Raya 2013


 Assalamualaikum wbt buat para pembaca yang dihormati.

InsyaAllah entri kali cuba untuk seringkas yang mungkin.

1. Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat para pembaca yang dihormati dan sahabat yang mengenali diri.  Semoga kekal dalam fitrah. Sambutlah hari Raya tanpa dosa, pembaziran dan bidaah.

2. Alhamdulillah, tahun ini beraya sebagai seorang suami. Beraya dan menziarahi saudara dan kaum kerabat yang baru , Belajar tentang persaudaraan hasil dari hubungan perkahwinan.

3. Masa yang sekejap perlu dihabiskan sebanyak mungkin untuk memaksimumkan kualiti dalam masa itu. Alhamdulillah, sedikit sebanyak ramai saudara yang sempat dikunjungi.

4. Dalam kemeriahan kita beraya, ingatlah saudara2 seagama kita di sana. Berilah sedikit daripada harta untuk mereka. Sudah ramai pejuang di sana. Mereka perlukan bantuan kita dari segi wang dan material

Ya Allah kurniakanlah kami pakaian taqwa.

Ya Allah kurniakanlah kami pakaian taqwa.

5. Semoga Aidil Fitri yang kita sambut bukan sebagai perhentian untuk kita beramal soleh, sebaliknya sebagai satu persinggahan sahaja untuk kita terus berjalan dan berlari dalam melakukan amal soleh.

Islam Dari Hati

6. Saya berkesempatan melawat beberapa orang sahabat. Perkenalan ketika kami bersama-sama beristiqamah dalam kuliah Sunnah, bertukar-tukar maklumat kuliah dan akhirnya menjadi kawan rapat. Ramai yang sudah berkahwin dan ada yang sudah dikurniakan anak selepas pasangan yang solehah. Alhamdulillah.

7. Perkahwinan itu itu suatu ibadah dan pendidikan yang sangat hebat bagi seorang lelaki. Membaca dan terus membaca untuk menghadapi cabaran kehidupan seterusnya, meluaskan lagi pembacaan tentang isteri, anak kerana akan bergelar ayah, hubungan sesama saudara dan keluarga isteri dan sebagainya.

Teringat nasihat seorang teman yang menginsafkan hati. Itulah teman yang baik dikutip dari persekitaran yang baik,

” Kadang-kadang Allah tangguhkan sedikit nikmatnya kerana dia sayangkan kita. Kerana dosa kita. Jadi beristighfarlah selalu, maka Allah akan memberi rezekinya yang banyak. “

Benarlah Firman Allah SWT ;

“Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. “(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu; “Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).  [Surah Nuh ayat 10-12]

8. Sambil-sambil borak dengan sahabat dan dengar kuliah-kuliah agama yang mereka pergi, terasa nak bergenang air mataku. Teringat kata Shaykh Abdullah Azzam ” Ketika aku bersama mereka, aku memperbaharui hidupku, dan ketika aku jauh dari mereka, aku seperti ikan yang dikeluarkan dari air “. Manisnya bersama ilmu dan persekitaran yang baik.

9. Kesedaran Islam itu kena wujud dalam diri lagi. Selepas aku beruzlah dari IM dan usrah, aku menyibukkan diri dengan kelompok2 pemuda yang iltizam dengan kuliah dan dakwah. Beberapa tahun selepas itu mereka berkembang. Dari berseorangan menubuhkan NGO dan kumpulan masing-masing. MasyaAllah, pemuda dan kekuatannya yang sangat hebat. Aku jumpa ramai pemuda yang tidak memakai label Islam pada diri mereka tapi mereka bekerja untuk Islam. Mereka dari kalangan orang biasa, tidak menghadiri bulatan usrah, tidak menjadi ahli gerakan Islam dan sebagainya, tapi mereka sangat hebat. 🙂

10. Sehingga kini apabila tiba persoalan dalam diri ” Haruskah aku melibatkan diri dalam kumpulan gerakan Islam dan memperkuatkan mereka, aku masih ragu-ragu dan tiada jawapan. Barangkali kerana aku melihat mayat yang hidup di rumah atau pengamal bidaah yang tegar di rumahku atau kurma Made In Iran yang berserakan di rumahku. Wallahua’lam. Terasa seperti jauh lagi untuk melibatkan diri dengan kumpulan Islam. Kumpulan Islam yang persekitarannya menuruti Al-Quran dan As-Sunnah dan pengamalannya mengikut amalan Salafussoleh masih dalam pencarian.

” Bagaimana aku mahu melibatkan diri dengan kumpulan ini dan itu selepas melihatkan ahlinya yang berpuluh tahun dalam usrah dan tarbiyah tetapi kehidupannya seperti itu? “

11. Sahabat Salafiku berseloroh ” Barangkali mereka tidak menjadikan kisah Aishah sebagai contoh idola murabbi agung, atau kisah Musa AS sebagai pendakwah yang sabar berhadapan dengan mad’u yang zalim, atau kisah Nabi Nuh AS yang sabar berdakwah selama 950 tahun. “

12. Wallahua’lam. Bila melihatkan generasi seperti adik-adikku yang usrah dan tarbiyah mereka dicelup versi Korea atau K-pop, atau versi artis atau apa sahaja penjenamaan atas nama dakwah, aku jadi agak sukar lagi . Aku sendiri tak merasakan versi dakwah seperti atas nama kreatif akan bertahan lama. Seharusnya seruan al-asolah dan tajdid itu mesti tegar dan malar-hijau.

Benarlah Firman Allah SWT ;

(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: “Ugama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat”. [ Surah al-Baqarah ayat 138]

13. Aku merasakan apabila kesedaran itu sudah ada, maka apabila dicampak ke dalam lautan jahiliyah, ada semangat dan usaha untuk menjadikan persekitaran Islam itu terbentuk. Tapi kalau dalam diri sudah tiada, duduk dalam kumpulan Islam pun jadi “lemas”. Belajar Islam pun seperti baca surat khabar. Itu pun kalau beli surat khabar.

Penutup

1. Seorang figur agama telah berpoligami, ramai juga heboh juga orang perempuan pasal poligami. Aku tak mahu komen dan berdiam sahaja. Tahniah ustaz. Wassalam.

Hidup tetapi Mati


Assalamualaikum wbt. Semoga sihat.

Guru Pendidikan Khas dan Ramadhan

Sekejap sahaja masa berlalu dengan begitu pantas. Pejam celik pejam celik dah hampir 3 bulan saya jadi suami orang, sudah hampir 7 bulan saya jadi Guru Pendidikan Khas.

Mengajar Murid Berkeperluan Khas sangat mencabar minda kesabaran. Keperluan untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran sangat perlu. Kejap tukar kaedah ini, kejap pakai kaedah itu. Juga memerlukan stamina yang agak tinggi lagi-lagi bila berhadapan dengan Murid Berkeperluan Khas (MBK) yang merupakan penghidap ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disorder) yang sangat cergas dan penuh tenaga.

Dugaan Allah bertambah hebat. Aku cemburu melihatkan sahabat sepengajian yang belajar mengajar sambil ditemani guru pembimbing mereka, tetapi guru pembimbing aku ada seperti tiada. Seorang yang berusia emas dan akan pencen mungkin tahun depan dan mempunyai masalahnya sendiri. Kena banyak bertanya dari sahabat2 sepengajian dan kawan-kawan sekerja.

Ramadhan yang mendatang menguji kesabaranku dan ketahanan mental dan fizikal. Dalam menghadapi cabaran hidup, pengalaman kali pertama antara perkara yang aku sangat ambil kira dan berikan penekanan. Semoga bulan Ramadhan yang menjelma memberikan aku kekuatan fizikal dan mental di samping tugas-tugas dakwah yang bertambah.

Ambil kata Ust Adlan buat semangat.

” Jadi Guru Pendidikan Khas ini walaupun orang tak pandang, tetapi pahala sangat banyak. Besar pahala membangunkan agama di kalangan golongan Orang Kurang Upaya(OKU), cuma kena ikhlas dan selalu perbaiki niat. “

Asam Garam Perkahwinan

Tahun pertama perkahwinan merupakan tahun yang agak getir dan kritikal bagi sesebuah perkahwinan, kerana masing-masing banyak belajar dalam menangani kehidupan seharian sebagai orang yang berstatus baru dan masalah dengan perangai masa bujang. Mesti rajin baca buku, bersabar dan saling memahami pasangan.

Allah takdirkan kami duduk berjauhan pula. InsyaAllah, selepas kesusahan itu pasti akan datangnya kemenangan dan pertolongan.

Isu Mesir

Ramai sahabat bertanyakan kepada saya berkaitan isu Mesir, lagi-lagi mereka yang berstatus ikhwan + salafi sikit. Mungkin sebabnya mereka melihat saya sudah mengalami terlebih dahulu. Saya cuba untuk memperhalusinya dan mengupasnya mengikut poin agar mudah difahami.

1. Kita fahami isu di Mesir ikut kehendak rakyat Mesir, bukan kehendak kita kemudian digoreng sesedap rasa. 

Kita melihat apa yang berlaku di Mesir seolah-olah Morsi tidak mempunyai apa-apa kesalahan. Tapi kita perlu fahami ia mengikut kehendak rakyat Mesir, bukan mengikut kefahaman fikrah IM kita. Rakyat yang dihimpit kesusahan dengan cukai yang tinggi, keperluan asas yang tiada dan kehidupan yang mendesak akan bangkit melawan penguasa yang soleh dan hafiz.

