Perkongsian Antarabangsa Revolusi Syria oleh al-Syeikh Khalid Hassan Hindawi


Perkongsian Antarabangsa Revolusi Syria oleh al-Syeikh Khalid Hassan Hindawi

Shaykh Khalid Hassan al-Hindawi.

– Beliau adalah pembantu khas Dr. Yusuf al-Qaradawi.

-Beliau diutuskan oleh Dr. Yusuf al-Qaradawi untuk memberitahu berita dan hal sebenar tentang apa yang berlaku di Syria.

-Shaykh Khalid telah melawat Indonesia dahulu dan kemudian melawat Malaysia.

Semoga Allah merahmati Shaykh yang memberi perkongsian yang baik dan bermanfaat kepada kami , memberi penjelasan dan penerangan yang sebenar tentang apa yang berlaku di Syria.

Mukaddimah,

Shaykh memberitahu bahawa beliau baru sahaja melawat Indonesia kemudian beliau diamanahkan oleh Dr. Yusuf al-Qaradawi untuk ke Malaysia, memberitahu keadaan yang sebenar berlaku di Syria.

Revolusi sedang berlaku di Yaman, di Syria dan beliau mengharapkan agar di Malaysia juga berlaku perubahan yang lebih baik khususnya untuk ummat Islam di Malaysia 

Fikri – Amin.

Shaykh memberitahu bahawa permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti di Dar’aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria. Dan saat ini Basyar al-Assad sedang memerintah dengan besi dan api ( kekerasan).

Sesungguhnya orang-orang fasiq ingin menipu manusia supaya berpaling dari kebenaran dan revolusi ini, tetapi mereka gagal dan berada dalam keadaan rugi.

Shaykh seterusnya memetik kalam Saidina Ali radiyallahu-anhu ;

 ” Sesungguhnya negeri yang batil itu sekejap sahaja sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat” .

Dan ini bertepatan dengan firman Allah Subhanahu Wa Taala di dalam Surah al-Isra’ ayat 81 ;

Dan katakanlah:” Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap”. 

Shaykh seterusnya mengatakan bahawa cara berpolitik ala Fir’aun seperti yang dilakukan oleh Bashar Assad dan orang yang sepertinya seperti pemerintah Tunis, Mesir, Yaman, dan Libya seperti Fir’aun di zaman Nabi Musa, yang mana mereka mencuri harta-harta rakyat dan memakannya dengan cara yang haram, memenjarakan rakyat mereka, membunuh para ulama, melakukan pembunuhan beramai-ramai, merogol dan mencabul kehormatan wanita-wanita, menghalang perempuan beriman dari memakai hijab, menindas orang yang lemah seperti orang tua dan kanak2. Dan mereka ini tidak akan kekal.

Shaykh memberi misalan keadaan mereka ini seperti di dalam Surah ar-Ra’d ayat 17 ;

 Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan. 

Seterusnya Shaykh menceritakan tentang sejarah Syria. Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya, Bashar al-Assad yang kini memerintah selama 11 tahun. Dan Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

Seterusnya Shaykh menceritakan tentang konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari, mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama.

Hafez al-Assad dari merupakan Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya yang terdiri daripada Muslim Sunni, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita(ASWJ).

Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.

Shaykh seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawite, 10 peratus darinya beragama Kristian dan 84 peratus daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez.

Shaykh seterusnya menyebutkan sifat-sifat Syiah yang mana mereka begitu membenci Ahlussunnah, menghina Khulafa Ar-Rasyidin dan Ummahatul Mukminin.

Shaykh seterusnya menyebutkan bilangan penunjuk perasaan yang mati kini mencapat 8500 orang dan hampir 39000+- yang lain cedera. Adapun yang dipenjarakan dan disiksa sebanyak 180000 orang, yang mana direkodkan 413 orang telah mati disiksa. Shaykh juga menceritakan di sebuah daerah bernama Doma, dimana 19 orang doktor telah dibunuh dan 40 orang pesakit telah dibunuh di hospital oleh tentera regim Hafez al-Assad yang kejam itu.

