Entri Masuknya Ramadhan


Assalamualaikum wbt.

Semoga pembaca sihat sejahtera. Ini Ramadhan yang 24 aku sambut di dalam hidupku. Barangkali Ramadhan kali ini menjadikan aku sesuatu yang baru. Jadi imam Tarawih dan memberikan tazkirah di suatu tempat yang asing. Surau kecil tempat aku bermula.

Sebelum ini jadi imam juga tetapi di dalam persekitaran yang biasa. Kalau bangun rakaat kedua dan terus-terus membaca al-Fatihah tanpa Bismillah itu tiada masalah, sebab duduk dalam persekitaran orang yang memahami. Tapi kali ini memang lain terus.ย 

~Sekali ada bahasa Perancis plak daa.. Nasib baik belajar dulu bahasa Perancis. ๐Ÿ™‚

Persiapan Ramadhan

Ramadhan disambut dengan mempersiapkan jiwa, iaitu bersedia menyambutnya dengan taubat nasuha lantar memasukinya dalam keadaan yang bertaubat, memohon ampun dan kembali kepada Allah. Ramadhan itu disambut dengan niat yang suci dan keazaman yang tinggi.

Jom bersihkan diri sebelum Ramadhan datang.ย 

โ€œWahai anak Adam, sesungguhnya selama engkau masih berdoa dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni semua dosa yang ada padamu dan Aku tidak akan peduli; Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu mencapai langit, kemudian engkau memohon ampun kepada-Ku, Aku akan mengampunimu dan Aku tidak peduli; Wahai anak Adam,ย seandainya engkau datang kepada-Ku dengan membawa kesalahan seukuran bumi kemudian engkau datang menjumpai-Ku dalam keadaan tidak berbuat syirik atau menyekutukan-Ku dengan apapun jua, maka sungguh Aku akan datang kepadamu dengan membawa ampunan seukuran bumi juga. ย [HR alTirmidzi]”

Pemimpin itu Cerminan kepada diri kita.

Bertanya seorang mad’u ku : Mengapa Allah tidak menaikkan dari kalangan kita pemimpin yang hebatnya zaman kegemilangan Islam dahulu ?

Jawapannya,

Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (wafat: 728H) mengingatkan:


โ€œAku telah menyebutkan di tempat (bab) yang lain bahawa punca kepada masalah yang berlaku kepada pemerintah, kemudian para menterinya, hakim-hakimnya, dan para panglimanya bukan hanya perlu dilihat dari kekurangan pada diri mereka sahaja, akan tetapi kerana kekurangan para pemimpin dan rakyat sekaligus, kerana sebagaimana keadaan kamu, maka begitulah akan dijadikan pemimpin untuk kamu. Allah Taโ€™ala berfirman:

โ€œDan demikianlah Kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menjadi teman (pemimpin) bagi sebahagian yang lain.โ€ (Surah al-Anโ€™am, 6: 129)

(Ibnu Taimiyyah, Majmuโ€™ al-Fatawa, 35/20-21)

Dan sekiranya ditanyakan kepadaku, antara politik dan tarbiyah, yang mana lebih dahulu, maka jawapanku ialah tarbiyah. Ia lebih kuat mencengkam jiwa dan menjamin. Manusia yang beriman akan melakukan keadilan di balik sistem yang zalim, begitu juga manusia yang fasiq akan mencari ruang kosong untuk melakukan kerosakan di balik sistem yang adil.

Ya Allah, lindungilah kami dari berbagai fitnah, baik yang zahir dan tersembunyi. Ya Allah jadikanlah orang yang menguasai urusan kaum Muslimin itu sebagai para pemimpin yang baik, peliharalah mereka dan berkatilah mereka.

Ya Allah, jauhilah mereka dari para pembantu yang jahat. Dan kurniakanlah untuk mereka para pembantu yang terdiri dari ulama yang jujur.

Selamat datang ke madrasah Ramadhan dan berpuasa. Selamat meningkat amal ibadat dan melazimi sunnah-sunnah di dalam.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s