Muhasabah Selepas PRU – Dakwah itu Universal dan Sejagat.


Pendahuluan – Artikel ini ditulis untuk aktivis dakwah, untuk pimpinan NGO dan badan Islam supaya mereka berfikir dalam kerangka yang lebih luas, melihat bidang dakwah yang lebih luas.

Bak kata Xifu Naser – 

Sejauh manakah ustaz2 dan pendakwah2 kita bersedia dan mampu berhadapan dgn THE BATTLES OF IDEOLOGICAL DISCOURSES yg bersifat multiracial, multimazhabs, multi-interests? DAKWAH PASTI MAKIN SENGIT DAN DAKWAH IS NO LONGER A COMFORT ZONE krn keseimbangan antara unity and multiplicity bukan mudah.SUDAH TIBA MASA, Muslim movements SERIOUSLY melahirkan ikon2 politik/pendakwah/aktivis/ulama MALAYSIAN Chinese Muslims dan bangsa2 lain utk REBRANDING semula Islam supaya lebih bersifat UNIVERSAL dan TIDAK MENGETENGAHKAN MEREKA HANYA SEBAGAI ‘MUALLAF’ YG HANYA LAYAK BERDRAMA TTG ‘MENGAPA SAYA PELUK ISLAM’. Kejayaan Nabi saw dan bangsa Quraysh adalah kerana sokongan pelbagai qabilah (bangsa) dan pada masa yg sama, bangsa Quraysh legitimately mengekalkan kepimpinan politiknya. Inilah yg saya katakan sbg salah satu isu keseimbangan antara unity and multiplicity.
Muhasabah Selepas PRU – Dakwah itu Universal dan Sejagat.
 
Mari kita pindahkan sekejap pandangan kita ke Indonesia. Kita imbau dan baca sejarah2 mereka. Kebanyakan gerakan Islam di Indonesia hari ini terletak pada Masyumi, Darul Islam dan Dewan Dakwah Islam Indonesia (DDII).
 
Pemikiran Salafi dan Ikhwanul Muslimin telah mengubah wajah gerakan Islam pada 1970-an dan wujudnya Partai Keadilan Sejahtera (PKS) pimpinan Hilmi Aminuddin (ayahnya anggota Darul Islam) dan tokoh Salafi Abu Nida (Alumni LIPIA yang bernaung di bawah DDII)
 
Masyumi diasaskan pada 7 November 1945 yang terdiri daripada pelbagai golongan termasuk NU(Nahdatul Ulama) dan Muhammadiyah. 6 Jun 1947, Masyumi mengeluarkan Manifesto Politik yang menekan keperluan Negara Islam.
 
Kita boleh lihat tulisan dan pemikiran tokoh2nya seperti Muhammad Natsir, Isa Anshari, Abu Hanifah dll.
 
Masyumi ingin memperjuangkan Islam melalui Parlimen manakala Darul Islam melalui tidak dan terkenal dengan sikap kerasnya seperti ketenteraan dan sebagainya.Darul Islam terkenal di Jawa Barat, Jawa Tengah. Sumatera(Aceh), Kalimantan  dan Sulawesi Selatan. Akhirnya gerakan DI berakhir, dan ramai anggotanya berpecah belah. Ada yang mendirikan pondok, masuk ke PKS dan sebagainya. Pengaruh mereka nampak di dalam gerakan-gerakan Islam di beberapa daerah seperti Jakarta, Jawa Barat, Sulawesi Selatan, Nanggroe Aceh. Asas mereka ialah pesantren, masjid dan kampus. 
 
Di sini pemikiran anggota DI berubah, mereka menerima pengaruh IM, Salafi, tidak kurang juga Hizbut Tahrir.

Masyumi dan DDII

 
Masyumi juga sama. Mereka gagal. Pada 7 April 1967, Partai Muslimin (Parmusi) diasaskan. 1967 mereka mengasaskan DDII yang bergerak di dalam bidang dakwah, bukan politik.
 
DDII berperanan dalam membina dan merekrut kader2 gerakan Islam yang hebat. DDII menjadi lembaga Islam yang pertama yang mengusahakan secara serius pengiriman mahasiswa ke Timur Tengah.
 
DDII menjadi agen utama pembahagian Rabithah Alam al-Islami yang dibiayai oleh KSA(Kingdom of Saudi Arabia) untuk belajar di Timur Tengah. Sehingga 2004, DDII telah mengirimkan mahasiswa ke Timur Tengah dan Pakistan. Mereka ini yang menjadi pemain utama penyebaran dakwah dan agen kesinambungan gerakan tajdid dan Islah Islam di Indonesia.

DDII mengasaskan Lembaga Ilmu Pengetahuan Islam dan Arab (LIPIA) yang merupakan cabang dari Universiti Islam Muhammad Ibnu Saud di Riyadh. Lembaga inilah yang telah melahirkan ribuan ALUMNI agen penggerak gerakan Salafi dan pemain2 penting dalam dunia dakwah dan Tarbiyah.

Ini dilihat dengan kedatangan Shaykh Abdul Aziz Abdullah al-Ammar, seorang murid tokoh paling penting Salafi, Shaykh Abdullah bin Baz ke Jakarta untuk bertemu dengan Muhammad Nastsir. Seterusnya DDII memainkan peranan penting dalam merekrut mahasiswa seperti Persis, Muhammadiyah dan al-Irsyad.

Yusuf Usman Baisa adalah alumni LIPIA yang melanjutkan pelajaran ke Arab Saudi, Afghanistan dan Pakistan juga Univ I Imam Muhammad Saud di Riyadh. Abu Nida juga belajar di Univ Islam Imam Muhammad Ibnu Saud di Riyadh. Selesai pelajarannya pada tahun 1985, dia bergabung dengan Jamilur Rahman di perbatasan Pakistan-Afghanistan, dan pada tahun 1986, dia balik dan mengajar di pondok(pesantren) DDII iaitu Pesantren Ibnul Qayyim.

Jaafar Umar Thalib, antara pemimpin Laskar Jihad, belajar di Institus Maududi di Lahore dengan biasiswa DDII pada tahun 1986. Kemudian belajar dan dilatih oleh Jamilur Rahman di perbatasan Pakistan-Afghanistan. Pada tahun 1991, dia belajar dengan Shaykh Salafi yaman, Shaykh Muqbil Ibn Hadi al-Wadi di Dammaj.

DDII juga berperanan dalam karya penterjemahan karya tokoh gerakan Islam di Timur Tengah ke dalam bahasa Indonesia seperti buku karya Ustaz Hasan al-Banna, Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Sayyid Qutb – rahimahullah- dan Abul A’la al-Maududi (Jamaat islam).

Asas gerakan DDII ialah pesantre, masjid dan kampus. DDII memberi sumbannga kepada pesantren2 dan mengelolakan sumbangan dari Timur tengah untuk membina masjid2 yang dikelolakan oleh aktivis2 DDII. DDII menyusun dengan aktif program pelatih bagi alumnus daripada berbagai organisasi pelajar Islam.

Lihat contoh aktiviti seperti usaha Bina Masjid Kampus, Kegiatan Latihan Mujahid Dakwah, melengkapkan masjid dengan lembaga dakwah dan perpustakaan.

Lihat orang yang pernah dibantu oleh DDII seperti Yazid Jawas, pengajar di pesantren Minhaj al-Sunnah di Bogor, Ust Abdul Hakim yang mengajar pengajian rutin Salafi di DDII dan pengajian di masjid2 dan Yusuf Usman Baisa yang mendirikan Pesantren al-Irsyad dan banyak lagi tokoh2 dakwah yang hebat.

Namun, DDII juga melahirkan tokoh2 Islam yang radikal seperti KH Hussein Omar, Dr Anwar Haryono yang mengasaskan Gerakan Reformis Islam(GARIS) yang dipimpin oleh H Chep Hernawan Dapet.  Juga Abu Bakar Basyir, KH Abdul Qodir Jaelani,Ahmad Sumargono, KH Khalid Ridwan yang menjadi ahli dalam Dewan Syuro GARIS.

Kita juga dapat melihat generasi hasil DDII ini yang berjuang untuk menubuhkan undang2 Islam seperti UU Pengelolaan Zakat (1999), UU Wakaf (2001), UU Penyelenggaraan Haji ( 2004). Bahkan ada UU Anti Pornografi.

Perjuangan menegakkan Islam tidak pernah berhenti, pada tahun 2000-2009, muncil fasiliti berkaitan kehidupan masyarakat seperti busana Muslim, miras, penguatkuasaan khalwat, pelacuran dan perjudian di daerah2 dan kota2.

Catatan Penulis.

Tujuan nota ini ditulis untuk kita sama2 bermuhasabah tentang dakwah selepas PRU. Aktivis2 dakwah mesti aktif dan istiqamah dalam kerja dakwah dalam semua bidang. Aktivis dakwah juga mesti beranggapan bahawa dakwah Islam mesti diluaskan lagi, iaitu tidak terhad pada satu parti politik dan bidang politik sahaja.

Lihatlah sahabat2 kita di Indonesia seperti DDII, mereka telah bekerja keras dalam pembentukan generasi pelapis dan tokoh2 dakwah. Tokoh2 dakwah dan generasi pelapis pimpinan Islam tidak pernah putus dan sentiasa ada dan semakin banyak. Tidakkah kita merasa kagum dengan DDII.  Bangunlah dari persepsi sempat PAS sahaja dalam arena politik, penggunaan kalimah Islam, pengutamaan isu lain daripada akidah dan sebagainya.