Kini sudah hampir 8 bulan, penunjuk perasaan berjuang selama siang dan malam dan regim Hafez al-Assad yang kejam telah menggunakan kekerasan ke atas rakyatnya seperti penggunaan kereta kebal, senjata-senjata berat, memusnahkan bangunan-bangunan seperti rumah, masjid, menara masjid, mencabul kehormatan dan merogol perempuan-perempuan, mengikat tangan ayah dan saudara lelaki kemudian merogol ibu, anak perempuan di hadapan mereka.

Shaykh seterusnya menceritakan tentang kekejaman yang berlaku di Hims, di Madinah Khalid al-Walid tentang kisah Zainab al-Husni yang berumur 23 tahun. Beliau ditangkap dan dipaksa untuk melakukan sesuatu yang tidak bermoral, tetapi beliau enggan. Akhirnya beliau disiksa dan tubuhnya dikerat dengan 4 potongan dan dibungkus dan bungkusan itu dicampak kepada ahli keluarganya. Begitu juga dengan apa yang berlaku terhadap ratusan anak-anak kecil yang tidak berdosa yang dikerat-kerat badan mereka. Shaykh menegaskan

” Bagaimana kita harus bersabar di atas taghut yang kejam ini ! “

Shaykh seterusnya menceritakan bagaimana penunjuk perasaan (demonstrator/pejuang revolusi) yang mandi dan berwudhu sebelum keluar dari rumah mereka kerana mereka tidak pasti mereka akan kembali lagi ke rumah mereka. Hampir 95 peratus rakyat Syria menentang regim Syria yang kejam ini.

Selama 43 tahun Bukit Golan diduduki oleh Israel tetapi regim Hafez al-Assad dan ayahnya tidak pernah membunuh walau seorang pun Yahudi, tetapi mereka telah membunuh ribuan penduduk Hama yang terletak 6 kilometer dari Bukit Golan. Maka Shaykh menanyakan di mana buktinya bahawa Syria ini menentang Israel?

Maka di mana buktinya bahawa regim yang kejam ini menunjukkan permusuhan ke atas Israel ?! 

Shaykh seterusnya menegaskan bahawa terdapat perjanjian rahsia antara Syria dan Israel. Bashar merupakan al-Assad kepada rakyat mereka tetapi penakut dengan Israel.

Shaykh seterusnya menceritakan tentang regim Syria yang menggunakan tindakan ketenteraan ke atas rakyatnya, merogol dan mencabul kehormatan perempuan-perempuan. Sebenarnya ramai di antara askar yang tidak menyetujui kekerasan ke atas rakyat, tetapi mereka yang enggan akan dibunuh dan dipenjarakan. Dan di antara askar-askar itu, ada yang berpaling tadah kepada regim kejam Syria dan menyokong demonstrasi dan mempertahankan rakyat dan bilangan mereka kini seramai 30000 orang dan angka itu semakin bertambah.

Shaykh seterusnya menyatakan bahawa Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr. Ali as-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;

 حديث : ” ” من قتل دون ماله فهو شهيد، ومن قتل دون أهله فهو شهيد، ومن قتل دون دينه فهو شهيد، ومن قتل دون دمه فهو شهيد “.

“Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid ”

أخرجه أبو داود (2 / 275) والنسائي والترمذي (2 / 316) وصححه، وأحمد (1652) 1653) عن سعيد بن زيد، وسنده صحيح.

Hadis ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmizi dan disahihkan oleh Imam al-Albaniy, dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Sa’id bin Zaid dan sanadnya Sahih.

Shaykh seterusnya menceritakan bahawa Liga Arab telah mengenakan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria sehingga regim Syria menghentikan kekejaman ke atas rakyatnya. 19 negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.

Shaykh akhirnya menutup ucapan beliau dengan mengingatkan tentang fungsi/apa yang perlu dilakukan oleh kita tentang apa yang berlaku di Syria.

Hendaklah kamu berdoa untuk saudara-saudara kamu di Syria dengan ikhlas , siang dan malam supaya Allah membantu mereka dan membebaskan mereka daripada kezaliman pemerintah mereka.

