Sentuhan Jiwa


Assalamualaikum wbt.

Posting kali ini agak menyentuh pelbagai isu. Kebelakangan ini saya agak sibuk kerana selalu keluar daerah pada hujung minggu. Sudahnya blog sudah tidak berupdate. Banyak juga noti dan private di FB. Maaf sebab tidak berjawab dan isu seperti Syiah dan sebagainya yang tidak terikut. Sibuk bukan alasan yang kuat. Ustaz Hasan al-Banna kata, Tanggungjawab itu lebih banyak dari waktu.

ليس يعلم أحد إلا الله كم من الليالي كنا نقضيها نستعرض حال الأمة، وما وصلت إليه في مختلف مظاهر حياتها، ونحلل العلل والأدواء، ونفكر في العلاج وحسم الداء، ويفيض بنا التأثر لما وصلنا إليه إلى حد البكاء، وكم كنا نعجب إذ نرى أنفسنا في مثل هذه المشغلة النفسانية العنيفة و الخليون هاجعون يتسكعون بين المقاهي و يترددون على أندية الفساد و الإتلاف، فإذا سألت أحدهم عما يحمله على هذه الجلسة الفارغة المملة قال لك: أقتل الوقت، و ما دري هذه المسكين أن من يقتل وقته إنما يقتل نفسه، فإنما الوقت هو الحياة.

Lawatan ke Kelantan

Hujung minggu yang lepas, saya merantau ke Kelantan dan sempat menghadiri kuliah Hadis Sahih Bukhari. Alhamdulillah, rasa sangat nikmat duduk di Kelantan. Penuh dengan kuliah hadis Maulana Asri dan kuliah Tuan Guru. Semoga Allah memberkati pemerintahan Kelantan. Semoga Allah tambah rezeki saya. Rasa bahagia duduk di Kelantan walaupun tak sampai dua hari.

PTPTN dan Maghribi. 

Jom kita baca komentar Menteri Pengajian Tinggi tentang Morocco di sini. Semoga Allah selamatkan sahabat2 kami dan jalan pengajian di Maghribi. Sangat nikmat belajar dengan percuma ditambahkan lagi dengan bonus Biasiswa dari UNESCO. Barangkali si menteri itu tidak tahu kebanyakan sahabat2 Maghribi saya sudah menyelesaikan Degree mereka ketika berumur 21 tahun dan kebanyakan dari mereka menyambung ke pengajian yang lebih tinggi dan banyak memegang jawatan2 penting dalam kerajaan.

Kita Mati Setiap Hari.

Saya rasa semua orang tidur setiap hari. Kalau tak tidur, nanti jadi gila. Yang sibuk bermaksiat tu, fikir2lah takut nanti bila kita tidur, Allah cabut nyawa kita. Tidur sebuah muhasabah yang baik untuk kita.

Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati: dalam masa tidurnya; kemudian Ia menahan jiwa orang yang Ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya).  [Surah az-Zumar ayat 42]

Politik

Saya sedang cuba untuk belajar meneliti perbualan kata, pemikiran orang politik dan aktivisnya. Belajar politik dari mereka, menilai perbahasan dan diskusi2 mereka. Duduk bersama mereka. Saya juga cuba untuk membawa idea-idea Islamik di dalam perbahasan bersama mereka.

Belajar Sesuatu Yang Baru. Mencambahkan idea dan menyampaikan pada orang lain. Belajar menjadi Forumer dan Panelis yang baik. Belajar untuk jadi Sabar menahan tekanan. Belajar untuk diinterrogate.

Satu perkara yang sangat saya takuti apabila saya berseorangan membawakan idea bercirikan Islamik, saya sangat takut dengan kelemahan saya yang banyak itu, idea Islamik itu dianggap sebagai kegagalan dan saya dituduh sebagai orang yang jumud.

Ya Allah, permudahkanlah urusan kami. 

Wahai Tuhan Kami, Kami telah beriman dengan apa yang Kau turunkan, dan Kami telah mengikuti Rasul, maka tulislah untuk Kami bersama orang2 yang menyaksikannya.

Wabak Sepanjang Jalan.

Selamat membaca dan mendengar serta mendapat manfaat daripada kuliah Dr. Anas Madani ini. Tajuknya ialah Wabak Sepanjang Jalan. Wabak yang melanda aktivis dan pejuang dakwah samada dari bawahnya sehingga ke bahagian qiyadahnya.

Di sini

Cara menguatkan Iman.

Murid-muridku mengadu kepadaku tentang dahsyatnya fitnah yang pelbagai, dan iman mereka yang lemah. Maka jawapanku, bangunlah pada waktu malam kerana qiamullail itu menguatkan jiwa dan iman.

Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya. [Surah al-Muzammil ayat 6]
Perbanyakkan amalan sunat dan cintailah Allah dalam ibadahnya, walaupun terpaksa membelakangkan keluarga dan orang yang dicintai. 
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah berfirman: Sesiapa yang memusuhi wali-Ku (orang yang setia kepada-Ku), maka Aku mengisytiharkan perang terhadapnya. Tiada seorang pun daripada hamba-Ku yang bertaqarrub (beramal) kepada-Ku dengan sesuatu lebih Aku cintai daripada ia menunaikan semua yang Aku fardukan ke atas dirinya. Di samping itu, hendaklah sentiasa bertaqarrub kepada-Ku dengan nawafil (ibadat sunat) sehingga aku mencintainya. Apabila Aku sudah mencintainya, nescaya jadilah Aku (seolah-olah) sebagai pendengarannya yang ia mendengar dengannya; sebagai penglihatan yang ia melihat dengannya; sebagai tangannya yang ia bertindak dengannya dan sebagai kakinya yang ia berjalan dengannya. Seandainya ia memohon (sesuatu) daripada-Ku pasti akan Aku terima; dan seandainya (pula) ia memohon perlindungan daripada-Ku pasti Aku akan melindunginya.” (Sahih al-Bukhari) 

Terorisme Minda

Kita tidak sedar minda kita diserang dengan pelbagai cara samada kasar atau halus. Selamat berhati-hati dengannya.

Wassalam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s