Bangkitlah Wahai Orang-orang yang Tsiqah.


Bismillahirahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah yang Memuliakan Mujahidin dan Menghinakan Orang-orang Kafir. Dialah pemilih Hidayah ini. Dari Allah itu Ar-Risalah, dan Risalah itu diturunkan pada Muhammad Sallallahu-alayhi Wasallam dan dia telah menyampaikannya dan Allah telah menyempurnakan Islam itu, maka ke atas kita orang-orang mukmin yang telah mengambil tanggungjawab di pundak kita ini untuk proses at-Taslim iaitu menerima dengan baik.

Lama sudah tidak berupdate dan hari ini 25 Syawal. InsyaAllah hari ini pasal dua jenis manusia, iaitu orang jahat yang kuat dan orang yang dipercayai yang lemah.

Aku tergerak untuk melihat entri ini selepas melihat banyaknya pendapat dan khilaf-khilaf yang mengundang perbalahan yang dahsyat sehingga orang-orang yang ikhlas itu menjadi beku jiwanya, teragak-teragak, lantas dia memenuhi urusan hidupnya dengan memenuhi urusan hidupnya dengan kekayaan dan kehidupan yang bersifat rutin, sehingga orang-orang yang jujur itu menjadi lupa untuk bersama mengingatkan manusia, orang-orang yang mempunyai keazaman yang kuat dan pemuda-pemuda yang mempunyai semangat yang tinggi tetapi keliru yang mana masalah-masalah itu menjangkiti diriku sendiri dan menyebabkan aku lemah dan senyap.

Apabila Datang Nas (Al-Quran dan Hadis), maka Batal Selainnya.

Berpeganglah dengan al-Quran dan as-Sunnah selepas kamu diturunkan keduanya kepadamu, dan janganlah mencari-cari lagi perkara yang lain.

Al-Quran telah menceritakan perkara ini dengan jelas,

Tidakkah engkau perhatikan (dan merasa pelik wahai Muhammad) kepada orang-orang yang telah diberikan sebahagian dari Kitab (Taurat)? Mereka percaya kepada benda-benda yang disembah yang lain dari Allah, dan kepada Taghut, dan mereka pula berkata kepada orang-orang kafir (kaum musyrik di Makkah) bahawa mereka (kaum musyrik itu) lebih betul jalan ugamanya daripada orang-orang yang beriman (kepada Nabi Muhammad s.a.w). 

(Kaum Yahudi yang demikian sikapnya) mereka itulah orang-orang yang dilaknat oleh Allah; dan sesiapa yang dilaknat oleh Allah, maka engkau tidak sekali-kali akan mendapati sesiapa pun yang boleh menolongnya. [Surah An-Nisa ayat 51-52]

Ibnu Taymiyyah -semoga Allah merahmatinya- menerangkan perkara yang tersirat di sebalik ayat Allah Subhanahu Wa Taala ini, 

“Allah mencela golongan yang telah menerima al-Kitab, tetapi masih lagi beriman kepada sesuatu perkara di luar risalah. Mereka lebih mengutamakan “orang luar” risalah berbanding orang-orang yang beriman. Samalah juga keadaannya sebagaimana sebahagian manusia yang mengutamakan pendapat ahli falsafah dan kerajaan jahiliyyah ( yang berbangsa Turki, Dailam, Arab, Iran dan lain-lain) berbanding kerajaan yang beriman kepada Allah, kepada kitab Allah dan RasulNya. Begitu juga Allah mencela orang yang mengaku beriman dengan seluruh kandungan kitab-kitab Allah tetapi mereka tidak menghukum dengan menggunakan Al-Quran dan As-Sunnah. Mereka menghukum menurut taghut yang diagungkan selain Allah. Demikian jugalah yang terjadi pada golongan yang mengaku Islam dan menganutnya kerana mereka menjalankan undang-undang mengikut kata-kata ahli falsafah yang terkeluar dari landasan agama atau memerintah menuruh sistem politik kerajaan yang di luar syariah Allah. Apabila diseru kepada mereka: ” Marilah kembali kepada kitab Allah dan Sunnah RasulNya!” , mereka paling muka mereka dengan bersungguh-sungguh.

