Muhasabah Selepas PRU – Dakwah itu Universal dan Sejagat.


Pendahuluan – Artikel ini ditulis untuk aktivis dakwah, untuk pimpinan NGO dan badan Islam supaya mereka berfikir dalam kerangka yang lebih luas, melihat bidang dakwah yang lebih luas.

Bak kata Xifu Naser – 

Sejauh manakah ustaz2 dan pendakwah2 kita bersedia dan mampu berhadapan dgn THE BATTLES OF IDEOLOGICAL DISCOURSES yg bersifat multiracial, multimazhabs, multi-interests? DAKWAH PASTI MAKIN SENGIT DAN DAKWAH IS NO LONGER A COMFORT ZONE krn keseimbangan antara unity and multiplicity bukan mudah.SUDAH TIBA MASA, Muslim movements SERIOUSLY melahirkan ikon2 politik/pendakwah/aktivis/ulama MALAYSIAN Chinese Muslims dan bangsa2 lain utk REBRANDING semula Islam supaya lebih bersifat UNIVERSAL dan TIDAK MENGETENGAHKAN MEREKA HANYA SEBAGAI ‘MUALLAF’ YG HANYA LAYAK BERDRAMA TTG ‘MENGAPA SAYA PELUK ISLAM’. Kejayaan Nabi saw dan bangsa Quraysh adalah kerana sokongan pelbagai qabilah (bangsa) dan pada masa yg sama, bangsa Quraysh legitimately mengekalkan kepimpinan politiknya. Inilah yg saya katakan sbg salah satu isu keseimbangan antara unity and multiplicity.
Muhasabah Selepas PRU – Dakwah itu Universal dan Sejagat.
 
Mari kita pindahkan sekejap pandangan kita ke Indonesia. Kita imbau dan baca sejarah2 mereka. Kebanyakan gerakan Islam di Indonesia hari ini terletak pada Masyumi, Darul Islam dan Dewan Dakwah Islam Indonesia (DDII).
 
Pemikiran Salafi dan Ikhwanul Muslimin telah mengubah wajah gerakan Islam pada 1970-an dan wujudnya Partai Keadilan Sejahtera (PKS) pimpinan Hilmi Aminuddin (ayahnya anggota Darul Islam) dan tokoh Salafi Abu Nida (Alumni LIPIA yang bernaung di bawah DDII)
 
Masyumi diasaskan pada 7 November 1945 yang terdiri daripada pelbagai golongan termasuk NU(Nahdatul Ulama) dan Muhammadiyah. 6 Jun 1947, Masyumi mengeluarkan Manifesto Politik yang menekan keperluan Negara Islam.
 
Kita boleh lihat tulisan dan pemikiran tokoh2nya seperti Muhammad Natsir, Isa Anshari, Abu Hanifah dll.
 
Masyumi ingin memperjuangkan Islam melalui Parlimen manakala Darul Islam melalui tidak dan terkenal dengan sikap kerasnya seperti ketenteraan dan sebagainya.Darul Islam terkenal di Jawa Barat, Jawa Tengah. Sumatera(Aceh), Kalimantan  dan Sulawesi Selatan. Akhirnya gerakan DI berakhir, dan ramai anggotanya berpecah belah. Ada yang mendirikan pondok, masuk ke PKS dan sebagainya. Pengaruh mereka nampak di dalam gerakan-gerakan Islam di beberapa daerah seperti Jakarta, Jawa Barat, Sulawesi Selatan, Nanggroe Aceh. Asas mereka ialah pesantren, masjid dan kampus. 
 
Di sini pemikiran anggota DI berubah, mereka menerima pengaruh IM, Salafi, tidak kurang juga Hizbut Tahrir.

Masyumi dan DDII

 
Masyumi juga sama. Mereka gagal. Pada 7 April 1967, Partai Muslimin (Parmusi) diasaskan. 1967 mereka mengasaskan DDII yang bergerak di dalam bidang dakwah, bukan politik.
 
DDII berperanan dalam membina dan merekrut kader2 gerakan Islam yang hebat. DDII menjadi lembaga Islam yang pertama yang mengusahakan secara serius pengiriman mahasiswa ke Timur Tengah.
 
DDII menjadi agen utama pembahagian Rabithah Alam al-Islami yang dibiayai oleh KSA(Kingdom of Saudi Arabia) untuk belajar di Timur Tengah. Sehingga 2004, DDII telah mengirimkan mahasiswa ke Timur Tengah dan Pakistan. Mereka ini yang menjadi pemain utama penyebaran dakwah dan agen kesinambungan gerakan tajdid dan Islah Islam di Indonesia.

DDII mengasaskan Lembaga Ilmu Pengetahuan Islam dan Arab (LIPIA) yang merupakan cabang dari Universiti Islam Muhammad Ibnu Saud di Riyadh. Lembaga inilah yang telah melahirkan ribuan ALUMNI agen penggerak gerakan Salafi dan pemain2 penting dalam dunia dakwah dan Tarbiyah.

Ini dilihat dengan kedatangan Shaykh Abdul Aziz Abdullah al-Ammar, seorang murid tokoh paling penting Salafi, Shaykh Abdullah bin Baz ke Jakarta untuk bertemu dengan Muhammad Nastsir. Seterusnya DDII memainkan peranan penting dalam merekrut mahasiswa seperti Persis, Muhammadiyah dan al-Irsyad.

Yusuf Usman Baisa adalah alumni LIPIA yang melanjutkan pelajaran ke Arab Saudi, Afghanistan dan Pakistan juga Univ I Imam Muhammad Saud di Riyadh. Abu Nida juga belajar di Univ Islam Imam Muhammad Ibnu Saud di Riyadh. Selesai pelajarannya pada tahun 1985, dia bergabung dengan Jamilur Rahman di perbatasan Pakistan-Afghanistan, dan pada tahun 1986, dia balik dan mengajar di pondok(pesantren) DDII iaitu Pesantren Ibnul Qayyim.

Jaafar Umar Thalib, antara pemimpin Laskar Jihad, belajar di Institus Maududi di Lahore dengan biasiswa DDII pada tahun 1986. Kemudian belajar dan dilatih oleh Jamilur Rahman di perbatasan Pakistan-Afghanistan. Pada tahun 1991, dia belajar dengan Shaykh Salafi yaman, Shaykh Muqbil Ibn Hadi al-Wadi di Dammaj.

DDII juga berperanan dalam karya penterjemahan karya tokoh gerakan Islam di Timur Tengah ke dalam bahasa Indonesia seperti buku karya Ustaz Hasan al-Banna, Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Sayyid Qutb – rahimahullah- dan Abul A’la al-Maududi (Jamaat islam).

Asas gerakan DDII ialah pesantre, masjid dan kampus. DDII memberi sumbannga kepada pesantren2 dan mengelolakan sumbangan dari Timur tengah untuk membina masjid2 yang dikelolakan oleh aktivis2 DDII. DDII menyusun dengan aktif program pelatih bagi alumnus daripada berbagai organisasi pelajar Islam.

Lihat contoh aktiviti seperti usaha Bina Masjid Kampus, Kegiatan Latihan Mujahid Dakwah, melengkapkan masjid dengan lembaga dakwah dan perpustakaan.

Lihat orang yang pernah dibantu oleh DDII seperti Yazid Jawas, pengajar di pesantren Minhaj al-Sunnah di Bogor, Ust Abdul Hakim yang mengajar pengajian rutin Salafi di DDII dan pengajian di masjid2 dan Yusuf Usman Baisa yang mendirikan Pesantren al-Irsyad dan banyak lagi tokoh2 dakwah yang hebat.

Namun, DDII juga melahirkan tokoh2 Islam yang radikal seperti KH Hussein Omar, Dr Anwar Haryono yang mengasaskan Gerakan Reformis Islam(GARIS) yang dipimpin oleh H Chep Hernawan Dapet.  Juga Abu Bakar Basyir, KH Abdul Qodir Jaelani,Ahmad Sumargono, KH Khalid Ridwan yang menjadi ahli dalam Dewan Syuro GARIS.

Kita juga dapat melihat generasi hasil DDII ini yang berjuang untuk menubuhkan undang2 Islam seperti UU Pengelolaan Zakat (1999), UU Wakaf (2001), UU Penyelenggaraan Haji ( 2004). Bahkan ada UU Anti Pornografi.

Perjuangan menegakkan Islam tidak pernah berhenti, pada tahun 2000-2009, muncil fasiliti berkaitan kehidupan masyarakat seperti busana Muslim, miras, penguatkuasaan khalwat, pelacuran dan perjudian di daerah2 dan kota2.

Catatan Penulis.

Tujuan nota ini ditulis untuk kita sama2 bermuhasabah tentang dakwah selepas PRU. Aktivis2 dakwah mesti aktif dan istiqamah dalam kerja dakwah dalam semua bidang. Aktivis dakwah juga mesti beranggapan bahawa dakwah Islam mesti diluaskan lagi, iaitu tidak terhad pada satu parti politik dan bidang politik sahaja.