Contohilah mereka. Bangkitlah sahabatku. Teguhkan akidah. Rajinkan diri kuliah ilmu. Lupakan segala perbezaan antara pendapat dalam perkara2 furuk. Redhailah dan kasihilah saudara kamu dari kalangan Ikhwani dan Salafi. Cintailah Muslim kesemuanya.

Artikel ini juga ditulis untuk memberi pandangan yang lebih luas untuk NGO Islam, Parti Islam dan aktivisi2 dakwah dan tarbiyah. 

Kita mesti membina negara Islam itu dengan membina generasi Islam dari umat/masyarakat sendiri. dakwah dalam semua bidang mesti berjalan tanpa membezakan sesiapa dan dengki terhadap jasa /sumbangan orang lain.

Ayuh Sahabatku, Apa kata kita mulakan dahulu dengan pengumpulan dana untuk membeli buku Riyadhus Solihin dan mengedarkannya pada setiap masjid dan surau contohnya. Lihatlah Jemaah Tabligh, siapa yang tidak kenal buku Fazail Amal, buku yang masyhur dan ada di mana-mana sahaja. Itulah bukti kedermawanan mereka dan kehebatan dakwah mereka.

Kita mencontohi semangat tabligh dari Jemaah Tabligh, semangat Waayul Islami dari Ikhwanul Muslimin, ketegasan dalam akidah oleh golongan Salafi, dan kesatuan umat oleh Hizbut Tahrir. Kita tidak menafikan adanya kelebihan dan kekurangan dalam setiap golongan ini. Namun kita ambil yang baik, kita teruskan ke hadapan dan terus melangkah.

InsyaAllah harapan itu masih ada. Kecintaan pada agama itu tidak pernah padam dalam jiwa aktivis dakwah dan tarbiyah.

Mohon maaf atas salah dan silap. Sebarang perkongsian boleh komen.

Jazakallah khairan kasiro.

Mohammad Fikri bin Mohammad Nasri.

Perbaiki Diri Sendiri Wahai Daie!


Assalamualaikum wbt.

Islahkan Diri dan Dakwah Kepada Orang Lain.

Lelaki yang soleh, apabila berkahwin mendidik isterinya supaya jadi perempuan yang solehah.

Isterinya perempuan yang solehah apabila melahirkan anak, mendidik anak tersebut. Beserta bantuan dari suaminya, akan lahir generasi anak-anak yang soleh.

Begitulah kitaran pewarisan generasi yang soleh, melahirkan generasi yang soleh.

Dakwah dari generasi yang soleh tadi supaya dengan adanya mereka, sem

akin ramai orang2 yang soleh, bermula dari menjadikan lelaki yang soleh dan perempuan yang solehah sehingga bermulanya kitaran pembentukan generasi yang solehah.Apabila dakwah itu bermula dari diri, kemudian keluarga dan membentuk komuniti, maka akan terbentuknya biah(persekitaran) yang soleh. Dan apabila wujudnya persekitaran yang soleh tadi, ia membantu keluarga tunggal yang soleh tadi untuk bermasyarakat.Semua orang hendakkan biah yang soleh tadi, maka mereka cuba untuk mengekalkannya dengan beberapa cara, seperti duduk dengan komuniti yang soleh, menubuhkan persatuan (jemaah) yang dinaungi oleh ketua.

Dan itulah asas dan tujuan utamanya. Akan tetapi apabila wujudnya komuniti yang mempunyai biah yang solehah tadi, tetapi asas pada lelaki dan perempuan itu(dakwah dan tarbiyah pada anak2nya tidak berjalan). Maka biah solehah tadi sekadar sokongan sahaja.

Fikirkan bagaimana sokongan itu ada tetapi asal dari diri itu tiada. Sebab itu wujud generasi yang duduk dalam jemaah tetapi soleh, tetapi bila keluar dari jemaah, mereka hanyut.

Adakah generasi itu natijah daripada kelemahan ibubapa mereka sendiri?

Maka kita balik pada asalnya semula iaitu “Perbaiki diri kamu”.

Maka di sinilah asal atau punca salahnya. Seorang lelaki atau ahli kepada jemaah yang masuk dalam jemaah untuk menumpang dengan jemaah tanpa semangat untuk membaiki dirinya sendiri dan keluarganya.

Salafi dan ikhwani berkongsi status dan keadaan yang sama di sini. Persamaan mereka sangat banyak terdapat jika ditinjau dari tajuk ini.

Namun permulaan mereka berbeza.

Di kala salafi terdiri dari mereka yang mempunyai latar belakang yang berbeza, semangat untuk mempelajari agama itu sangat tinggi dalam jiwa mereka. Dan mereka sedang dalam situasi untuk membina biah dan komuniti walaupun mereka tiada tanzim yang khusus.

Manakala di pihak ikhwani pula, bagi mereka yang baru mula dari kosong, ada yang menumpang jemaah untuk mendapat sokongan biah(persekitaran )yang baik tadi tetapi asalnya masih kurang atau lemah.

Sebab itu mereka yang berada dalam persekitaran yang berlawanan dengan mereka, seperti golongan salafi tadi, akan menyumbang kepada sifat mereka yang defensif dan mengambil pendapat yang keras demi menjaga diri mereka dari syubhat atau zone yang tidak pasti. Dan pendapat yang keras itu akan menatijahkan ketetapan mereka telah berada dalam zon yang jelas kebaikannya.

Sesungguhnya kebaikan yang ada pada kedua-dua golongan ini jika dapat disinergikan bersama merupakan sesuatu yang sangat-sangat baik dan dapat memberi natijah yang sangat baik.

Benarlah kata-kata,

” Dan Berapa Ramai yang berada dalam golongan kita yang bukan golongan kita, dan berapa ramai yang bukan dari golongan kita tapi adalah golongan kita. “

Sekadar perkongsian dari penelitian dan pengalaman yang masih hijau.

Akan tetapi satu perkara yang kita tahu, ialah apabila seorang hamba Allah itu telah menetapkan kekuatan pada dirinya untuk membaiki dirinya atau menghampirkan diri kepada Allah dengan jalan-jalanNya, maka Allah akan membantu dan sama sekali tidak akan membiarkannya.

Maha Suci Allah yang telah menciptakan manusia yang berbagai-bagai supaya kita dapat belajar dari mereka pelbagai perkara.

Wassalam.

Sinergi IM-Salafy di Mesir.


Alhamdulillah, Dr. Maszlee Malik telah berkesempatan ke Mesir untuk meninjau keadaan gerakan Islam di sana. Kini beliau sedang menghabiskan perjalanannya ke Maghribi. 

Maka, saya ingin kongsikan bacaan tentang apa yang terjadi di sana. Semoga Allah memberikan kebaikan dan berkat yang banyak. Mesir Bumi Barakah. Kredit kepada perkongsian Dr. Maszlee Malik.

1.
http://www.maszleemalik.blogspot.com/2012/04/pilihanraya-presiden-mesir-siapakah.html

2.
http://www.maszleemalik.blogspot.com/2012/04/pencalonan-presiden-dari-ikhwan-apakah.html

3.
http://www.maszleemalik.blogspot.com/2012/04/parti-politik-salafi-aktor-politik-baru.html

4.
Dilemma Islamis menjelang Pilihanraya Presiden Mesir
http://www.maszleemalik.blogspot.com/

Dan alhamdulillah, ini berita dari Hizbun Nur semalam. Kredit kepada Dr. Fathi Ali.

Sumber : https://www.facebook.com/AlnourParty/posts/291043607645525

Semalam ada yang mendakwa hari ini pihak Hizb al-Nour akan menyatakan sokongan rasminya kepada Muhammad Morsi, ternyata itu tidak berlaku. Bahkan al-Nour kesal kerana gambar-gambar para ulama Dakwah Salafiyah telah dieksploitasi pada poster Muhammad Morsi, apakah begitu terdesak mahukan sokongan para Salafiyyin hingga mengeksploitasi gambar-gambar mereka? sepertinya telahan Dr. Maszle Malik benar bahawa Muhammad Morsi agak terdesak memerlukan sokongan al-Nour. Di bawah adalah kenyataan rasmi Hizb al-Nour hari ini 26 April 2012: 

صرح الدكتور محمد نور – المتحدث الاعلامي لحزب النور:
حول اعلان الهيئة الشرعية دعمها الكامل للدكتور محمد مرسي فان الهيئة كيان مستقل و قرارها لا يمثل حزب النور أو الدعوة السلفية بأي شكل من الأشكال .

Dr Muhammad Nuur, jurucakap media bagi Hizb an-Nur menjelaskan perihal Jawatankuasa Syar’iyyah (iaitu Hai’ah Sya’iyyah Li Huquq wal Islah – pent) yang menyokong penuh Dr Muhammad Morsi; Jawatankuasa Syar’iyyah ini adalah entiti yang bebas dan pegangannya sama sekali tidak menyamai pegangan Hizb An-Nur atau Dakwah Salafiyah dari apa jua bentuk perkara. 

و إنني أعتبر الاعلان عن قرارها في هذا التوقيت و بهذه الطريقة خروجا على مبادرة التوافق التي تتبناها الدعوة السلفية و استباقا للجهود الرامية للاتفاق على مرشح اسلامي واحد .