Majmuk Fatawa Juzu’ 12 m/s 339

Saya suka petik kalam Kapten Hafiz Firdaus ini,

Manhaj kita dalam beragama ialah tidak menerima apa-apa kenyataan berkaitan agama melainkan pihak yang menyampaikannya telah mengemukakan rujukannya. Tanggungjawab mengemukakan rujukan terletak di bahu pihak yang menyampaikannya dan bukan pihak yang menerimanya. Jika menerima sesuatu kenyataan yang tiada rujukan, maka abaikannya.

Oleh itu abaikan apa-apa ayat, hadis, hukum, adab yang tidak memiliki rujukan. 

Sebagai contoh, abaikan hadis-hadis yang tidak memiliki rujukannya meski pun ia disampaikan di atas mimbar Jumaat. Abaikan “Petua diet Rasulullah” kerana ia tidak memiliki rujukan daripada mana-mana kitab hadis, meski pun ia masyhur dalam FB. Abaikan hukum boleh puasa dua dalam satu kerana ia tiada rujukannya, meski pun ia disampaikan oleh seorang ustaz.

Selamat membebaskan tauhid anda dari bidaah, khurafat, adat yang menyusahkan agama, pergantungan pada makhluk dan syirik yang halus dan tersembunyi.

Mari Jadi Jiwa yang Beriman dan Sensitif.

Banyak daripada kita apabila melihat maksiat di hadapan mata, kemudian berasa teragak-agak dalam membuat pertimbangan, kemudian menjadi senyap. Dan semakin lama hal itu berlaku, maka ia menjadi sesuatu yang lazim dan tidak asing bagi mata, dan hati sedikit demi sedikit menjadi redha kepadanya.

Begitu juga dengan kemewahan yang Allah kurniakan itu telah melalaikan jiwa dan melemahkan keazaman di dalam dakwah dan jihad, godaan dunia yang banyak itu datang dalam pelbagai keadaan dari sebesar-besar perkara sehingga sekecil-kecil perkara.

Begitu juga dengan orang-orang beriman yang membuat dosa-dosa kecil, bid’ah, kezaliman yang ringan dan permulaan kemewahan yang beransur-ansur akhirnya membawa kepada bahaya yang lebih besar dan akhirnya merosakkan mereka.

Lihatlah berapa ramai daie yang sekejap sangat berubah dan hilang personaliti mereka. baru datang Gangnam Style, maka jadi daei Gangnam Style. Berapa ramai daie yang lebih berminat dengan filem-filem Korea dan berangan-angan untuk menjadi sepertinya lebih daripada meneliti buku sirah generasi Salafussoleh.

Berapa ramai daie bermanhaj ilmu-suap, mereka jadi seorang daie yang skema dan tidak kreatif, ilmu mereka hanya pada ilmu yang disuap sahaja, mereka lambat membuat pembaharuan dan menerima pembaharuan.

Ingatlah dengan berpegang dengan Kitabullah dan Sunnah RasulNya, maka kita terselamat daripada fitnah dan dugaan dunia yang pelbagai. Jadilah mukmin dan daei yang Ashabul Qodiyyah, iaitu mereka yang sibuk dengan urusan-urusan semasa kaum Muslimin. Melihat saudara Islam yang dizalimi, maka berdoa untuk mereka. Melihat mujahid yang sedang berjihad, maka mendoakan untuknya dan menyumbang untuk kedua-duanya.

Orang Jahat yang Kuat dan Orang Yang Dipercayai yang Lemah.

Semoga Allah merahmatimu wahai Umar al-Faruq -radiyallahu anhu- yang berdoa dalam doanya yang masyhur,

اللهم إني أعوذ بك من جلد الفاجر و من عجز الثقة

Ya Allah, Aku  berlindung  kepadaMu dari kekuatan orang yang Jahat dan  Kelemahan orang yang Dipercayai.