Lihatlah sahabat2 kita di Indonesia seperti DDII, mereka telah bekerja keras dalam pembentukan generasi pelapis dan tokoh2 dakwah. Tokoh2 dakwah dan generasi pelapis pimpinan Islam tidak pernah putus dan sentiasa ada dan semakin banyak. Tidakkah kita merasa kagum dengan DDII.  Bangunlah dari persepsi sempat PAS sahaja dalam arena politik, penggunaan kalimah Islam, pengutamaan isu lain daripada akidah dan sebagainya.

Contohilah mereka. Bangkitlah sahabatku. Teguhkan akidah. Rajinkan diri kuliah ilmu. Lupakan segala perbezaan antara pendapat dalam perkara2 furuk. Redhailah dan kasihilah saudara kamu dari kalangan Ikhwani dan Salafi. Cintailah Muslim kesemuanya.

Artikel ini juga ditulis untuk memberi pandangan yang lebih luas untuk NGO Islam, Parti Islam dan aktivisi2 dakwah dan tarbiyah. 

Kita mesti membina negara Islam itu dengan membina generasi Islam dari umat/masyarakat sendiri. dakwah dalam semua bidang mesti berjalan tanpa membezakan sesiapa dan dengki terhadap jasa /sumbangan orang lain.

Ayuh Sahabatku, Apa kata kita mulakan dahulu dengan pengumpulan dana untuk membeli buku Riyadhus Solihin dan mengedarkannya pada setiap masjid dan surau contohnya. Lihatlah Jemaah Tabligh, siapa yang tidak kenal buku Fazail Amal, buku yang masyhur dan ada di mana-mana sahaja. Itulah bukti kedermawanan mereka dan kehebatan dakwah mereka.

Kita mencontohi semangat tabligh dari Jemaah Tabligh, semangat Waayul Islami dari Ikhwanul Muslimin, ketegasan dalam akidah oleh golongan Salafi, dan kesatuan umat oleh Hizbut Tahrir. Kita tidak menafikan adanya kelebihan dan kekurangan dalam setiap golongan ini. Namun kita ambil yang baik, kita teruskan ke hadapan dan terus melangkah.

InsyaAllah harapan itu masih ada. Kecintaan pada agama itu tidak pernah padam dalam jiwa aktivis dakwah dan tarbiyah.

Mohon maaf atas salah dan silap. Sebarang perkongsian boleh komen.

Jazakallah khairan kasiro.

Mohammad Fikri bin Mohammad Nasri.

Advertisements

Page Baru


Page Baru

Alhamdulillah, bersama beberapa kawan, saya telah sempurna menterjemah buku Ringkasan Akidah Muslim walaupun tidak lengkap. Semoga Allah memberi ganjaran kepada para penterjemah. Dan semoga Allah memberkati usaha wakaf untuk mendidik umat Islam ini.

https://murabi6.wordpress.com/ringkasan-akidah-muslim/

Saya minta maaf kerana agak kurang menjengah blog 2-3 minggu kebelakangan ini. Saya sedang menyelesaikan beberapa urusan peribadi yang dikira agak penting dan kepala saya berserabut dengan beberapa perkara yang masih belum selesai. Semoga Allah permudahkan.

 Buku untuk Wanita.

Saya suka untuk memetik beberapa ayat yang menarik dari buku yang sangat sesuai untuk perempuan ini,

Wahai wanita yang paling berbahagia,
Dengan agama dan akhlaknya
Tanpa menyanding permata, kalung, dan emas
Namun bertasbih,
Laksana kabar gembira yang dilantunkan
Laksana hujan, laksana fajar,
Laksana sinar yang cerah, dan laksana arakan awan
Dalam sujud, doa, rasa mawas diri, dan muraqabah
Dalam renungan di antara cahaya kitab-Nya
Dalam cahaya dari sinar Gua Hira yang terpancar
Dari Rasul Tuhanmu
Engkaulah wanita paling bahagia sejagat raya ini
Dengan kesucian yang terdapat dala hatimu
Yang selalu kau makmurkan dengan taqarrub ilallah.

How to Live a Good Life

Saya ditanya oleh seorang lelaki/perempuan yang memiliki kesempurnaan di dalam dunia, namun sayang hidupnya penuh dengan kedukaan dan kesedihan. Seorang lelaki yang memiliki perniagaan yang berjaya bertanya kepada saya “Bagaimana untuk menjadi manusia yang bahagia? “. Saya katakan padanya, “Carilah keberkatan di dalam setiap apa yang ada di sisimu seperti harta dan anak yang soleh”. Dan lantas dia bertanya kepada saya di mana seeloknya untuk disedekahkan hartanya. Dan saya menunjukkan jalannya. Semoga Allah memberkati hidupnya dan memberikan kegembiraan.

Saya juga ditanya oleh seorang perempuan, “Adakah dia menolak takdir Allah? ” . Seorang perempuan yang usia mencapai setengah umur umat Nabi Muhammad ( Hadis ” Umur Ummatku antara 60-70). Dia terkenangkan seorang kawannya yang sudah kahwin, sudah beranak tetapi masih menyintai bekas teman lelakinya.

Renungilah kekuatan spiritual yang ada kalam yang masyhur dari Shaykhul Islam Ibnu Taymiyyah ini,

‎”What can my enemies do to me?

I have in my breast both my heaven and my garden. 
 
If I travel they are with me, never leaving me. 
 
Imprisonment for me is a chance to be alone with my Lord. To be killed is martyrdom and to be exiled from my land is a spiritual journey.”

Saya merasa sangat kerdil di dalam dunia ini, sangat kerdil di hadapan Allah. Saya berasa seperti “Aku tiada apa-apa” . 

Allah Allah. Allah Allah. Besarnya nikmatMu ini. Hidup dikelilingi oleh kawan-kawan yang faqih dan sentiasa mengingatkan supaya kembali kepada Allah.

Pemuda dan Pemuda. 

Beberapa orang pemuda menghujani saya dengan beberapa persoalan yang sangat berat persoalannya. Hampir luluh hati saya mendengar persoalan mereka. Ya benar, hidup di zaman ini penuh dengan fitnah yang maha dahsyat. Fitnah yang sangat besar dan dekat, dan sentiasa datang menghimpit. Kekadang saya rasa seperti mahu duduk di kampung yang terpencil, duduk berseorangan dan menebarkan benih dakwah di situ.

1.Wahai pemuda, pelajarilah sebanyak mana ilmu selama mana masa itu kosong bagimu. Saya khususkan, sekurang-kurangnya 20 tahun awal di dalam usiamu. Atau barangkali sehingga usia 25, dan berhenti sekejap untuk kahwin, dan teruskan sehingga akhir hayatmu.

Demi Allah, saya telah menyaksikan bagaimana kekurangan ilmu itu menyebabkan masalah-masalah yang dahsyat dan perpecahan yang banyak. Benarlah kata ulama,

“فاقد الشيء لا يعطي”

” Orang yang tiada apa-apa tidak mampu untuk memberikan apa-apa.” 

2.Wahai pemuda, jagalah lidah dan akhlakmu. Sesungguhnya kelembutan itu membunuh keganasan dengan sendirinya.

Tiadalah yang diucapkan kepada orang yang mempunyai kelebihan terhadap orang yang mempunyai kelebihan melainkan kelebihan2 yang banyak dan manfaat adab2 yang baik dari keduanya bagi orang yang ketiga(audiens yang melihat/ orang awam).

Tidaklah aku mendapati dari seorang guru agamawan yang murabbi dan penuntut ilmu yang ikhlas melainkan aku mendapati darinya kelembutan lidahnya, melainkan adabnya yang menyentuh hatiku, khuluqnya yang indah, kecintaannya kepada agama Allah, kecintaannya kepada Sunnah Rasul, kecintaannya kepada Rasul, keluarganya dan sahabatnya.- Fikri

Aku mencintai orang-orang yang Shalih dan aku bukan daripada mereka – Imam Syafie -rahimahullah-

Cukuplah untuk saya bawakan untuk kalian kisah dua orang pemuda dari Shaykh Arefe(Semoga Allah mempermudahkan urusannya).

Wahai pemuda, jauhilah maksiat dan dekatilah masjid, penuhilah ruang-ruang hadapan masjid, dan pedulikanlah orang-orang tua yang jahil ketupil di masjid itu, iaitu orang-orang tua yang menjadikan masjid itu tidak mesra pemuda dan menjadikan seolah-olah masjid itu milik. Barangkali sewaktu mudanya, dia tidak ke masjid. Kalau rasa tidak boleh masuk sangat dengan orang tua yang jahil ketupil itu, cukuplah kamu datang ke masjid dan balik selepas solat selesai.

Saya ingin berkongsi satu cerita yang berlaku pada saya ketika saya bersolat jumaat.

2 minggu lepas ketika saya sedang solat Jumaat, sebelah saya seorang pelajar sekolah rendah umurnya sekitar 7-8 tahun, apabila imam membaca al-Fatihah, dia mengajuk bacaan Imam, mungkin untuk melancarkan bacaannya.