Dan saya menganggap pengumuman pegangan jawatankuasa tersebut (yang dibuat Rabu lepas yang menyokong Muhammad Morsi – pent) pada masa ini dan dengan cara sebegini sebenarnya telah terkeluar dari inisiatif permuafakatan yang dibina oleh Dakwah Salafiyah dan ia mencabar usaha-usaha yang dilakukan demi penyatuan di bawah satu calon Islami

و أضاف أنني أتعجب من محاولة الزج بأسماء و صور علماء الدعوة السلفية مما يوهم بأنهم شاركوا في هذا التصويت و هو الامر الذي لم يحدث على الاطلاق .
و أن الدعوة السلفية و حزب النور مصرون على التمسك بالمبادرة

Bahkan, saya sangat takjub dan terkejut – dan kesal – dengan adanya percubaan eksploitasi memaparkan nama-nama dan gambar-gambar ulama Dakwah Salafiyah (seperti Syaikh Muhammad Ismail al-Muqaddam, Syaikh Sa’id `Abdul`Azeem, Muhammad Hassan, Yasir Burhami – pent) yang telah menyebabkan salah faham – orang ramai – seolah-olah mereka (iaitu para ulama Dakwah Salafiyah) juga menyertai undian ini padahal perkara sebegitu tidak pernah berlaku. Dakwah Salafiyah dan Hizb An-Nur bersepakat untuk kekal berpegang dengan inisiatif tersebut

Semoga Allah memberikan kebaikan dan keberkatan kepada Mesir. Dan Revolusi di beberapa negara Arab telah mendatangkan banyak faedah selepas beberapa Revolusi yang banyak berlaku dalam liputan sejarah Islam.

 

Nasihat Emas Shaykh Sharif Hatim Aarif al-Awni


Dari Kiri : Dr.Yusuf Qaradawi , ??, Dr. Abdul Majid, Dr. Salman Aodah, Shaykh Kamil Umar dan Dr Hatim Aarif Awni

Nasihat Emas Shaykh Sharif Hatim Aarif al-Awni.

عن الإمام التابعي الفقيه الجليل عامر الشعبي أنه قال : (( حب آل البيت ، ولا تكن رافضيا . واعمل بالقرآن ، ولا تكن حروريا .واعلم أن ما أتاك من حسنة فمن الله وما أتاك من سيئة فمن نفسك ، ولا تكن قدريا . وأطع الإمام ولو كان عبدا حبشيا )) .

Dari Imam at-Tabien,seorang yang Faqih yang Agung Aamir As-Syaabi sesungguhnya dia telah berkata :

Cintailah AhlulBayt tetapi jangan jadi Rafidhi (Syiah Rafidhah) dan beramallah dengan al-Quran, dan janganlah menjadi Haroori (salah satu gelaran kpd golongan Khawarij, yg mendakwa berpegang teguh dgn al-Quran). Dan ketahuilah sesungguhnya apa yang didatangkan kepada kamu daripada kebaikan, maka ia daripada Allah dan apa yang didatangkan daripada keburukan, maka ia dari diri kamu. Dan jangan jadi Qadari (orang yang menolak takdir. Adapun yg berserah kpd takdir semata2 dan menolak ikhtiar manusia dia dipanggil Jabari). Dan taatilah pemimpin walaupun dia itu seorang hamba Habsyi(Hitam).

ولعله لو كان معنا لقال :

Dan semoga nasihat itu memberi makna, maka dia kata,

– كن سلفيا ، ولا تفرق الأمة ، ولا تتكبر على الآخرين . 
– كن إخوانيا ، ولا تستبح أذية غير الإخواني ، وتبرأ من حزبية لغير الإسلام .
– كن تبليغيا ، ولا تنتقص العلماء وطلبة العلم ، ولا تكذب لصالح الدعوة .
– حارب الخرافة والتعلق بالقبور ، لكن لا تكفر أهل الشهادتين ، ولا تغلظ على جاهل المسلمين .
– زك نفسك واعمل على صلاح قلبك ، مع تمسك شديد بالسنة وبهدي السلف .
– اعتز بدينك ، من غير اعتداء على غير المسلمين .
– كن إصلاحيا ، ولا تحصر الإصلاح فيما سوى الدين .
– وقاوم التغريب ، ولا تقاوم التطور .
– احرس الفضيلة ، ولكن لا تسجن المرأة بسياج سد الذريعة .
– عظم النقل ، من غير انتقاص العقل .
– عظم العقل ، ولا تعترض به على الوحي .
– عظم العلماء ، ولا تخص بالتعظيم من يوافقك منهم .
– ذب عن أعراض أهل العلم ، لكن لا تجعل مجرد تخطيئهم وقيعةً فيها .
– انتقد ، ولكن لا تقف عند النقد ، بل أنشئ بناء جديدا ، أو رمم البناء الذي يصلح للترميم .
– تحرر من التقليد ، لكن لا تسقط في الفوضى الفكرية .
– ناد بالحرية ، لتتمحض العبودية لله تعالى وحده ، لكي لا تعبد نفسك .
– حافظ على القيم والتقاليد ، لكن لا تخلطها كلها بالدين ، ولا تعترض على تحسينها وتطويرها .

-Jadilah salafi, tetapi tidak memecah belahkan ummat, dan jangan jangan sombong dengan orang lain.

-Jadilah Ikhwani, jangan meredhai mudharat orang selain Ikhwan. dan berlepas diri daripada berpuak-puak kpd selain Islam.

– Jadilah orang Tabligh, tetapi jangan memperlekehkan ulama dan aktiviti menuntut ilmu, dan jangan menipu untuk maslahat dakwah.

-Perangilah khurafat dan selalu berkait dengan kubur, tetapi janganlah sampai mengkafirkan orang yang mengucap, dan jangan garang sangat dengan orang Muslim yang jahil.

-Bersihkan diri kamu dan beramal untuk memperbaiki hati kamu, bersama berpegang dengan kuat dengan Sunnah dan petunjuk dari Salafussoleh.

-Rasa bangga dengan agamamu, tanpa menunjukkan permusuhan kepada orang bukan Islam.

-Jadilah orang2 Islah (yang sentiasa muhasabah/membaiki dirinya), jangan mengehadkan pembaikan itu dengan apa yang selain daripada agama.

-Perangilah at-taghrib (usaha ke arah kebaratan) dan janganlah kamu memerangi at-Tathowwur (kemajuan).

-Jaga kesopanan/nilai-nilai murni, tapi jangan kamu memenjarakan wanita dengan pagar sadd azzarai3.

-Agungkan Nas(Al-Quran dan Sunnah), tanpa mengurangkan akal.

-Agungkan Akal, tetapi jangan sampai menyalahi wahyu.

-Agungkan Ulama, dan jangan khusus orang yang kamu setujui sahaja dari kalngan mereka(jangan taasub).

-Pertahankan maruah Ahlul Ilm, tetapi jangan jadikan setakat menyalahkan mereka (dlm sesuatu perkara itu) sebagai satu tindakan menghina maruah mereka.

-Komenlah, tetapi jangan berhenti dengan kritikan sahaja, bahkan berusaha untuk membina sesuatu yang baru, atau baiki binaan yang masih boleh dibaiki

-Bebaskan diri anda daripada taqlid, tetapi jangan jatuh dalam keserabutan pemikiran.

-Laungkan kebebasan, supaya kamu menyucikan diri (pure) dalam berubudiyyah kepada Allah, agar tidak menyembah diri kamu (riya).

-Jagalah nilai-nilai murni dan adat/budaya, tetapi janganlah kamu mencampuradukkannya setiapnya dengan agama, dan jangan sampai menghalang dari memperelokkannya dan memajukannya.

Islam di Malaysia.

Hedonisme dan maksiat cukup berleluasa di Malaysia.

Gerakan Islam banyak di Malaysia. Namun bilangan orang yang mengislahkan dirinya ketika orang lain mula rosak sangat sikit nisbah.Gerakan bermanhaj Ikhwan masih tidak bersatu selepas puluhan tahun bertapak di Malaysia. Semoga usaha penyatuan berhasil. Setakat ini masih ada 3 lagi kumpulan Ikhwan di Malaysia. Walaupun ISMA dikatakan bukan dari Ikhwan, namun saya hanya bertaqlid kepada kenyataan Shaykh Hisham Saqr. Perbezaan antara ISMA dan IKRAM hanya cara yang bersifat terbuka dan tertutup.

PAS masih gerakan Islam tunggal yang berjuang di dalam politik. Semoga ada parti yang cenderung kepada Islam yang lain menyertai politik supaya persaingan yang sihat dapat dilihat. Secara semulajadinya, apabila sesuatu itu tunggal dan tiada alternatif, maka usaha Islam dan kebaikan agak lambat berlaku. Dengan adanya persaingan, usaha-usaha memperbaiki diri akan semakin agresif.

Gerakan Sunnah cukup banyak di dalam NGO yang pelbagai, ada yang bernaung dibawah GASUMA dan GUASMA. Alhamdulillah, usaha-usaha dakwah Sunnah cukup subur di Malaysia dengan kedatangan masyaikh samada di dalam atau luar negara. Terima kasih kepada agamawan yang menyuburkan sifat “curious” dan beragama dengan ilmu di dalam masyarakat.