Orang yang Dipercayai atau Tsiqah sepatutnya memberi manfaat kepada dirinya dan orang lain, namun apabila dia lemah, maka dia memberi manfaat kepada dirinya sahaja dan bukan kepada orang lain atau masyarakat sekitarnya.

Sabda Nabi Sallallahu-alayhi-wasallam.

المؤمن القوي خير وأحب إلى الله من المؤمن الضعيف . وفي كل خير . احرص على ما ينفعك واستعن بالله . ولا تعجز . وإن أصابك شيء فلا تقل : لو أني فعلت كان كذا وكذا . ولكن قل : قدر الله . وما شاء فعل . فإن لو تفتح عمل الشيطان
Mukmin yang kuat itu lebih baik dari mukmin yang lemah. Dan di dalam setiap kebaikan. Jagalah setiap yang bermanfaat bagimu dan mintalah pertolongan daripada Allah. Dan janganlah rasa lemah. Dan sekiranya kamu diuji oleh sesuatu, maka janganlah kamu berkata : Sekiranya aku melakukan ini dan ini, akan tetapi katakanlah : Qaddarallah (Telah berlaku ketetapan Allah, dan perkara ini mengikut apa yang dikehendakinya. Dan jika berkata “Sekiranya” akan membuka amalan syaitan

Hadis Muslim dari jalan Ahu Hurairah, No. 2664.

Maka ke atas orang yang Tsiqah untuk membaiki dirinya dengan menyertai kegiatan-kegiatan masyarakat  di samping bersabar dengan kejahilan mereka dan bersangka baik dengan mereka serta bersabar dan menasihati mereka.

Lihatlah contoh dari para salafussoleh. Musa bin Hazam asalnya menganut fahaman Murjiah yang menyeleweng. Kemudian dengan rahmat bersahabat dengan Imam Ahmad bin Hanbal, maka akhirnya beliau menjadi seorang yang soleh dan tsiqah dan mengikuti mazhab AhlusSunnah. Beliau akhirnya membela sunnah, menentang orang yang menyalahi Sunnah dan berpegang dengan agama dan Sunnah sehingga wafat. Musa bin Hazam ialah guru kepada Imam Bukhari dan Tirmizi.   [ Rujuk Tahzib at-Tahzib jilid 10 m/s 341 karangan Ibnu l-Jauzi.]

Wahai orang-orang yang tsiqah, gunakanlah setiap kemahiran yang ada padamu untuk berjuang pada Allah. Berjuanglah dengan peluru, mata pena dan media. Lihatlah pemuda Palestin ini berjuang dengan blognya. Lihat Link

Berjihadlah dengan hujjah hasil dari pelajaran yang lama dan natijah pencarian ilmu.  Tunjukkanlah kepada mereka Sunnah-Sunnah Nabi, insyaAllah apabila orang yang ingin berubah melihat ibadah yang berdalil, mudah dan keluar dari syubhat seperti bid’ah dan riya’, maka mereka akan mudah dan ringan untuk mengikutinya.

Jadilah tokoh masyarakat umum untuk menyeru kebaikan-kebaikan kepada manusia dan manfaat yang banyak,  kerana masyarakat sedang mencari-cari idola yang terbaik untuk mereka. Imam al-Awzaie, Imam Ahmad bin Hanbal dan Imam Ibnu Taymiyyah merupakan seorang tokoh masyarakat (public figure) sehingga contohnya apabila Imam Ibnu Taymiyyah, berduyun-duyun penghuni Damsyiq untuk mensolatkannya.

Apabila orang-orang yang Tsiqah menjauhkan diri daripada masyarakat, maka naiklah orang yang jahil dan memperolehi kekuatan.

Sesungguhnya masyarakat Islam ini tidak memerlukan seorang hamba yang lalai, seorang yang bersujud yang sibuk pada ibadahnya, orang yang zuhud dan jumud, tetapi masyarakat Islam ini memerlukan kepada keperluan yang mendesak kepada daie yang peka dan sentiasa tangkas dan genius pemikirannya, kepada orang yang sujud yang tinggi kerisauannya kepada ummat, yang menjadi khadim kepada masyarakat.

