Nasihat Terakhir


Assalamualaikum wbt.

Bulan-bulan terakhir tahun 2011 dan hampirnya tarikh-tarikh akhir memaksa aku untuk memberikan fokus terakhir. Menyiapkan kerja-kerja yang diberikan, membuat pembentangan dan sebagainya. Maaflah, blog ini hampir kekosongan isinya. InsyaAllah, dalam amsa terdekat peperiksaan akan menjelang dan akan berakhirnya semester coursework ini dan akan bermulanya penulisan tesis Master. Semoga Allah permudahkan. 

Untuk anak-anak bangsaku, maafkan ustaz kerana tidak dapat bersama kamu menerokai suasana pelajaran dalam tahun baru. Ustaz hanyalah guru separa masa dan pihak sekolah tidak menyediakan perkhidmatan guru separa masa untuk tahun baru. Jadi ustaz terpaksa memilih pelajaran Master Ustaz. Selamat berjaya kepada yang berusaha. Semoga jadi generasi yang baik hasil dari biah solehah.

Saya tidak tahu nak tulis apa di dalam entri ini. Hajatnya agar entri ini ringkas sahaja, kerana kesibukan waktu yang melanda saya. Tapi, saya suka untuk menutup entri ini dengan sedikit nasihat kepada anak-anak bangsa yang akan menjadi pemimpin di masa akan datang.

Ciri-ciri pemimpin yang baik.

Sesungguhnya Ustaz Hasan al-Banna telah berkata ;

وللقيادة في دعوة الإخوان حق الوالد بالرابطة القلبية، و الأستاذ بالإفادة العلمية، والشيخ بالتربية الروحية، والقائد بحكم السياسة العامة للدعوة، ودعوتنا تجمع هذه المعاني جميعا، والثقة بالقيادة هي كل شيء في نجاح الدعوات.

Dan bagi kepimpinan itu di dalam dakwah ikhwan haknya seperti seorang ayah dalam ikatan hati, dan hak seorang ustaz dalam memberikan manfaat/faedah keilmuan, dan hak seorang shaykh dalam memberikan tarbiyah ruhiyah, dan ketua itu dengan hukum politik yang bersifat umum dalam dakwah, dan dakwah kami ialah menghimpunkan makna-makna ini keseluruhannya. Dan tsiqah pada kepimpinan itu satu perkara yang penting dalam kejayaan dakwah. 

Fikri : Kepimpinan itu seperti seorang ayah kepada anaknya dalam ikatan hati, seperti seorang ustaz yang selalu memberikan faedah/manfaat keilmuan, dan seperti seorang shaykh yang selalu memberi tarbiyah ruhiyah, dan paling penting apabila dia berpolitik, politiknya bersifat umum untuk dakwah. Dan apabila dia menghimpunkan kesemua makna ini keseluruhannya. Dan apabila ditambah dengan keyakinan dan tsiqah orang yang dipimpin/ orang bawahan kepadanya, itulah yang menjadi resipi kejayaan dakwah dan kepimpinannya.

Dan aku memanggil syabab yang menjadi pemimpin di masa hadapan. Belajarilah cara memimpin dengan aktif dalam persatuan/badan dan sebagainya sehingga orang bawahan selesa bernaung di bawah kepimpinan anda, belajar dan menimba ilmu asas walaupun tidak jadi seperti ustaz, tapi yang penting itu keintelektualan dan keilmuan sebelum menjadi pemimpin, juga seorang yang senior yang sentiasa memberikan tarbiyah ruhiyah kepada junior2nya dan adil dalam berpolitik tanpa mengira perbezaan pangkat dan perbezaan pendapat. 

Itulah resipi terbaik seorang pemimpin yang berjaya. Ditambah dengan tsiqah orang bawahan kepadanya, maka segala aktiviti dakwah itu akan berjaya.

Aku kira mungkin aku sudah kesuntukan masa dan mungkin tiba masanya untuk melihat sesuatu yang baru, hidup dalam suasana baru. Terima kasih kepada makcik dan pakcik serta kawan yang membesar bersamaku. Semoga berjaya. Barangkali jalan kita tidak sama, tetapi matlamat dan impian kita sama. Jazakallahu khairaljaza atas semua bantuan dan kemudahan yang diberikan. Aku memohon maaf atas kesalahan-kesalahan yang sentiasa mengikuti aku.

Bagaimanapun ia tidak menghalang kita untuk berkongsi maklumat dan berdiskusi atas nama ilmiah.

Selamat berjaya. Kita berpisah kerana matlamat dan impian masing. Di dunia kita saling bertemu, tetapi di akhirat disana impian kita.

Wassalam. 

Advertisements

One comment on “Nasihat Terakhir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s