Murabi6


 Cerita Hidup Penulis.

Persekitaran yang baik.

Alhamdulillah, penulis dilahirkan di dalam keluarga yang mempunyai fikrah Islamiyah. Keluarga dari komuniti Muslim yang ingin membebaskan diri dan keturunan mereka dari penjajahan unsur-unsur asing ke dalam Islam, juga keluarga yang mementingkan semangat Islam di dalam setiap bidang kehidupan mereka.

Penulis lahir 30 tahun selepas merdeka, pada usia gerakan-gerakan Islam mula berkembang. Sekitar 90-an, berlaku gerhana di dalam gerakan Islam di Malaysia, di mana usaha penyatuan gerakan Islam di bawah satu payung gagal, dan selepas itu gerakan2 itu bergerak mengikut haluan masing2.

Kejadian itu tidak memberi impak yang besar kepada penulis kerana usia yang sangat muda ketika itu, cuma perasan “kehilangan” beberapa pakcik sejemaah. Pak cik2 yang dulu ada ketika usrah mingguan, tetapi kelibat mereka menghilang ditelan waktu.

Kenangan mengikuti usrah mingguan sangat mengesankan hati penulis. Makanan yang dibawa sikit oleh setiap keluarga akhirnya dikumpulkan dalam beberapa dulang, di mana pak cik2dan anak-anak muda seperti penulis menjamu selera selepas penat bertimpuh peha mendengar pengisian2 rohani. Pak cik2 dan mak cik yang sabar melayani karenah anak2 muda atau generasi mereka. Generasi yang tidak mengerti hati-hati aktivis gerakan Islam yang sedih kerana usaha penyatuan gagal.

Zaman berlalu, siang datang dan malam pergi. Anak-anak muda meningkat dewasa sementara pakcik2 mula ditelan usia mereka. Namun, sunnatullah itu tetap berjalan, kehidupan seorang hamba itu mengikut apa yang dia cari dan inginkan. Jika dia bersahabat dengan buku-buku, maka buku-buku itu boleh jadi sahabat dan kunci yang benar yang memandu hidupnya.

Jiwa seorang pemuda.

Usia meningkat seiring dengan perasaan “curious” seorang remaja yang ingin membaca persekitaran yang membesar bersama dirinya. Sampai suatu masa, dalam jiwa seorang pemuda itu akan ada persoalan2 yang kekadang agak payah untuk dijawab oleh pakcik seperti;

Pak cik, kita kata kita ialah gerakan Islam, mengapa ada banyak gerakan Islam kat Malaysia ini?

Persoalan yang pertama aku lontarkan kepada beberapa pakcik. Ada yang terkedu dengan persoalan aku.Tidak kurang ada yang mengelak. Namun, ada yang bersikap jujur. Aku perasan perkara yang sama berlaku pada pemuda sebaya denganku. Aku perasan ada rakanku yang hilang dan enggan. Namun ada sebilangan yang bersama tsabat dengan aku dalam jalan ini.

Aku pemuda yang hidup dalam zaman “teknologi di hujung tangan “. Ledakan dan gerakan Islam aku ikuti dengan penuh teliti. Ketika aku di tingkatan 4, aku ditawarkan untuk duduk di asrama dan bermulalah kehidupan aku sebagai naqib dan penglibatan aku di dalam badan dakwah sekolah. Aku dilantik sebagai ketua dorm, dan aku mengadakan usrah khusus untuk siapa yang duduk di dorm aku. Namun sayangnya, usrah itu diketahui warden dan ia dihentikan. Dan berlaku lagi beberapa peristiwa yang berlanjutan sehingga aku menduduki SPM.

Rupanya aku ahli gerakan X, manakala warden aku YDP kawasan gerakan Y. Maka, dari situ aku tahu dan mula membaca. Aku mengerti ketika itu gerakan Islam itu pelbagai, ada sifat dengki-mendengki sesama gerakan, perlumbaan untuk merekrut generasi pelapis, rebut-merebut mad’u usrah dan dakwah. Pada masa yang sama, istilah salaf diperkenalkan oleh seorang tokoh agama di utara negara dan istilah wahabi hangat diperkatakan.

Allah tetapkan aku untuk menyambung pelajaran ke Maghribi selepas SPM. Alhamdulillah, 3 tahun selepas itu, aku pulang dengan ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dengan kegembiraan. Kembali dengan satu manhaj baru. Manhaj untuk menyelidik kebenaran setiap perkara. Berdiskusi dan berlapang dada dalam perkara2. Jumpa mazhab baru, perkara baru yang banyak sangat membuka minda aku tentang agama dan hidup aku.

Bersambung

Advertisements

One comment on “Murabi6

  1. salam bang. ni syura… bagos dan teruskan perjuangan abang dengan pena…

    with love and miss so much,
    ~your cute lil sis~
    … MASTURA …

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s