Revolusi Arab-Spring juga menyebabkan orang berminat kepada agama dan gerakan anti kerajaan semakin bersemangat. Kumpulan pro-jihadi dan mazhab bersenjata yang dulu menganggap kekerasan sebagai satu cara yang tunggal tanpa alternatif lain untuk menyuarakan suara mereka, kini menjadi lunak dan beranggapan demokrasi terdapat padanya 1001 kebaikan untuk menjadikan suara dan hasrat mereka didengari. Kini mereka agak lunak dan sokongan terhadap demokrasi semakin bertambah Namun ada dikalangan pejuang/aktivis Islam yang masih tidak mahu melibatkan diri dalam demokrasi. Memang demokrasi ada baik dan buruknya dan hukum Allah itu masih terbaik.

Semoga tahun 2012 dan tahun seterusnya menjadi pemangkin ke arah kemajuan Islam, kesedaran penganutnya dan kebangkitan gerakan-gerakan Islam. Fitnah semakin banyak dan tanda tanda akhir zaman semakin jelas. Banyakkan membaca Al-Quran khususnya Surah al-Kahfi dan kuatkan iman.

Kita bertemu di dunia, tetapi di sana impian kita. Semoga Allah membebaskan Syria dari thagut Bashar Si Tikus yang sangat kejam.

Ustaz Hassan al-Banna dan Tawassul


Saudara-saudara kita daripada mereka yang bermanhaj salafi telah menuduh Ustaz Hassan Al-Banna sebagai seorang yang telah terpengaruh oleh tasawuf, sebagaimana ada dalam perjalanan hidupnya yang pertama.

Namun hal itu telah dijelaskan oleh Dr. Yusuf al-Qardhawi hafizahullah dalam bukunya yang berjudul, ” Al-Ikhwanul Muslimun : Sab’un ‘Amman Fi Ad-Da’wah Wa At-Tarbiyah Wa al-Jihad”.

Dalam buku itu, Dr Yusuf al-Qardhawi menulis, Al-Banna telah menyebutkan, bahawa permasalahan tawasul kepada Rasul Allah, para Nabi, malaikat, dan orang-orang soleh termasuk kepada permasalahan khilafiyyah di antara ulama. Perbezaan tersebut adalah perbezaan dalam cara berdoa, bukan perbezaan dalam akidah. Ada dalil yang kuat bagi orang yang berpendapat tentang tawasul, iaitu hadith Uthman bin Hanif.

Imam Albani juga telah mensahihkan hadith ini, padahal dia adalah orang yang mengingkari tawasul. Meskipun begitu, pada pandangan DYQ, pendapat Albani lebih kuat dari pendapat yang lain.

Hadith tersebut diriwayatkan oleh Ahmad dan lainnya dengan sanad yang sahih dari Uthman bin Hanif.

Bahawa seorang laki-laki yang matanya buta mendatangi Nabi, dia berkata, ” Berdoalah kepada Allah agar Dia menyembuhkanku. Beliau menjawab, “Jika mahu, aku mendoalakan kamu. dan jika mahu, aku akhirkan hal itu, dan itu lebih baik”.

Dalam riwayat yang lain, “Jika kamu bersabar, itu adalah lebih baik bagi dirimu”. Dia berkata, “Berdoalah kepada Allah”. Lalu Nabi SAW memerintahkannya untuk berwudhu. Lalu, dia pun berwudhu dengan baik dan solat dua rakaat. Beliau pun berdoa dengan doa ini,

” Allahumma inni as’aluka wa atawajjahu ilaika binabiyyika Muhammadin Nabiyyi Rahmat ya Muhammad Inni tawajjahtu bika ila Rabbi fi Hajati Hadza Fataqdi Li. Allahumma Fasyaffi’hu fi wa syaffi’ni fihi.

Uthman bin Hanif berkata, ” Orang itu melakukan hal itu kemudian dia sembuh”. *

* Hadith Riwayat Ahmad dalam Musnadnya (1724,17241). Orang-orang yang mentahqiq hadith ini berkata ” Sanadnya Sahih dan riwayatnya kuat.”At-Tirmidzi meriwayatkan dalam Ad-Da’wat (3573) dan dia berkata, ” Hadith ini adalah hadith hasan gharib yang kita tidak ketahui melalui jalan ini.”

Ibnu Majah meriwayatkan di dalam Iqamah as-Sholah (1385), dia berkata, “Hadith Shahih”. At-Thabrani dalam al-kabir ( 3/2/2) dan al-Hakim (1/313). Seluruh hadith ini dari jalan Uthman bin Umar.

Shaykh al-Albani berkata,

” Saya melihat hadith ini bukan sebagai bukti bagi tawassul yang diperselisihkan, iaitu tawasul dengan orang. Namun ia menunjukkan kepada jenis ketiga dari jenis-jenis tawasul yang disyariatkan dan telah saya jelaskan. Kerana tawasul orang buta dilakukan dengan doanya. Dan, dalil terhadap pendapat tersebut sangat banyak.”

Albani menjelaskan tentang perkara itu dalam bukunya yang bertajuk “At-Tawassul Wa Anwa’uh Wa Ahkamuh.” Bagi yang ingin mengetahuinya, saya sarankan untuk membacanya.

Fikri : Wow, ia sesuatu yang sangat hebat di mana DYQ sendiri mengatakan buku al-Albani itu baik dan menyarankan untuk membacanya.

Ustaz Hassan al-Banna bukanlah orang yang pertama berpendapat sedemikian, bahkan Imam Muhammad Abdul Wahhab telah mengatakannya terlebih dahulu dalam Majmu’ Fatawanya.Kata Imam Muhammad Abdul Wahhab,

”  Dalam meminta hujan, orang-orang ada yang berpendapat bahawa tawassul dengan orang-orang soleh adalah boleh. Namun, Ahmad berpendapat tawasul hanya dengan Nabi sahaja. Sedangkan, orang lain ada yang berpendapat bahawa meminta tolong denganm makhluk tidak boleh.

Dengan demikian, perbezaannya sangat jelas. Kita tidak membahaskan perkara ini. Sebahagian ada yang membolehkan tawasul dengan orang-orang soleh. Sebahagiannya lagi dengan Nabi sahaja. Namun, kebanyakan para ulama melarang dan memakruhkan hal itu. Permasalahan ini adalah permasalahan fiqh. Meskipun begitu, pada pendapat saya, yang paling benar adalah pendapat jumhur yang memakruhkannya. Dengan demikian, kita tidak mengingkari orang yang melakukannya”

Lihat Majmuk Fatawa oleh As-Shaykh Muhammad bin Abdul Wahhab halaman 68-69.

Ini bersamaan dengan kenyataan Ustaz Hassan Al-Banna yang mengatakan ini adalah permasalahan fiqh sahaja.

Kesimpulan dari Dr. Yusuf Al-Qaradhawi

Secara peribadi, saya lebih cenderung untuk tidak bertawasul dengan diri Nabi dan orang-orang yang soleh. Dalam hal ini, saya mengambil pendapat Shaykhul Islam Ibnu Taymiyyah. Ini kerana beberapa sebab;

(1)Dalam pertimbangan ilmu, dalil tentang tidak bolehnya tawasul dengan diri Nabi dan orang-orang soleh lebih kuat. Lebih-lebih lagi, pintu Allah selalu terbuka bagi setiap makhlukNya. Dia tidak mempunyai penghalang ataupun penjaga seoerti pintu-pintu raja dan pemimpin. Bahkan, kepada orang yang bermaksiat sekalipun, Allah selalu membuka pintu kasih sayang dan kembali kepadaNya.

Firman Allah,

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 

(2) Membolehkan tawassul kadang menjadi penyebab berdoa atau meminta tolong kepada selain Allah. Kebanyakan manusia selalu mencampurkan antara kedua hal tersebut. Demikian itu, menutup penyebab tersebut kepada orang awam adalah lebih utama. Terutama dalam hal tauhid dan syirik.

Fikri :  Menutup pintu tawasul kepada orang awam adalah lebih utama. Terutama dalam hal tauhid dan syirik. Lihatlah bagaimana berhati-hati manhaj salaf dalam perkara akidah dan tauhid serta syirik.

(3) Manhaj yang saya pilih dan saya gunakan dalam pengajaran, dakwah dan fatwa adalah, jika kita biasa beribadah kepada Allah dengan hal-hal yang disepakati, kita tidak mempunyai alasan untuk menggunakan hal-hal yang diperselisihkan – tanpa ada darurat.

Namun begitu, saya tidak mencela orang yang melakukan tawasul berdasarkan ijtihad. Bahkan kita sendiri telah mengetahui bahawa Shaykh Muhammad bin Abdil Wahhab yang dikenali sebagai orang yang agak syadid berkata tentang tawasul,

” Kita tidak mengingkari orang yang melakukannya.”

Ibnu Taymiyyah meskipun mengingkari tawasul dengan orang, tetapi beliau tidaklah sampai mengkafirkan dan menuduh orang itu berdosa.

Kesimpulan Fikri :

Ustaz Hassan al-Banna hampir sama dengan Shaykh Muhammad Abdul Wahhab dalam beberapa permasalahan fiqh. Juga terlampau banyak adabul ikhtilaf dan penghormatan yang diberikan sesama mereka.

Artikel saya ini bukanlah untuk merendahkan mereka yang bermanhaj salafi.

Semoga Allah merahmati Shaykhul Islam Ibnu Taymiyyah, Shaykh Muhammad Abdul Wahhab, Shaykh al-Albani, Ustaz Hassan al-Banna dan Dr. Yusuf Al-Qaradhawi

Berita-berita.


Fikri (baju Hijau) dan Mujahid ber”Paintball”

Perjumpaanku dengan beberapa orang pemuda.

