2 Kekurangan Generasi Sempurna dan Solusinya.


Anak “biah solehah” yang “terpenjara” dalam sangkar ” kumpulan”.

 

Anak dakwah dan tarbiyah itu membesar di dalam biah solehah. Boleh jadi hasil baitul muslim ibu dan ayah. Iya, lelaki yang terbaik dan terpilih dan perempuan yang terbaik dan terpilih mendirikan sebuah perjanjian sehidup semati. 

 

Sebuah Perkahwinan.

 

Anak itu lahir darinya. Mengecapi kenikmatan hidup tarbiyah secara penuh dan tidak terhad sepanjang lahirnya. Membuka mata, merangkak, berjalan, bercakap, senyum dan semua hidupnya di dalam biah solehah.

 

Setiap minggu berkesempatan pergi usrah mingguan. Umurnya ketika menjejak awal persekolahan di sekolah terpilih yang mempunyai persekitaran dan rakan yang disaring untuk menerima 24 jam kehidupan penuh dakwah dan tarbiyah. Kawan mereka dari orang yang terpilih, terbaik. Barangkali mereka yang melepasi 2-3 tapisan. Semuanya untuk istilah yang bernama ” Membesar di dalam Biah Solehah”.

 

Sewaktu orang lain mula bernyanyi lagu-lagu yang popular di radio dan televisyen, mereka menyanyikan lagu-lagu Pejuang Palestin. Bahan bacaan mereka dari penulis yang bermandikan peluh dan darah dakwah dan tarbiyah. 

Iya.

 

Orang2 yang menebus diri mereka dengan debu jalanan dan darah merah-pekat dalam merintis jalan dakwah dan tarbiyah.

Orang yang mendapat pencerahan di dalam jahiliyah yang gelap-pekat dan malam maksiat yang kelam.

 

Mereka orang terbaik. 

 

Orang-orang generasi kedua atau mungkin ketiga. Mereka yang membesar dalam ruang dakwah dan tarbiyah yang sangat maksimum.

 

Itulah aku. Sahabat-sahabat terpilihku, adikku, abangku, kakakku dan mereka yang hidup dalam kehidupan yang terpilih, yang terancang.

 

Aku lahir dari keluarga baitul muslim, dari mula aku menghirup udara dan sehingga kini, tidak lekang dari dakwah dan tarbiyah.

 

Menjengah alam sekolah menengah, mereka diajar persaudaraan sesama Islam, kehebatan dan keagungan Islam.

 

Tujuannya tidak lain, generasi yang meneruskan dakwah dan tarbiyah. 

 

Generasi yang semakin lengkap dan hebat dalam dakwah dan tarbiyah.

 

Tapi kekurangan mereka ada 2-3, barangkali banyak sepanjang pengalaman aku.

 

1. Mereka disuap sepenuh bahan dakwah dan tarbiyah. 

 

Sehingga tidak menghargai daripada bahan-bahan yang ditulis dengan darah dan tarbiyah. Mereka berlainan dari generasi pertama atau generasi perintis yang mengharungi dengan pengalaman sendiri, berjumpa sendiri, bersusah payah dengan darah dan lelah keringat yang akhirnya mereka sangat-sangat menghargainya di dalam kehidupan.

 

Penghargaan itu tidak mampu dibalas sehingga menjadikan generasi pertama itu sentiasa bersama dengan kumpulan mereka. 

 

Jika dia mengenali jalan dakwah dan tarbiyah itu dari kumpulan A, maka A lah menjadi kehidupannya sehingga dia mati. Begitulah jga dengan mereka yang mengenali kumpulan B, C dan D.

 

Padahal asas bacaan mereka, tokoh sanjungan mereka, sandaran mereka, hampir sama. Hampir sama. Bahkan sangat mirip.

 

Tapi itu pada generasi pertama, bukan generasi sempurna ini. 

 

Mereka sudah terbiasa disuap sehingga mereka umpama singa di dalam kurungan yang akan mati jika dilepaskan di hutan kerana kehilangan kemahiran berburunya.

 

Berapa ramai orang-orang dari generasi sempurna ini yang disifatkan ” mereka-mereka yang gugur dalam jalan dakwah”.

 

Berapa ramai dari mereka yang sempurna ini, tidak mampu untuk membawa diri, menjadi pembawa bendera dakwah dan tarbiyah di mana mereka bertapak. Bendera perubahan dan islah, jauh sekali.

 

Ya, sentiasa bersama dengan kumpulan kamu. Tetapi ingat, daie yang hebat itu umpama jatuh ke laut, menjadi pulau, jatuh ke darat menjadi tanah yang subur dan bermanfaat.