Selepas habis sahaja memberi salam, pakcik-pakcik di belakang mengherdiknya dengan pelajar tersebut, ” Lain kali pergi solat kat belakang, ganggu orang nak solat je”.

Air mata pelajar tersebut bergenang, lantaran dimarahi begitu rupa. Dia hanya diam membisu seribu bahasa. Sambil berdoa,saya melihat dia mengesat air matanya, tetiba hati saya rasa sebak. Rasa nak menangis.

~Mengapa anak muda yang sedang belajar ini rasa gerun dan tiada keamanan walaupun di dalam rumah Allah?

~Mengapa istilah ” kurang ajar” dan ” kurang adab” itu hanya untuk orang muda?

~Orang tua yang jahil ketupil bila jahil dari muda lagi, saya tak mampu untuk berbuat apa-apa, melainkan dengan memandang dengan senyuman sinis dan berdoa ” Semoga Allah tidak menjadikan aku seperti kamu”.

Fikri : Duhai generasi mudaku, bersabarlah engkau dan beristiqamahlah dengan masjid sejak dari kecil lagi, supaya besar nanti kau tidak menjadikan masjid itu kepunyaanmu. 

3. Wahai pemuda, sibuk mana pun kehidupanmu, janganlah kamu meninggalkan solat. Ingatlah dunia ini seperti bangkai kambing dan umpama sebelah sayap nyamuk sahaja. Tiada apa yang kekal di sini. Dan kita bertemu di sini, tetapi impian kita di sana.

Takutlah Allah dan zuhudlah dengan keinginan pada dunia dan cenderunglah dengan banyak pada akhirat.

Imam Fudhail bin ‘Iyadh ada berkata,

‎”Takutnya seseorang hamba itu kepada Allah di atas kadar ilmunya dengan Allah, dan zuhudnya seseorang pada dunia di atas kadar keinginannya pada akhirat.” 

Hadis Sahih riwayat Bukhari bermaksud,

Sentiasa hati orang yang tua menjadi muda dalam dua: Dalam mencintaï dunia dan panjang angan-angan

4. Aku juga ingin mengingati diriku untuk sentiasa mengajak orang lain kepada kebaikan

Sebelum saya menutup bahagian pemuda ini, saya ingin memberikan 7 Langkah yang baik untuk Pemuda yang Baik.

1. Solatlah pada waktunya kerana solat di antara amalan yang mendekatkan diri kepada Allah.

2. Berzikirlah kepada Allah walaupun 5 minit sehari seperti zikir yang berat ganjarannya seperti Subhanallah Wa Alhamdulillah Wa Lailahaillallah Wa Allahuakbar dan Subhanallahi Wa Bihamdihi Subhanallahi al-Adzeem (100 kali)

3. Doa dengan penuh mengharap dan bertawakal kepada Allah disertai dengan usaha.

4.Sentiasa menjaga bacaan Al-Quran dan membacanya supaya hati tidak lalai dengan dunia.

5.Jauhilah daripada bersahabat dengan sahabat yang jahat.

6.Selawatlah ke atas Nabi sekurang-kurangnya 10 kali pada waktu pagi dan petang dan beristighfarlah memohon ampun kepada Allah setiap hari.

7. Berpuasa sunatlah pada hari Isnin dan Khamis untuk menjaga nafsu dan zuhud dengan kehidupan dunia.

Ingatlah kata-kata Shaykh Abdullah Azzam ini,

‎”Death is only but once, so let it be in the path of ALLAH”

Penutup

Terima kasih kepada anak bangsa yang menghadiahkan saya segala kenangan dan perkara yang baik di dalam hidup saya. Permohonan kalian, luahan masalah kalian dan teguran kalian banyak mengubat hati saya. Umur saya akan meningkat, dan saya akan jadi orang tua juga nanti. Semoga saya dapat perilaku Rasul Allah dengan Umair dan burung kecilnya si Nughayr. Semoga saya membesar dan tidak menjadi pimpinan yang meremehkan persoalan pemuda dan mengecewakan persoalan dan kehendak mereka di saat mereka sangat teruja untuk mendengar apa yang keluar dari mulut saya.

Narrated Anas (radi Allahu anhu): “The Prophet was the best of all the people in character. I had a brother called Abu Umar, who, I think, had been newly weaned. Whenever he was brought to the Prophet, the Prophet used to say, “O Abu Umar! What did Al-Nughair (do)?” Al-Nughair was a nightingale with which he used to play.” [Bukhari]

By rajawalibiru Posted in Lain2

Tazkirah tentang Hati.


Assalamualaikum wbt. Semoga semua pembaca sihat dan gembira di dalam nikmat iman. Alhamdulillah.

Saya cuba sesuatu yang baru dalam entri ini dengan memaparkan beberapa video yang insyAllah sangat mendalam kesannya.

Di mana Hati Kamu?

Bagaimana Melembutkan Hati Kamu ?

Bersangka Baiklah Dengan Allah

By rajawalibiru Posted in Lain2

Beberapa Tulisan


Ini beberapa tulisan saya di Facebook. Maaf kerana tidak mampu untuk menulisnya di WordPress saya lantaran masa yang sangat terhad.

TAJUK : HADIS-HADIS TENTANG MAHDI DARI PERSPEKTIF ASWJ
https://www.facebook.com/note.php?note_id=10150796612543529

Tajuk Diskusi : Benarkah Imam Bukhari Melarang Beramal dengan Hadith Dhaif Secara Total.
https://www.facebook.com/note.php?note_id=10150710720528529

Beberapa Faedah dari Talk Mufti Menk.
https://www.facebook.com/note.php?note_id=10150692826093529

Alhamdulillah, berjumpa dan melepaskan rindu dengan senior dan super senior dalam perjumpaan ulung antara Alumni Maghribi bersama Dr. Faruq Hammadah dan sebelah petangnya menghadiri kuliah Hadis tentang Imam Mahdi .

Segala puji bagi Allah yang mengurniakan kekuatan dan istiqamah untuk menuntut ilmu dan berada di dalam manhaj ini serta pelabagai nikmat lainnya. Kepada Engkau Ya Allah aku melakukan sesuatu dan kepada Engkau aku kembali. AMin.

Wassalam.

By rajawalibiru Posted in Lain2

Mawlid al-Nabi : Antara Keharusan Masolih al-Mursalah dan Bid’ah yang Tercela


Oleh: Fadhilah al-Syaikh al-Muhaddith Dr. Hatim Syarif al-Awni (Univ Umm al-Qura, Makkah)
Penterjemah: Ustaz Kurta Ungu al-Madiniy (Univ Islam Madinah)
Editor: Abu Ismail Fathi al-Sakandary (Univ Iskandariah, Mesir)
Ditambahbaik dan diperbaiki terjemahannya oleh Mohammad Fikri az-Zahabiy ( Univ Mohd V, Rabat )

أولا :

 يجب أن يكون الحديث عن حكم المولد بعلم وعدل , وأن لا ننكر اختلاف العلماء فيه , وأن هناك بعض جلة العلماء حكى استحبابه بشروط .بل هذا شيخ الإسلام ابن تيمية في كتابه (اقتضاء الصراط المستقيم) ، مع حكمه على المولد بأنه بدعة ؛ إلا أنه عذر مقيميه , بل اعتقد حصول الأجر العظيم لهم فيه ، فقال (رحمه الله) : ((فتعظيم المولد ، واتخاذه موسما ، قد يفعله بعض الناس ، ويكون له فيه أجر عظيم ؛ لحسن قصده ، وتعظيمه لرسول الله صلى الله عليه وسلم . كما قدمته لك : أنه قد يحسن من بعض الناس ، ما يستقبح من المؤمن المسدد))

Pertama:

Perbincangan tentang hukum maulid hendaklah dilakukan dengan keilmuan dan keadilan, dan hendaklah kita tidak mengingkari khilaf (perbezaan) `ulama’ padanya, sesungguhnya di sana ada sesetengah `ulama’ besar mengatakan mustahabnya (harusnya) dengan syarat-syarat tertentu. Bahkan Shaykhul Islam Ibnu Taimiyyah dalam kitabnya (Iqtidha’ as-Siroth al-Mustaqim) walaupun hukumannya terhadap maulid bahawa adalah bida’ah, akan tetapi dia menguzurkan orang yang membuatnya, bahkan dia meyakini mereka mendapat ganjaran yang besar bagi mereka padanya, maka dia(Ibnu Taimiyyah) rahimahullah berkata:
(( Maka mengagungkan maulid, dan mengambilnya sebagai musim, ada sesetengah manusia melakukanya, dan padanya ganjaran yang besar, disebabkan niatnya yang baik dan mengagungkan Rasulullah SAW, seperti apa yang telah aku nyatakan kepada kamu, bahawa mungkin sesetengah manusia mengelokkan, apa yang diburukkan dari mukmin yang betul ))

ثانيا :

 أما لتفصيل حكمه : فأقول : من استثمر يوم المولد للتذكير بسيرة النبي صلى الله عليه وسلم , أو لإذكاء عاطفة حبه في نفوس المسلمين , من غير غلو (كاستغاثة) , ولا مصاحبة منكرات (كاختلاط) , ولا خرافات (كدعوى حضوره صلى الله عليه وسلم يقظة) , ومن غير اعتقاد فضل خاص لهذا التذكير في يوم محدد , وإنما هو من باب استثمار تاريخ الحدث الجليل في استحضاره في النفس , كما يستحضر الخطباء يوم بدر في السايع عشر من رمضان , ويوم الفتح في العشرين منه , ويوم الهجرة في بداية السنة الهجرية = فهو حلال ؛ لأنه لم يعد يرتبط به اعتقاد عبادة مبتدعة , وانتقل بهذه الشروط من البدعة المحرمة إلى المصلحة المرسلة المباحة , فهو بهذه الشروط لا يتضمن إلا مجرد اتباع للوسائل المبلغة لمصلحة شرعية وهي : التذكير بسيرة النبي صلى الله عليه وسلم , أو لإذكاء عاطفة حبه في نفوس المسلمين .

