Prinsip Manhaj Salafi dalam Berdakwah


Ini entri pertama saya pada tahun 2012. Maaf sebab tidak berupdate, kerana masih di dalam peperiksaan. Doakan semoga semester “coursework” ini selesai dan boleh mula untuk menulis thesis Master. 
Tahniah kepada adinda tersayang, Mastura kerana cemerlang di dalam Sijil Menengah Ugamanya. InsyaAllah laptop hitam ini akan jadi miliknya.
Tahniah kepada adinda Luqmanul Hakim kerana dapat menyambung pelajaran ke Maahad Tahfiz. Semoga menjadi hammalatul Quran. 

Kembali kepada tajuk.

Kenapa Berdakwah ?

Jawapannya ; Al-Quranul Karim telah menyebutkan ;

Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.”  [ Yusuf ayat 108 ].

Dakwah ialah jalan. Jalan perlukan manhaj. Dakwah ialah mengajak manusia dekat kepada Allah dan faedahnya bukan kembali kepada Daei sahaja, bahkan kepada  orang yang didakwahnya, samada di kalangan ahli keluarganya, jiran tetangganya, seluruh muslimin samada di dalam negeri itu atau di luar negara yang mendapat manfaat daripadanya dan faedah itu sentiasa berjalan sehingga datangnya Kiamat. 

Apakah jenis pendakwah/ daei?

Secara mudahnya;

  1. Pendakwah yang mengajak ke arah kebaikan mengikut Sunnah dan bersama Sunnah itu ada sedikit Ijtihad  , selama mana tidak menyalahi Nas iaitu Al-Quran dan As-Sunnah , Al-Jamaah dan jalan Salafussoleh.
  2. Pendakwah yang mengajak manusia dengan hawa nafsu. Sebabnya kerana kesilapan di dalam manhajnya. Kekurangan ataupun tasawwur/gambaran yang kurang jelas tentang Islam menyebabkan dia tersilap dalam mengajak manusia. Bermula dengan niat yang baik tetapi menghasilkan natijah/keputusan yang buruk.
Kenapa perlukan manhaj yang betul? ;
Keprihatinan kita/ berhati-hatinya kita dalam perkara Usul akan menyebabkan akan menjaga fikiran dan hati kita daripada membuat kesalahan. 
Firman Allah Swt ;
Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). [ Al-Maidah ayat 48 ]
Dakwah yang Ikhlas tidak memerlukan pembalasan berupa harta.
Firman Allah Swt ;
Katakanlah (wahai Muhammad): ” Aku tidak meminta kepada kamu sebarang bayaran kerana menyampaikan ajaran Al-Quran ini, dan bukanlah aku dari orang-orang yang mengada-ngada “. 

Al-Quran tidak lain hanyalah peringatan bagi penduduk seluruh alam. [Saad ayat 86-87]
Jalan yang dilalui oleh Nabi Muhammad sallallahu-alayhi-wasallam tidak memerlukan harta.
Apabila seorang Daie/ Pendakwah meminta harta sebagai balasan, maka dia akan dipengaruhi apa yang diinginkan oleh manusia , dan itu akan menyebabkan dia mengikut kemahuan manusia dan akhirnya jauh daripada jalan yang dilalui oleh Rasul dan sahabat-sahabatnya.
Firman Allah SWT;
“Oleh itu, jika kamu berpaling membelakangkan peringatanku, maka tidaklah menjadi hal kepadaku, kerana aku tidak meminta sebarang balasan daripada kamu (mengenai ajaran ugama Allah yang aku sampaikan itu); balasanku hanyalah dari Allah semata-mata (sama ada kamu beriman ataupun kamu ingkar); dan aku pula diperintahkan supaya menjadi dari orang-orang Islam (yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah)”.  [ Yunus ayat 72 ]
Mengapa mesti dengan kefahaman Salafussoleh?
Firman Allah SWT :
Dan orang-orang yang terdahulu – yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar”, dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. [ At-Taubah ayat 100 ]
Dalam ayat di atas, Allah memuji para sahabat (As-Sabiqun al-Awwaluun) dan orang-orang mengikuti mereka dengan keimanan dan ketaatan. Dan mereka meredhai Allah dan Allah meredhai mereka.
Salafussoleh ialah mereka yang terdahulu ( the pious predessor) yang Allah uji keimanan mereka dan mereka merupakan 3 generasi dalam kurun terawal seperti hadis Nabi sallallahu-alayhio-wasallam ;
“the best of you is my generation, then those who follow them and then those who follow them.” [Saheeh al-Bukharee] He mentioned two generation or three generations.
Kriteria dalam Berdakwah
1. Ikhlas.
Dan ia sudah dijelaskan pada awal entri ini khususnya di dalam Surah Yusuf ayat 108.
2. Mengajak kepada Tauhid.
Dan ini dijelaskan dalam hadis Nabi sallallahu-alayhi-wasallam ketika beliau menghantar Muaz ke Yaman,
“O Mu’adh, you are going to the People of the Book.