 

Wahai generasi sempurna, baliklah pada asal kamu, balik dan tatapilah generasi tua kamu. Belajarlah sejarah, hayatilah dan ambillah ibrah terbaik darinya. Kuasa asas dan prinsip semampunya.

Baliklah pada al-Quran dan as-Sunnah. Dan jangan lupa gigit ia sekuatnya dalam kekreatifan kamu berdakwah dan bertarbiyah.

Ingat, ilmu menjaga kita dari ketaksuban mempertahankan kesalahan pemimpin, dan ilmu juga menjadikan kita memandang jauh ke hadapan.

2. Mereka yang kekal di dalam suasana selesa dan tidak berani untuk terbang jauh dan tinggi dari sarang mereka.

Ketika mereka membesar menjadi pemuda dan pemudi, mereka diajar tentang kesatuan, persamaan, orang2 Islam.

Tetapi dakwah mereka, jalan mereka, kebanyakannya di dalam kumpulan mereka sendiri.

Biasakah berjumpa dengan generasi sempurna dari kumpulan A yang bersama2 berganding bahu dengan generasi sempurna dari kumpulan B dan C untuk menjayakan sebuah matlamat dakwah Islam yang bersifat universal?

Tidak, bahkan ada yang didorong oleh pemimpin mereka, atau naqib mereka.

“Usah engkau membazir masa di dalam aktiviti kumpulan A” , kata naqib dari kumpulan B pada mad’unya.

Walaupun dalam isu2 yang besar seperti Palestin dan sebagainya.

Bagaimana si ” Fatimah” dari kumpulan B, yang bekerjasama menjayakan atau menjadi sukarelawan bagi aktiviti kumpulan A atau C dituduh belot dari kumpulannya.

” Ah, usah membazir masa, kerja dan aktiviti di dalam kumpulan kita pun apa kurangnya. “

Belajarlah tentang keutamaan, diri, keluarga, masyarakat dan sebagainya. begitu jugalah daripada diri, sampailah kepada alam jagat.

Namun, perlu difahami bahawa kumpulan anda bukan kumpulan terbaik. 

Belajarlah dari kumpulan lain untuk dibudayakan “silang-ilmu”, yang akhirnya anda memperoleh idea, teknik dari kumpulan lain yang tiada di dalam kumpulanmu.

Ingatlah wahai adik2ku dari generasi sempurna, kita mesti reservekan di dalam hidup kita, paling2 3-4 tahun untuk mencari dan meneroka. 

 

3-4 tahun itu kita menjadi “orang biasa”, memasuki komuniti dan kumpulan yang pelbagai, mencari pengalaman dan ilmu yang pelbagai, yang mana itulah bahan2nya untuk kita adunkan nanti menjadi ramuan dakwah dan tarbiyah yang sempurna.

Jangan takut untuk meniadakan keterbatasan ruang di dalam dakwah dan tarbiyah sewaktu usia muda ! 

 

Semua orang perlu try and error. 

 

Jangan takut jika error itu ada. Anda manusia yang berbayangkan kesilapan dan kesalahan.

Bukankah murabbi,naqib anda teman terbaik anda?

Nota ini ditulis untuk adik2 dari generasi sempurna untuk terbang sebentar di angkasa meneroka sebanyak2nya alam dakwah dan tarbiyah, biarpun ia dari kota, gunung, perkampungan, gua dan sebagainya.

Kita masih muslim walaupun terbang dan meneroka ke mana2 sahaja. 

 

Mengapa takut dengan cabaran dan rintangan?

 

Bukankah apa yang disuapkan untuk kita sepanjang kita membesar itu untuk kegunaan kita dalam kehidupan kita pada masa mendatang?

Bangunlah…
Kepakkan sayap…
Jangan lupa terbang tinggi..
Nikmati pemandangan yang pelbagai…
Hinggaplah di mana2 sahaja…
Dan taburkan benih dakwah dan tarbiyah..
Dan berjanjilah…

Nanti baliklah ke sarang…

dengan makanan yang pelbagai…
Jangan lupa si rajawalibiru.

– aku tidak lupa juga untuk mengungkapkan segala kekagumanku pada mereka yang “biasa2”, yang dikutip dari “longkang jahiliyah”, yang meranduk segala susah-payah dan menemui pencerahan dakwah dan tarbiyah dalam hidup mereka. Sehinggakan aku merasa yakin, orang2 seperti inilah yang akan iltizam dan istiqamah dalam jalan dakwah dan tarbiyah, lebih baik dari generasi sempurna.