Kedua :

Adapun untuk memperincikan hukum maulid itu: Maka aku berkata sesiapa yang menjadikan hari maulid dengan memperingati sirah Nabi Sallallahu-alayhi-wasallam, atau untuk meningkatkan emosi kecintaannya pada jiwa-jiwa muslimin, dengan tidak melampau (seperti meminta bantuan dari Nabi – dengan tawassul yang tercela – ),dan tidak bersamanya kemungkaran-kemungkaran seperti (percampuran antara lelaki dan perempuan), dan bukan khurafat seperti (mendakwa hadirnya Nabi Sallallahu-alayhi-wasallam dalam keadaan sedar), dan tanpa meyakini adanya keistimewaan yang khusus pada peringatan itu pada hari tertentu, dan yang dilakukan itu cuma sebagai untuk menyuburkan sejarah kejadian yang besar dalam menghadirkannya (iaitu memperingati hari itu) dalam jiwa, sepertimana para khatib menghadirkan hari peperangan Badar pada 17 Ramadhan dan hari pembukaan Makkah pada hari kedua puluh, dan hari penghijrahan pada permulaan tahun hijrah jika sebegini rupa maka ia halal, kerana ia tidak lagi berkait dengannya kepercayaan tentang ibadat yang direka-reka, maka telah berpindahlah dari bid’ah yang haram kepada Maslahah Mursalah yang dibolehkan dengan syarat-syarat ini, dan ia dengan syarat-syarat ini ia tidak mengandungi kecuali hanya mengikuti jalan-jalan (kaedah-kaedah) yang disampaikan untuk kemaslahatan (kepentingan) syarak iaitu : memberi peringatan dengan sirah Nabi SAW (dengan membuat kuliah-kuliah), atau untuk meningkatkan emosi kecintaannya pada jiwa-jiwa muslimin (dengan kuliah-kuliah itu).

وأجد أنه من الضروري لتصحيح الحكم بالإباحة : التأكيد دائما على من يحضرون الموالد ويقيمونها على أمور :- أن إقامة تلك الدروس والاحتفالات (الخالية من المنكرات) ليس لأن إقامة المولد عبادة , وإنما لأنه مجرد استثمار لوقت الحدث من أجل تحقيق مصلحة شرعية منه .- أنه ليس ليوم المولد السنوي خاصية ولا فضيلة ثابتة . – بيان منكرات الاعتقادات والأقوال والأفعال المقطوع ببطلانها التي تنتشر في كثير من الموالد .فمع هذه الشروط لا أجد في المولد بدعة , ولا ما يدعو فيه للإنكار عليه وعلى مقيميه .

Dan saya mendapati sesungguhnya ia adalah kepentingan untuk membetulkan hukum dengan pengharusan : Sentiasa menegaskan kepada sesiapa yang menghadiri majlis maulid dan yang mendirikannya kepada perkara-perkara:-
Bahawa membangunkan  pengajaran-pengajaran dan perayaan-perayaan itu (yang sunyi dari kemungkaran) bukanlah kerana menjadikan maulid itu sebagai ibadah, tetapi sebagai menyuburkan pada waktu berlaku perkara itu sebagai alasan merealisasikan maslahat  syar’ie darinya,  Dan bukanlah pada pada perayaan Maulid itu bersifat tahunan dan khusus dan  tiada padanya apa-apa kelebihan yang tsabit, dan mereka juga menerangkan kemungkaran dalam kepercayaan-kepercayaan ( iktikad / akidah ) dan pada perkataan-perkataan, dan perbuatan-perbuatan yang jelas terbatal padanya yang banyak tersebar pada kebanyakan Maulid (yang biasa dilakukan orang ramai). Maka dengan syarat-syarat ini, aku tidak mendapati pada maulid itu bid’ah, dan tidak apa yang mereka ajak padanya untuk mengingkari ke atasnya dan ke atas orang yang mendirikannya.

 

كما أني لا أجد حرجا في قول من امتنع من إقامته امتناعا مطلقا , من باب مدافعة الخلل الكبير الذي يحصل فيه , وسدًّا لذرائع المنكرات المنتشرة فيه ؛ إذا كان صاحب هذا القول الممانع لا يبالغ في ممانعته , فلا ينكر على من أباحه بتلك الشروط , ويجيز اختلاف الاجتهاد فيه , ما دام ملتزما بتلك الشرائط . فهذا القول بهذا الشرط قول سائغ , له ما يجعل له حظا من النظر .

Sepertimana aku tidak mendapati apa-apa masalah pada pendapat yang melarang dari mendirikannya (perayaan Maulid) dengan larangan yang mutlaq, daripada aspek untuk menahan kepincangan yang besar yang berlaku di dalamnya, dan menutup pintu-pintu kemungkaran yang tersebar di dalamnya, sekiranya pemilik pendapat yang melarang tidak melebih-lebih dalam larangannya, maka dia tidak mengingkari sesiapa yang membolehkannya dengan syarat-syarat itu, dan ada keharusan perbezaan ijtihad padanya, selagi mana beriltizam dengan syarat-syarat (di atas), maka pendapat ini dengan syarat ini merupakan pendapat yang diterima, padanya apa yang menjadikan baginya peluang dari pandangan.

والواقع أن شبه هذا يحصل عندنا في السعودية دون نكير , فعامة خطب الجمعة وكثير من مواعظ المساجد عندنا تتحدث عن المولد بإنكاره قرب موعده السنوي (في آخر خطبة قبله , أو عشية ليلته) , وهي ربما بدأت بذكر فضائل النبي صلى الله عليه وسلم وحقوقه على أمته , ثم تختم بذكر منكرات الموالد . فهي أقامت المولد الذي أرى إباحته , لكنها لم تسمه بالمولد .

Dan realiti ini berlaku pada kita di Sa`udi tanpa penafian,  maka kebanyakan khutbah-khutbah jumaat dan  banyaknya peringatan tazkirah-tazkirah di masjid-masjid kita mengatakan tentang Maulid dengan mengingkarinya apabila berdekatan dengan harinya secara tahunan (pada akhir khutbah sebelumnya atau pada malamnya). Dan ia mungkin memulakan dengan mengingatkan tentang kelebihan Nabi Sallallahu-alayhi-wasallam dan haq-haqnya ke atas umatnya, kemudian diakhiri dengan mengingatkan tentang kemungkaran Maulid. Dan mereka ini sebenarnya telah membangunkan Maulid yang aku berpendapat tentang keharusannya- sebagai yang telah aku jelaskan sebelum ini – , tetapi mereka tidak namakannya sebagai Maulid.

ونحوه : ما كتبه ويكتبه علماؤنا في مجالس شهر رمضان , ككتاب الشيخ ابن عثيمين (رحمه الله) , والذي فيه تذكير بغزوتي بدر والفتح في يوميهما من رمضان . وأراد الشيخ (رحمه الله) أن يقرأه الناس في المساجد كل سنة , ويرجو هو (رحمه الله) ومن يريد له استمرار الأجر به : أن لا تنقطع قراءة هذه المجالس في كل رمضان من كل سنة , وأن يعمّ وينتشر بين المسلمين , وكثيرا ما يحصل ذلك في مساجدنا , ويتكرر كل سنة .

Contohnya :Seperti apa yang telah ditulis tentangnya dan `ulama’-`ulama’ kita menulis tentangnya pada majlis-majlis bulan Ramadhan, seperti kitab shaykh Ibn `Uthaimeen (rahimahullah), yang padanya terdapat peringatan tentang dua peperangan iaitu peperangan Badar dan pembukaan Makkah yang berlaku pada dua hari dalam  bulan Ramadhan. Dan shaykh `Uthaimeen (rahimahullah) menginginkan manusia membacanya di masjid-masjid pada setiap tahun, dan dia(rahimahullah) mengharapkan dan sesiapa yang mahu untuk meneruskan pahala dengannya: supaya tidak memutuskan bacaan kitab majlis-majlis ini pada setiap Ramadhan pada setiap tahun, dan supaya ia menjadi umum dan tersebar di kalangan muslimin, dan inilah yang berlaku di masjid-masjid kita (di Saudi) kebanyakannya, dan ia berulang setiap tahun.

