kaum muslimin) untuk melakukan amar ma’ruf (menyeru kepada kebaikan), nahi munkar (melarang daripada yang mungkar), membela orang yang dianayai, melakukan jihad, melaksanakan hudud, dan berlaku adil dalam menjatuhkan hukuman. Semua itu tidak akan terlaksana tanpa kekuasaan dan kepimpinan…”

As-Siyasah As-Syariah, ms: 217

20.Ubat Malas dan Beberapa Penyakit Lain

Syaikh al-Islam ditanya: Apakah ubat kepada penyakit? Apakah muslihat untuk melepaskan diri daripada khayalan? Apakah yang perlu dilakukan seseorang yang dikuasai malas? Apakah jalan untuk mendapatkan petunjuk? Apakah cara untuk melepaskan daripada kekeliruan?….

Beliau menjawab: Ubatnya adalah berlindung kepada Allah, bersungguh-sungguh (tadharru’) dalam memohon dan berdoa kepada dengan mempelajari doa ma’thur. Berusaha berdoa pada waktu mustajab seperti pada akhir malam, waktu azan dan iqamat, waktu sujud dan pada hujung solat.

Ditambah juga dengan beristighfar. Ini kerana sesiapa yang beristighfar dan bertaubat kepada Allah, maka Allah akan memberikan kesenangan hingga tempoh yang tertentu.

Hendaklah dia mengambil wirid zikir pagi dan waktu petang; dan ketika hendak tidur.

Hendaklah dia bersabar terhadap halangan dan ganguan yang menimpanya. Sesungguhnya tidak lama selepas itu, pastiAllah akan membantunya dan menetapkan keimanan di dalam hatinya.

Hendaklah dia menyempurnakan kewajipannya iaitu menyempurnakan solat lima waktu secara zahir dan batin (khusyu’) kerana solat adalah tiang agama.

Hendaklah dia menjadikan kebiasaannya ucapan “La haula wa la quwwata illa billahil aliiyi azhim” kerana dengan ucapan ini dia mampu menanggung kepayahan, menghadapi ketakutan dan mendapat kedudukan yang tinggi.

Janganlah dia bosan daripada berdoa dan meminta kerana sesungguhnya seseorang keadaan hamba akan diubah selagi mana dia tidak tergesa-gesa dalam berdoa dengan mengatakan: Aku telah berdoa tetapi belum dikabulkan.

Hendaklah dia mengetahui bahawa bantuan adalah bersama dengan kesabaran, dan kelapangan adalah bersama dengan kesempitan, dan kesusahan adalah bersama dengan kesenangan.

Tiada seseorang pun –sama ada seorang Nabi atau selainnya- yang mendapat keputusan yang baik melainkan dengan bersabar.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Mukhtasar al-Fatawa al-Misriyyah 2/114

21.Antara Bahaya Dosa

Syaikh al-Islam berkata: “… Allah Ta’ala menjadikan antara balasan kepada dosa manusia ialah tidak diberikan hidayah dan ilmu yang bermanfaat.
Allah Ta’ala berfirman:

وَقَوْلِهِمْ قُلُوبُنَا غُلْفٌ بَلْ طَبَعَ اللَّـهُ عَلَيْهَا بِكُفْرِهِمْ فَلَا يُؤْمِنُونَ إِلَّا قَلِيلًا

Maksudnya: dan mereka juga mengatakan: “Hati kami tertutup (tidak dapat menerima ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad)”. (Sebenarnya hati mereka tidak tertutup), bahkan Allah telah memeteraikan hati mereka disebabkan kekufuran mereka. Oleh itu mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja (di antaranya). [al-Nisa’:155]

فلَمَّا زَاغُوا أَزَاغَ اللَّـهُ قُلُوبَهُمْ

Maksudnya: Maka ketika mereka menyeleweng (daripada kebenaran yang mereka telah mengetahuinya), Allah selewengkan hati mereka(daripada mendapat hidayah petunjuk) [al-Shaf:5]…”

Majmu’ al-Fatawa 14/152

22.Mengislahkan Isteri

Allah Ta’ala menyebutkan kurniaanNya kepada (Nabi) Zakaria dengan berfirman:

وَأَصْلَحْنَا لَهُ زَوْجَهُ

Maksudnya: dan Kami memperelokkan keadaan isterinya [al-Anbiya’:90]

Sebahagian ulama berkata: “Sepatutnya bagi seseorang lelaki hendaklah berusaha bersungguh-sungguh (berdoa) kepada Allah untuk mengislahkan isterinya”

Majmu’ al-Fatawa 25/324

22.Takut

Syaikh al-Islam berkata: “…Apabila sempurna ketakutan hamba kepada Tuhan, maka dia tidak akan takut kepada sesuatu selainNya.