Aku,

Abu Abdirrahman,
Fikri az-Zahabi ar-Ribati.

Sedikit Cerita tentang Hidup Saya

– Saya sudah berkahwin dan dikurniakan seorang anak lelaki. Saya juga sedang bergiat cergas sebgai Guru Pendidikan Khas. Ini sahaja yang boleh saya kongsikan kpada pembaca.

-Maaf sebab lama blog ini tidak berupdate. Saya berada di kawasan kampung yang capaian internetnya agak lemah. kalau nak berhubung dengan saya, facebook saya ada.

Advertisements

2 Idola Pemuda dari Salafussoleh.


Assalamualaikum dan semoga sihat. InsyaAllah dalam entri ini, saya kongsikan dua peribadi pemuda yang cukup sesuai untuk dijadikan idola sebagai galang ganti idola2 artis anak2 bangsa saya yang baru menikmati alam remaja. Semoga bermanfaat.

Abdullah bin Umar (Generasi Sahabat)

Dia adalah putera Umar bin Khattab, seorang pemimpin teladan, syeikhul Islam.

Dia meriwayatkan banyak ilmu yang bermanfaat dari Nabi saw.

Sifat Peribadi dan Keutamaan

Abu Ishaq As-Sabi’i berkata, “Aku melihat Ibnu Umar sebagai lelaki yang berkulit sawo matang serta bertubuh gemuk. Sarungnya sampai pertengahan kedua betisnya dan dia senang melakukan tawaf.”

Diriwayatkan dari Aisyah, dia berkata, “Aku tidak pernah melihat seorang pun yang lebih taat dalam menjalankan perintah daripada Ibnu Umar.”

Ibnu al-Musayyib berkata, “Seandainya aku dapat menyaksikan bahawa seseorang termasuk ahli syurga, maka aku akan menyaksikan bahawa Ibnu Umar termasuk ahlinya.”

Kesukaan Mengikuti Sunnah

Diriwayatkan dari Nafi’, dia berkata, “Seandainya engkau melihat Ibnu Umar ketika mengikuti Rasulullah SAW, maka engkau akan berkata, “Dia orang gila.”

Diriwayatkan dari Nafi, bahawa Ibnu Umar pernah mengikuti jejak Rasulullah saw di setiap tempat yang pernah beliau gunakan untuk solat, hingga jika Nabi saw berteduh di bawah pohon, maka Ibnu Umar mencari pohon dan berjanji akan menyirami pohon itu supaya kering.

Diriwayatkan dari Nafi’, dia berkata. “Ibnu Umar pernah menyemir* janggutnya.

 * Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga, menyemir bermaksud membubuh minyak supaya licin.

Diriwayatkan dari Zaid bin Aslam, dia pernah berkata, “Ibnu Umar pernah menyemir hingga mengenai bajunya. Lalu ada yang berkata kepadanya, “Engkau menyemirnya dengan warna kuning?” Dia menjawab, “Kerana aku melihat Rasulullah saw menyemirnya dengan warna kuning.”

Imam Ahmad bin Hanbal (Generasi Tabi’in)

Dia adalah seorang Imam dalam kebenaran, Syeikhul Islam yang jujur. Ia memiliki nama lengkap Abu Abdullah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal Az-Zuhli Asy-Syaibani al-Baghdadi.

Dia salah seorang Imam para ahli Imu.

Sifat Peribadi dan Keutamaan

Diriwayatkan dari Muhammad bin al-Abbas an-Nahwi, dia berkata, “Aku melihat Ahmad bin Hanbal adalah orang yang mempunyai wajah yang bagus dan perawakannya sedang, rambutnya diwarnai dengan inai (hinna), di antara janggutnya terdapat beberapa helai rambut hitam. Aku melihat bajunya tebal dan berwarna putih, dan aku melihatnya dalam kegelapan bahawa dia memakai sarung.”

Ibrahim al-Harbi berkata, “Aku melihat Abu Abdullah, seakan-akan Allah SWT telah mengumpulan seluruh ilmu-ilmu orang terdahulu dan masa sekarang pada dirinya.”

Al-Marruzi berkata, “Aku melihat Abu Abdullah ketika orang-orang sedang berada di rumahnya, dia duduk dengan bersila dan tertunduk. Apabila berada di luar rumah, dia tidak tertunduk, aku masuk dan salah satu tangannya digunakan untuk memegang buku yang dia baca.”

