Tips Doa Mustajab.


Mahu doa mustajab? Jadikan ayat ini sebagai mukadimah doa sebelum meminta apa-apa daripada Allah.

اللَّهمَّ إِني أسألُكَ بأني أَشْهَدُ أنَّكَ أنْتَ اللهُ ، لا إلهَ إلا أنتَ، الأحَدُ الصَّمَدُ ، الذي لم يَلِدْ ولم يُولَدْ ، ولم يكن له كُفُوا أحَدٌ

Maksudnya :
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMU dengan menyaksikan bahawa Engkau adalah Allah, tiada Tuhan melainkan Engkau, yang esa, yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat, yang tidak melahirkan, dan tidak pula dilahirkan, dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya

————————-

Dalilnya dari sebuah hadis ;

عن عبد الله بن بريدة – رضي الله عنه – : أَنَّ رسولَ الله -صلى الله عليه وسلم- : « سَمِعَ رَجُلا يقول : اللَّهمَّ إِني أسألُكَ بأني أَشْهَدُ أنَّكَ أنْتَ اللهُ ، لا إلهَ إلا أنتَ، الأحَدُ الصَّمَدُ ، الذي لم يَلِدْ ولم يُولَدْ ، ولم يكن له كُفُوا أحَدٌ ، فقال : والذي نفسي بيده ، لقد سأل اللهَ باسمه الأَعظَمِ ، الذي إِذا دُعِيَ به أجابَ ، وإِذَا سُئِلَ بِهِ أعْطَى

Maksudnya : Dari Abdullah bin Buraidah, Rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam mendengar seorang lelaki berkata : Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMU dengan menyaksikan bahawa Engkau adalah Allah, tiada Tuhan melainkan Engkau, yang esa, yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat, yang tidak melahirkan, dan tidak pula dilahirkan, dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya; Baginda shallallahu ‘alayhi wa sallam berkata : “demi yang jiwaku di tanganNya, sesungguhnya dia telah meminta Allah dengan namaNya yang paling agung, yang mana jika meminta dengannya maka akan ditunaikan (permintaannya), dan jika berdoa dengannya akan dijawab (doanya).
[diriwayatkan oleh Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah, Ibn Hibban dan al-Hakim. berkata al-Tirmizi : hadis hasan gharib]

Kredit kepada Ustazah Ili Dalila.

Tambahan dari Fikri : Hadis ini ada di dalam Sunan Tirmizi, Imam Tirmizi berkata : Hadis ini Hasan Gharib. Hadis ini juga ada dalam kitab Bulughul Maram, m/s atau nombor : 456 .

InsyaAllah, bila sesuatu hadis itu disebutkan oleh Imam Tirmizi di dalam Sunannya, maka hadis itu menjadi amalan oleh para salafussoleh kecuali 2 hadis sahaja.

Advertisements
By rajawalibiru Posted in Hadis

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s