Iya kesalahan ada pada Ikhwan, tetapi membantu untuk membenci mereka itu kesalahan yang lebih besar.

Kita berharap kepada kejayaan mereka, kita bersedih di atas kegagalan mereka. Ini betul. Hati Islamis mana yang tidak sedih melihatkan seorang pemimpin yang sah dilantik dirampas kuasanya dan digantikan oleh penguasa sekular?

Kesalahan mereka diambil peluang oleh musuh-musuh Islam dan akhirnya tentera campur tangan. Ya Allah, peliharalah Mesir dan ahlinya dan ulamanya.

2. Ya Allah, Kami melihat betapa berpecahnya kesatuan di dalam hati2 kami, dan betapa bersatunya musuh2 kami di atas kami.

Di sini kita perlu menghalusi lagi beberapa golongan yang kita anggap sebagai satu golongan. Kenyataan Khadim a-Haramayn, pemimpin Saudi bukanlah mencerminkan kenyataan ulama-ulama Saudi, bahkan Shaykh Khaslan, ahli Haiah KSA sendiri dan beberapa shaykh lain berlawanan kenyataan mereka dengan Khadim. Mereka membantah dan bersedih dengan apa yang berlaku di Mesir.

Hizb Nour bukanlah satu-satunya parti salafi dan mencerminkan keseluruhan golongan salafi di Mesir. Beza antara dakwah Salafyah dan Hizb Nour (Parti Nour).

3. Kita tidak sepatutnya mendidik masyarakat untuk menjadi gopoh dalam membuat perubahan, sebaliknya perubahan itu perlu dilakukan dengan berperingkat2.

Poin yang ketiga berkaitan isu demonstrasi. Bagi saya sendiri, demonstrasi itu berubah hukumnya mengikut keadaan dan tidak statik. Mungkin dibolehkan jika ia dilakukan oleh warganegara yang bertamadun tinggi, mempunyai adab kesopanan dan mementingkan penjagaan alam persekitaran yang tinggi.

Pendapat peribadi saya, Malaysia tidak sesuai lagi untuk berdemonstrasi ini kerana ramai lagi yang masih tidak mencapai syarat yang saya ulaskan di ayat di atas. Contoh terbaru kita boleh video sekumpulan anak muda yang membahayakan diri menghalang laluan keretapi padahal demonstrasi hanya di atas jalanraya. Iya ia memang dilakukan oleh segelintir orang sahaja, tetapi unsur2 ketidakpastian itu tetap ada. Unsur yang membawa kepada kerosakan itu apabila ia ada ia menyebabkan hukum berubah. Apatah lagi melakukan kerosakan yang besar dan mudah dinilai.

Demonstrasi sendiri sebagai salah satu cara kita mendidik masyarakat tergopoh gapah dalam membuat perubahan. Adakah nanti apabila pemimpin yang naik tidak dapat membuat pembaharuan dalam jangkamasa yang diinginkan oleh masyrakat yang menginginkan pembaharuan dengan cara tergopoh, maka akan berlaku lagi revolusi dan demonstrasi untuk menumbangkan pemimpin baru tersebut.

Bagi setiap perkara dari perspektif maqasid ada pertimbangan kebaikan (maslahah) dan keburukannya (mafsadah). Jika keburukan itu terlalu banyak, maka boleh diambil tindakan berdasarkan keburukan yang lebih sedikit.

4. Kita berserah dan bertawakal kepada Allah, Allahlah sebaik2 tempat berlindung dan berserah, bukan Morsi dan Erdogan, bukan Khadim al-Haramayn dan Majlis Keamanan Dunia.

5. Demonstrasi aman, revolusi dan rampasan kuasa adalah perkara yang berbeza.

6. Ulama yang berijtihad dan dia salah, maka dia beroleh satu pahala, jika dia berijtihad dan dia betul, maka dia beroleh dua pahala.

7. Ada manusia yang mentaati pemerintah yang naik secara rampasan kuasa, dan ada manusia yang mentaati pemerintah yang dilantik secara sah. Semua itu ada timbangan maslahah dan mafsadahnya yang perlu diteliti sebaik mungkin.

Adapun berkaitan ini, saya beranggapan akan ada golongan yang segera membaiah dan mentaati pemimpin baru yang naik secara rampasan kuasa ketika fitnah rancak berlaku kerana mereka ingin mengurangkan mafsadah yang sedia ada. Seperti orang yang berundur dari medan peperangan kerana merasakan jika berperang akan mengalami kekalahan, sebaliknya berundur dan meakukan persiapan untuk menghadapi perang itu.

Sejujurnya ini bukanlah yang paling tepat. Allah sahaja yang mengetahui. Namun tidak dinafikan tampuk kepimpinan itu sendiri mempunyai maslahah yang besar yang terkandung di bawahnya maslahah2 yang besar yang lain. Contoh termudah kesatuan umat dan keamanan sejagat yang memungkin bolehnya bekerja, bersekolah, beribadat dan lain2.

Allahua’lam.

Selamat Membuat Persediaan Menghadapi Ramadhan. Mohon doakan saya agar saya dapat memasuki masayarakat dan bermuamalah dengan mereka dengan baik walaupun perbezaan kami sangat jauh. Doakan saya agar tegar di atas sunnah walaupun kekadang meniti jalan antara tasamuh dan tasyaddud dan tasahul. Allahua’lam.

Saya hamba yang lemah dan muda hijau dengan pengalaman. Terima kasih pada orang tua yang bijaksana.

Asam Garam Seorang Graduan Agama.

Masuk bersama masyarakat terutamanya ditempat kerja mengajar aku banyak perkara terutamanya tentang kebenaran dan teguh di atas prinsip. Ada di antara mereka bertanyakan kepadaku beberapa perkara yang hampir kepada haram dan syubhat, dan aku menjawabnya dengan baik, jelas dan diselangi dengan penerangan tentangnya. Hinggalah akhirnya terkeluar ucapan yang agak mengguriskan hatiku.

” Tak payahlah tanya ustaz tu, asyik tak boleh je, bila nya nak boleh tak tahu lah”.

Baru jumpa seorang makcik mengadu pasal menantunya ustaz. Katanya ustaz agak syadid. Dia tanyakan padaku adakah kebanyakan ustaz fikirannya sebegitu. Syadid syadid syadid. Sana tak boleh sini tak boleh. Bila tanya soalan, katanya tunggu sekejap. Lepas diceritakan dan diterangkan akhirnya kesimpulannya tidak boleh. Aduh, aku sudah garu kepala.

Barangkali untuk pembaca bertaraf pak cik atau makcik, aku nak sarankan kepada mereka, jika rasa tak prihatin terhadap hukum hakam atau memandang ringan hukum agama, tak payahlah nak ambil menantu orang graduan agama, nanti susah jadinya. Nak buat macam-macam tapi tak boleh.

Ada kemungkinan ustaz itu syadid atau tidak, boleh dilihat dari banyak faktor. Tapi bagi aku kalau perkara yang menghampiri haram atau syubhat yang nak hampir kepada haram atau perkara itu jelas ada larangan dari Nabi SAW, memanglah jawapannya tidak boleh. Pusinglah ikut mana pun, memang tidak boleh. Wallahua’lam.

Di pihak aku sendiri, aku sedang cuba untuk berteguh dengan pendapat agama yang aku yakini, namun mesti juga bersifat terbuka dan mendengar penjelasan banyak pihak. Proses tarbiyah bukan sesuatu yang mudah dan segera. Mentarbiyah isteri, keluarga isteri , mertua dan sebagainya yang memang datang dari persekitaran dan asal yang berbeza.

Saya tidak mahu jadi Graduan Agama yang belajar 4-5 tahun ilmu agama, tetapi apabila berkhutbah berdasarkan sebuah kertas yang boleh dibaca oleh seorang penjual nasi lemak atau orang awam. Saya juga tidak mahu menjadi graduan agama yang menjual agamanya dengan harga yang murah, seperti mencedok air tasik Darul Quran dan menjualnya kepada orang ramai atas nama air ajaib dan bermukjizat. Saya juga tidak mahu jadi graduan-graduan agama yang hebat ketika belajar dan kepimpinannya, tetapi apabila masuk ke alam pekerjaan, hanya memikirkan bini yang cantik, rumah yang besar dan kereta yang hebat dan akhirnya dia dicampakkan ke dalam tong sampah keduniaan dan nikmatnya dan ilmu agamanya hanya sekadar ilmu orang langit yang tidak sesuai atau tidak diajari kepada orang bumi.

Ya Allah tanda-tanda itu kian jelas baik di kalangan senior dan junior saya sendiri. Saya tidak mahu seperti itu

Wassalam.

Tukar Status


Assalamualaikum wbt.

Saya cuba untuk menulis selaju yang mungkin lantaran waktu sudah pukul 12 tengah malam. Waktu menulis saya telah dicuri oleh waktu membuat assignment dan waktu turun bersama masyarakat.

Saya ditempatkan di Jertih. Kubu Kuat UMNO. Kawasan berlatarbelakangkan padi. Perkampungan ini kaya dengan semangat setiakawan dan perpaduan di kalangan penduduk kampung. 

Saya agak sibuk kebelakangan ini. Alhamdulillah, 13 April saya sudah bertukar menjadi status suami orang. Ada ibu dan ayah baru. Ada tanggungjawab baru dan amanah baru. Umur bertambah seiring dengan tanggungjawab dan amanah.