Qutaibah berkata, “Yang terbaik pada masa kami adalah Ibnu al-Mubarak, kemudian pemuda ini, iaitu Ahmad bin Hanbal. Jika aku melihat seseorang yang suka kepada Ahmad, maka ketahuilah bahawa dia adalah pembela Sunnah. Jika ia hidup di masa ats-Tsauri, al-Auza’i dan al-Laits, nescaya dia lebih terdepan dari mereka. Qutaibah ditanya, “Bagaimana jika Ahmad digabungkan dengan Tabi’in?” Dia menjawab, “Kepada kalangan pembesar Tabi’in.”

Abu Abdullah sangat pemalu dan mempunyai akhlak dan etika kesopanan yang baik dan orang-orang dermawan bangga terhadapnya.

Harmalah berkata, “Aku mendengar Asy-Syafi’i berkata, ‘Aku keluar dari Baghdad, aku tidak meninggalkan seseorang yang lebih utama, lebih alim, lebih fakih dan lebih tinggi ketakwaannya daripada Ahmad bin Hanbal’.”

Konsisten Mengamalkan Sunnah

Muridnya, Imam Abu Daud mengatakan: “Aku melihat Imam Ahmad apabila menghantar jenazah, ketika mendekati pemakaman, menanggalkan sandalnya.”

Imam Ahmad mengamalkan sunnah ini berdasarkan hadis di bawah ini:

“Ketika Rasulullah s.a.w. berjalan bersama Basyri, pandangannya terbentur pada seorang yang sedang berjalan di perkuburan dengan memakai sandalnya, kemudian baginda menegurnya: “Wahai si pemakai sandal,celakalah engkau! Tanggalkanlah kedua sandalmu.” Orang itu kemudian menoleh dan ketika diketahuinya bahawa yang menegur adalah Rasulullah s.a.w., segera saja dia tanggalkan kedua sandalnya.” (Riwayat Abu Daud, An-Nasa’i, Ibnu Majah, Ibnu Abi Syaibah dan Al-Hakim dengan sanad yang sahih).

 

Syeikh al-Albani berkata di atas sikap Imam Ahmad mengamalkan sunnah ini: “Semoga Allah menganugerahkan kepadanya rahmat, betapa konsistennya orang ini dalam mengikuti as-Sunnah.”

Abu Hatim pernah berkata: “Jika kamu dapati seseorang yang mengasihi Ahmad bin Hanbal maka ketahuilah orang itu adalah dari ahli Sunnah.”

Semoga Allah merahmati dan memberkati dan menempatkan mereka berdua dalam keluasan JannahNya. Amin.

Disusun oleh:

Muhammad Abdulloh Suradi,

9 Jun 2011.

Rujukan:

1. Siyar A’lam An-Nubala’ karya Imam Az-Zahabi

2. Lembaran Hidup Ulama’ oleh Muhammad Abdulloh Suradi

20 Persoalan Asas Tentang Hadis


Assalamualaikum wbt.

Dalam entri kali ini, saya kongsikan kepada pembaca 20 Persoalan Asas Tentang Hadis yang ditulis oleh Ustaz Adlan bin Abdul Aziz (panel Al-Ahkam.Net). Saya sudah banyak kali bertemu beliau dalam perbincangan ilmu beliau, terutama berkaitan dengan hadis. Pada hemat saya, beliau merupakan salah seorang ustaz bermanhaj hadis yang sederhana. Untuk anak didik ustaz, semoga kalian memperolehi manfaat yang sangat banyak dari penulisan beliau.

20 Persoalan Asas Tentang Hadis.

Semoga impian saya untuk melihat jundi-jundi dan daei-daei yang sempurna kefahaman agamanya di samping aktif dalam dakwah dan tarbiyah.

Persamaan Antara Akidah Salaf dan Khalaf [3/3]


Mengapa Shaykh al-Qardhawi Menguatkan Pendapat Ulama Salaf ?

Shaykh al-Qaradhawi berpendapat dengan menguatkan pendapat ulama salaf, dan dukungan ini tentu saja tidak keluar dari hawa nafsunya, juga tidak sejalan dengan gelombang yang telah menjadikan sebagian ulama berusaha untuk tidak memasukinya. Adapun dukungan terhadap pendapat itu, kerana beberapa hal berikut:

Pertama ; Akal manusia sangat terbatas untuk mengetahui selok-belok tentang sifat Allah, seperti halnya terbatas untuk mengetahui tentang Dzat Allah swt. Mustahil apabila manusia mengetahui selok-belok pencipta-Nya. Keterbatasan itu melingkupi makhluk yang lemah dan fana terhadap Pencipta yang mutlak, sempurna, dan bersifat azali.