فتكرار قراءة خبر هاتين الغزوتين في يومين محددين من كل سنة , لم يجعل هذا الفعل بدعة ؛ لأن هذا التحديد لم يقع على وجه التعبّد به ؛ وإنما على وجه استثمار تاريخه في زيادة التأثير به , وفي ترسيخ تاريخه , وفي تذكّر نعمة الله تعالى علينا بهذين اليومين العظيمين في تاريخ الإسلام . وكحل وسط : أصبح كثير من مقيمي الموالد لا يلتزمون بالموعد السنوي المحدّد , فيقيمون مجالس تذكير بفضائله صلى الله عليه وسلم في عرض العام , وعدة مرات فيه . وهذا المولد إذا خلا من بقية منكرات بعض الموالد فلا إشكال فيه البتة , بشرط عدم اعتقاد كونه عبادةً مقصودة لذاتها

Maka pengulangan pembacaan berita dua peperangan itu pada dua hari yang dikhususkan pada setiap tahun, tidak menjadikan perbuatan ini bida’ah, kerana pengkhususan ini tidak berlaku cara yang bersifat taabudiyyah padanya, tetapi ia sebagai cara menyuburkan sejarahnya untuk menambahkan kesan (pada jiwa-jiwa muslimin) dengan cara itu, dan untuk menguatkan sejarahnya, dan untuk mengingati nikmat Allah ke atas kita dengan dua hari yang besar ini dalam sejarah Islam.

Dan hal sederhana : Kebanyakan dari orang yang membangunkan Maulid-Maulid ini tidak melazimi diri mereka dengan tarikh tahunan yang ditetapkan, mereka mendirikan majlis-majlis yang menyebutkan kelebihan-kelebihan Nabi Sallallahu-alayhi-wasallam secara umum, dan beberapa kali padanya. Dan Maulid ini sekiranya sunyi dari kemungkaran-kemungkaran yang dilakukan sesetangah Maulid-maulid maka tidak ada masalah langsung padanya, dengan syarat tidak menganggap ia sebagai ibadah yang dimaksudkan padanya (tidak dijadikan ibadah, tidak menganggap adanya kelebihan khusus).

الخلاصة :

ومن هذا يتضح أنه يجب التفريق بين صورتين للمولد

 -1 صورة يكون فيها المولد من المصالح المرسلة : وذلك إذا كان بقصد استثمار تاريخ هذا الحدث الجليل للتذكير بسيرته صلى الله عليه وسلم , أو لإذكاء جذوة محبته صلى الله عليه وسلم في القلوب , من غير اعتقاد فضيلة خاصة لليوم , تجيز تخصيصه بعبادة , أو باعتقاد لا دليل عليه .وهذه الصورة هي التي استحسنها كثير من العلماء كأبي شامة وابن ناصر الدين وغيرهما كثير من سادة الأمة

Kesimpulan: 
Maka dengan ini jelaslah bahawa wajib bagi kita membezakan antara dua jenis gambaran Maulid: 
1. Pertamanya Gambaran yang padanya Maulid itu dari Masolihul Mursalah: iaitu diadakan maulid itu  dengan maksud menyuburkan sejarah peristiwa yang hebat ini dengan memperingati sirah Nabi Sallallahu-alayhi-wasallam atau untuk menyalakan semula cinta kepada Baginda SAW dalam hati,  tanpa mempercayai adanya kelebihan tertentu pada hari itu, tanpa membolehkan pengkhususannya dengan ibadah,  atau dengan kepercayaan yang tiada dalil padanya. Dan bentuk ini yang diberi keringanan (diminta kebaikannya)  oleh kebanyakan ulama’ seperti Abi Syaamah dan Ibn Naasiruddin dan selain mereka berdua dari kalangan imam-imam.

 -2 وصورة يكون فيها بدعة , حتى لو خلا من الغلو والمنكرات , وهو فيما لو خُصَّ هذا اليوم باعتقاد فضل يخصه , وصار يُظن أنه ترتبطبه عبادات يزداد أجرها فيه , أو أن مثل تلك الاحتفالات في هذا اليوم المخصوص مقصودة لذاتها , كما تُقصد العبادات المشروعة لذاتها . وهذه الصورة هي التي استنكرها كثير من العلماء كشيخ الإسلام ابن تيمية وغيره من سادة الأمة

2. Dan gambaran yang mempunyai bid’ah didalamnya, walaupun sambutan itu sunyi dari sikap berlebih-lebihan dan tiada kemungkaran, ia ialahan padanya apa yang dikhususkan bagi hari itu dengan kepercayaan bahawa adanya kelebihan tertentu. Dan apabila disangkakan bahawa ia berkait padanya ibadat-ibadat yang menambahkan pahala padanya, atau seperti perayaan-perayaan itu pada hari yang tertentu yang dimaksudkan padanya , seperti meniatkan ibadat-ibadat yang disyariatkan untuknya. Maka gambaran ini merupakan gambaran yang diingkari kebanyakan ulama’  seperti Shaykhul Islam Ibn Taimiyyah dan selainnya dari kalangan imam-imam
By rajawalibiru Posted in Lain2

Perkongsian dengan Sheikh Dr. Mahmoud Ezzat.


Talk bersama Shaykh Dr. Mahmoud Ezzat,
Naib Mursyid Am Ikhwanul Muslimin.
Anjuran : IKRAM Malaysia
Tajuk : Ikhwanul Muslimin Di Era Baru. 

Sedikit biodata tentang Shaykh Dr. Mahmoud Ezzat

  • Lahir pada tahun 1944.
  • Professor Microbiologi di Universiti Zaqaziq dan juga bekas Professor di Universiti San’aa.
  • Ahli Maktab Irsyad Mesir.
  • Pernah dipenjara dan boleh dikatakan sebagai “devotee” Syed Qutb.

Shaykh Mahmoud Ezzat memulai ucapannya dengan menyebut ayat al-Quran ;

Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui  [ Surah An-Nur ayat 24]

(Mereka dijadikan berkeadaan demikian) sebagai limpah kurnia dan nikmat pemberian dari Allah; dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. [Surah al-Hujuraat ayat 8]

Beliau menyampaikan salam daripada Mursyidul Am, Dr. Muhammad Badie. Dan memetik ayat al-Quran ; 

 “Mudah-mudahan Tuhan kamu akan membinasakan musuh kamu dan menjadikan kamu khalifah di bumi, kemudian Ia akan memerhati bagaimana pula perbuatan kamu?”  [ Surah al-A”raaf ayat 29]

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. [ Surah an-Nuur ayat 55]

Beliau seterusnya menyimpulkan ucapan tentang 4 perkara;

  1. Apakah dia Risalah Ikhwanul Muslimin?
  2. Ciri-ciri/Sifat Ikhwanul Muslimin.
  3. Peringkat-peringkat Sejarah Ikhwanul Muslimin.
  4. Beberapa kisah dari Arab Spring yang berlaku di Mesir.

Beliau memetik kalam Ustaz Hasan al-Banna yang mengatakan bahawa Ikhwanul Muslimin ialah ruh Islam yang baru yang menghidupkan rosaknya ummat dengan al-Quran.

Beliau seterusnya memetik ayat al-Quran yang mengandungi beberapa hikmah dan nasihat yang baik;

Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). 

Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara ugama, ugama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: “orang-orang Islam” semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah)… [Surah al-Hajj ayat 77 dan 78]

Seterusnya beliau menerangkan ayat al-Quran tadi dan menyebutkan beberapa isi tentang risalah Ikhwanul Muslimin.

  1.  Ikhwanul Muslimin berteraskan kefahaman Islam yang sempurna. Tunduk dan sujud kepada Allah dengan penuh kerendahan hati dan melakukan perkara yang baik kepada manusia seluruhnya. Rasul Allah sallallahu-alayhi-wasallam menjadi contoh ikutan terbaik bagi kita dan kita menjadi contoh ikutan terbaik bagi umat manusia keseluruhannya.
  2. Kepentingan tarbiyah yang menunjukkan kekuatan iman. Ramai muslim tetapi mereka tidak menunjukkan keimanan mereka melalui perbuatan mereka dan sebagainya. Ikhwan berteraskan kepada konsep ” Perbaiki diri kamu dan ajaklah orang selain kamu(ke arah kebaikan)”. Tarbiyah Ikhwanul Muslimin meliputi tarbiyah pemikiran, politik dan kemasyarakatan. Shaykh menyebutkan beberapa  sifat dalam Muwasofat Tarbiyah.
  3. Tarbiyah itu satu amalan yang sentiasa bergerak dengan berperingkat-peringkat.
  4. Ikhwanul Muslimin tidak berpayungkan pemimpin dan tidak meminta upah daripada manusia.
  5. Risalah dan dakwah Ikhwanul Muslimin itu bersifat alami(dunia) yang mana terhimpun di bawahnya dakwah yang bersifat dunia, antara negara dan antara kaum yang berbeza.
”]

Seterusnya beliau menyebutkan 2 sifat Ikhwanul Muslimin ;