Aku berjumpa dengan beberapa orang pemuda biasa tetapi semangat belajar dan keinginan mereka beragama “luar biasa”. Mereka berlatarbelakangkan dari pelbagai kumpulan, ada di antara mereka dulu orang di dalam “jemaah” dan “kumpulan”.

Kami berbincang tentang isu agama yang furu’ sambil diawasi oleh senior2 dan veteran dan beberapa ilmuwan. Ada di antara kami yang selalu bersoal-balas dengan beberapa ilmuwan tidak kira dari dalam negara atau luar negara. Begitu juga. Kami berkongsi maklumat dan bersama2 pergi menghadiri hampir setiap kuliah masyaikh dari luar negara terutamanya dari negara Arab.

Walaupun kami berbincang, tapi ada beberapa isu yang kami tidak sependapat, dan kami menghormati pandangan sesama kami serta tidak melabel sesama kami.

Ada yang menggerakkan telunjuknya ketika bertahiyat dan ada yang tidak, ada yang berqunut dan ada yang tidak, dan banyak lagi perkara yang kami berbeza pendapat. Namun ukhuwah kami sangat mahal, berjumpa di setiap kuliah ilmu, berbincang pendapat2 ulama, menghormati pendapat ulama.

Aku dapat rumuskan manusia yang mempunyai ilmu mempunyai kekuatan untuk menghormati pendapat yang berbeza dan mempunyai pandangan yang terbuka dan luas dalam menghadapi banyak pendapat dalam banyak keadaan dan tempat/masa yang berbeza.

Jika seorang yang tidak berqunut boleh bermakmumkan orang yang berqunut, mengapa orang yang berqunut apabila bermakmumkan orang yang tidak berqunut mudah sahaka melabelkan orang sebagai wahabi? Juga apabila gelaran yang sama dilontarkan kepada mereka yang berbeza pendapat dengan majoriti manusia awam?

Komputer, handset dan kereta boleh dicari ilmu tentangnya supaya lebih “hebat” dan “maju ke hadapan”, mengapa tidak dilakukan perkara yang sama dalam mendalami ilmu agama?

Adakah setiap qaul dan pendapat yang rajih itu syadid bagi masyarakat?

Result Coursework.

Alhamdulillah, baru cek Result Semester 1 (Coursework) Master. Dapatlah 3 point ke atas. Berdebar juga masa cek, sebab tak biasa cara belajar kat Malaysia.

Alhamdulillah, bolehlah daftar Semester 2 dan buat proposal untuk thesis plak. Alhamdulillah. 🙂

Syria

Merupakan kewajipan kita untuk berdoa, menyumbang duit, berjihad dengan memboikot barangan China dan Russia yang menyokong kekejaman rejim taghut Bashar  semampu kita. [Fatwa DYQ]

Dalam program Syariah Wa al-Hayah (Syariah dan Kehidupan) di stesen satelit al-Jazeera, Qaradhawi dilaporkan sebagai berkata, “saya menyeru semua orang yang (berjiwa) merdeka di seluruh dunia, agar menentang orang-orang yang menzalimi rakyat Syria dengan cara memihak kepada kezaliman regim Syria yang menentang hak rakyat”.

Beliau menambah, pendirian Rusia dan China itu, merupakan satu “penentangan ke atas negara-negara Arab, rakyat Syria dan semua rakyat beragama Islam. 

Sebab-sebab Datangnya Kebahagiaan

Idea Negara Kebajikan dari Barisan Alternatif – Pro dan Kontra oleh Wan Saiful Wan Jan (IDEAS)

Para Sahabat Memilih Calon Pemimpin yang Terbaik di Kalangan Mereka.

Sewaktu di Tsaqifah Bani Saidah, para sahabat berbincang tentang siapakah yang layak menggantikan Rasul sallallahu-alayhi-wasallam.

Maka sahabat Ansar mencadangkan calon pilihan mereka, begitu juga Muhajirin, tapi akhirnya Umar berkata, (lebih kurang camni) “Ketika mereka berdua di dalam gua”. Maka Umar berkata, Siapakah yang lebih hebat di kalangan kita daripada Abu Bakar yang menemani Rasul berdua sewaktu hijrah? “.

Fikri : Look at how sahabah radiyallahuanhum choose the best leader among them.

This is really an eye opener. Kalaulah negeri Malaysia ini ada debat untuk pilih calon paling hebat dari parti yang menang. So, rakyat tahu calon ini ada kelayakan dan hebat untuk memerintah.

Di Malaysia, walaupun prosesnya demokrasi, tetapi calon pemimpinnya masih tetap “calon warisan pemimpin”.

‎”Salafi” and “Ikhwani”

This is my humble opinion. Kamu boleh kritik jika rasa tidak benar.

Saya dari keluarga yang setiap minggu pergi Usrah. Hampir 1/3 dari hayat hidup saya, saya bolehlah dikatakan cenderung dengan manhaj Ikhwan. Dan kini selepas 4 saya memilih untuk mengutamakan sunnah, melazimi kuliah dari ustaz2 bermanhaj “sunnah”, membaca hadis dan syarahnya dan cuba beristiqamah untuk memperbanyakkan sunnah dalam hidup saya,Saya lihat dua keadaan yang berbeza di dalam “ikhwani” dan “salafi”.

Ikhwani memang mantap keluarga mereka. Keluarga yang ada “wa’yul Islami”, melazimi usrah dan sebagainya. Namun, nak katakan “ilmiah” mereka, tak setanding dengan apa yang ada pada “salafi yang bersendirian”. Inilah beza bagi orang yang “dibawa” untuk masuk ke dalam kumpulan yang bersifat “eksklusif” dengan “orang yang mencari”. Dan di sini juga saya lihat, ramai “generasi muda ikhwani” yang bila masuk ke dunia sebenar, mereka “hanyut”. Ini juga kerana mereka banyak “terikut”, bersifat “defensif” dengan kumpulan sendiri, rasa kumpulan mereka “istimewa”. Lebih memburukkan lagi, ada generasi “veteran” mereka yang mengongkong “kebebasan mencari ilmu” atas nama “fikrah yang berbeza”. Namun, kebiasaannya generasi yang belajar di “dunia baru” atau di “dunia lain”, mereka akan lebih terbuka.

“Salafi” pula hanya bersendirian, kekuatan yang ada pada mereka kawan2 mereka, dan keluarga merupakan bonus bagi mereka yang sememangnya sudah berasal dari keluarga “salafi”. Salafi yang berseorangan ini melazimi kuliah sunnah, mencari kebenaran sendiri, membina manhaj mereka, semuanya hasil dari penglibatan dalam kuliah2, diskusi ilmu yang “sunnah”. Di sinilah pentingnya kawan, tokoh2 veteran yang menasihati mereka supaya sentiasa besederhana, tidak “ghuluw”, tidak men”jarah”kan orang lain. Akan tetapi manhaj mereka kuat, prinsip mereka teguh. Mereka membina “manhaj” atas “ilmiah” dan “intelektual” dan bukan “ikut-ikutan”.

Hasil pengalaman saya bersama “salafi”, kebanyakan dari mereka “mencari sendiri” samada hasil dari membaca, meneliti. Ada juga di antara mereka yang dulu “ikhwani”. Ramai di antara mereka “orang-orang yang hebat”. Apabila dikatakan orang ini berlabel “wahabi”, maka ketahuilah sebenarnya barangkali “knowledge/ pengetahuan ” mereka “lebih power” dari orang yang melabel. Anda akan menjumpai di kalangan mereka orang yang “faqih” dan ada “manhaj”, yang kekadang “graduan agama” pun kalah dengan mereka. Saya banyak belajar dari mereka, kekuatan mereka dalam meneruskan “manhaj sunnah” mengajar saya erti “ketabahan dan kekuatan”. Saya tidak menjumpai “graduan agama” yang “tiada manhaj” di dalam golongan ini, hanya jumpa “orang biasa” tetapi bolehlah dikatakan “faqih” dan ada “manhaj sendiri yang kuat dan stabil”.

Wahai sahabat2 yang “ikhwani”, latihlah generasi muda kamu supaya “lebih terbuka” dalam “kebebasan mencari ilmu” tanpa dibayangi fobia “fikrah yang berlainan”.

Wahai sahabat2 “salafi”, apabila kamu melihat kawan2 kamu yang berpotensi untuk menjadi “ghuluw”, nasihatilah mereka. Wahai “salafi muda”, banyakkan membaca, banyakkan berdamping dengan “veteran2 salafi”. Lebih baik bagi kamu jika kamu ada seorang “mentor” dari “salafi veteran”. Pengalaman mereka akan mematangkan kamu.

Fikri : Semoga status saya ini tidak disalahanggap sebagai merendah2kan dua kumpulan. Saya sentiasa mengharapkan agar ada “pemuda hebat” dari “sinergi” kedua2 kumpulan ini. “Wa’yul Islami” dan “manhaj yang berdalil yang sederhana”.

Kekuatan pada “Salafi Muda”

Kekuatan yang ada pada “salafi muda yang bersendirian” lebih “power” dari “ikhwani muda” apabila mereka berdua duduk di dalam dunia.

Seorang “salafi muda” mampu untuk “beristiqamah” dengan “sunnah” walaupun dia “keseorangan” di dalam majlis yang 1000 orang berbuat “bid’ah” di dalamnya. Akan tetapi saya tidak lihat kekuatan yang sama pada jiwa seorang “ikhwani muda”.