Saya juga sedang mendekati masyarakat di sini. Juga sedang berlatih menjadi Guru Pendidikan Khas yang baik. Saya mahu jadi Specialist dalam Pendidikan Khas. Namun saya masih tidak tinggal lagi dari mengulangkaji pelajaran Hadis, Sejarah dan Tauhid. Doakanlah semoga impian saya berjaya.

PRU 13.

Alhamdulillah, misi saya berjaya. Misi PRU 13 untuk menjatuhkan calon Syiah dari semua parti berjaya walaupun ada seorang yang terlepas. Itu yang berada dalam pemerhatian saya dan kawan2, yang terlepas kami serahkan kepada Allah.

Segala puji bagi Allah yang telah memberikan kekuasaan pada sesiapa yang dikehendakinya, dan menghinakan sesiapa yang dikehendakinya.

Alhamdulillah, telah sempurna PRU13, telah lepas waktu dan masa2 fitnah dan pergaduhan. Selamat berbaik kembali. 

Saya rasa sekadar itu sahaja. Maafkan saya andai blog ini kembali usang dan lambat updatenya. Ada impian yang perlu saya selesaikan. Ada jihad yang perlu saya istiqamahkan. Jihad melawan Syiah dan jihad pendidikan agama untuk golongan kurang upaya.

Saya berjalan dan anda boleh lihat saya berjalan. Jika mahu berjalan dengan saya sekadar sebatu, anda boleh mengkritik saya. Itupun dengan baik dan beradab. Saya tidak perlu orang asing yang merempuh pintu adab dan akhlak.

Selamat datang generasi yang muttabi3 (membuat penilaian) dalam politik. Selamat datang politik calon. Selamat tinggal orang tua yang masih hidup dalam kebodohan taqlidnya. Orang yang duduk dalam zon selesa dia tidak kemana. 

Dia mungkin jadi naqib usrah. Ada usrah, tapi sayang dia gagal jika dalam kampungnya, dalam daerahnya masih ada orang Melayu sesat Islamnya, masih ada orang Melayu Syiah.

Dia gagal apabila dia bersama dengan kawan2nya, selesa dengan persekitaran yang sedia ada. Selamat berkawan dengan musuh anda dan itu akan mengajar anda supaya berhati2 ketika berkawan dengannya. Musuh yang hebat lebih baik dari kawan yang melalaikan.

~Saya sedang menekuni padi masak bersama kanak-kanak istimewa. Terjun ke dalam dunia mereka demi dakwah agama. ya Allah, tabahkanlah hati saya menjadi Guru Pendidikan Khas. Sungguh saya sangat bahagia dengan nikmat2 Mu ya Allah.

Wassalam.

Jertih


Assalamualaikum wbt.

Akhirnya dapat mengupdatekan blog ini selepas tidak dapat membukanya selepas sekian lama. Rasa nak update selepas dapat satu mesej ” Ustaz dah berhenti menulis blog ker? “.

Akhirnya Jertih tempat aku bertapak.Alhamdulillah, menapak di rumah sewa di sebuah kampung kecil. Duduk di rumah kayu, dikelilingi oleh pokok-pokok buahan. Serba hijau dan menenangkan jiwa. Masa masuk rumah, terfikir betapa indahnya dan bestnya pemandangan. Persekitaran yang menyumbang untuk membaca pada waktu pagi.

Rindu betul kuliah hadis.

Ikutkan hati mahu tukar kitab Fazail Amal dengan Al Muntakhab (Kitabul Adab), tapi apakan daya, nak masuk dengan masyarakat kena tadriji. Doakanlah untuk saya agar tegar dalam manhaj salaf ini.

Guru Pendidikan Khas

Dulu ada tengok cerita Aamir Khan dengan budak disleksia, sekarang melaluinya setiap hari.

Jihad mengajar agama kepada murid bermasalah pembelajaran. Mereka antara golongan yang terpinggir.

Kena rasa Izzah (bangga) walaupun bergelar guru Pendidikan Khas(PK), kerana masih ramai yang memandang rendah Bahagian Pendidikan Khas.

Ustaz K-Pop

Beberapa hari duduk di rumah sewa, baru tahu rupa-rupanya hampir semua housemate aku peminat kipas-susah-mati K-Pop. La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah. Aku hanya mampu mengucap panjang melihat graduan-graduan agama sibuk menghafal lagu K-Pop, menggantikan banyak kitab turath yang patut mereka kaji dan baca.

Pengajian di universiti samada di luar negara atau di dalam negara, tidak bermakna  jika anda menganggap proses pembelajaran hanya di universiti, dan menganggap ia berakhir selepas anda bergelar graduan. Lebih-lebih lagi anda bergelar graduan pengajian agama. Bak kata seorang kawan, selepas graduasi anda yang tentukan samada anda mendapat kunci atau tidak untuk membuka bidang-bidang kepakaran anda. Sangat rugilah bagi graduan yang berjaya dengan cemerlang tetapi berfikiran seperti ini.

Belajar agama bukan untuk kerja dan sekeping sijil tapi untuk kehidupan. Sepanjang hidup. Seperti kita perlukan kekasih hidup.

Ketika aku di Lembah Klang dahulu dan ketika aku melayari Facebook, aku menjawab soalan2 dari orang awam yang sangat ghairah belajar agama. Bila difikir2kan mereka dengan Ustaz K-Pop ini, aku jadi malu sendiri. Tersangat2 malu. Sebilangan kecil sahaja orang graduan agama yang boleh menyumbang kepada agama, kebanyakan mereka hanyut ditelan dunia akhir zaman.

~Balik rumah, aku tengok koleksi video K-Pop adik-adik aku, graduan KTD, graduan sekolah penuh dengan tarbiyah. Dibandingkan dengan aku yang belajar sekolah agama, tidak duduk dalam persekitaran pendidikan Ikhwan, menyebabkan aku jadi bersyukur ayah aku tak masukkan aku dalam sekolah tarbiyah. Kenapa aku tengok? Kerana aku nak tahu apa yang menyebabkan mereka jadi sangat minat kepada K-Pop? Dan jiwa aku gagal mencari sebabnya.

Aku bersyukur kerana aku mendapat manhaj Salafussoleh ini. Syadid dalam beberapa perkara. Syadid terhadap mereka yang meninggalkan solat.  Alhamdulillah, Ikhwani dan Salafi satu pakej yang terbaik buat masa ini dalam hidup aku.

Beruzlah daripada Jahiliyyah Abad 20?

Aku memerhati dengan teliti cara-cara pakcik dan makcik2 berpakaian. Aku dapati dari segi berpakaian, jika tudung dan pakaian wanita itu berubah fesyennya mengikut zaman. Tudung yang sepatutnya tebal dinipiskan, Tudung yang sepatutnya dilabuhkan, diringkaskan sehingga tidak menutup dadanya dengan sempurna. Pakaian yang sepatutnya tidak menunjukkan bentuk badan, kini menunjukkan bentuk badan.

Menutup bonjolan dada, bahagian yang timbul di dada wanita ialah wajib

Dalilnya ialah firman Allah SWT :

 Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya… (An-Nuur : 31)

Menampakkan bentuk badan bagi wanita ialah haram dan termasuk mendedahkan aurat. Perbuatan memakai baju kurung yang mengikut saiz badan dan ketat serta menampakkan bonjolon ‘buah dada’ adalah haram dan termasuk tidak menutup aurat. Ramai muslimah terbiasa memakai tudung di atas dada, disimpangkan tudung sehingga bahagian dada tidak ditutup lalu kelihatan terbonjol bahagian dada atau timbul kerana pakaian dalam.

Bonjolan/bentuk buah dada wanita yang timbul dari balik pakaian ialah aurat yang wajib dilindung/ditutup dari pandangan mata lelaki. Sedangkan gelang dikaki pun dilarang untuk dibunyikan, firman Allah SWT :

Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.’ [An-Nur: 31]

Maka bahagian dada yang tertimbul adalah lebih wajib ditutup kerana menarik perhatian lelaki dan menjadi fitnah serta termasuk dalam aurat yang perlu ditutup.

Kredit kepada Murabbi Ustaz Emran.

Kesimpulan yang aku dapat buat, kalau pergi usrah 20-30 tahun tapi lepas pergi usrah lagha dengan jahiliyah balik, tidak pergi kuliah agama, tidak berusaha untuk memperdalamkan kefahaman agama dalam diri, maka sedikit demi sedikit akan mengikuti jahiliyyah.

Kepada pembaca-pembaca Ikhwani yang membaca entri ini, apa kata selepas ini anda teliti pakaian makcik dan saudara-saudara perempuan Ikhwani anda, mungkin ada kebenaran pada entri ini.

Semua orang boleh menjenamakan “usrah” dan “tarbiyah”, tapi bukan semua orang dapat kunci “usrah ” itu sendiri. Sekarang orang boleh buat duit atas nama “usrah” dan “tarbiyah” walaupun pada hakikatnya kesannya tidaklah sebagus mana dan sehebat namanya. Semua orang boleh mendabik dada dengan sekolah tarbiyah yang mereka buat, tapi pada hakikatnya, prestasi yang mereka tengok ialah pada akademik juga.

Nasihat Nabi yang Ringkas.

Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Ahmad bin Basyir bin Dzakwan Ad Dimasyqi berkata, telah menceritakan kepada kami Al Walid bin Muslim berkata, telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Al ‘Ala` berkata, telah menceritakan kepadaku Yahya bin Abi Al Mutha’ ia berkata; aku mendengar ‘Irbadl bin Sariyah berkata; “Pada suatu hari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berdiri di tengah-tengah kami. Beliau memberi nasihat yang sangat menyentuh, membuat hati menjadi gemetar, dan airmata berlinangan. Lalu dikatakan; “Wahai Rasulullah, engkau telah memberikan nasihat kepada kami satu nasihat perpisahan, maka berilah kami satu wasiyat.” Beliau bersabda: ” Hendaklah kalian bertakwa kepada Allah, mendengar dan taat meski kepada seorang budak Habasyi. Dan sepeninggalku nanti, kalian akan melihat perselisihan yang sangat dahsyat, maka hendaklah kalian berpegang dengan sunnahku dan sunnah para khulafaur Rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah sunnah itu dengan gigi geraham, dan jangan sampai kalian mengikuti perkara-perkara yang dibuat-buat, karena sesungguhnya semua bid’ah itu adalah sesat.” Hadis riwayat ÷bnu Majah no. 42

Pergi usrah 10 tahun ke, 20 tahun ke, tapi kalau kefahaman agama masih tak kuat, akidah tak kuat, bergelumang dengan perkara-perkara bid’ah tak menjamin lagi untuk menjadikan diri mampu menghadapi fitnah akhir zaman.

Celoteh Lahad Datu

Saya nak tulis selepas selesai kenduri doa selamat di rumah saudara Truper VAT69 yang kini sedang berperang di Lahad Datu.

Sepatutnya Tuan Jeneral ATM cakap macam ini ” Encik Tian Chua bawa satu kompeni dari DAP, kami (ATM) kasi M-16, pasti Encik dan kompeni encik boleh pergi lawan pemberontak Sulu. “.

Pemimpin dan rakyat seperti kisah Luqman al-Hakim dan orang sekitarnya. Di situlah terletaknya kebijaksanaan pemerintah. Membuat keputusan yang bijaksana dan apa yang baik di sisi Allah dan Rasul walaupun tidak nampak baik di sisi manusia.Very Able Troop maksudnya Askar Serba Boleh. Adakah mereka berperang tetapi di atas nama polis? Tapi sudah diberitahu nama pasukan keselamatan yang sedang bertugas di sana.

Malaysia menjadi “mastermind” dalam meredakan ketegangan konflik di Thailand dan Filipina. Adakah ini harga yang perlu dibayar oleh Malaysia?

Malaysia terletak di jalan “emas”, tersepit antara kuasa US di barat dan kuasa China di Timur. Semoga apa yang berlaku di Lahad Datu dapat diselesaikan dengan baik dan bijaksana. Terlampau ramai musuh di dalam dan diluar negara yang mahu menangguk di air yang keruh. Adakah ini juga sebabnya kenapa tentera masih dalam “standby-mode? “. Alhamdulillah, tentera sudah mengambil alih.

Saya hanya rakyat biasa. Bukan strategist. Tidak terlibat dalam ketenteraan. Kita tidak tahu apa yang bermain di dalam minda strategist dan pakar keselamatan negara.

Selamat beraksi pahlawanku. Semoga kembali dengan selamat. Kami dan warga kampung menanti kepulanganmu. Sejujurnya kami bangga denganmu. Begitulah adat Begitulah adat seorang askar. Tinggalkan keluarga dan saudara di belakang, mempertahankan tanahair. Duduk di dalam keperitan hidup, bukan di atas kerusi empuk dan “air-cond”. Si suami berjuang, keluarganya dimaki orang. Dia balik dengan ribuan jasa, tapi dia bukan wira yang dijulang. Namanya terperuk di dalam kenangan.

Kurang Berupdate.

Maafkan aku andainya blog ini kurang berupdate. Kat rumah sewa masih tak masuk internet sebab elaun masih tak dapat lagi. Ada internet dekat rumah, tapi aku takut pada Allah untuk gunakan internet pejabat untuk kepentingan peribadi. Online FB pun tumpang broadband orang. Duduk rumah aku pun internet macam chipsmore, kejap ada kejap tiada. Nak komen banyak pun tak boleh sebab kat rumah pun ada broadband peribadi. Guna untuk kepentingan diri bukan untuk kepentingan keluarga.

Sejujurnya, banyak kerja dakwah aku tertangguh. Dan aku tak tahu bila mampu untuk aku memulakannya.

Kelabu dan Terasing

Andainya anda hidup dalam persekitaran yang kuat berpegang pada fahaman, dan apabila anda merdeka sedikit daripada fahaman tersebut, maka anda akan jadi asing walaupun duduk dengan keluarga terdekat.

Contoh termudah, orang yang belajar tentang aurat, solat, fiqh dan sensitiviti agamanya tinggi, dia jadi asing bersama keluarganya yang lalai menunaikan solat, yang tidak menutup aurat dan tidak sensitif dengan tuntutan agama. Ibu bapa sibuk dengan tamrin dan usrah, anak pula 2-3 hari tak balik rumah dengan solatnya entah kemana. Dunia akhir zaman.

Menyelami Impian Seorang Ayah.

Aku percaya jika aku seorang ayah dan mempunyai anak. Dan anak aku berkorban untuk keluarganya. Kemudian dia berkonflik dengan kawan aku kerana prinsip dirinya. Dan aku memihak kawanku kerana kawanku itu kawanku dunia dan akhirat tanpa memikirkan bagaimana nasib anakku. Aku percaya anak aku sudah hilang separuh dunianya.Kelabu dan kegelapan kasih sayang. Hubungan kekeluargaan yang lemah. Dia sudah tawar hati dan kurang kepercayaan pada keluarganya sendiri.

Aku berdoa semoga aku tidak seperti itu. Aku tidak mahu keadaan seperti itu. Keluargaku ialah keluargaku. Kawanku ialah kawanku. Anak-anakku yang akan mendoakan aku ketika aku kehilangan kawan-kawan aku di kubur kelak. Merekalah pintu syurgaku.

Aku terfikirkan keadaan di atas apabila aku melihat banyak sekali karenah mereka-mereka yang bergelar ayah. Aku takut memikul tanggungjawab seorang ayah bila melihatkan kerosakan anak-anak mereka. Hampir 5 tahun aku meneliti perlakuan dan tabiat mereka-mereka yang bergelar ayah yang hidup di sekitar aku. Aku kena perbanyakkan lagi membaca buku buku parenting.

Keadaan yang sama aku lalui ketika menjadi imam surau. Aku suka menasihati anak2 kecil agar solat bersebelahan ayah mereka di saf ketika berjemaah, tapi ayah2 mereka menolak mereka sendiri. Ya Allah, menjadikan keadaan yang mesra pemuda dan anak kecil walaupun di surau kecil nampak seperti mustahil.Keadaan masyarakat yang jauh dari harapan dan impian aku.

Aku juga terfikir apabila apabila aku menggendong anak kecilku, aku membawanya ke tandas, aku membaca doa bersama2nya, aku membaca al-Quran dan dia di sekitar aku. Aku mengajar kuliah hadis, dan dia bermain di tepiku dengan permainannya, aku bermulazamah dengan kuliah sunnah, dan dia gembira dengan dunia permainannya di sisiku. Dan paling penting, mengajarinya agar mengikuti jejakku. Kecintaan yang penuh pada Allah dan Sunnah Rasulnya. Ya Allah, betapa indahnya dunia itu.. Aku mengimpikan keadaan seperti itu. Aku berdoa dan menangis hari-hari, mahukan impian seperti itu termakbul dalam hidupku. Dan pastinya orang lain mengatakan aku “bapa yang ketinggalan zaman dan pelbagai label lagi”.

Aku berdoa supaya kekuatan itu sangat teguh di hari yang mendatang itu. InsyaAllah.

Aku rasa aku berhenti di sini dahulu. Tak mampu menulis banyak lagi. Tiba-tiba aku sebak ketika tanganku masih tidak penat menari di keyboard Latin ini.

Ya Allah, ampunilah aku, jadikan aku dan zuriatku mereka yang mendirikan solat. Ya Allah kabulkan impianku ini. Aku keseorangan dalam jahiliyah di sini.

Wassalam.

1st Entri 2013


Ini posting pertama saya pada 2013.

Juga posting pertama saya di Besut, Kelantan Darul Naim.

Suasana Politik.

Suasana politik dan keadaan politik nampak agak tegang dan dahsyat di sini. Minggu pertama ketika mahu solat Jumaat, ditanya;

-Ustaz nak solat kat masjid mana hari ini?

-Masjid sekian2.

-Ustaz, masjid2 sekian itu masjid UMNO, masjid sekian2 itu masjid PAS. Hati2lah ya.

Juga paling dahysat bila ada AJK Ittifaq (Guru JQAF) siap tanya lagi mas aPRU nak undi siapa.Guru-guru di sini sibuk nak tahu guru baru ini geng mana.

Circle Of Influence.

Sedang mengimarahkan surau dan bercadang mahu membuat kuliah hadis di situ. Juga mahu jadi khatib di situ. InsyaAllah jika tiada aral melintang, mahu menetap di Besut .

Kenali Circle of Influence dan Circle of Concern. Ada perkara-perkara yang kita kena concern tapi kena berikan prioriti.

Ustaz K-Pop.

Satu bala yang sangat besar bila ustaz2 minat K-Pop. Aduhai, terasa asingnya diri ini. Terasa berseorangan.

Wassalam.

Pelajar Semula


Assalamualaikum wbt.

InsyaAllah entri kali ini ringkas sahaja. Mohon maaf sebab lama tidak berupdate.