  • First of all invite them to worship Allah (alone),
  • When they come to know Allah, inform them that Allah has enjoined on them, five prayers in every day and night,
  • If they start offering these prayers, inform them that Allah has enjoined on them, the Zakaat, and it is to be taken from the rich amongst them and given to the poor amongst them and if they obey you in that, take Zakaat from them and avoid taking the best property of the people as Zakaat.”[Saheeh al-Bukharee (book.24, no.537)]
“O Mu’adh, You are going to a nation from the People of the Book, so let the first thing to which you will invite them, be the Tawheed of Allah.” [Saheeh al-Bukharee (book.93, no.469)]
Mengajak manusia supaya kembali kepada Allah / dekat kepada Allah dengan tauhid kerana tauhid ialah perkara asas yang apabila benar tauhid seseorang itu, maka benarlah perkara yang lain.
3. Mengikut Sunnah dan menjauhi Bid’ah
Ramai manusia keliru dengan maslahah dan bid’ah.

Bid’ah ialah sesuatu yang baru yang tiada di dalam agama.

Maslahah pula ialah perkara yang dibuktikan oleh Ijtihad, tidak menyalahi syarak dan tidak memasukkan sesuatu yang diharamkan oleh syariat. Apabila maslahah itu melibatkan perkara yang baru, merosakkan keikhlasan dan bercanggah dengan syariat, maka ia maslahah yang batil. 
Hadis Nabi sallallahu-alayhi-wasallam kepada Aishah radiyallahuanha,
“Whoever innovates something in this matter of ours (Islam) which is not part of it, will have it rejected.” [Agreed upon]
4. Mentarbiyah manusia dengan ilmu.
Tarbiyah untuk membaiki akhlak manusia, membaiki kefahaman manusia tentang AL-Quran dan As-Sunnah, adab dan apa-apa yang berkaitan dengan Islam dan perkara-perkara lain.

Akan tetapi, mestilah diutamakan pelajaran Al-Quran, Tafsir Al-Quran, hadis-hadis seperti Sahih al-Bukhari dan buku lainnya, pendapat-pendapat ulama yang terdahulu .

Apabila seorang mad’u diberitahu tentang kehebatan dan keilmuan para sahabat dan ulama terdahulu, maka mereka akan melebihkannya kerana kelebihan-kelebihan yang sangat besar yang ada pada mereka. Begitu juga apabila al-Quran diutamakan, maka al-Quran itu akan sentiasa dirujuk. Dan begitu juga dengan pelajaran tentang Hadis dan Sunnah Nabi sallallahu-alayhi-wasallam, maka mad’u akan mengenal apakah itu sunnah Nabi sallallahu-alayhi-wasallam dan mengamalkannya di dalam kehidupan mereka.

Maka jadilah dengan dakwah tadi, kehidupan seorang mad’u itu semakin hampir dan baik kepada Allah. 