“Salafi muda” itu jika ia diberi taujihat dan irsyadat yang baik oleh “senior salafi”, maka saya percaya dia boleh “lead” perubahan yang baik pada masyarakat.

Kekuatan “ikhwani muda” hanyalah sewaktu dia bersama “kumpulan”nya. Sebab itu anda akan lihat mereka “jarang lekang” daripada “kumpulan” mereka. Natijah daripada itu membawa kesan yang baik dan buruk. Baiknya mereka berada di dalam “kebenaran” yang “mereka” sentiasa menjadi “pengikut”. Buruknya ” knowledge” masih di takuk lama walaupun 20-30 tahun pergi usrah dan kekadang “takut” menghadapi dunia bersendirian.

 Wassalam. Saja tulis panjang-panjang takut jadi sibuk lepas ini dengan proposal tesis Master. Semoga Allah permudahkan.

Perkongsian dengan Sheikh Dr. Mahmoud Ezzat.


Talk bersama Shaykh Dr. Mahmoud Ezzat,
Naib Mursyid Am Ikhwanul Muslimin.
Anjuran : IKRAM Malaysia
Tajuk : Ikhwanul Muslimin Di Era Baru. 

Sedikit biodata tentang Shaykh Dr. Mahmoud Ezzat

  • Lahir pada tahun 1944.
  • Professor Microbiologi di Universiti Zaqaziq dan juga bekas Professor di Universiti San’aa.
  • Ahli Maktab Irsyad Mesir.
  • Pernah dipenjara dan boleh dikatakan sebagai “devotee” Syed Qutb.

Shaykh Mahmoud Ezzat memulai ucapannya dengan menyebut ayat al-Quran ;

Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui  [ Surah An-Nur ayat 24]

(Mereka dijadikan berkeadaan demikian) sebagai limpah kurnia dan nikmat pemberian dari Allah; dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. [Surah al-Hujuraat ayat 8]

Beliau menyampaikan salam daripada Mursyidul Am, Dr. Muhammad Badie. Dan memetik ayat al-Quran ; 

 “Mudah-mudahan Tuhan kamu akan membinasakan musuh kamu dan menjadikan kamu khalifah di bumi, kemudian Ia akan memerhati bagaimana pula perbuatan kamu?”  [ Surah al-A”raaf ayat 29]

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. [ Surah an-Nuur ayat 55]

Beliau seterusnya menyimpulkan ucapan tentang 4 perkara;

  1. Apakah dia Risalah Ikhwanul Muslimin?
  2. Ciri-ciri/Sifat Ikhwanul Muslimin.
  3. Peringkat-peringkat Sejarah Ikhwanul Muslimin.
  4. Beberapa kisah dari Arab Spring yang berlaku di Mesir.

Beliau memetik kalam Ustaz Hasan al-Banna yang mengatakan bahawa Ikhwanul Muslimin ialah ruh Islam yang baru yang menghidupkan rosaknya ummat dengan al-Quran.

Beliau seterusnya memetik ayat al-Quran yang mengandungi beberapa hikmah dan nasihat yang baik;

Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). 

Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara ugama, ugama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: “orang-orang Islam” semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah)… [Surah al-Hajj ayat 77 dan 78]

Seterusnya beliau menerangkan ayat al-Quran tadi dan menyebutkan beberapa isi tentang risalah Ikhwanul Muslimin.

  1.  Ikhwanul Muslimin berteraskan kefahaman Islam yang sempurna. Tunduk dan sujud kepada Allah dengan penuh kerendahan hati dan melakukan perkara yang baik kepada manusia seluruhnya. Rasul Allah sallallahu-alayhi-wasallam menjadi contoh ikutan terbaik bagi kita dan kita menjadi contoh ikutan terbaik bagi umat manusia keseluruhannya.
  2. Kepentingan tarbiyah yang menunjukkan kekuatan iman. Ramai muslim tetapi mereka tidak menunjukkan keimanan mereka melalui perbuatan mereka dan sebagainya. Ikhwan berteraskan kepada konsep ” Perbaiki diri kamu dan ajaklah orang selain kamu(ke arah kebaikan)”. Tarbiyah Ikhwanul Muslimin meliputi tarbiyah pemikiran, politik dan kemasyarakatan. Shaykh menyebutkan beberapa  sifat dalam Muwasofat Tarbiyah.
  3. Tarbiyah itu satu amalan yang sentiasa bergerak dengan berperingkat-peringkat.
  4. Ikhwanul Muslimin tidak berpayungkan pemimpin dan tidak meminta upah daripada manusia.
  5. Risalah dan dakwah Ikhwanul Muslimin itu bersifat alami(dunia) yang mana terhimpun di bawahnya dakwah yang bersifat dunia, antara negara dan antara kaum yang berbeza.
”]

Seterusnya beliau menyebutkan 2 sifat Ikhwanul Muslimin ;

  1. Berpandukan kepada perubahan secara aman dan dakwah dengan berhikmah.
  2. Jemaah itu berpandukan keputusan Syura dan Demokrasi sebagai wasilah syura.
Seterusnya beliau menyebut kronologi peristiwa yang berlaku pada Ikhwanul Muslimin, dan saya tidak ingin mengulasnya kerana ia sudah masyhur. Akan tetapi saya akan tuliskan beberapa fakta yang menarik.
Ikhwanul Muslimin ada 3 kekuatan iaitu;
  1. Kekuatan akidah.
  2. Kekuatan kesatuan
  3. Kekuatan senjata samada melalui penulisan, penubuhan briged-briged bersenjata (melawan penjajahan Inggeris dan membebaskan Palestin)
Gambar : Kisah tentera Ikhwan yang berperang berbekalkan beberapa keping biskut dan mereka hampir sahaja mampu menawan Tel Aviv tetapi mereka dikhianati oleh pemimpin Mesir sendiri. Sayang hero seperti mereka dibalas dengan hukuman penjara.
Ikhwanul Muslimin sudah banyak kali diharamkan, melalui fitnah dan cabaran yang getir, ahli-ahlinya keluar masuk penjara tanpa sebab yang kukuh, pernah bertanding dalam pilihanraya
Ust. Hasan al-Banna dibunuh pada 12 Febuari 1949 namun 62 tahun selepas itu, Regim Husni Mubarak tumbang pada tarikh yang sama. 
Fikri : Alhamdulillah Allazi Nashara ‘abdahu Wa A’azza Dinahu ( Kitab Azkar )
Revolusi Kebangkitan Rakyat bermula pada 25 Januari sempena Hari Polis. Beberapa demonstrasi sebelum itu hanya disertai oleh 100-250 orang sahaja. Tetapi pada tarikh itu, hampir 10 ribu rakyat Mesir turun berdemonstrasi. Dan ia mengejutkan kebanyakan pihak termasuk pihak Ikhwan sendiri.Revolusi Rakyat bukan berlaku kerana hasutan dari Mesir, tetapi ia berpunca daripada sifat negatif rakyat Mesir  yang sudah terlalu berputus asa dengan beberapa pemimpin Mesir sebelum Mubarak dan kezaliman Mubarak sendiri dan diikuti dengan apa yang berlaku di Tunisia dan beberapa negeri Arab lain.Ikhwan Muslimin sendiri tidak menyangka kebangkitan rakyat mampu menjatuhkan Regim Mubarak dan tidak tahu bilakah ia berakhir.

Seterusnya Shaykh Mahmoud Ezzat menceritakan tentang pasca kemenangan Parti Hurriyat wa al-Adala yang memenangi hampir 47 peratus kerusi di parlimen Mesir. Seterusnya saya tidak ingin menulisnya kerana saya pasti pembaca sudah mengetahui banyak tentang apa yang berlaku di negara Arab termasuk Mesir sendiri.
Seterusnya saya ingin meneruskan kepada soalan-soalan yang ditanyakan oleh hadirin kepada Shaykh Mahmoud Ezzat.
1. Kenapa Parti Ikhwanul Muslimin tidak mahu bergabung dengan Parti Nur Salafi?
Jawapannya : Hampir 90peratus daripada parti yang bertanding suka dengan Islam sendiri. Hal ini dibuktikan dengan respon pungutan suara dari rakyat Mesir sendiri dimana golongan bukan Islam sendiri menyokong penubuhan hukum Islam di Mesir.
Kemudian untuk menjaga hati parti-parti lain dan golongan yang bukan beragama Islam. Dan apa yang berlaku di Mesir ialah bolehnya ada kerjasama antara beberapa parti yang bertanding dan kurangnya permusuhan antara mereka.
2. Apakah perbezaan antara Parti Ikhwanul Muslimin dan Parti Nur Salafi?
Perbezaannya ada 3 iaitu perbezaan pemikiran, perbezaan peraturan, dimana terdapat perbezaan yang banyak dalam Parti Nur sendiri di mana ada golongan salafi yang berbeza pendapat sesama mereka dalam isu menyertai demonstasi, menyertai demokrasi, mengundi dan sebagainya.
3. Apakah ada pertelingkahan antara Parti Nur dan Parti Kebebasan dan Keadilan?
Jawapannya : Tiada, ia tidak benar seperti yang digemburkan media, tiada pertelingkahan antara 2 parti ini, bahkan mereka saling menjaga hubungan antara mereka supaya rakyat tidak melihat parti-parti Islam bergaduh berebutkan kuasa di dalam Parlimen Mesir.