Alhamdulillah, saya telah terpilih untuk menjadi guru pelatih di IPG di Johor. Tempat bekerja pula di Terengganu. Nampak gayanya selepas ini berjalan ke Johor-Pahang-Terengganu mungkin dalam masa 1 tahun setengah lagi. Jadi guru pelatih Subjek Pendidikan Khas ini sangat mencabar. Kena belajar banyak bersabar selepas ini.

Nampak gayanya kena convert tesis Master jadi buku kot. InsyaAllah. Doakanlah semoga saya sentiasa ada dikurniakan masa untuk menulis.

InsyaAllah saya akan membina Baitul Muslim tidak lama lagi. Doakan yang terbaik untuk saya. Adik saya sudah bernikah. Kini sedang belajar menerima orang baru dalam hidup. Sedang belajar juga dan menimba ilmu tentang perkahwinan dan tanggungjawab.

Selamat datang ke dunia sebenar. Mencari-cari ruang dakwah dalam kesibukan hidup, sambil beriltizam dengan ibadah, kerja dan tanggungjawab yang sedia bertambah.

Masa mendewasakan peribadi dan sukma. Kena belajar untuk bahagikan masa untuk orang lain dan diri sendiri. Kena belajar banyak untuk merealisasikan teori-teori.

Circle of Influence semakin membesar. Begitu juga dengan circle of concern. Namun kena faham, Influence lebih utama dari Concern.

Ok. Cukuplah di sini sahaja.

~Entri ini ditulis di IPG di Johor. Berstatus pelajar dan musafir jalanan kembali. 

Disember dan 24.


Assalamualaikum wbt.

Tahun depan sudah 25.

Hampir 20 tahun aku dibesarkan di dalam usrah Haluan. Kemudian, berlaku krisis ketika aku berumur 22 tahun. Kemudian aku jadi orang yang independence. Membina manhaj berseorangan, cuba untuk bebas dari sebarang kumpulan. Allah itu Maha Berkuasa.

Hampir 4 tahun selepas itu, aku tertarik kembali kepada fikrah Ikhwanul Muslimin. Salafi hanyalah manhaj berfikir bagi aku. Nak berjuang masa muda2 yang kering kontang dengan pengalaman, kena pandai cari dahan untuk bergayut.

Alhamdulillah, jumpa kawan2 yang lawan Syiah sama-sama.  Dalam perjuangan, bukan semuanya manis, ada pahit dan sedih yang ditanggung berseorangan. Boleh tahan pemuda IKRAM. Tertarik pada generasi veteran, membiarkan pemuda-pemuda dengan kekreatifan mereka dan tidak menjadikan mereka dikongkong oleh ruang kumpulan.

Kata Pak Cik X,

 ” Wahai anak muda, berjuanglah dan berdakwah di mana2, jadilah orang yang hebat dalam society. Buat aset untuk dakwah banyak2. “

Murabi6.

Syiah wujud antara kecuaian insitusi agama, semangat pendakwah-pendakwah Syiah, kejahilan masyarakat dan orang-orang yang belajar agama yang tidak bekerja.

Tugas menjaga sebuah Page Anti Syiah yang peminatnya hampir 30 ribu bukan satu tugas yang mudah. Lagi ramai manusia, lagi banyak karenahnya.

Aku teringat ucapan seorang kawan, ” Kalau Mat Sabu nak saman Admin Page Anti Syiah itu, boleh sangat, tapi benda itu dah masyhur, dia pun senyap je.”

Serta merta fikiran aku melayang jauh. Apa akan jadi kalau ada orang nak saman aku, aku dicari polis, keluar masuk mahkamah? Wallahua’lam.

Dakwah bukannya satu jalan yang mudah ditempuhi. Adakalanya ia sangat sukar. Menuntut ribuan pengorbanan.

” Kalau tiada confidence dalam diri untuk bawak motor pada malam hari semata2 kerana kuliah agama, alamatnya tak keluar rumah”.

Saya sedang berbincang dengan kawan. Mungkin perjuangan ini akan meningkat ke tahap sebuah organisasi kecil. Semoga Allah permudahkan. Itu sahaja yang saya boleh kongsikan.

Master VS Kahwin.

Alhamdulillah, terima kasih kerana mencukupkan hidup saya.  

Teringat kata-kata Dr Uqlah,

” Berapa ramai seorang lelaki yang akan berkahwin, yang akan mendirikan rumah tangga, yang akan jadi ayah. yang akan jadi pendidik yang banyak membaca buku sebelum mereka memasuki rumah tangga itu? “

Ada beberapa impian yang mesti ditangguhkan untuk mencapai sebuah impian yang lain. Begitulah Master saya, selepas berhempas pulas membuat proposal dan naik turun berjumpa beberapa pensyarah, saya masih tersekat di situ dan masih tidak dapat memulakan penulisan. Malang bagi saya, pensyarah yang tsiqah bagi saya belajar sabatikal di luar negara.

Masih berbunga. Baru sahaja berjumpa Lecturer tetapi dalam bidang akidah. Tak sangka UM boleh tahan dahsyat juga fitnah dalam menimba ilmunya. Tapi kena tukar pengkhususan pula dalam bidang Usuluddin.

Tahun depan, insyaAllah jika tiada aral melintang saya berhasrat untuk mendirikan rumah tangga. Iya, 25 tahun merupakan masa yang sesuai. Semoga ALlah permudahkan saya menjadi orang yang sempurna agamanya, tenang jiwanya.

Quranist atau Anti Hadist.

Tahun lepas dan beberapa bulan, saya bergiat aktif berdiskusi dengan golongan anti Hadist. Akhirnya pada malam 10 Muharram, ketika Syiah sedang ber”matam” di Hauzah mereka, saya sempat meluangkan masa berdiskusi berdepan dengan salah seorang pemuka Anti Hadist.

Dia pernah ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Pulau Pinang. Sudah banyak menyesatkan ramai orang.

Kesimpulan mudah ” Kalau asas sudah gagal, datanglah cabang dari celah mana pun, tetap gagal “.

Namanya Ibrahim Babu ???? . Seorang India Muslim. Sayang sekali ibu dan bapa tidak dimurnikan akidah mereka, dan pada umur 40 tahun, Ibrahim mencari hidayahnya sendiri. Allah pertemukan dia dengan Farouq, seorang Lecturer di UK yang Anti Hadith juga. Maka habislah ceritanya. Sempat berborak panjang dengannya. Kekadang kita kena mengerti bukan semua orang kita boleh selamatkan. Ada perbincangan yang sekadar untuk menambah pengetahuan, bukan untuk berjidal mempromosi pegangan masing2. 

Saya tidak mampu untuk tulis panjang2. Ada kesedihan yang tersembunyi. Rumput yang tersepit di celah 2 gajah. Kecuaian institusi2 agama. Kekecewaan yang teramat.

Wassalam.

Penghujung Oktober


Assalamualaikum wbt dan semoga sihat sejahtera.

Misi dan Visi Hidup

Alhamdulillah, dengan nikmatnya yang banyak, telah sempurna beberapa perkara yang baik. Semoga Allah tunaikan beberapa impian saya pada tahap-tahap tertentu di dalam umur saya.

Telah selesai tempoh untuk merantau dan belajar. Mungkin lepas ini kena cari kerja yang permanent selepas merantau di beberapa negeri di Malaysia. InsyaAllah kalau tiada aral melintang, akan kembali menetap di Pahang atau mungkin di utara. Aku hanya berserah kepada Allah. Dia menentukan yang terbaik untukku. Sudah memperolehi pengalaman mengajar di sekolah rendah dan menengah. Sayang sekali tidak berkesempatan mengajar budak diploma dan pelajar sekolah tinggi.

Syiah Bukan Dari Islam.

Aku teringat pada suatu hari, ketika dalam perjalanan balik ke Malaysia, kapal terbangku singgah sekejap di Dubai. Sementara menunggu kapal terbang, aku berjalan-jalan di dalamnya, meneroka sekitarnya sambil mencari sedikit makanan untuk mengalas perut dan membeli sedikit hadiah. Tiba waktu solat, aku bergegas ke surau.

Ketika bersolat, datang seorang lelaki Arab bersolat di tepi. Khusyuk sekali. Dan usai bersolat, dia menepuk pehanya dan mulutnya berkumat-kamit membaca sesuatu. Aku sudah menyelesaikan solatku dan aku memerhati perilaku lelaki Arab itu. Dalam hatiku, terdetik sebuah perasaan hairan dan takjub. Namun, hairan itu hilang selepas aku mendengar lelaki tersebut melaknat Abu Bakar dan Umar -radiyallahuanhuma- di dalam bahasa Arab. Barangkali dia menganggap aku seorang Cina yang tidak memahami bahasa Al-Quran itu.

Hatiku bercampur geram. Aku mengetap gigi. Rupanya inilah Syiah. Serta merta bulu roma aku meremang. Aku teringatkan seorang kawanku dari Iraq. Teringat ketika kami hendak berpisah, dia berpesan kepadaku agar selalu berdoa untuk saudara seIslam di Iraq.

Ritual Syiah mudah dikenali. Batu atau tisu atau apa sahaja yang boleh dipakai diletakkan di tempat sujud. Ya, mereka bersujud di atas barang tersebut, sewaktu kita berusaha untuk memastikan dahi kita mencecah tanah ketika sujud. Keadaan paling hina bagi seorang hamba dan salah satu keadaan berdoa. Kemudian menepuk dada, menepuk peha dan mulut melaknat sahabat Nabi. Bahkan, mereka melaknat sahabat dan isteri Nabi sallallahu-alayhi-wasallam sewaktu membuang hajat.