  1. Berpandukan kepada perubahan secara aman dan dakwah dengan berhikmah.
  2. Jemaah itu berpandukan keputusan Syura dan Demokrasi sebagai wasilah syura.
Seterusnya beliau menyebut kronologi peristiwa yang berlaku pada Ikhwanul Muslimin, dan saya tidak ingin mengulasnya kerana ia sudah masyhur. Akan tetapi saya akan tuliskan beberapa fakta yang menarik.
Ikhwanul Muslimin ada 3 kekuatan iaitu;
  1. Kekuatan akidah.
  2. Kekuatan kesatuan
  3. Kekuatan senjata samada melalui penulisan, penubuhan briged-briged bersenjata (melawan penjajahan Inggeris dan membebaskan Palestin)
Gambar : Kisah tentera Ikhwan yang berperang berbekalkan beberapa keping biskut dan mereka hampir sahaja mampu menawan Tel Aviv tetapi mereka dikhianati oleh pemimpin Mesir sendiri. Sayang hero seperti mereka dibalas dengan hukuman penjara.
Ikhwanul Muslimin sudah banyak kali diharamkan, melalui fitnah dan cabaran yang getir, ahli-ahlinya keluar masuk penjara tanpa sebab yang kukuh, pernah bertanding dalam pilihanraya
Ust. Hasan al-Banna dibunuh pada 12 Febuari 1949 namun 62 tahun selepas itu, Regim Husni Mubarak tumbang pada tarikh yang sama. 
Fikri : Alhamdulillah Allazi Nashara ‘abdahu Wa A’azza Dinahu ( Kitab Azkar )
Revolusi Kebangkitan Rakyat bermula pada 25 Januari sempena Hari Polis. Beberapa demonstrasi sebelum itu hanya disertai oleh 100-250 orang sahaja. Tetapi pada tarikh itu, hampir 10 ribu rakyat Mesir turun berdemonstrasi. Dan ia mengejutkan kebanyakan pihak termasuk pihak Ikhwan sendiri.Revolusi Rakyat bukan berlaku kerana hasutan dari Mesir, tetapi ia berpunca daripada sifat negatif rakyat Mesir  yang sudah terlalu berputus asa dengan beberapa pemimpin Mesir sebelum Mubarak dan kezaliman Mubarak sendiri dan diikuti dengan apa yang berlaku di Tunisia dan beberapa negeri Arab lain.Ikhwan Muslimin sendiri tidak menyangka kebangkitan rakyat mampu menjatuhkan Regim Mubarak dan tidak tahu bilakah ia berakhir.

Seterusnya Shaykh Mahmoud Ezzat menceritakan tentang pasca kemenangan Parti Hurriyat wa al-Adala yang memenangi hampir 47 peratus kerusi di parlimen Mesir. Seterusnya saya tidak ingin menulisnya kerana saya pasti pembaca sudah mengetahui banyak tentang apa yang berlaku di negara Arab termasuk Mesir sendiri.
Seterusnya saya ingin meneruskan kepada soalan-soalan yang ditanyakan oleh hadirin kepada Shaykh Mahmoud Ezzat.
1. Kenapa Parti Ikhwanul Muslimin tidak mahu bergabung dengan Parti Nur Salafi?
Jawapannya : Hampir 90peratus daripada parti yang bertanding suka dengan Islam sendiri. Hal ini dibuktikan dengan respon pungutan suara dari rakyat Mesir sendiri dimana golongan bukan Islam sendiri menyokong penubuhan hukum Islam di Mesir.
Kemudian untuk menjaga hati parti-parti lain dan golongan yang bukan beragama Islam. Dan apa yang berlaku di Mesir ialah bolehnya ada kerjasama antara beberapa parti yang bertanding dan kurangnya permusuhan antara mereka.
2. Apakah perbezaan antara Parti Ikhwanul Muslimin dan Parti Nur Salafi?
Perbezaannya ada 3 iaitu perbezaan pemikiran, perbezaan peraturan, dimana terdapat perbezaan yang banyak dalam Parti Nur sendiri di mana ada golongan salafi yang berbeza pendapat sesama mereka dalam isu menyertai demonstasi, menyertai demokrasi, mengundi dan sebagainya.
3. Apakah ada pertelingkahan antara Parti Nur dan Parti Kebebasan dan Keadilan?
Jawapannya : Tiada, ia tidak benar seperti yang digemburkan media, tiada pertelingkahan antara 2 parti ini, bahkan mereka saling menjaga hubungan antara mereka supaya rakyat tidak melihat parti-parti Islam bergaduh berebutkan kuasa di dalam Parlimen Mesir.

Seterusnya Shaykh ditanya tentang perlaksanaan hukum hudud di Mesir, dan dipetik ucapannya di dalam Masry alYoum;

“the enforcement of sharia punishments will need time, and will only come after Islam is planted in every heart and masters the life of people, and then Islamic punishments can be applied.”

Shaykh mengatakan bahawa perlaksanaan hukuman syariah memang memerlukan masa, beliau memberi contoh bagaimana mahu menghukum pencuri dalam keadaan negara yang ada keadaan di mana rakyat ada yang terdesak untuk mendapatkan makanan.

Seterusnya beliau mengatakan bukan semua rakyat Mesir memahami syariah sendiri dan mereka baru sahaja menikmati kebebasan.  Rakyat Mesir masih berada di dalam fitnah, dan apabila fitnah itu berjaya dihilangkan dan syarat seperti kebebasan dan keadilan dapat ditegakkan dan dipenuhi, maka sudah tiba masanya untuk perlaksanaan hukum syariah. 

Wassalam. Semoga bermanfaat.

Fikri : Saya kira cukuplah perkongsian ini sahaja. Saya suka cara IKRAM yang sanggup berkongsi maklumat dengan masyarakat umum, menganjurkan program dengan cemerlang sekali dan menganjurkan program seperti ini untuk masyarakat umum yang bukan menjadi ahli mereka seperti saya. Alhamdulillah, setiap kali ada program seperti ini, saya tidak pernah terlepas untuk menyertainya.

Saya teringat akan taujihat dari mursyid saya dan orang yang menjadi rujukan/pertanyaan apabila saya menghadapi masalah, Dr. Solah al-Khalidi, beliau menasihati saya agar sentiasa berlaku adil dan tidak menuduh gerakan Islam lain berdalilkan apa yang didapati dari sumber kumpulan sendiri tanpa rasa untuk menelitinya daripada sumber lain.

Perkongsian Antarabangsa Revolusi Syria oleh al-Syeikh Khalid Hassan Hindawi


Perkongsian Antarabangsa Revolusi Syria oleh al-Syeikh Khalid Hassan Hindawi

Shaykh Khalid Hassan al-Hindawi.

– Beliau adalah pembantu khas Dr. Yusuf al-Qaradawi.

-Beliau diutuskan oleh Dr. Yusuf al-Qaradawi untuk memberitahu berita dan hal sebenar tentang apa yang berlaku di Syria.

-Shaykh Khalid telah melawat Indonesia dahulu dan kemudian melawat Malaysia.

Semoga Allah merahmati Shaykh yang memberi perkongsian yang baik dan bermanfaat kepada kami , memberi penjelasan dan penerangan yang sebenar tentang apa yang berlaku di Syria.

Mukaddimah,

Shaykh memberitahu bahawa beliau baru sahaja melawat Indonesia kemudian beliau diamanahkan oleh Dr. Yusuf al-Qaradawi untuk ke Malaysia, memberitahu keadaan yang sebenar berlaku di Syria.

Revolusi sedang berlaku di Yaman, di Syria dan beliau mengharapkan agar di Malaysia juga berlaku perubahan yang lebih baik khususnya untuk ummat Islam di Malaysia 

Fikri – Amin.

Shaykh memberitahu bahawa permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti di Dar’aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria. Dan saat ini Basyar al-Assad sedang memerintah dengan besi dan api ( kekerasan).

Sesungguhnya orang-orang fasiq ingin menipu manusia supaya berpaling dari kebenaran dan revolusi ini, tetapi mereka gagal dan berada dalam keadaan rugi.

Shaykh seterusnya memetik kalam Saidina Ali radiyallahu-anhu ;

 ” Sesungguhnya negeri yang batil itu sekejap sahaja sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat” .

Dan ini bertepatan dengan firman Allah Subhanahu Wa Taala di dalam Surah al-Isra’ ayat 81 ;

Dan katakanlah:” Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap”. 

Shaykh seterusnya mengatakan bahawa cara berpolitik ala Fir’aun seperti yang dilakukan oleh Bashar Assad dan orang yang sepertinya seperti pemerintah Tunis, Mesir, Yaman, dan Libya seperti Fir’aun di zaman Nabi Musa, yang mana mereka mencuri harta-harta rakyat dan memakannya dengan cara yang haram, memenjarakan rakyat mereka, membunuh para ulama, melakukan pembunuhan beramai-ramai, merogol dan mencabul kehormatan wanita-wanita, menghalang perempuan beriman dari memakai hijab, menindas orang yang lemah seperti orang tua dan kanak2. Dan mereka ini tidak akan kekal.