Seterusnya Shaykh ditanya tentang perlaksanaan hukum hudud di Mesir, dan dipetik ucapannya di dalam Masry alYoum;

“the enforcement of sharia punishments will need time, and will only come after Islam is planted in every heart and masters the life of people, and then Islamic punishments can be applied.”

Shaykh mengatakan bahawa perlaksanaan hukuman syariah memang memerlukan masa, beliau memberi contoh bagaimana mahu menghukum pencuri dalam keadaan negara yang ada keadaan di mana rakyat ada yang terdesak untuk mendapatkan makanan.

Seterusnya beliau mengatakan bukan semua rakyat Mesir memahami syariah sendiri dan mereka baru sahaja menikmati kebebasan.  Rakyat Mesir masih berada di dalam fitnah, dan apabila fitnah itu berjaya dihilangkan dan syarat seperti kebebasan dan keadilan dapat ditegakkan dan dipenuhi, maka sudah tiba masanya untuk perlaksanaan hukum syariah. 

Wassalam. Semoga bermanfaat.

Fikri : Saya kira cukuplah perkongsian ini sahaja. Saya suka cara IKRAM yang sanggup berkongsi maklumat dengan masyarakat umum, menganjurkan program dengan cemerlang sekali dan menganjurkan program seperti ini untuk masyarakat umum yang bukan menjadi ahli mereka seperti saya. Alhamdulillah, setiap kali ada program seperti ini, saya tidak pernah terlepas untuk menyertainya.

Saya teringat akan taujihat dari mursyid saya dan orang yang menjadi rujukan/pertanyaan apabila saya menghadapi masalah, Dr. Solah al-Khalidi, beliau menasihati saya agar sentiasa berlaku adil dan tidak menuduh gerakan Islam lain berdalilkan apa yang didapati dari sumber kumpulan sendiri tanpa rasa untuk menelitinya daripada sumber lain.

Ancaman Hizbiyyah.


Apa dia Hizbiyyah?

Hizbiyyah ialah sikap kepuakan atau kepartian yang menilai sesuatu amal Islam atau perjuangan berbakti kepada ad-Din dengan penilaian kumpulan, jemaah atau organisasi yang didokong. Sikap hizbiyyah ini mengukur betul atau salah sesuatu perkara dengan pandangan jemaah atau organisasi bukan dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Bahkan dalil Al-Quran dan As-Sunnah itu ditafsirkan  agar seiras dengan kehendak organisasi.Mana-mana dalil yang mneyanggahi jemaah dan organisasi akan diulas agar selari dengan tafsiran jemaah bukan dengan tafsiran Ilmiyyah.

Hal ini dibidas oleh Ibnu Qayyim rahimahullah terhadap golongan ekstremis mazhab dengan katanya;

” Yang lebih pelik dari semua itu ialah sikap kamu wahai golongan taklid! Kamu ini jika mendapati ayat Al-Quran yang bersesuaian dengan mazhab kamu, maka kamu akan terima apa yang jelas daripada ayat itu dan berpegang dengannya. Teras kamu dalam perkara berkenaan ialah pendapat mazhab kamu, bukan ayat tersebut.

Jika kamu dapati ayat lain yang setanding dengannya menyanggahi pendapat mazhab kamu, kamu tidak akan menerimanya. Kamu akan cuba membuat pelbagai takwilan dan mengeluarkannya dari maksudnya yang jelas, kerana tidak bersesuaian dengan dengan mazhab kamu.

Inilah juga yang kamu lakukan terhadap nas-nas Sunnah. Jika kamu dapati satu hadith yang sahih bersesuaian dengan mazhab kamu, kamu menerimanya. Kamu kata, kami ada sabda Nabi sallallahu-alaihi-wasallam begini dan begitu. Jika kamu dapati seratis atau lebih hadith berbeza dengan mazhab kamu, kamu tidak pandang kepadanya walaupun satu hadith….

[Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, I’lam al-Muwaqqiin 2/195 ]

Oleh itu, ada sesetengah individu dalam jemaah tertentu menentang slogan kembali kepada Al-Quran dan Sunnah dalam ibadah khususiyyah dan mereka juga membantah penentangan terhadap syirik, tahyul, khurafat dan kebodohan dalam cara beragama atas alasan ia menyebabkan perpecahan umat.

Dalam masa yang sama, mereka sanggup berbalahan sesama umat ketika berkempen kepada soal-soal ekonomi, atau politik yang mereka sifatkan sebagai lebih Islam. Mereka menghalalkan untuk mereka dan mengharamkan untuk orang lain.

Apakah ibadah khususiyyah, akidah dan kejelasan fikrah itu lebih lekeh dari ekonomi dan politik gagasan mereka?

Sikap hizbiyyah juga menjadikan seseorang individu membutakan matanya ketika melihat kesalahan kelompoknya dan berkeras menghukum jika perkara yang sama dilakukan oleh kelompok lain. Ini jelas dalam sikap kelompok yang menghukum sebahagian masalah sebagai masalah khilafiyyah tetapi dalam masa yang sama dia membantah pihak yang berbeza dengannya.

Hizbiyyah ini menjadikan seseorang taksub kepada jemaah sehingga tidak mahu menilai sesuatu keputusan yang dikeluarkan oleh jemaahnya, betul atau salah dengan nas-nas agama. Hanya bersandarkan falsafah “keputusan jemaah” atau ” keputusan syura”, sekalipun ia menyanggahi nas.

Inilah sikap hizbiyyah atau asabiyyah yang dicela.

Ini ialah tulisan Dr. Mohd Asri Zainal Abidin.

Saya melihat ia sebagai tulisan yang baik yang boleh memberi manfaat kepada semua orang. Semoga semua orang mendapat manfaat. 

 

Berita Fikri 1 – Antara 2 Golongan Manusia


Assalamualaikum wbt.

Beberapa golongan manusia sekitar hidupku.

1. Salafi . Dikenali dengan ketegasan mereka dalam beberapa isu seperti demonstrasi. Kecaman terhadap Syed Qutb, Yusof Al-Qaradhawi dan sebagainya. Sebenarnya ketegasan mereka terhadap beberapa isu kerana mereka mengamalkan “saddu az-zarai3” iaitu menutup semua jalan yang boleh membawa kepada kerosakan atau musibah yang lebih besar. Contoh dalam isu demontrasi, mereka berpendapat demonstrasi tidak sesuai kerana ia boleh membawa kepada mafsadah yang lebih besar seperti kerosakan harta benda awam, nyawa, ketenteraman awam dan sebagainya. Malah ada jalan yang lebih baik seperti menasihati pemimpin secara sendirian(muwajahah salimah) dan sebagainya atau mengambil jalan yang paling tidak kurang mafsadah.

Sewaktu aku bersama mereka, adakalanya aku dipandang serong oleh sebahagian mereka kerana terus terang aku katakan aku memang lahir dari keluarga dipengaruhi oleh ikhwan kerana di sisi salafi jalur keras ikhwan memang ada masalah terutamanya sifat kepuakan mereka yang menebal(hizbiyyah) dan sumber hanya terikat kepada tokoh-tokoh ikhwan dan sekitarnya.

2. Ikhwan. Aku juga menerima kecaman atau sindiran daripada beberapa orang sekitarku. Bagi mereka salafi ini hanya mementingkan perkara2 furu’ dalam agama, sibuk berbicara tentang status hadis, dan sebagainya. Bagi aku semua benda agama adalah penting dan tidak boleh dipandang remeh. Adapun mementingkan kesahihan hadis, ia sangat penting kerana hadis ialah sumber kedua selepas Al-Quran. Bahkan ada amaran dari Nabi SAW bahawa sesiapa yang menipu atas nama baginda seperti dia menempah tempatnya di neraka.Aku belajar hadis dan aku amat pentingkan kesahihan ilmu yang akan aku kutip. 

Contoh termudah, kalau seorang naqib/daie berbicara tentang hadis kepadaku. Kalau dia anti Albani yang merupakan ikon dalam ilmu hadis tidak mengapa, masih ada Syuaib Arnout, Abdullah Al-talidi dan ramai lagi muhaddisin lain kerana aku tahu muhadisin pun berbeza pendapat dalam memberikan darjat kepada sesuatu hadis. Tapi masalahnya bila dia menaqalkan hadis yang sangat dhaif, hadis yang direka, ia jadi masalah yang sangat besar bagi orang yang belajar agama, kerana bagi mereka ia seolah tiada nilai. 

” Kenapa aku mesti meluangkan masa untuk mendengar hadis yang sangat dhaif ini, sedangkan aku boleh gantikan dia dengan kuliah atau tazkirah yang ada hadis sahih. Sumber yang benar lebih meyakinkan aku. “

3. Ada golongan manusia yang berada dalam kelompok 1 dan 2. Mereka tidak menonjolkan diri dalam kedua2 kelompok. Kekadang mereka lebih sabar dan diam. Golongan ini wujud dalam kelompok 1 kerana mereka yakin dengan sumber ilmu yang lebih sahih, memberi keutamaan rujukan agama kepada kitab2 turath bukan terhad kepada kitab2 yang ditulis oleh tokoh ikhwan, dan ia merupakan jalan yang paling hampir kepada kebenaran. Menggunakan neraca Al-Quran dan Hadis Sahih melalui kefahaman Salafussoleh. Golongan inilah penolong yang paling hampir kepada gerakan salafi kerana mereka ada kefahaman yang cukup, tambah dengan semangat wa’yul Islami yang dipelopori oleh golongan Ikhwan ataupun dalam istilah lain Ansar as-Sunnah.