Surat Khabar Harian Metro 14 Februari 2012

Beberapa tahun kemudian, aku menyambung pelajaranku di Universiti Malaya. berjumpa dengan perkara yang sama juga. Tapi kali ini lebih dahsyat. Di bumi Malaysia! Di dalam surau Perpustakaan Utama Universiti Malaya!. Aku beristighfar tidak henti-henti dan bermuhasabah banyak kali.

Fatwa Pengharaman Syiah di Malaysia

Sikit demi sedikit aku berminat untuk bergiat dalam aktiviti menentang Syiah. Alhamdulillah, perjalanan yang penuh manfaat ini, aku bertemu dengan ustaz-ustaz yang aktif menentang dakyah Syiah dalam sebuah perjumpaan tertutup di pinggir ibu kota. Hasilnya, apa yang aku dapat lebih mengejutkan. Alhamdulillah, aku berbahagia dengan kumpulan Usud As-Sunnah ini.

Ada beberapa pensyarah di Universiti Malaya cenderung pada Syiah dan bergiat aktif menyebarkan dakyah Syiah. Malah kebanyakan lawan Syiah yang aku temui, ada di antaranya yang belajar dan ada yang bekerja di Universiti Malaya. Lebih mengejutkan lagi, seorang pensyarah yang aku kenali, yang aku syaki kerana sikap “liberal”nya adalah seorang Syiah sendiri. Aku bermuhasabah panjang dan beristighfar banyak kali dengan apa yang aku jumpa. Siang malam memikirkannya. Keberkatan pada ilmu yang aku ambil darinya dan keberkatan pada ilmu aku sendiri. Aku teringat nasihat dari Ustaz Darus Senawi -semoga Allah merahmatinya-

Perjuangan menentang Syiah di dalam laman sosial bukan selalunya manis, facebook aku pernah digodam. Dan alhamdulillah, berjaya diperolehi kembali. Menerima ugutan dan cercaan di private mesej sudah perkara biasa. Malah ada yang membuat “fake profile” untuk aku lagi. Alhamdulillah, terima kasih pada kawan-kawan yang banyak membantu.

Syiah dan Gerakan Islam

Syiah sememangnya meniru bagaimana gerakan Islam bertapak. Mereka menguasai sektor media dan tempat yang penting. Mereka bertapak di atas nama kesusasteraan, atas perjuangan melawan kezaliman. Mereka menumpang dan mengambil setiap kesempatan yang ada. Merah ialah Syiah dan Hitam ialah Sosialis, maka jadilah orang Merah Hitam.

Aku berlindung daripada menjatuhkan nama baik sebuah gerakan Islam di Malaysia. Namun, banyak agenda dan pengaruh Syiah di dalamnya. Seperti parasit yang kekadang mudah dibuang, tetapi di beberapa tempat, sudah membarah, sampai aku sanggup kata, lebih baik sokong UMNO(di beberapa tempat sahaja) walaupun fasiq daripada menyokong pencerca dan pelaknat sahabat nabi dan isteri Nabi.

Aku simpati dengannya, dan aku berdoa semoga ada muka-muka baru yang mampu untuk menjadi benteng menghalang dakyah Syiah didalamnya seperti Ust Nik Abduh, Ust. Nasaruddin Tantawi dan sebagainya.

Mari imbau kembali Revolusi Islam Iran yang telah berlaku, dan kini 2012. Usianya seperti usia manusia yang sudah matang. Sudah melalui fasa-fasa terawal dan telah berevolusi dalam fasa yang penting. Beberapa tokoh PAS mengambil contoh Revolusi Islam yang berjaya itu.

Alhamdulillah, semoga kebangkitan Mesir selepas Arab Spring dapat menjadi alternatif terbaik menggantikan Iran dan Syiah. Dan alhamdulillah, peperangan di Syria telah meranapkan harapan pendamba penyatuan Syiah dan Sunni. Semoga ada saranan dari Dr. Yusof al-Qaradhawi supaya Iran diserang.

~Dr. Kamal el-Helbawi telah resign dari IM. Dia antara tokoh yang bergiat untuk menyatukan Sunni dan Syiah. Tapi sayang, dia gagal seperti usaha Dr. Yusuf al-Qaradhawi dan ust Rasyid Ridha yang telah menghabiskan hampir 30 tahun untuk usaha itu.

~Dr. Yusuf al-Qaradhawi di dalam Khutbahnya Iran (pusat Syiah sedunia) dan Rusia sebagai musuh Islam dan bakal haji digesa mendoakan kehancuran Iran di Mekkah.

Nak lihat buktinya, boleh dilihat pada tulisan-tulisan dalam Harakahdaily, tulisan beberapa figur utama di dalam PAS yang menyanjung Karbala, Revolusi, Khomeini. Buka sahaja akhbar Harakah dalam Slot Prima Facie.

Dalam UMNO pun ada juga. Namun, sayang sekali orang UMNO tidak pandai menggunakan isu ini untuk menjatuhkan PAS. Bukan untuk menjatuhkan PAS, tapi supaya dengan tekanan itu, PAS bersikap tegas dengan pengaruh Syiah seperti usaha Ust Harun Taib – semoga Allah merahmatinya- pada beberapa tahun dahulu. Teringat urat-urat tua tangan ketika menjabat tangan beliau dan sedikit nasihat dari beliau ketika bermalam di rumah beliau di KUDQI di Manir, Terengganu. Semoga Allah merahmati antara figur kegemaran aku di dalam PAS.

Cukuplah sedikit perkongsian saya tentang Syiah. Semoga Allah memberkati usaha pembasmian dakyah Syiah baik dari ILMU, ISMA, IKRAM, ABIM. Semoga Allah memberkati usaha mereka.

Akhirnya, terimalah sedikit sumbangan yang kecil nilainya .Semoga Combat Kit ini berguna untuk orang awam agar mereka sedar tentang bahaya dan sesatnya Syiah. Selamat membaca dan belajar.

Combat Kit Syiah [ BETA]

Promo Puasa Arafah .

Rasulullah pernah ditanya tentang Puasa Hari Arafah, lalu baginda menjawab: “Puasa itu akan menghapus dosa-dosa satu tahun yang lalu dan yang akan datang.” 

[Shahih Muslim, no: 1977]

Aisyah r.a berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Hari yang paling ramai Allah bebaskan hamba-hambanya daripada neraka ialah hari Arafah. Dia akan menghampiri mereka, kemudian akan membanggakan mereka di hadapan malaikat, lalu berfirman: Apa yang mereka semua mahu? [Sahih Muslim : 2410]

Imam Ibnu Rajab al-Hanbali berkata:

“Hari Arafah adalah hari pembebasan daripada api neraka. Pada hari itu, Allah akan membebaskan sesiapa sahaja yang sedang wukuf di Arafah dan penduduk negeri kaum muslimin yang tidak melaksanakan wukuf. Oleh kerana itu, hari setelah hari Arafah adalah hari raya bagi kaum muslimin di seluruh dunia. Tidak kira sama ada yang melaksanakan haji dan yang tidak melaksanakannya, mereka bersama-sama akan mendapatkan pembebasan daripada api neraka dan keampunan pada hari Arafah.” [Lathoif al-Maarif ms 234]

Jom kita puasa hari esok! Dan doakan untuk kemenangan Mujahidin FSA dan kehancuran tentera Pakatan Syiah di Bumi Khalid al-Walid itu. Katakan TIDAK kepada Syiah !
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. [ Surah ali Imran ayat 8]
Tentera Penjaga Revolusi(tentera paling elit) Iran telah mendarat di Syria untuk berperang dengan Mujahidin FSA.

Wassalam.

Fikri al-Murabith

Cream Of The Society


Assalamualaikum wbt.

Mungkin pembaca tertanya apakah dia tajuk entri di atas. Barangkali gambar ini sesuai untuknya.

Saya mulakan entri saya hari ini dengan satu hobi baru saya, bermain dengan khat dan seninya, belajar menggenggam pena dengan kejap tapi lembut dari hati untuk menatijahkan sebuah hasil yang memuaskan hati orang yang menatapnya.


Semoga pembaca blog ini sihat sejahtera.  Maaf sebab jarang berupdate kebelakangan ini. Hampir keseluruhan masa saya berinternet digunakan untuk sama’ hadis dan sibuk dengan aktiviti melawan dakyah sesat Syiah. Alhamdulillah, majlis sama’ hadis Musnad sudah selesai dan proses ijazah hadis pun sudah selesai. Beralih pada  Matan Alfiyah Suyuthi dan Muwattha’ Malik pada malam ini.

Membedah Lagi Pemikiran Salafi dan Ikhwani.

Saya orang yang berada di antara dua golongan. Adakalanya kedua golongan ini hubungannya baik, dan adakalanya kurang baik. Seperti main tarik tali. Ada hati yang perlu dijaga, tetapi bukan semua hati mampu untuk dijaga. Adakalanya perlu untuk menyatakan keteguhan prinsip dan memberi penegasan yang beradab.

Kredit kepada IM, Tarbiyah Jihad dan Dakwah.