Shaykh memberi misalan keadaan mereka ini seperti di dalam Surah ar-Ra’d ayat 17 ;

 Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan. 

Seterusnya Shaykh menceritakan tentang sejarah Syria. Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya, Bashar al-Assad yang kini memerintah selama 11 tahun. Dan Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

Seterusnya Shaykh menceritakan tentang konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari, mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama.

Hafez al-Assad dari merupakan Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya yang terdiri daripada Muslim Sunni, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita(ASWJ).

Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.

Shaykh seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawite, 10 peratus darinya beragama Kristian dan 84 peratus daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez.

Shaykh seterusnya menyebutkan sifat-sifat Syiah yang mana mereka begitu membenci Ahlussunnah, menghina Khulafa Ar-Rasyidin dan Ummahatul Mukminin.

Shaykh seterusnya menyebutkan bilangan penunjuk perasaan yang mati kini mencapat 8500 orang dan hampir 39000+- yang lain cedera. Adapun yang dipenjarakan dan disiksa sebanyak 180000 orang, yang mana direkodkan 413 orang telah mati disiksa. Shaykh juga menceritakan di sebuah daerah bernama Doma, dimana 19 orang doktor telah dibunuh dan 40 orang pesakit telah dibunuh di hospital oleh tentera regim Hafez al-Assad yang kejam itu.

Kini sudah hampir 8 bulan, penunjuk perasaan berjuang selama siang dan malam dan regim Hafez al-Assad yang kejam telah menggunakan kekerasan ke atas rakyatnya seperti penggunaan kereta kebal, senjata-senjata berat, memusnahkan bangunan-bangunan seperti rumah, masjid, menara masjid, mencabul kehormatan dan merogol perempuan-perempuan, mengikat tangan ayah dan saudara lelaki kemudian merogol ibu, anak perempuan di hadapan mereka.

Shaykh seterusnya menceritakan tentang kekejaman yang berlaku di Hims, di Madinah Khalid al-Walid tentang kisah Zainab al-Husni yang berumur 23 tahun. Beliau ditangkap dan dipaksa untuk melakukan sesuatu yang tidak bermoral, tetapi beliau enggan. Akhirnya beliau disiksa dan tubuhnya dikerat dengan 4 potongan dan dibungkus dan bungkusan itu dicampak kepada ahli keluarganya. Begitu juga dengan apa yang berlaku terhadap ratusan anak-anak kecil yang tidak berdosa yang dikerat-kerat badan mereka. Shaykh menegaskan

” Bagaimana kita harus bersabar di atas taghut yang kejam ini ! “

Shaykh seterusnya menceritakan bagaimana penunjuk perasaan (demonstrator/pejuang revolusi) yang mandi dan berwudhu sebelum keluar dari rumah mereka kerana mereka tidak pasti mereka akan kembali lagi ke rumah mereka. Hampir 95 peratus rakyat Syria menentang regim Syria yang kejam ini.

Selama 43 tahun Bukit Golan diduduki oleh Israel tetapi regim Hafez al-Assad dan ayahnya tidak pernah membunuh walau seorang pun Yahudi, tetapi mereka telah membunuh ribuan penduduk Hama yang terletak 6 kilometer dari Bukit Golan. Maka Shaykh menanyakan di mana buktinya bahawa Syria ini menentang Israel?

Maka di mana buktinya bahawa regim yang kejam ini menunjukkan permusuhan ke atas Israel ?! 

Shaykh seterusnya menegaskan bahawa terdapat perjanjian rahsia antara Syria dan Israel. Bashar merupakan al-Assad kepada rakyat mereka tetapi penakut dengan Israel.

Shaykh seterusnya menceritakan tentang regim Syria yang menggunakan tindakan ketenteraan ke atas rakyatnya, merogol dan mencabul kehormatan perempuan-perempuan. Sebenarnya ramai di antara askar yang tidak menyetujui kekerasan ke atas rakyat, tetapi mereka yang enggan akan dibunuh dan dipenjarakan. Dan di antara askar-askar itu, ada yang berpaling tadah kepada regim kejam Syria dan menyokong demonstrasi dan mempertahankan rakyat dan bilangan mereka kini seramai 30000 orang dan angka itu semakin bertambah.

Shaykh seterusnya menyatakan bahawa Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr. Ali as-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;

 حديث : ” ” من قتل دون ماله فهو شهيد، ومن قتل دون أهله فهو شهيد، ومن قتل دون دينه فهو شهيد، ومن قتل دون دمه فهو شهيد “.

“Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid ”

أخرجه أبو داود (2 / 275) والنسائي والترمذي (2 / 316) وصححه، وأحمد (1652) 1653) عن سعيد بن زيد، وسنده صحيح.

Hadis ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmizi dan disahihkan oleh Imam al-Albaniy, dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Sa’id bin Zaid dan sanadnya Sahih.

Shaykh seterusnya menceritakan bahawa Liga Arab telah mengenakan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria sehingga regim Syria menghentikan kekejaman ke atas rakyatnya. 19 negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.

Shaykh akhirnya menutup ucapan beliau dengan mengingatkan tentang fungsi/apa yang perlu dilakukan oleh kita tentang apa yang berlaku di Syria.

Hendaklah kamu berdoa untuk saudara-saudara kamu di Syria dengan ikhlas , siang dan malam supaya Allah membantu mereka dan membebaskan mereka daripada kezaliman pemerintah mereka.

Shaykh seterusnya menukilkan hadis tentang kelebihan Syam

 أنه قال : يا رسول الله صلى الله عليه وسلم خر لي بلدا أكون فيه ، فلو أعلم أنك تبقى لم أختر عن قربك شيئا ، فقال : عليك بالشام ، فلما رأى كراهيتي للشام قال : أتدري ما يقول الله في الشام ؟ إن الله عز وجل يقول : يا شام أنت صفوتي من بلادي أدخل فيك خيرتي من عبادي إن الله تكفل لي بالشام وأهله 

الراوي: عبدالله بن حوالة المحدث: المنذري – المصدر: الترغيب والترهيب – الصفحة أو الرقم

: 4/102

خلاصة حكم المحدث: [روي] من طريقين إحداهما جيدة 

إنكم ستجندون أجناداً جنداً بالشام ومصر والعراق واليمن قالوا فخر لنا يا رسول الله قال عليكم بالشام قالوا إنا أصحاب ماشية ولا نطيق الشام قال فمن لا يلحق الشام فليلحق بيمنه فإن الله قد تكفل لي بالشام

الراوي:أبو الدرداء المحدث: البزار – المصدر: الأحكام الشرعية الكبرى – الصفحة أو الرقم:

 4/512

خلاصة حكم المحدث:إسناده حسن

 Fikri : Aku tidak ingin menterjemah hadis Syam ini, cukuplah aku menaqalkankannya beserta sumbernya.

Seterusnya Shaykh menyebutkan peranan mufakkir, duat, asatizah untuk mengetengah dan sentiasa prihatin tentang isu di Syria, menceritakan kepada masyarakat tentang kezaliman dan apa yang berlaku di Syria.

Seterusnya kepada para wanita yang solehah, untuk menceritakan kekejaman yang berlaku kepada saudara perempuan mereka di Syria dan berdoa untuk mereka.

Seterusnya, Shaykh menaqalkan arahan dari Shaykh Yusuf al-Qaradawi agar menghulurkan bantuan berbentuk kewangan kepada saudara-saudara seIslam di Syria dalam bentuk zakat dan sedekah untuk keluarga pejuang yang sedang dipenjarakan dan keseluruhan rakyat Syria, lebih-lebih lagi musim sejuk akan datang dan mereka sedang mengalami kekurangan bahan pemanas dan makanan kerana sekatan pemerintah.

Akhirnya, Shaykh memohon agar Allah membantu kita dalam menghadapi taghut-taghut yang zalim.

Fikri : Inilah sedikit catatan ringkas saya ketika menghadiri Perkongsian Antarabangsa Revolusi Syria oleh al-Syeikh Khalid Hassan Hindawi. Terima kasih dan Jazakallahu Khaira l-Jaza kepada IKRAM atas penganjuran perkongsian yang bermanfaat. Jika ada kekurangan dan kesalahan, saya memohon ampun dan maaf.

By rajawalibiru Posted in Lain2

Intellectual Forum – Revisiting Islamic State


 Moderator :Dr. Maszlee Malik ( IIUM)  – Dr. MM

Panel:

Dr. Fadlan Mohd Othman (ILMU) – Dr. FMO

Dr. Ahmad Farouk Musa (IRF) – Dr. AFM

Dr. Dzulkifly Ahmad ( Pas Kuala Selangor) – Dr. DA

Tempat : Main Auditorium IIUM

Masa : 08.30 PM

Forum bermula 8.50 mlm. 

Dr. MM – Dr. AFM – Dr. FMO – Dr. DA

Apa yang terlintas di dalam fikiran anda tentang Negara Islam (1 minit)

Dr.DA – Negara yang wajar melaksanakan Islam, warganya dan rakyatnya mengamalkan peraturan yang berasaskan syariat Allah.