Hayatilah puisi Ibnu al-Mubarak,

Wahai orang yang beribadat di dua tanah haram

jika kamu melihat kami

nescaya kamu mengetahui bahawa kamu hanya

bermain-main di dalam ibadah.

orang-orang itu membasahi pipinya dengan air mata

sedang tengkuk kami berlumuran dengan darah

dia memenatkan kudanya di dalam sia-sia

sedangkan kuda-kuda kami penat di hari peperangan

kamu berbau harum dengan minyak wangi, sedang

minyak wangi kami 

adalah peluh kuda dan debu yang terbaik di medan peperangan

telah datang kepada kami  sabda Nabi kita,

kata-kata yang benar, tepat dan bukan dusta,

“tidak sama debu kuda Allah pada hidung seseorang

dengan asap neraka yang menyala

kitab Allah ini telah mneyebut di hadapan kita bahawa

“orang yang syahid itu tidak mati”

bukan satu dusta

[Rujuk Tabaqat al-Syafi’iyyah al-Kubra oleh al-Subki Jilid 1 m/s 287]

Sesungguhnya dituntut dari orang yang tsiqah untuk memberi manfaat kepada dirinya dan orang lain. Ingatlah hadis Nabi Sallallahu-alayhi-wasallam,

أحب الناس إلى الله تعالى أنفعهم للناس ، و أحب الأعمال إلى الله عز وجل سرور يدخله على مسلم ، أو يكشف عنه كربة ، أو يقضي عنه دينا ، أو تطرد عنه جوعا ، و لأن أمشي مع أخ في حاجة أحب إلي من أن اعتكف في هذا المسجد ، يعني مسجد المدينة شهرا ، و من كف غضبه ستر الله عورته ، و من كظم غيظه ، و لو شاء أن يمضيه أمضاه ملأ الله قلبه رجاء يوم القيامة ، و من مشى مع أخيه في حاجة حتى تتهيأ له أثبت الله قدمه يوم تزول الأقدام ، [ و إن سوء الخلق يفسد العمل ، كما يفسد الخل العسل ]

Manusia yang paling disukai oleh Allah ialah yang bermanfaat kepada manusia lainnya, dan amalan yang disukai Allah ialah kegembiraan yang ada pada orang Muslim, atau mengeluarkan daripadanya kesusahan, menyelesaikan hutangnya, menghilangkan hausnya, dan berjalan bersama dengan orang yang sedang dalam urusan lebih aku sukai daripada iktikaf di masjid ini(Nabawi) selama sebulan, dan barangsiapa yang menjaga marahnya, maka Allah menutup aibnya, dan sesiap yang menjaga marahnya, dan kalau dia ingin menghilangkan kemarahan itu dan dia menghilangkannya, maka Allah akan memenuhi hatinya dengan harapan pada hari kiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama saudaranya untuk menunaikan keperluannya sehingga selesai bagi saudaranya itu keperluannya, maka Allah menetapkan kakinya pada hari kaki-kaki berasa takut(ingin melarikan diri), dan jika buruk akhlak itu merosakkan amalan sepertimana cuka merosakkan madu.

Hadis dari jalan Abdullah bin Umar, Shaykh Albani mensahihkan hadis ini di dalam Silsilah as-Sahihah m/s 906]

Memberi manfaat itu bukan terhad pada harta, tetapi pada nasihat yang baik yang memurnikan jiwa pendengarnya, mengajak kepada kebaikan. Ingatlah orang yang berilmu bahawa dia akan ditanya dengan lebih banyak di akhirat kelak.

Saya hadiahkan untuk pembaca kuliah Dr Abdul Basit yang bertajuk “Fiqh Berinteraksi Sesama Manusia.”. Lihat link.