Terjemahan Nasihat Ustaz Hassan al-Banna di atas;

Saudara sekalian!
Apakah kalian telah bersedia?
Untuk berlapar supaya manusia kekenyangan?
Untuk berjaga malam supaya manusia dapat tidur lena?
Untuk berpenat-lelah supaya orang lain dapat berehat?
Dan akhirnya mati untuk menghidupkan ummat kamu.
Beginilah cara untuk menjadi orang yang benar haqnya bersama Allah

Saya teringat ketika usrah di Maghribi, sebuah kalam yang sangat menusuk jiwa saya, menyebabkan saya terkenangkan apabila ada masalah yang menimpa.

” Adakah agama ini semakin lemah tanpa penjaganya sedangkan dalam masa yang sama aku penuntut ilmunya semakin kuat ?”

Alhamdulillah, hampir 24 tahun menghirup nafas nikmat dari Allah, kini saya di platform perjuangan yang berlainan dan sedang berusaha untuk mengharungi pengalaman baru. Keluar dari platform lama, menjadi ahli persatuan lainnya yang dahulu pernah bergaduh memang memerlukan kekuatan, belajar dalam persekitaran yang baru, membuat kawan baru, berinteraksi dengannya.

Dalam meniti keadaan yang baru dalam mulut-mulut manusia, aku belajar banyak perkara tentang ukhuwwah Islam yang sebenar dan pseudo-ukhuwwah. Fikrah daie yang merentasi jemaah dengan fikrah daie yang selesa dalam jemaah, sumber yang pelbagai , dan paling penting worldview yang luas.

Ikhwan Muslimin di Malaysia dan di negara-negara lain berbeza. Di negara Arab, kuliah-kuliah agama dan pelajaran agama asas cukup terkenal. Sehinggakan seorang pelajar sekolah menengah bolehlah dikatakan sudah selesai beberapa pelajaran agamanya yang asas, dan apabila dia menyertai ikhwan, fikrah tersebut sebagai bonus padanya. Seperti orang yang sudah mempunyai ilmu dan dengan fikrah Ikhwan itu dia ada semangat untuk mempertahankan Islam dan sibuk dengan perkara-perkara yang bersifat haraki.

Boleh dikatakan orang yang mempunyai ilmu bermain pedang, cuma ditambahkan pedang itu untuk berjuang.

Namun di Malaysia lain halnya, orang yang tidak cukup ilmu agama asas, kemudian mempelajari ilmu haraki, dia akan boleh jadi rosak.  Sebagaimana orang yang tiada ilmu bermain pedang tetapi bersemangat jiwanya untuk berperang. Boleh jadi dia akan binasa dalam peperangan.

Sebab itu ada antara syarat dalam dakwah dan tarbiyah ialah ” Makrifah bi al-Mabda’ ” iaitu “Pengetahuan tentang Asas. Namun, bukanlah selepas selesai asas itu, pencarian pengetahuan itu berhenti. Bahkan jalan pencarian itu mesti sentiasa bergerak ketika seseorang daie itu di tahap pembinaan manusia, sehingga pembinaan Pemimpin dan akhirnya pembinaan Negara dan Bangsa.

Berkaitan Gambar : Di dalam Istilah Tafaqquh Fi al-Din, ada 8 ilmu yang wajib dikuasai oleh daie dalam fasa pembinaan dirinya sehingga fasa pembinaan negara dan semuanya bermula dengan Makrifah bi al-Mabda’ (Pengetahuan Ilmu Asas).

InsyaAllah jika seseorang daie itu mempunyai keazaman untuk mencukupkan pengetahuan asasnya di dalam agama, seperti cara pengambilan sumber yang benar, maka Allah akan membantu dan akan memberinya kebaikan-kebaikan yang banyak.

Apa yang saya tulis ini hasil dari pengalaman saya bersama kumpulan dahulu, bukan kumpulan sekarang. Alhamdulillah, dalam I***M saya tahu ada pengetahuan level 1, level 2. Ia satu perkara yang baik, di mana pengetahuan seorang daie itu disukat. Jika tidak sampai sudah saya bingung dengan pengetahuan daie veteran yang entah di level mana pengetahuannya(tsaqafahnya).

Saya suka memetik kalam Shaykh Ishaq al-Huwaini,

Dan ketahuilah bahawa fitnah itu akan pergi dengan agama orang lelaki. Maka jadilah kamu orang yang teguh menggigit perkara-perkara yang tsabit dalam agama dan rasikh(faqih) dalam pengetahuan asas.

Terjemah gambar di atas;

Sesungguhnya taqwa itu merupakan satu kalimah yang terhimpun padanya kebaikan keseluruhannya dan hakikat taqwa itu ialah melaksanakan apa yang diwajibkan Allah, dan meninggalkan apa yang diharamkan oleh Allah dengan ikhlas kepadaNya dan cinta dan rasa berharap sangat pada ganjarannya dan rasa waspada terhadap azabnya.

Namun, lain pula keadaannya yang berlaku pada pemuda-pemuda salafi.

Mereka cukup bersemangat pergi ke kuliah-kuliah agama, mencukupkan pengetahuan asas, tapi sayangnya ilmu-ilmu itu tidak disertai dengan kehidupan yang realiti hasil dari pelajaran mereka.

Mereka bercakap tentang perkara-perkara yang syadid, dari orang-orang yang syadid, yang tujuannya untuk membataskan diri mereka supaya mereka berada dalam satu kawasan(zone) yang jelas bebas dari perkara haram, syubhat, perkara yang sia-sia, namun tujuan itu tidak sampai. Ada di kalangan mereka yang tunduk membisu ketika kuliah-kuliah raqaiq atau pemurnian jiwa, tetapi bila keluar dalam kehidupan, mereka tergelak sampai hilang tsiqah, bini ada yang tidak pakai tudung labuh.

Amalan dan praktikal mereka tidak sampai kepada “advanced” seperti beberapa asatizah mereka, tetapi mereka mengambil pendapat asatizah mereka yang syadid. Mereka lagha dan lalai dengan kekayaan dunia sewaktu beberapa orang ikhwan menjaga diri mereka dari dunia, hidup sederhana dengannya, sibuk dengan aktiviti dakwah dan tarbiyah.

Kesimpulannya, masalah Ikhwan ialah mencukupkan perkara yang asas untuk dijadikan panduan yang memandu ilmu haraki yang dipelajari oleh mereka. Nak salah mereka tidak boleh, barangkali faktor perpecahan banyak menyumbang kepada isu “pemencilan golongan agamawan di dalam kumpulan-kumpulan mereka”. Contoh termudah boleh dilihat perpecahan antara  Kumpulan milik Ustaz-Ustazah dan Kumpulan milik Golongan Professional.

Masalah pemuda-pemuda salafi pula ialah mereka menanggung beban ilmu yang kekadang dapat digenggam dengan kuat atau tidak dalam kehidupan mereka. Sangat susah untuk mengotakan apa yang dipelajari di dalam kehidupan bersama tentangan dari keluarga atau saudara yang bersifat kaum tradisionalis. Menunjukkan keyakinan juga dan keimanan pada dalil yang dipelajari juga tidak mudah.

Contoh termudah, “agamawan elit” pun akan fikir 10 kali untuk bercakap benar di hadapan pemimpin-pemimpin walhal dia tahu sebesar-besar jihad ialah becakap benar di hadapan pemimpin yang zalim. Inilah yang dikatakan sebagai beban ilmu. Beruntung orang yang ilmunya menjaga dirinya.

Faktor-faktor kenapa pemuka-pemuka Salafi tuduh IM adik kandung Syiah.

 1. Dalam IM ada pangkat Mursyid yang digunakan dalam tariqat kesufian. Dibuktikan pada sirah fasa awal Ustaz Hasan al-Banna. Dan kebanyakan tariqat pada hari ini (menurut pendapat Shaykh Uthman al-Khamees al-Kuwaiti) mereka bukan seperti golongan az-Zuhhad yang ada pada generasi Salafussoleh dulu-dulu dan banyak persamaan dengan Syiah.

2. Syiah merupakan mazhab berasaskan politik. Mereka ada fasa-fasa dalam perkembangan gerakan mereka. Mereka ada tanzim, semangat ketaatan kepada pemimpin yang nampak sedikit keterlaluan(ditunjukkan oleh orang yang jahil) seperti wala’ dan ketaatan kepada pemimpin, meletakkan orang2 tertentu pada tugas2 yang tertentu, untuk menguasai medan2 tertentu demi manfaat yang banyak. Senang cerita, Syiah ambil kaedah bagaimana gerakan-gerakan Islam bergerak.

3. Pemuka-pemuka Salafi yang tidak update knowledge dan tsaqafah mereka dalam menilai IM. Mereka menilai IM dari sejarah pasca kejatuhan Khilafah. Memang jika dilihat pada zaman itu, semangat zaman (Zeitgeist) dalam aktivis2 dan figur2 IM dapat dilihat dengan jelas dalam tindakan dan tulisan mereka. Ya benar, mereka mengajak kepada perpaduan termasuk perpaduan untuk Sufi dan Syiah. Namun perlu difahami, pada zaman itu, mereka fokus pada lawan mereka iaitu Barat. Senang cerita pada zaman itu Islam lawan Barat. Ini dibuktikan dengan tulisan2 mereka yang ada unsur Tauhid Hakimiyyah, tulisan tentang Sekularisme, fikrah haraki mereka, ambil sedikit semangat sufi supaya ada sedikit keteguhan dalam jiwa dalam keadaan ilmu-ilmu agama itu kurang gerakan pentahqiqan dan pentajdidan.