Shaykh seterusnya menukilkan hadis tentang kelebihan Syam

 أنه قال : يا رسول الله صلى الله عليه وسلم خر لي بلدا أكون فيه ، فلو أعلم أنك تبقى لم أختر عن قربك شيئا ، فقال : عليك بالشام ، فلما رأى كراهيتي للشام قال : أتدري ما يقول الله في الشام ؟ إن الله عز وجل يقول : يا شام أنت صفوتي من بلادي أدخل فيك خيرتي من عبادي إن الله تكفل لي بالشام وأهله 

الراوي: عبدالله بن حوالة المحدث: المنذري – المصدر: الترغيب والترهيب – الصفحة أو الرقم

: 4/102

خلاصة حكم المحدث: [روي] من طريقين إحداهما جيدة 

إنكم ستجندون أجناداً جنداً بالشام ومصر والعراق واليمن قالوا فخر لنا يا رسول الله قال عليكم بالشام قالوا إنا أصحاب ماشية ولا نطيق الشام قال فمن لا يلحق الشام فليلحق بيمنه فإن الله قد تكفل لي بالشام

الراوي:أبو الدرداء المحدث: البزار – المصدر: الأحكام الشرعية الكبرى – الصفحة أو الرقم:

 4/512

خلاصة حكم المحدث:إسناده حسن

 Fikri : Aku tidak ingin menterjemah hadis Syam ini, cukuplah aku menaqalkankannya beserta sumbernya.

Seterusnya Shaykh menyebutkan peranan mufakkir, duat, asatizah untuk mengetengah dan sentiasa prihatin tentang isu di Syria, menceritakan kepada masyarakat tentang kezaliman dan apa yang berlaku di Syria.

Seterusnya kepada para wanita yang solehah, untuk menceritakan kekejaman yang berlaku kepada saudara perempuan mereka di Syria dan berdoa untuk mereka.

Seterusnya, Shaykh menaqalkan arahan dari Shaykh Yusuf al-Qaradawi agar menghulurkan bantuan berbentuk kewangan kepada saudara-saudara seIslam di Syria dalam bentuk zakat dan sedekah untuk keluarga pejuang yang sedang dipenjarakan dan keseluruhan rakyat Syria, lebih-lebih lagi musim sejuk akan datang dan mereka sedang mengalami kekurangan bahan pemanas dan makanan kerana sekatan pemerintah.

Akhirnya, Shaykh memohon agar Allah membantu kita dalam menghadapi taghut-taghut yang zalim.

Fikri : Inilah sedikit catatan ringkas saya ketika menghadiri Perkongsian Antarabangsa Revolusi Syria oleh al-Syeikh Khalid Hassan Hindawi. Terima kasih dan Jazakallahu Khaira l-Jaza kepada IKRAM atas penganjuran perkongsian yang bermanfaat. Jika ada kekurangan dan kesalahan, saya memohon ampun dan maaf.

Advertisements
By rajawalibiru Posted in Lain2

7 comments on “Perkongsian Antarabangsa Revolusi Syria oleh al-Syeikh Khalid Hassan Hindawi

  1. Pingback: Perkongsian Antarabangsa Revolusi Syria oleh al-Syeikh Khalid Hassan Hindawi « Kerana DIA…

  2. Assalamu`alaikum…

    Terima kasih kerana sudi mencatit perkongsian yang sangat bermakna ini. Saya tahu makluman tentang program ini agak terlewat melalui FB Ust Fikri. Dan saya sangat mengharapkan ada catitan tentang dari tuan. Dan alhamdulillah, saya dapat membacanya di sini. JazakAllahu khairan, amin 🙂

    Saya telah menyalin tulisan yang sangat bermanfaat ini untuk disebarkan di blog saya beserta catitan lain dari program seumpama di atas. Linknya: http://muzir.wordpress.com/2011/12/07/perkongsian-revolusi-syria-oleh-dr-khaled-hasan-hindawi/

    BaarakAllahu fiika ya akhi, amin…

  3. Pingback: Revolusi Syria: Taklimat oleh Dr Khaled Hassan Hendawi | Nazril.com

  4. Pingback: Revolusi Syria: Rakaman MP3 Taklimat oleh Dr Khaled Hassan Hendawi | Nazril

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s