Saya rasa entri sudah panjang, dan saya menutupnya dengan sebuah doa, sesuai untuk ibu bapa untuk didoakan kepada anak-anak mereka terutamanya di dalam solat fardhu,

 اللهم ! أنت المَلِكُ، لا إلهَ إلا أنت، أنت ربي وأنا عبدُك، ظلمْتُ نفسي واعترفْتُ بذَنبي، فاغفِرلي ذُنوبي جميعًا، إنَّه لا يَغفِرُ الذُّنوبَ إلا أنت،واهدِني لأحسنِ الأخلاقِ، لا يهدي لأحسنِها إلا أنت

Ya Allah, Engkaulah Raja, Tiada Tuhan Melainkan Engkau, Engkaulah Tuhanku dan Aku hambaMu, Aku telah menzalimi diriku dan aku mengakui dosaku, maka ampunkanlah dosaku keseluruhannya, Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa melainkan Engkau, dan tunjukilah aku akhlak yang baik, tiada yang menunjuki akhlak yang baik itu melainkan Engkau.

Hadis Hasan Sahih di dalam Sunan Tirmizi no. 3422 dari jalan Ali bin Abi Thalib. 

Fikri: saya cukup suka dengan sunan tirmizi kerana kesemua hadis di dalam sunan tirmizi ini kecuali dua diamalkan oleh nabi dan sahabat -radiyallahu anhum. Hadis ini dari matan hadis yang panjang dari bacaan iftitah ketika di dalam solat.

Matan hadis asalnya,

أنَّ رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم كان إذا قام إلى الصلاةِ، قال : وجَّهْتُ وجهيَ للذي فطَر السماواتِ والأرضَ حنيفًا، وما أنا من المشرِكينَ، إنَّ صلاتي ونُسُكي ومَحيايَ ومَماتي للهِ ربِّ العالَمينَ، لا شريكَ له، وبذلك أُمِرْتُ وأنا أولُ المسلمين، اللهم ! أنت المَلِكُ، لا إلهَ إلا أنت، أنت ربي وأنا عبدُك، ظلمْتُ نفسي واعترفْتُ بذَنبي، فاغفِرلي ذُنوبي جميعًا، إنَّه لا يَغفِرُ الذُّنوبَ إلا أنت،واهدِني لأحسنِ الأخلاقِ، لا يهدي لأحسنِها إلا أنت، واصرِفْ عني سيِّئَها، لا يصرِفُ عني سيِّئَها إلا أنت، لبَّيكَ وسَعدَيْكَ ! والخيرُ كلُّه في يدَيْكَ والشرُّ ليس إليك، أنا بِك وإليك، تبارَكْتَ وتَعالَيْتَ، أستغفِرُكَ وأتوبُ إليك، فإذا ركَع، قال : اللهم ! لك ركَعْتُ وبك آمَنْتُ ولك أسلَمْتُ خشَع لك سمعي، وبصَري، وعِظامي، وعصَبي، فإذا رفَع، قال : اللهم ! ربَّنا لك الحمدُ مِلءَ السماءَ، ومِلءَ الأرضِ، ومِلءَ ما بينَهما، ومِلءَ ما شِئتَ من شيءٍ بعدُ، فإذا سجَد، قال : اللهم ! لك سجَدْتُ، وبك آمنْتُ، ولك أسلَمْتُ، سجَد وجهي للذي خلَقه فصوَّره، وشقَّ سمعَه وبصرَه، فتبارَكَ اللهُ أحسنُ الخالِقينَ، ثم يقولُ من آخِرِ ما يقولُ، بينَ التشهُّدِ والتَّسليمِ : اللهم ! اغفِرْ لي ما قدَّمْتُ وما أخَّرْتُ، وما أسرَرْتُ وما أعلَنْتُ، وما أسرَفْتُ وما أنت أعلمُ به مني أنت المُقَدِّمُ وأنت المؤَخِّرُ، لا إلهَ إلا أنت

Sesungguhnya Nabi Sallallahu-alayhi-wasallam apabila mendirikan solat, beliau berkata : Aku menghadapkan wajahku kepada … [ akhir hadis].

Yang terbaik itu dari Allah, yang salah dan buruk itu dari kelemahan diri saya sendiri. Wallahua’lam bis Sowab.

Wassalam. 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s