Allah Ta’ala berfriman:

الَّذِينَ يُبَلِّغُونَ رِسَالَاتِ اللَّـهِ وَيَخْشَوْنَهُ وَلَا يَخْشَوْنَ أَحَدًا إِلَّا اللَّـهَ

Maksudnya: (Nabi-nabi yang telah lalu itu) ialah orang-orang yang menyampaikan syariat Allah serta mereka takut melanggar perintahNya, dan mereka pula tidak takut kepada sesiapa pun melainkan kepada Allah. [al-Ahzab:94]

Apabila kurang ketakutan hamba kepada Tuhan, maka dia akan takut kepada makhluk. Kadar ketakutannya kepada makhluk bergantung kepada kekurangan dan pertambahan ketakutannya kepada Allah…”

Majmu’ al-Fatawa 1/94

23.Tiga Tuntutan

Syaikh al-Islam berkata: “…Seorang hamba diperintahkan untuk bersabar menghadapi takdir Allah, mentaati perintahNyadan beristighfar apabila dia melakukan dosa.

Allah Ta’ala berfirman:

فَاصْبِرْ إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنْبِكَ وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ بِالْعَشِيِّ وَالْإِبْكَارِ

Maksudnya: “Maka bersabarlah! Sesungguhnya janji Allah adalah benar, dan mintalah keampunan daripada dosa-dosa kamu. Dan bertasbihlahdengan memuji Tuhanmu pada waktu petang dan pagi” [Ghafir:55]…”

Majmu’ al-Fatawa 2/236

24. Perihal Mereka yang Menerima al-Kitab tetapi mencari selainnya.

“Allah mencela golongan yang telah menerima al-Kitab, tetapi masih lagi beriman kepada sesuatu perkara di luar risalah. Mereka lebih mengutamakan “orang luar” risalah berbanding orang-orang yang beriman. Samalah juga keadaannya sebagaimana sebahagian manusia yang mengutamakan pendapat ahli falsafah dan kerajaan jahiliyyah ( yang berbangsa Turki, Dailam, Arab, Iran dan lain-lain) berbanding kerajaan yang beriman kepada Allah, kepada kitab Allah dan RasulNya. Begitu juga Allah mencela orang yang mengaku beriman dengan seluruh kandungan kitab-kitab Allah tetapi mereka tidak menghukum dengan menggunakan Al-Quran dan As-Sunnah. Mereka menghukum menurut taghut yang diagungkan selain Allah. Demikian jugalah yang terjadi pada golongan yang mengaku Islam dan menganutnya kerana mereka menjalankan undang-undang mengikut kata-kata ahli falsafah yang terkeluar dari landasan agama atau memerintah menuruh sistem politik kerajaan yang di luar syariah Allah. Apabila diseru kepada mereka: ” Marilah kembali kepada kitab Allah dan Sunnah RasulNya!” , mereka paling muka mereka dengan bersungguh-sungguh.

Majmuk Fatawa Juzu’ 12 m/s 339

25.  Kehebatan al-Quran.

Sesungguhnya Al-Quran membenarkan segala yang terdapat dalam kitab-kitab yang terdahulu tentang Allah dan Hari Kiamat dengan menambahkan lagi hujah dan dalil. Ia juga menerangkan bukti tentang kesemua itu. Ia membenarkan tentang kerasulan semua rasul dan kenabian semua nabi. Ia juga menetapkan perundangan syariah dengan dalil dan bukti yang nyata, menerangkan hukuman Allah atas mereka yang menolak kitabnya dan pertolonganNya kepada mereka yang mengikuti ajarannya.

Ia juga menerangkan perubahan dan pertukaran yang telah dilakukan terhadap kitab-kitab tersebut dan tindakan yang telah dilakukan oleh ahli kitab yang terdahulu terhadap kitab mereka. Ia juga menerangkan perkara yang mereka telah sembunyikan daripada perkara yang sebenarnya Allah perintahkan untuk dijelaskan. Ia juga mengandungi semua kebaikan perundangan dan peraturan sebagaimana yang telah diturunkan kepada para nabi yang terdahulu. Al-Quran telah menjadi saksi dari pelbagai sudut kepada semua kitab yang diturunkan terdahulu daripadanya. Ia membuktikan kebenaran mereka dan menjadi saksi kepada kepalsuan dan pertukaran yang telah dilakukan terhadapnya. Ia telah membenarkan segala yang telah Allah tetapkan dan menghapuskan segala yang Allah mansuhkan.

Al-Quran adalah saksi kepada khabar berita ( yang terdapat di dalam kitab-kitab yang terdahulu) dan menjadi hakim kepada segala suruhannya. Jika seseorang itu mengkaji pendapat atau kata-kata generasi yang dulu dan kini tentang Usuluddin, ilmu ketuhanan, Akhirat dan perkara-perkara yang berkaitan dengan kenabian, moral, politik, ibadat dan lain-lain aspek kehidupan manusia, yang boleh membawa kepada kesempurnaan, kebahagiaan dan kejayaan, mereka tidak akan mendapatinya samada dari generasi dahulu atau sekarang, dalam kalangan nabi atau para cendekiawan, kecuali sebahagian daripada penerangan yang dibawa oleh al-Quran.

Majmuk Fatawa Ibnu Taymiyyah 17/44-45.

26. 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s