[Sambungan] Ke Arah Kepimpinan Pemuda Islam Masa Hadapan


Kedua : Pemuda-pemuda, Kedudukannya dan Matlamatnya.

Definisi Pemuda :

  • Dari segi bahasa bermaksud pemuda atau semakin besar, sudah sampai waktu pemuda dan sampai umurnya.
  • Dan dikatakan juga : Orang yang sudah sampai tahap baligh tetapi belum sampai tahap dewasa.
  • Dari segi Istilah : Bermaksud individu yang umurnya antara 15 sehingga 25 tahun. 
  • Dikatakan juga : Antara umur 24 sehingga 28 tahun.
  • Dan telah disepakati bahawa umur pemuda ialah antara 15 sehingga 24 tahun.

Umur pemuda merupakan tahap peralihan ke alam dewasa. Tahap tumbesaran badan, jiwa, dan pemikiran manusia. Ia juga langkah individu ke arah penerimaan dan penjagaan dan mereka menjadi lebih berdikari dan lebih bergantung kepada diri sendiri.

Istilah syabab (pemuda di dalam bahasa Arab) tidak disebut di dalam al-Quran tetapi disebut istilah lain yang dekat atau yang seerti dengannya. Firman Allah SWT,

Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. [Surah al-Kahfi ayat 13]

Allah SWT menceritakan tentang doa mereka,

(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”.  [Surah al-Kahfi ayat 10]

Yang mana Allah memberi kekuatan hati kepada mereka,

Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: “Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.” [Surah al-Kahfi ayat 14]

Seterusnya kisah Ibrahim dengan kaum seperti di dalam firman Allah SWT,

(Setengah dari) mereka berkata: “Kami ada mendengar seorang anak muda bernama Ibrahim, mencacinya”. [Surah al-Anbiyaa ayat 60]

Dan jumhur mufassirin berpendapat al-Quran telah menggunakan perkataan “fityah” dalam kisah Ashabul Kahfi yang menunjukkan mereka itu adalah pemuda. Dan segelintir daripada mereka mengatakan bahawa istilah ini digunakan untuk pemuda dan orang dewasa setelah mereka merasai alam remaja.

Manakala di dalam hadis Nabi, telah masyhur istilah “syabab” yang banyak disebut di dalam hadis.

Kepentingan Pemuda dan Kedudukan Mereka di Sisi Islam

Sesungguhnya pemuda pada setiap umat adalah kebanggan hidup, harapan masa depan dan tempat perlindungan dan generasi yang dipenuhi dengan segunung harapan untuk mengubah aspek kehidupan dan ia juga untuk merealisasikan pencapaian kemajuan di atas dasar yang teguh.

Dan pemuda adalah tahap yang paling mencabar dan semangat pemuda yang suka mencuba, memberi kerjasama, pengorbanan dan cita-cita tinggi mereka kepada masyarakat.

Pemuda ialah tahap paling cergas di dalam kehidupan manusia. Tahap yang dibina padanya akidah dan contoh teladan dan dibentuk dalam diri pemuda pemikiran manusia dan jiwa kemanusiaan yang merupakan persiapan untuk memainkan peranan mereka di dalam memikul tanggungjawab masyarakat.

Asas Kepentingan Pemuda dan Peringkatnya;

Mereka adalah produk yang bertenaga dan mampu menerima perkara yang baru, mempunyai azam yang kuat dan juga mampu melakukan perubahan dan merangsang semangat kemasyarakatan dan memajukannya.Mereka merupakan produk yang mampu menggerakkan semangat masyarakat dan menaja proses pengeluaran dan mampu memikul tugas untuk membangunkan sektor ekonomi bagi umat. Mereka merupakan jumlah yang paling banyak di dalam masyarakat dan aktif dari segi pemikiran dan praktikal.

Maka jika umat itu baik, ia menunjukkan pemikiran sesuatu umat itu, dan jika pemuda tidak diberi panduan dan pendidikan yang sempurna berdasarkan agama maka mereka akan memusnahkan pembangunan umat pada masa kini dan masa hadapan.

Sesungguhnya proses mendidik pemuda yang berkualiti bukan senang, ianya sama susah dengan memajukan sektor ekonomi dan sosial. Dan agama Islam tidak mengabaikan kepentingan dalam mendidik pemuda dan kedudukan mereka.