5. Memberi kepentingan kepada penguasaan Bahasa Arab.
Kenapa perlukan bahasa Arab?
  • memudahkan untuk memahami Al-Quran
  • tahu tentang arahan, larangan, janji dan akibat azab daripada Al-Quran
  • tahu tentang kisah-kisah umat terdahulu dan sebagainya yang diceritakan di dalam Al-Quran.
Fikri : Pengalaman saya sejak dibesarkan di dalam keluarga yang penuh dengan usrah dan aktiviti dakwah, kegagalan seorang aktivis atau pejuang atau daie memahami bahasa Arab menyebabkan dia kurang berminat dengan agama, kurang berminat menghadiri usrah, dan walaupun dia istiqamah dengan usrah atau dakwah selama bertahun-tahun, pengetahuan dia hanyalah bergantung kepada apa yang disuap oleh naqib. Sebab itu, tidak hairan ada aktivis yang 10-20 tahun duduk di dalam kehidupan dakwah dan menghadiri usrah selama bertahun-tahun lamanya, tetapi masih merangkak membaca al-Quran dan masih tidak tahu ilmu asas tentang agama seperti hadis dan sebagainya .
6. Disiplin ilmu.
6.1. Seseorang daie itu mestilah mempunyai pengetahuan yang lengkap, dan akhirnya menjadikan ia konfiden dengan apa yang akan disampaikan kepada mad’u.
6.2. Jangan memberitahu sesuatu tentang halal dan haram melainkan dengan dalil dari Al-Quran dan Hadis.
Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: “Ini halal dan ini haram”, untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya. [An-Nahl ayat 116]
Ingatlah firman Allah SWT ;
Katakanlah (wahai Muhammad) “kedatangan Al-Quran itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya, maka dengan isi kandungan Al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan dari segala benda dan perkara yang tidak kekal)”. 

Katakanlah (kepada kaum yang mengada-adakan sesuatu hukum): “Sudahkah kamu nampak baik-buruknya sesuatu yang diturunkan Allah untuk manfaat kamu itu sehingga dapat kamu jadikan sebahagian daripadanya haram, dan sebahagian lagi halal?” Katakanlah lagi (kepada mereka): “Adakah Allah izinkan bagi kamu berbuat demikian, atau kamu hanya mengada-adakan secara dusta terhadap Allah?”. 


Dan apakah sangkaan orang-orang yang mengada-adakan kata-kata dusta terhadap Allah, (tidakkah mereka akan diazabkan) hari kiamat kelak? Sebenarnya Allah jualah yang melimpahkan kurnia kepada manusia (meliputi rezeki pemberianNya dan hukum-hukum Syarak yang diturunkanNya), tetapi kebanyakan mereka tidak bersyukur. [ Yunus ayat 58-60]
Hadis Nabi sallallahu-alayhi-wasallam yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar radiyallahu-anhu,
“Allah does not take away the knowledge, by taking it away from (the hearts of) the people, but takes it away by the death of the religious learned men till when none of them remains, people will (then) take as their leaders; ignorant people, who when consulted will give their verdict without knowledge. So they will go astray and will lead the people astray.” [Saheeh al-Bukharee (book.3, no. 100)]
“Whoever gives a fatwa without knowledge, the sin will be on the one who gives the Fatwa.” [Abu Dawood]
6.3. Daie mestilah dilengkapi oleh akhlak-akhlak yang baik seperti Ikhlas, Sabar, Lembut ketika berbicara, Berbicara dengan kebenaran, tawadhu’ dan sebagainya.
6.4. Mengajak manusia itu dengan ilmu dan akhlak serta sederhana dalam mengendalikan masalah manusia.
7. Daie itu mengajak manusia ke arah kesatuan. Bukan mengajak manusia supaya berpecah belah.
Allah telah menerangkan kepada kamu – di antara perkara-perkara ugama yang Ia tetapkan hukumnya – apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: “Tegakkanlah pendirian ugama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya”.  [ Syura ayat 13 ]
Tiada ketaatan kepada manusia dalam perkara yang maksiat kepada Pencipta.
8. Daie mengajak manusia kepada Wasatiyyah ( dalam keadilan dan besederhana).
Salah satu kekuatan dan kehebatan Salafussoleh, ialah mereka tidak terlampau bermudah-mudahan dan tidak ektremis.
Saya rasa sudah cukuplah di sini, Wassalam.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s