Wasiat Imam Syafie.


وروى الشيخ الحافظ أبو محمد عبد الغني عبد الواحد بن علي المقدسي عن أبي منصور محمد بن علي بن صباح البلدني، قال: هذه وصية الإمام الشافعي رضي الله عنه أوصى بها إلى أصحابه:

أن يشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأن محمداً عبده ورسوله، لا نفرق بين أحد من رسله، وأن صلاتي ونسكي ومحياي ومماتي لله رب العالمين لا شريك له، وبذلكأمرت وأنا أول المسلمين، وأن الله يبعث من في القبور، وأن الجنة حق والنار حق، وأن عذاب النار حق، وأن الحساب حق والميزان والصراط حق، والله عز وجل يجزي العباد بأعمالهم، عليه أحيا وعليه أموت، وعليه أبعث إن شاء الله تعالى، وأن القرآن كلام الله غير مخلوق، وأن الله تعالى يُرى في الآخرة ينظر إليه المؤمنون عياناً جهاراً ويسمعون كلامه، وأنه فوق عرشه، وأن القدر خيره وشره من الله عز وجل لا يكون إلا ما أراد الله وقضاه وقدره، وأن خير الناس بعد رسول الله) : أبو بكر، وعمر، وعثمان، وعلي، رضي الله عنهم. وأتولاهم، وأستغفر لهم، ولأهل الجمل وصفين القاتلين والمقتولين، وجميع أصحاب النبي (، والسمع لأولي الأمر ما داموا يصلون والموالاة لهم، ولا يخرج عليهم بالسيف والخلافة في قريش، وأن كل ما أسكر كثيرة فقليله حرام، والمتعة حرام، وأوصي بتقوى الله عز وجل ولزوم السنة والآثار عن رسول الله ( وأصحابه وترك البدع والأهواء واجتنابها؛ فاتقوا الله ما استطعتم، وعليكم بالجمعة والجماعة ولزوم السنة والإيمان والتفقه في الدين، من حضرني منكم فليلقني لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأن محمداً عبده ورسوله، وتعاهدوا الأظفار والشارب، وإذا احتضرت فإن كانت عندي حائض فلتقم، وأن تطيبوا وتدهنوا.

Telah meriwayat Shaykh al-Hafiz Abu Muhammad Abdul Ghaniy Abdul Wahid bin Ali al-Maqdisi dari Abu Mansur Muhammad bin Ali bin Sabah al-Baldani, telah berkata ; Ini adalah wasiat Imam Syafie -semoga Allah meredhainya kepada sahabat-sahabatnya,

Hendaklah kamu bersaksi bahawa tiada Sembahan melainkan Allah, Dialah satu-satunya dan tiada sekutu baginya. Dan sesungguhnya nabi Muhammad itu hambaNya dan RasulNya, dan tidak membezakan antara RasulNya dengan Rasul yang lain. Dan Sesungguhnya Solatku, ibadahku, kehidupanku, matiku hanyalah untuk Allah Tuhan sekalian alam yang tiada sekutu bagiNya dan aku telah diperintahkan oleh Allah dan aku dari kalangan terawal yang menyerah diri. Dan sesungguhnya Allahlah yang membangkitkan ahli kubur, dan sesungguhnya Syurga itu benar dan neraka itu benar. Dan azab neraka itu benar, dan penghisaban amalan itu benar, dan timbangan dan titian Sirath itu benar. Dan Allah Azza Wa Jalla yang memberi balasan kepada hambaNya berdasarkan amalan mereka, dan dengan pengakuan ini aku hidup dan aku mati, dan dengan pengakuan ini aku akan dibangkitkan InsyaAllah. Dan sesungguhnya Al-Quran itu Kalamullah dan bukanlah makhluk. Dan Allah Subhanahu Wa Taala akan dilihat di akhirat nanti, orang Mukmin melihatnya dengan terang dan jelas dan mendengar kata-katanya. Dan sesungguhnya Allah itu di atas ArasyNya. Dan Qadar itu yang baik dan buruk daripada Allah dan tidak berlaku melainkan dengan kehendak Allah mengikut ketentuanNya dan ketetapanNya. Dan sebaik-baik manusia selepas Rasul Allah Sallallahu-alayhi-wasallam ialah : Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali -semoga Allah meredhai mereka semua- , aku mentaati mereka, mendoakan keampunan untuk mereka, dan aku mendoakan keampunan bagi kaum Muslimin di dalam perang Jamal, Siffin, samada mereka yang membunuh dan mereka yang terbunuh dan keseluruhan sahabat Nabi. Dan mentaati pemerintah selagi mana mereka bersolat dan memberi pertolongan kepada mereka. Dan tidak boleh memberontak ke atas mereka dengan pedang dan tampuk khilafah itu pada orang Quraisy. Dan setiap yang memabukkan itu ketika ia banyak, maka sedikitnya pun menjadi haram, dan nikah mutaah itu haram. Dan aku bersaksi supaya bertaqwa kepada Allah Subhanahu Wa Taala dan melazimi Sunnah dan atsar dari Rasul Allah Sallallahu-alayhi-wasallam dan sahabat-sahabatnya. Dan meninggalkan bidaah (perkara yang baru) dan hawa nafsu dan menjauhi keduanya. Bertaqwalah(takutlah) kamu kepada Allah semampumu. Dan wajib ke atas kamu Solat Jumaat dan berjemaah dan melazimi Sunnah dan Iman dan sentiasa mendalami agama. Dan sesiapa di antara kamu yang mendatangi aku(ketika aku nazak) maka talkinkanlah aku dengan kalimah ‘Tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah yang Maha Esa tiada sekutu bagiNya dan sesungguhnya Muhammad itu hamba dan RasulNya, dan dan pendekkanlah kuku dan misaimu, dan apabila seorang wanita haidh berada di sisiku ketika aku sedang nazak, maka hendaklah dia beredar,dan hendaklah kamu memakai minyak wangi dan memakai minyak rambut.

Sumber :

Bab Wasiyyat al-Imam as-Syafie.
Buku al-Amru Bi al-Ittiba’ Wa an-Nahyu ‘an al-Ibtida’ (Suruhan untuk Ittiba’ dan Tegahan dari berbuat Bid’ah) Juz 1/ M/s 34
Karangan Imam as-Suyuthi. 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s