Al-Quran telah menyebut kisah Ashabul Kahfi yang lari dari kekafiran dan beruzlah demi menjaga agama dan keimanan mereka.

Al-Quran telah menyebut kisah seorang pemuda yang bernama Ibrahim yang baru berumur 16 tahun yang mengisytiharkan kekafiran agama bapanya dan kaumnya.

Al-Quran telah menceritakan kisah pemuda yang kacak yang bernama Yusuf yang merupakan contoh yang baik dari segi akhlaknya dan perangainya. Dan beliau telah menahan diri dari godaan isteri raja yang mendesaknya agar melakukan maksiat.

Dalam Hadis Nabi telah disebutkan kedudukan pemuda di sisi Nabi. Telah disebutkan tentang kedudukan syabab dalam salah satu daripada empat soalan tentang kedudukan seorang Muslim pada hari kiamat untuk memastikan kejayaan dalam kehidupan dunia.

” Tidak beralih mana-mana kaki anak Adam pada hari Kiamat sehingga ditanyakan tentang empat perkara ini : daripadanya, pada masa mudanya kemana ia telah dihabiskan? ” 

Lihatlah di dalam Hadis Nabi yang menjelaskan bahawa salah satu daripada orang yang akan dinaungi di bawah naungan Allah pada hari Kiamat yang tiada naungan selain naunganNya iaitu,

…pemuda yang dididik untuk mengabdikan diri kepada Allah.

Dan sebagai langkah penjagaan Nabi terhadap kesucian pemuda dan kemuliaan akhlak mereka, baginda telah menggalakkan mereka untuk segera berkahwin jika ada sebab yang membawa kepada perkara itu kerana baginda sangat memahami keperluan pemuda dan keinginan mereka. Dan jika mereka tidak mampu untuk berkahwin mereka disarankan supaya berpuasa untuk menahan syahwat mereka supaya mereka sentiasa di dalam kesucian dan kemuliaan.

” Wahai pemuda, sesiapa yang mampu di antara kamu maka berkahwinlah …. maka sesiapa yang tidak mampu, oleh itu berpuasalah. Maka sesungguhnya ianya merupakan penawar baginya. “

 Nabi sangat mengambil berat tentang kepentingan pemuda melalui tampuk pemerintahan baginda. Baginda melantik Usamah bin Zaid untuk memimpin tentera yang terdiri daripada sahabat-sahabat yang lebih hebat, sedangkan beliau ketika itu tidak mencapai umur 20 tahun lagi. Contoh lain, bagaimana baginda mengutuskan Mus’ab bin Umair sebagai pendidik agama Islam kepada penduduk Madinah, dan Ali bin Abi Talib untuk tidur di biliknya pada malam hari, sewaktu baginda berhijrah ke Madinah.

Kata Abu al-Hasan an-Nadwi,

Sejarah telah mencatatkan bahawa kebanyakan pemuda pada kebanyakan masa mereka adalah orang yang mendahului dalam berdakwah dan lebih cepat menerima dakwah itu.

Perkara ini berlaku kerana generasi lama dibebani dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab. Manakala pemuda, tiada apa yang dapat menghalang mereka disebabkan mereka mempunyai semangat, pemikiran dan keazaman yang begitu tinggi.

Perkara inilah yang diperlukan oleh Islam. 

Ketiga : Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Pemuda Islam

Cabaran untuk menjauhkan diri daripada hiburan.

Ujian pemuda pada masa kini adalah hiburan yang pelbagai bentuk, dan Islam telah menggariskan kepada ibu bapa untuk anak-anak mereka panduan, dan pemikiran yang betul berdasarkan ajaran Islam dan akhlaknya yang mulia seperti firman Allah SWT,

(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: “Ugama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat”.  [Surah al-Baqarah ayat 138]

Apabila institusi keluarga sudah kucar-kacir, masjid tidak mesra-pemuda, tempat pengajian tinggi, media massa dan sekolah dicemari dengan fikrah-fikrah dari musuh Islam, maka pemuda akan berbolak-balik ke arah hiburan dan ragu-ragu dalam menerima sesuatu perkara.