Dr. FMO – Negara yang penuh dengan rahmat.

Dr. AFM – Satu negara yang bersifat sebagai daulah madaniyah – ciri kemasyarakatan – memastikan wujudnya kesamarataan dari segi ekonomi, penghormatan kepada hak-hak asasi manusia, tidak terhad pada hukum hakam sahaja.

Nyatakan Ciri- ciri negara Islam (3 minit)

Dr. DA –

Negara yang merujuk kepada daulah/negara yang diasaskan oleh Rasul Allah Saw.

  • Memberi ruang kepada rakyatnya untuk berubudiyyah kepada Allah, memerdekakan rakyatnya dari apa jua bentuk pengabdian selain Allah, dan membawa kepada kebebasan manusia yang hakiki melainkan kepada Allah sahaja.
  • Apa yang terserlah daripada negara itu keadilan, pemerintahan yang memakmurkan dan memberi kesejahteraan kepada rakyatnya.

Dr. FMO –

Daulah Islamiyyah – Satu tempat yang didiami oleh orang-orang Islam samada bersama mereka orang kafir, dan syiar dan hukum Islam dizahirkan di situ amalan-amalan Islam/ hukum Islam tanpa kekangan(dengan kebebasan)

Darul Islam – yang didiami oleh orang Islam, zahir padanya syiar Islam, ianya kekal begitu walaupun dijajah oleh orang bukan Islam dan orang Islam diusir. (Ulama Syafi’iyyah)

Dr. AFM –

Ciri utama negara Islam ialah ( sumber -Principal of Islamic State – Mohammad Assad).

  • 1)keadilan, samada dari segi ekonomi dan sosial
  • 2)Benevolence – Kebebasan untuk mengamalkan kepercayaan masing2.

Soalan kepada Dr. DA : Adakah Malaysia negara Islam?

  • Kemuncak negara Islam itu ialah keadilan.
  • Negara Islam itu tidak terdapat di dalam negara Islam, pada amalan Rasul SAW itu pada akhirnya membina daulah. Yang jelasnya, berhukum dengan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah.
  • Jawapan : Jika dilihat dari segi ayat berhukum dengan negara Allah, maka sudah pastinya hanya mencapai 3/10 .
  • Jurang perbezaan antara orang kaya dan miskin agak berbeza. Sudah 53 tahun. A very rich country but many poor people.

Soalan kepada Dr. FMO : Adakah Malaysia negara Islam? Apakah kayu ukur negara Islam dari ILMU ?

  • Jawapannya : Ya. Negara Islam yang sesuai dengan orangnya sendiri. Bak kata seorang pemim IM “ Tegakkan negara Islam dalam diri kamu sebelum kamu menegakkan negara Islam “.
  • Negara yang didiami oleh orang Islam, zahir padanya syiar Islam.
  • Kita mendefinisikan negara Islam bukan pada tahap yang tertinggi tetapi pada tahap yang paling minimum.
  • Ini bermaksud Malaysia bukan kembar / replika daripada Khalifah yang wujud pada zaman dahulu.
  • Termasuk hukum-hakam Islam? Iya, termasuk kesemuanya.
  • Adakah sekiranya tiada hukum hudud, telah ternafikan nama negara Islam itu? Jawapannya tidak tetapi ia negara Islam yang lemah(dhaif).

Soalan kepada Dr. AFM : Adakah Malaysia negara Islam?

Jawapannya : Malaysia tidak ciri-ciri negara Islam.

  • Malaysia mesti ada keadilan dari segi social justice and material justice. Bagaimana ada jurang yang begitu tinggi antara golongan yang kaya dan miskin? This is totally unacceptable.
  • Islamicity Index – Negara itu benar mempunyai ciri-ciri negara Islam seperti struktur, kebebasan bersuara, kebebasan2 lain.
  • Do you think the label “negara Islam “ itu begitu penting? Jawapan kembali kepada takrif tadi.

Celahan dari Dr. DA :

  • Islam mementingkan cirinya(substance) daripada label/bentuk namanya.

Soalan kepada Dr. DA : Kenapa ingin mengaplikasikan negara Islam dalam kerangka barat?

  • Dr. DA membicarakan tentang konsep “ Tidak mengingkari perubahan hukum kerana perubahan masa dan tempat. “ .
  • Kita tidak memerangkap diri kita dengan mengehadkan sesuatu yang boleh berubah-ubah.

Soalan kepada Dr. DA : Adakah hukum hudud itu termasuk dalam perkara mutaghayyirat ( berubah-ubah) ?

  • Hukum hudud sudah jelas beserta dalilnya, akan tetapi ada perselisihan yang sedikit.
  • Contoh seorang yang murtad, yang tidak mengumumkan kemurtadannya, maka dia tidak tertakluk kepada hukum riddah mengikut pendapat sebahagian ulama, dan sebaliknya.

Soalan kepada Dr. FMO : Demokrasi, pilihanraya, sistem parti dari barat, mengapa dikatakan negara Islam ?

  • Mengikut pendapat Shaykh Nasiruddin al-Albani, Uthaimeen,  demokrasi bukan bersumberkan dari Islam, malah sistem Syura itu jauh lebih baik daripada sistem demokrasi.
  • Ini kerana demokrasi itu, semua orang boleh bebas memberikan pendapatnya masing sehingga negara itu wujud hasil daripada kemahuan rakyatnya sendiri.
  • Demokrasi dibenarkan atas dasar darurat. Dan darurat itu digunakan sekadarnya. (Ad-Dharurah Tuqaddaru Biqadariha)
  • Kita tidak mengambil demokrasi secara keseluruhannya. Contohnya demonstrasi yang hukumnya haram.
  • Kita menghukum sesuatu dengan zahirnya, bukan dengan batin.
  • Dari segi maslahahnya, kita mengaku Malaysia negara Islam kerana jika tidak, ia akan membuka pintu kepada orang bukan Islam untuk meminta lebih banyak kesamarataan di antara mereka dan orang Islam.
  • Berkenaan dengan good governance , kita tidak membicarakan tentang individu, tetapi dari negara itu bermula daripada individu.
  • Jangan kita nilai Islam dengan satu nilaian dari Islam atau timbangan Islam.

Soalan kepada Dr. AFM : Respon kepada Dr. FMO ?

  • Bagaimana kita boleh menyatakan tanggapan orang Islam terhadap Khulafa’ Ar-Rasyidin sama dengan tanggapan rakyat kepada pemimpin kita di Malaysia?
  • Contohnya, rasuah itu benda yang universal. Good governance ialah benda yang universal. Tidak perlu dinilai dari neraca Islam atau neraca Barat. Begitu juga dengan rasuah.
  • Apa yang ada pada hari ini kita perlu fahami, dan tidak perlu untuk menggunakan teori ulama-ulama terdahulu yang tidak praktikal.
  • Perlu ada check and balance di antara kerajaan dan rakyat. Tidak perlu khalifah yang mengatakan dirinya ialah sempurna (Principal of Islamic State – Mohammad Assad).
  • Ulasan Konsep dhawabit dan al-mutaghayyirat daripada ( Radical Reform –Tariq Ramadhan).

Komentari Dr. DA kepada komentar Dr. FMO :

  • Saya sangat bersetuju dengan Dr. FMO.
  • Dalam kita menggarap isu permasalahan hidup, dalam ibadah ianya bersifat taabudiyyah dan tidak boleh diubah, akan tetapi dalam isu-isu lain, kita boleh meluaskan pandangan tentangnya. (Al-Ashlu Fi Syai’in Ibahah)
  • Seterusnya Islam itu bersifat murunah(fleksibel), dan ada konsep (Iza Dhoqo As-Syai, Tawassa3a, Iza Tawassa3a, Fa Dhoqo).
  • Seterusnya tentang “ al-Hikmatu Dollat Muslim Fa Aina Wajadaha Fa Huwa Ahaqqu Biha “ .

Soalan daripada penonton;

Soalan dari Mohd Daniel kepada Dr. DA : Kelantan bukan negara Islam kerana ada rogol, dan pelbagai masalah lagi?

Kelantan tidak mempunyai law of land, tetapi mempunyai state of constitution. Kelantan tidak mengisytiharkan sebagai negara Islam.

 Soalan dari seorang Non Muslim kepada mana-mana ahli panel :

Apakah model negara Islam?

Jawab Dr. FMO : Daulah yang dibina oleh Nabi SAW, iaitu Madinah. Model negara Islam pada hari ini : Saudi Arabia.

Soalan dari seorang penonton kepada Dr. FMO :

Adakah bangsa Melayu boleh bersatu?

Jawapan dari Dr. FMO : Boleh bersatu, senang sangat.

Tambahan soalan dari Dr. MM :Walaupun berbeza dengan orang bid’ah ?

Jawapan dari Dr. FMO : Hadis “tarji3un ila Diinikum” dan memetik pendapat Imam Malik tentang hadis tersebut.

Fikri : Panel-panel yang mempunyai latar belakang berbeza mempunyai idea dan pendapat mereka yang berbeza tentang negara Islam.

By rajawalibiru Posted in Lain2