Kedua ; Kita tidak merasa aman, jika kita melakukan takwil, lalu kita memalingkan nash-nash itu secara mutlak dari makna zahirnya kepada makna yang kita ketahui dengan akal kita, sekali pun hal itu lebih sesuai dengan sifat Allah swt, atau yang mensifati sifat Allah yang tidak pernah disifati oleh Allah swt kepada diri-Nya dan menafikan dari-Nya sifat yang tidak pernah dinafikan-Nya.

Jika begitu, kita termasuk orang yang mengatakan kepada Allah sesuatu, yang kita tidak mengetahuinya.

Ketiga ; Para ulama salaf takut membuka pintu takwil, kerana dikhawatirkan akan menjadi senjata bagi ahli zindiq dan orang yang ingkar serta musuh-musuh Islam untuk masuk dan merusak Islam dari dalam, seperti aliran kebatinan yang berfalsafah, para sufi yang menyimpang, dan kelompok yang berlebihan.

Sehingga hal ini akan memberikan dukungan untuk memalingkan ayat-ayat Al-Qur’an dari dilalah dan maknanya secara lahir.

Keempat ; Pendapat ulama salaf lebih benar menurut ijma’ para ulama, kerana pendapatnya menetapkan sifat yang ditetapkan oleh Allah dan menafikan sifat yang dinafikannya dalam kitab dan sunnah Rasul-Nya, dengan benar-benar menafikan selok-belok dan penyerupaan-Nya dengan lainnya.

“ Tiada sesuatupun yang serupa dengan Dia.” (QS. Asy-Syura:42)

Kelima ; Pendapat para ulama salaf dapat diterima dan disepakati oleh semua pihak, dan yang lebih utama dalam masaalah akidah dan dasar-dasar Islam. Kerana itu, umat Islam hendaknya berpegang teguh kepada ajaran yang benar dan disepakati, ia lebih berhati-hati, lebih kuat dilalahnya, dan lebih melindungi agamanya.

Keenam ; Kita mendapatkan ulama besar yang melakukan takwil terhadap sifat Allah dan mendukung pendapat para ulama khalaf, pada akhir usianya mereka kembali ke pangkuan salaf dan mendukung pendapat mereka. [1]

Sebagaimana Shaykh al-Qaradhawi juga berpendapat tentang masaalah ayat sifat agar tidak dikumpulkan di satu tempat seperti yang dilakukan sebahagian orang, sehingga dia mengira bahwa Allah SWT adalah satu individu yang memiliki anggota badan.

Shaykh al-Qaradhawi berkata, “ Hakikatnya adalah sifat Allah ini dipaparkan sebagaimana yang dinyatakan daam kitab Allah SWT dan Sunnah Rasulullah saw. Maksudnya, sifat-sifat itu disebutkan sendiri dan tidak dikumpulkan. Kerana setiap muslim akan mengimani sifat-sifat itu dan menetapkannya sebagaimana dinyatakan oleh Allah SWT.”

Tidak semua yang sesuai dengan Al-Qur’an dan As-Sunnah dikumpulkan menjadi satu, sehingga menimbulkan gambaran yang tidak sesuai dengan kesempurnaan Allah swt.

Sebagian dari mereka berkata, “ Orang mukmin harus beriman kepada Allah, bahwa dia memiliki wajah, kedua tangan, mata, jari-jari, dan lengan, dan seterusnya.”

Penyebutan sifat Allah seperti ini dapat menimbulkan persepsi bahwa Allah swt terdiri dari susunan tubuh dan memiliki tubuh beserta anggota badan.

Al-Qur’an dan Hadits tidak pernah memaparkan gambar seperti ini, dan Rasulullah saw juga tidak pernah mensyaratkan kepada sesiapa pun yang memeluk Islam untuk beriman kepada Allah dengan teliti ini.

Dalam kehidupan para sahabat dan tabi’in, mereka juga tidak pernah mengajarkan akidah kepada umat Islam dengan mengumpulkan semua sifat ini, sebagaimana hal itu terdapat dalam sebagian buku yang membahas tentang masaalah tersebut. [2]

Wallahu Musta’an.

Rujukan

[1] Fusul fi Al-Aqidah Baina As-Salafwa Al-Khalaf, hlm. 132 dan setelahnya dengan sedikit perubahan ungkapan.

[2] Al-Ikhwan Al-Muslimun 70 ‘Aman, hlm. 343.

(Sumber: Metode Dakwah Yusuf Al-Qardhawi/Syaikh Akram Kassab).

kredit kepada Abu Ariffin. Penulis hanya menukar beberapa istilah ke dalam bahasa Melayu supaya mudah difahami.