Kekurangan pendedahan tentang Islam menyebabkan mereka kurang percaya kepada diri sendiri, tidak berdikari, dan akan berlaku kemerosotan akhlak. Pemuda juga menuju ke arah hiburan apabila mereka putus asa, jatuh dan tidak ada tempat bergantung untuk membangunkan diri mereka. Mereka akan berasa lemah dan merasa lemah dalam mencapai sesuatu perkara dan menuju ke arahnya.

Kesulitan dalam menyatukan umat Islam adalah racun paling utama untuk menjatuhkan pemuda kerana mereka tiada lagi idea, gerakan atau umat yang akan membimbing mereka ke arah yang benar. Kurangnya didikan agama, dan tahap pendidikan agama yang dihadkan kepada di sekolah dan pengajian-pengajian agama. Tidak kurang juga kecuaian masyarakat dan kurangnya sumber ilmu dalam masyarakat.

Terdapat juga sebab-sebab luaran seperti serangan pemikiran orientalis dan fanatik dengan kebudayaan barat dari segi adatnya, nilainya dan akhlaknya.

Sesungguhnya pemuda dan hiburan itu terdapat percanggahan samada dari kehidupan Islam apa yang terkandung di dalam islam itu serta prinsip-prinsip yang diamalkan di antara kehidupan hakiki yang tiada kena-mengena dengan islam dari segi sosial dan akhlak yang menyebabkan kejutan budaya.

Cabaran dari segi Pemahaman dan Maklumat. 

Pemuda Islam telah menghadapi cabaran yang begitu susah seperti terdapat jurang yang agak ketara dalam kajian, ilmiah dan praktikal melalui bidang teknologi dan ciptaan sedangkan negara Barat lebih terkehadapan berbanding negara Islam.

Digambarkan di sini tentang kemampuan pemuda dalam mencapai pemahaman di medan peperangan ilmu dalam dunia teknologi maklumat terkini. Contoh termudah kita lihat sains dan agama yang telah menimbulkan tanda tanya bagaimana kita boleh memanfaatkan kedua-duanya untuk kepentingan umat Islam tanpa bercanggah dengan ajaran Islam.

Manakala cabaran dari segi sumber maklumat, berkaitan dengan revolusi perhubungan dua hala dan penggunaan media massa melalui saluran-saluran terbuka seperti laman sesawang web sosial, internet, facebook dan twitter.

Cabaran kepada umat Islam kini ialah bagaimana memajukan kehidupan mereka untuk mencapai taraf kemodenan seperti menggunakan alat komunikasi dalam pembangunan Islam untuk kemudahan dakwah Islamiah.

Sesungguhnya sosial itu menjadi penghalang kepada gerakan Islam kerana sosial itu sangat meluas dan tidak mampu dikawal kecuali ianya dipupuk dengan ajaran Islam dan pendidikan yang sempurna.

Maka hendaklah kita menjaga pemuda-pemudi dengan menyedarkan mereka dari suasana yang merosakkan mereka. Mereka juga harus mengawal pergaulan mereka daripada berkawan dengan rakan-rakan yang rosak akhlaknya. Dan mereka perlu menyedari tentang tanggungjawab mereka dalam menyatupadukan kaum mereka.

Dr. Mustafa Ijazi berkata,

Sesungguhnya telah tibanya waktu untuk mereka memajukan ilmu yang ada pada mereka seperti ilmu  “Ilmu Kepemudaan”. Tiba masanya kita mengembangkan ilmu ini kerana pada realitinya ilmu ini tidak berkembang di pengajian tinggi kita pada masa kini. Ia juga perlu menunjukkan kepada kita bahawa kita telah meminggirkan kepentingan para pemuda. Kita perlulah mementingkan tentang pemuda kerana ia merupakan asas dalam pembangunan negara dari sudut pendudukan kerjaya dan kemasyarakatan.

Wallahua’lam. Sambung siri terakhir. Proses menulis agak lambat kerana saya baru sembuh dari demam yang panjang. Tidak pernah saya memikirkan sesuatu sehingga pening-pening dan jatuh sakit. Alhamdulillah syukur atas nilai nyawa yang masih dikurniakan Allah.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s