4.Mereka mengambil PAS sebagai contoh terdekat dalam menilai Syiah dan unsur2 Syiah. Senang cerita, apa2 unsur Syiah dalam PAS menyebabkan gerakan IM itu terpalit sedikit padanya seperti hampir kepada Syiah, mengajak kepada menjatuhkan pemerintah, menghina pemerintah, wahal tidak sedikit karya2 figur dan ulama IM yang hampir kepada salafi. Contoh silibus usrah mereka yang menggunakan buku Shaykhul Islam Ibnu Taymiyyah, kitab Ibnu Qayyim dalam raqaiq dan pemurnian jiwa. PAS bukan cerminan sebenar tentang Ikhwanul Muslimin. Lihat contoh pada ISMA yang tegar membanteras dakyah Syiah. Tolong fahami majoriti ahli PAS tak ikut usrah pun, mereka hanya ambil semangat sahaja.

5. Anda boleh baca buku Ust. Riduan Mohd Nor tentang Gerakan Islam, seolah2 dapat difahami dari bukunya, bahawa hanya PAS satu-satunya gerakan Islam di Malaysia. Seolah2nya ia menafikan adanya kewujudan gerakan-gerakan Islam lain yang cenderung pada manhaj Ikhwanul Muslimin. 

Wallahua’lam, barangkali tulisan-tulisan di atas tidak tepat dan masih boleh diolah dan dinilai lagi. Maklumlah aku masih pemuda yang berbayangkan seribu satu kekurangan lagi.

Marilah menyokong usaha saya dan kawan-kawan saya.

Akhirnya, sebelum saya menutup entri ini, saya hadiah untuk pembaca sedikit raqaiq.

Dan sedikit lecture tentang Gerakan Islam.

Diari Akhir Ramadhan 2012


Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah kerana masih hidup di dalam Iman dan Islam. Ramadhan tahun ini mengajar saya banyak perkara. Ada beberapa perkara yang sudah selesai. Ada misi dan tujuan yang masih tertangguh. Ada pilihan yang sudah menemui maksudnya. 

Belajar banyak benda. Belajar untuk rasa sedikit kasihan kepada orang awam yang menjadi mangsa perbezaan fahaman agama, belajar untuk sabar disindir secara terang-terangan oleh ustaz taasub mazhab Syafie, belajar duduk depan dan bagi tazkirah, belajar jadi penterjemah.

Alhamdulilllah

Kehebatan Al-Quran

Saja nak petik kalam Shaykhul Islam yang indah dan menusuk hati ini tentang Al-Quran. Selamat mengkhatamkan Al-Quran.

Berkata Ibnu Taymiyyah rahimahullah,

Sesungguhnya Al-Quran membenarkan segala yang terdapat dalam kitab-kitab yang terdahulu tentang Allah dan Hari Kiamat dengan menambahkan lagi hujah dan dalil. Ia juga menerangkan bukti tentang kesemua itu. Ia membenarkan tentang kerasulan semua rasul dan kenabian semua nabi. Ia juga menetapkan perundangan syariah dengan dalil dan bukti yang nyata, menerangkan hukuman Allah atas mereka yang menolak kitabnya dan pertolonganNya kepada mereka yang mengikuti ajarannya.

Ia juga menerangkan perubahan dan pertukaran yang telah dilakukan terhadap kitab-kitab tersebut dan tindakan yang telah dilakukan oleh ahli kitab yang terdahulu terhadap kitab mereka. Ia juga menerangkan perkara yang mereka telah sembunyikan daripada perkara yang sebenarnya Allah perintahkan untuk dijelaskan. Ia juga mengandungi semua kebaikan perundangan dan peraturan sebagaimana yang telah diturunkan kepada para nabi yang terdahulu. Al-Quran telah menjadi saksi dari pelbagai sudut kepada semua kitab yang diturunkan terdahulu daripadanya. Ia membuktikan kebenaran mereka dan menjadi saksi kepada kepalsuan dan pertukaran yang telah dilakukan terhadapnya. Ia telah membenarkan segala yang telah Allah tetapkan dan menghapuskan segala yang Allah mansuhkan.

Al-Quran adalah saksi kepada khabar berita ( yang terdapat di dalam kitab-kitab yang terdahulu) dan menjadi hakim kepada segala suruhannya. Jika seseorang itu mengkaji pendapat atau kata-kata generasi yang dulu dan kini tentang Usuluddin, ilmu ketuhanan, Akhirat dan perkara-perkara yang berkaitan dengan kenabian, moral, politik, ibadat dan lain-lain aspek kehidupan manusia, yang boleh membawa kepada kesempurnaan, kebahagiaan dan kejayaan, mereka tidak akan mendapatinya samada dari generasi dahulu atau sekarang, dalam kalangan nabi atau para cendekiawan, kecuali sebahagian daripada penerangan yang dibawa oleh al-Quran.

Majmuk Fatawa Ibnu Taymiyyah 17/44-45.

Faqih dan Safih

Nur(satu cahaya) dan zulumat (kegelapan yang banyak)

Ciri-ciri Seorang Faqih di Dalam Agama.

إنَّ ممَّا يشرحُ الصدر: كثْرةُ المعرفةِ، وغزارةُ المادّةِ العلميَّةِ، واتِّساعُ الثقافةِ، وعُمقُ الفكرِ، وبُعدُ النَّظْرةِ، وأصالةُ الفهْمِ، والغوْصُ على الدليلِ، ومعرفةُ سرِّ المسألةِ، وإدراكُ مقاصدِ الأمورِ، واكتشافُ حقائقِ الأشياءِ

Antara yang melapangkan dada ialah banyaknya ilmu, melimpahnya pengetahuan, luasnya worldview, mendalamnya pemikiran, berpandangan jauh, memahami dari asas-asasnya, mengetahui masalah secara mendalam, mengetahui apa yang tersembunyi di sebalik masalah dan menyingkap hakikat akan segala sesuatu.

Kredit kepada Tuan Hasan.

Orang Safih yang Memegang Harta.

Orang Safih ini maksudnya orang yang bodoh.

Ramai pelajar luar negara diberi wang yang banyak sewaktu belajar. Saya tidak terkecuali daripada mereka. Saya pernah terketar memegang duit yang bernilai ribuan ringgit.

Ada di antara mereka yang membelanjakan duit itu dengan penuh pembaziran seperti orang bodoh yang membelanjakan hartanya. Ada seorang anak yang dengan nikmat Allah, banyak hartanya, tetapi walinya pula yang menjadi orang safih, membelanjakan harta anaknya dengan alasan anaknya kecil lagi, sedangkan di dalam Islam, duit seorang anak itu tetap haknya dan jika ibubapa ingin menggunakannya, maka dia menggunakan sekadar keperluannya. Dan apabila anak itu sudah mampu untuk menguruskan wang itu, maka wang itu diberikan kepada anak tadi yang berhak ke atasnya.

Pengalaman saya beriktikaf di masjid, tidur dan beribadat dengan orang yang pelbagai banyak mengajar saya erti kehidupan. Saya berjumpa dengan seorang ayah yang bercerita tentang perkara ini. Katanya ramai anak-anak derhaka ketika mereka besar kerana kesalahan ibu bapa mereka. Antaranya ibu bapa yang memandang remeh harta anak tadi seolah-olah harta anak itu hartanya juga. Sehingganya katanya lagi, Allah menggantikan kasih anak itu dengan hartanya yang diremehkan oleh kedua ibu bapa tadi. Barangkali ia sebuah perkongsian yang hebat kesannya pada diri saya. Belum masuk keadilan dalam pendidikan anak-anak, ambil berat soal halal haram, perkara syubhat dan sebagainya.

Benarlah kata Dr Uqlah sewaktu Fiqh Mentaati Pemerintah di PWTC tempohari,

Berapa buah buku tarbiyah yang dibaca oleh ibu bapa yang ingin mendidik anak mereka dengan pendidikan Islam?

Berapa buah buku dakwah dan buku agama yang dibaca oleh bakal ibu dan bakal bapa sebelum mereka dikurniakan anak, oleh bakal suami dan isteri sebelum mereka mendirikan rumah tangga, oleh para duat dan aktivis sebelum mereka memasuki dunia dakwah dan perjuangan?

Berapa ramai duat atau pendakwah yang ingin melahirkan generasi Quran yang tidak memahami bahasa Arab sedangkan bahasa Arab itu bahasa al-Quran?

Benarlah kata-kata ini,

Orang yang tiada apa-apa tidak mampu untuk memberi apa-apa.

Dunia itu dan bala serta kerosakan yang ada padanya. Ditambah lagi dengan orang-orang jahil, fitnah-fitnah yang datang bertandang dari sebesar-besar fitnah sehingga sehalus-halus fitnah, perkara yang melalaikan dari sebesar-besarnya sehingga sekecil-kecil kelalaian seperti bermain facebook dengan menggunakan gajet canggih ketika mendengar khutbah Jumaat.


Adakah Allah akan menggantikan generasi yang mulia dan beriman itu dengan generasi yang hina dan fasiq, melakukan dosa-dosa besar, menjadi sekular, agamanya selapis kulit bawang dan seterusnya dicabut agama itu dari hatinya?

Ya Allah. Kau Maha Mengetahui.

Saya masih mengejar baki-baki Ramadhan.

Masih banyak pelajaran yang belum diterokai. Masih banyak pengalaman-pengalaman baru yang belum dicari. Selamat mencari erti diri dan selamat membersihkan jiwa dalam madrasah tarbiyah Ramadhan.

Wassalam.