[Siri Akhir] Ke Arah Kepimpinan Pemuda Islam Masa Hadapan


Keempat : Pembentukan Kelayakan dalam Kepimpinan.

Kita melihat bagaimana Allah telah memilih manusia dari kalangan para Nabi dan Rasul yang ditugaskan untuk mereka Risalah Tauhid untuk umat manusia.

Allah memilih utusan-utusanNya dari malaikat dan dari manusia; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.  [ Surah al-Hajj ayat 75] 

Kepimpinan adalah satu kedudukan yang khusus dan pangkat berseorangan yang akan membezakan dalam sesuatu umat. Telah menjadi kebiasaan bagi seorang pemimpin untuk membezakan pengikut yang menjadi wakilnya daripada yang lain. Sepertimana Allah SWT memberi pertolongan dan perlindungan serta penjagaan dari perkara-perkar ajahiliyyah , kepercayaan dan adat yang rosak. Benarlah seperti Firman Allah SWT,

 Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.  [Surah ThaHaa ayat 39]

Menjadi kewajipan bagi pemimpin untuk mementingkan pendidikan pemuda-pemuda Islam supaya dapat melahirkan generasi pemimpin daripada kalangan pemuda-pemudanya . Juga merupakan satu kepentingan yang besar iaitu mendidik pemuda untuk berfikir dan mendidik mereka dengan agama. Menyibukkan mereka dengan para ulama, para pendidik, orang yang bijak pandai supaya jalan kehidupan mereka menjadi selamat. Supaya pemuda-pemuda itu menjadikan pusat tumpuan mereka ialah tempat pembelajaran dan seterusnya menjadikan mereka termasuk di dalam golongan yang berilmu.

Pemuda yang mendapat pangkat tertinggi di dalam ummatnya ialah pemuda yang kuat iman dan taqwanya, tinggi akhlaknya, kuat taqwa dan waraknya, banyak ilmu dan pengalamannya, kuat tubuh badannya, bagus perencanaan dan perancangannya.

Firman Allah tentang kisah Nabi Zakariyya dan anaknya Nabi Yahya,

“Wahai Yahya, terimalah Kitab itu (serta amalkanlah) dengan bersungguh-sungguh! Dan Kami berikan kepadanya Hikmat kebijaksanaan semasa ia masih kanak-kanak. 

dan (Kami mengurniakannya) rahmat dari sisi Kami, serta kelebihan yang kembang manfaatnya; dan ia seorang yang bertaqwa. 

Dan ia taat serta berbuat baik kepada ibu bapanya, dan ia pula tidak sombong angkuh atau derhaka.  [Surah Maryam ayat 12-14]

Juga bagaimana kisah Allah melantik pemimpin Bani Israil iaitu Thalut,

Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: “Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu. Mereka menjawab: “Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?” Nabi mereka berkata:” Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan”. Dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya. [Surah al-Baqarah ayat 247]

1. Kekuatan Iman dan Roh

Apabila seseorang pemuda memilih ketaatan kepada Allah, dan berpegang dengan prinsipnya, maka kejahatan yang dahsyat itu tidak akan memberi kesan terhadapnya. Begitulah bagi apa yang terjadi kepada remaja pada hari ini seperti masalah keruntuhan akhlak dan sosial yang dahsyat yang melanda mereka hari ini disebabkan mereka dilekakan dengan perkara yang pelbagai, mereka menyembunyikan pegangan pemuda yang beriman dan akidahnya, dan mereka kurang hubungan dengan Allah.

2. Kekuatan akhlak dan individu.

Begitu juga dengan kekuatan akhlak yang berpandukan petunjuk Islam dan wahyu. Akhlak yang mantap merupakan senjata yang terpenting yang sepatutnya menjadi bekalan untuk melahirkan kepimpinan dari kalangan pemuda.

Seterusnya kekuatan akhlak seperti semangat, kesabaran, keberanian menghadapi masalah hidup, bekerja dengan amanah dan ikhlas.

Wassalam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s