Golongan ini menyertai kelompok manusia ke-2 kerana bagi mereka ikhwan lebih maju dalam aktiviti dakwah dan tarbiyah. Bila menyertai ikhwan, ada aktiviti kebajikan yang sangat banyak seperti aktiviti kemanusiaan, dakwah kepada orang asli, membantu anak yatim, bantuan ketika bencana dan sebagainya. Anggaplah medan bersama orang ikhwan ialah medan untuk mempraktikkan teori agama yang dipelajari dan pengalaman turun padang bersama masyarakat.

Nasihat Untuk Golongan 3.

1. Bersabarlah ketika menghadapi karenah golongan 1 dan 2. Golongan salafi akan menyindir kerana kamu orang-orang hizbiyyah(yang mementingkan kepuakan) dan beberapa bid’ah atau kesalahan dalam manhaj ikhwan. Manakala golongan ikhwan pula akan lebih berhati-hati dengan kamu kerana pada mereka, fikrah kamu tidak sama dengan mereka. Bersabarlah di atas mulut-mulut orang jahil dan hormatilah amilin-amilin(pekerja yang jahil tetapi ikhlas).

2. Jika sebilangan salafi jalur keras mengecam tokoh-tokoh ikhwan dan buku-buku karangan mereka, maka kamulah yang menjadi pembela kepada mereka supaya masyarakat tidak terperangkap dan keliru serta bingung dengan jalan yang ditutup oleh salafi jalur keras ini. Sebenarnya tidak sikit pendapat-pendapat atau ucapan masyaikh yang memuji tokoh-tokoh ikhwan dengan menyifatkan sebagai pejuang, pemikir, daei yang memberi jasa kepada dakwah tetapi ada sedikit kesalahan. Terangkanlah kesilapan tokoh-tokoh ikhwan dengan sederhana. Atau kesimpulannya, kamu jadi orang yang mendekatkan antara 2 golongan ini dengan menggantikan kecaman antara keduanya dengan kebaikan yang diucapkan oleh keduanya atau apa-apa yang terbaik bagi kamu.

Sudah fitrah/semulajadi bagi seorang manusia di mana dalam hidupnya kesalahan dan kesilapan, begitu juga pendapatnya kadangkala boleh jadi salah dan boleh jadi benar, sedangkan perkara ini tidak berlaku pada Nabi SAW yang maksum(terpelihara dari kesalahan).

3. Kita bekerjasama dengan golongan ikhwan dalam perkara-perkara yang baik, adapun jika ada kesalahan dan maksiat pada diri mereka, jika tidak mampu untuk mengubahnya, maka cukuplah sekadar kamu menghindari atau mengasingkan diri kamu darinya. Boleh gantikan kuliah haraki dengan ilmu-ilmu agama asas, mengutamakan rujukan yang patut diutamakan. Cukuplah kaedah ini bila bersama dengan ikhwan;

Apabila datang nas (Al-Quran dan Hadis), maka batallah selain keduanya.

4. Jika golongan salafi, sesetengah daripada mereka terus menolak buku-buku yang ditulis oleh tokoh Ikhwan, maka bagi kamu golongan 3, cukuplah dengan kamu mengutamakan rujukan yang patut diutamakan seperti contoh mengutamakan kitab-kitab yang ditulis oleh ulama yang diketahui ilmunya daripada buku yang ditulis oleh tokoh ikhwan. Kemudian, jika ada kesilapan dalam buku ikhwan itu, nyatakan secara ilmiah atau kalau boleh cuba beri alternatif kepada buku itu seperti menggantikan dengan buku yang berbicara tentang isu yang sama tapi lebih kurang kesilapannya atau dengan buku yang serupa tapi telah dikomentari oleh ulama-ulama masa kini atau buku yang sama tapi telah dibetulkan kesalahannya oleh ulama-ulama terkini. Ini memerlukan pengetahuan yang luas tentang buku. 

Kita tidak menutup satu jalan manusia, tetapi kita memberikan pilihan kepada jalan itu supaya manusia dapat melalui jalan itu tetapi ia kurang memberi mudarat atau kerosakan kepada manusia itu. Itulah tugas yang cukup mencabar bagi seorang daie. Daie yang berada di antara 2 kelompok.

Aku dan Shaykh Tawfeeq al-Ba’dany.

Aku sempat untuk menghadiri kuliah Shaykh Tawfeeq al-Ba’dany. Beliau adalah murid kepada Shaykh Muqbil yang diketahui kerasnya kritikan beliau terhadap golongan ikhwan. Bahkan pujian Shaykh Muqbil ke atas beliau di dalam kitab Terjemah Al Wadi’ie iaitu : Berfaedah dalam bidang fiqh dan pedang terhunus terhadap Hizbiyah dan Mubtadi’.

Dalam zaman yang penuh fitnah ini, adakalanya berjumpa dengan Shaykh sendiri dan meminta pendapat beliau adalah jalan yang terbaik dan selamat. Contoh kita mendengar ustaz A berkata begini dalam isu sekian-sekian. Lebih selamat atau lebih baik kita meminta kepastian dari beliau atau mendengar ucapan yang terbit dari mulut beliau sendiri.

Soalan aku;

Ya Shaykh, aku dibesarkan dalam keluarga ikhwan, bapaku seorang ikhwan, ibuku seorang ikhwan, pakcik dan makcikku orang ikhwan. Bahkan aku membesar dalam keadaan ini. Dan aku mengenali jalan salafussoleh ini selepas aku belajar agama.

Maka apa pandangan kamu ya Shaykh? 

Jawapan Shaykh ;

Kamu boleh bekerjasama dalam aktiviti mereka seperti aktiviti kemasyarakatan dan sebagainya yang tidak bercanggah dengan syariat atau yang mengajak manusia ke arah kebaikan dan mendidik manusia. Tetapi apabila terdapat syubhat yang tidak mampu dihalang, maka usahlah kamu menyertainya atau kamu mengasingkan diri daripada mereka.

Berbuat baiklah dan berakhlak mulia dengan mereka semoga mereka terkesan dengan kamu. 

Penutup

Kepada golongan ini, bersabarlah dalam menuntut ilmu daripada 2 golongan ini. Kekadang ada mulut manusia jahil yang akan mengecam kamu, atau bagi mereka kamu orang yang tidak setia atau talam dua muka. Orang yang mengaji dengan syaikh-syaikh dari Saudi, bukan pasti lagi mereka salafi jalur keras atau ingin jadi orang Saudi, dan bukan pasti lagi orang yang membaca Risalah Ta’lim Ustaz Hasan Al-Banna itu orang ikhwan. 

Wahai penuntut ilmu, sesungguhnya apabila kamu telah menanamkan kesamarataan tanpa taksub kepada sesuatu golongan atau shaykh yang alim, bahkan kamu meletakkan mereka pada darjat atau makam/ kedudukan yang sama iaitu seseorang yang berpegang dengan syariat, maka bagi kamu keuntungan yang sangat besar dan faedah ilmu yang banyak serta menjadikan kamu lebih matang dan terbuka dalam menangani masalah manusia.

Wassalam. Semoga nanti akan ada sampai suatu tempoh di mana orang-orang Ikhwan, apabila mereka memahami, mereka masih jadi aktivis dalam dakwah dan tarbiyah cuma dalam masa yang sama mereka merupakan Ansar as-Sunnah, golongan yang membantu orang-orang yang menyebarkan Sunnah dan menjadi sekutu kuat kepada golongan salafi dan tabligh.

Kasih antara Ahlu Sunnah dengan Ahlu Sunnah


Saudara2ku, di antara maqasid Islam yang terbesar ialah mentauhidkan kalimah muslimin dan menyatukan hati2 mereka, tidak mencaci mereka, meluruskan saf-saf mereka.

Sahabat2ku yang aku cintai dalam jalan ini, bacalah buku Rifqan Ahli Sunnah bi Ahli Sunnah ( Kasih antara Ahlu Sunnah dengan Ahlu Sunnah) supaya kalian bersifat kasih antara kalian, dan saling membantu antara kalian dalam kita menelusuri jalan ini. 

Sini

Demi Allah, sesungguhnya aku mencintai kalian yang bersamaku di dalam jalan ini, marilah berjanji untuk melupakan kesalahan sesama kalian dan saling memaafkan. 

Ingatlah firman Allah SWT,

Dan berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah, dan janganlah kamu berpecah belah…

Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu‘anhu, bahwa Rasulullah Shallallahu‘alaihi wa sallam bersabda, yang artinya:

“Sesungguhnya Allah meridhai kalian pada tiga perkara dan membenci kalian pada tiga perkara pula.

Allah meridhai kalian bila kalian:

(1) Hanya beribadah kepada Allah semata, (2) Dan tidak mempersekutukan-Nya, (3) Serta berpegang teguh pada tali (agama) Allah seluruhnya, dan janganlah kalian berpecah belah 

Dan Allah membenci kalian bila kalian:

(1) Suka qiila wa qaala (berkata tanpa dasar), (2) Banyak bertanya (yang tidak berfaedah), (3) Menyia-nyiakan harta”

(HR. Muslim no. 1715) 

 Maafkan aku andai ada kekasaranku dalam perkara yang kita tidak sependapat dengannya, aku memaafkan kesalahan kalian dan marilah kita bersatu dalam mengajak manusia kembali kepada Allah dan Sunnah RasulNya dengan kefahaman Salafussoleh.