Atheis


Cerita dari gambar,
Raymond bertanya ;
1. Jehovah and Allah are the same God?

2. Why Islam have other book while we already have Bible?  3. Do you know about apocracy? Did Mohamet follower do apocracy?

4. How do you believe the current version of your book is the same as the version of last 1400 years ago?
 

Assalamualaikum wbt.

Semoga pembaca sihat sejahtera dan sentiasa bersyukur dengan nikmat Islam dan Iman serta kefahaman tentang Islam yang Allah kurniakan.

Jika minggu lepas, berkesempatan untuk berdakwah dengan non-muslim di Bukit Bintang, tapi minggu ini lain pula ceritanya. Aku baru balik dari sebuah restoran di Setiawangsa. Minggu ini aku berkesempatan untuk berdiskusi dengan seorang Melayu yang mengaku dia atheis. Memeranjatkan aku lagi, dia ialah lepasan sekolah menengah agama di Kuala Lumpur.

Pertemuan kami di sebuah restoran membicarakan tentang isu-isu ketuhanan.Barangkali dia keliru dengan status sahabat yang dirosakkan oleh Syiah, status hadis yang dirosakkan oleh kumpulan anti-hadis, maka dia pernah menjadi atheis dan kini dia berusaha mencari kebenaran.

Aku kagum dengan keberanian atheis ini kerana dia seorang yang berani. Dia berani untuk pergi ke “hauzah” Syiah untuk berdiskusi tentang isu Allah telah silap memberi kenabian kepada Nabi Muhammad, kerana bagi Syiah, sepatutnya Ali yang menjadi nabi.

Maafkanku kerana tidak dapat untuk menulis panjang. Pagi esok, ada lagi satu program diskusi ilmiah antara ilmuan bermanhaj salaf dan tokoh ahbash di pinggir ibukota. Cumanya sebelum tangan ini berehat dari menulis, aku ingin menasihati anak-anak bangsaku.

Wahai anak bangsaku yang memasuki sekolah yang “biah”nya solehah dan mendapat tarbiyah, hargailah dan nikmatilah ia sepuasnya agar prinsip dan jatidiri anda teguh sehingga anda menamatkan sekolah menengah, kerana selepas keluar dari kepompong sekolah menuju ke menara gading, cabaran yang anda akan jumpa sangat dahsyat.

Belajarlah untuk tidak lari dari jahiliyah, sebaliknya belajar bagaimana untuk menguruskan jahiliyyah, bermuamalah dengan jahiliyyah. Masa itu, anda akan tahu adakah anda hanyut dibawa arus atau anda menjadi benih daie yang bermanfaat, jika dicampak ke laut menjadi pulau, jika dicampak ke darat, menumbuhkan hutan. Belajar untuk keluar dari “comfort zone” yang penuh dengan biah solehah supaya anda dapat menguji kekuatan anda. Selamat menerokai alam dunia akhir zaman yang penuh pancaroba ini. Binalah sifat curious dan berfikiran terbuka untuk menerima pendapat pelbagai supaya anda menjadi pemuda yang tua dari usianya.

Apa yang kamu akan jawab bila seseorang tanya kamu soalan seperti ini?

1. Bagaimana kamu mencintai Allah yang tidak kamu lihat?

2. Apakah yang Tuhan lakukan agar hambaNya dapat mengenaliNya?

3. Adakah kemungkinan bahawa para sahabat telah melakukan kesalahan dan kita mewarisi kesalahan itu?

4.Bagaimana kamu dapat meyakini bahawa apa yang kamu anuti sekarang ini 100 peratus dari Rasul Allah tanpa ada campuran dari mana-mana?

Fikir-fikirkan. Wassalam 

Advertisements

One comment on “Atheis

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s