Dakwah di Bukit Bintang.


Aktiviti terbaru, masa saya untuk menulis, jadi saya hanya mengambil travelog yang sudah ditulis sebagai perkongsian untuk para pembaca blog saya. Semoga bermanfaat. 

Laporan Penuh Aktiviti Dakwah Berkumpulan/Berjemaah Di Bukit Bintang
(Versi travelog) 

Tajuk : Travelog Dakwah Di Bukit Bintang

oleh : Ad-Dien
28/11/2011 4.00 a.m
lokasi: Room 404,Hotel Cottage Inn USJ 9, Selangor
—————————————————————————————————

Aktiviti bermula pada jam 10.30 a.m selepas bersarapan. Sebanyak 200 risalah berbentuk buku dan kertas untuk diedarkan di lokasi yang telah ditetapkan iaitu Bukit Bintang. Untuk program kali ini, target atau sasaran bagi dakwah ini adalah golongan bukan Islam/ non-Muslim di sekitar kawasan tersebut. 

Untuk aktiviti julung kali ini, kami bercadang untuk mengedarkan 100 risalah tersebut dan bakinya akan digunakan untuk program yang akan diadakan lagi kelak. Antara bahan-bahan yang akan diedarkan kepada golongan bukan Islam ini ialah:

1. Buku Ivitation to Understanding Islam
2. Buku Islam in Concept
3. Buku The General Prescripts Of Belief in The Quran and Sunnah
4. Buku The Search For The Truth By a man Known As The Persian Salman
5. Risalah kertas An Invitation to Understand Islam 1
6. Risalah kertas An Invitation to Understand Islam 2
7. Risalah kertas An Invitation to Understand Islam 3

Seramai 7 orang terlibat dalam aktiviti ini antaranya ialah :

1. Syeikh abuQays sebagai ketua program (Team Leader)
2. Kayrollz
3. El.Ilmy
4. Ibnuabbas (penulis)
5. Faisal
6. Eimihar_Al-Meruiy
7. Ad-Dien

Tujuh orang ini dipecahkan menjadi 3 kumpulan kecil. Setiap kumpulan kecil ini terdiri daripada 2 orang yang dipilih secara rawak oleh ketua program. Tiga kumpulan kecil itu kemudiannya akan berpecah di kawasan sekitar bukit bintang untuk mengedarkan risalah tersebut dengan menggunakan pendekatan yang lembut, mesra, berhemah dan berakhlak. Tiga kumpulan kecil itu terdiri daripada :

Kumpulan 1: Faisal dan Ad-Dien
Kumpulan 2: Kayrollz dan el.Ilmy
Kumpulan 3: Ibnuabbas dan Eimihar_Al-Meruiy
Syeikh abuQays bergerak secara solo 

Aktiviti dimulakan kira-kira jam 11.00 pagi. Langit ketika itu cerah, seperti cerahnya kesungguhan kami untuk menyampaikan dakwah di jalan Allah ini. Metod penyampaian adalah dengan cara yang paling berhemah dan lembut sekali, tanpa paksaan dan tanpa provokasi agama selain Islam. Suasana di sekitar Bukit Bintang agak sesak memandangkan hari hujung minggu dan kami berada ditengah-tengah lautan ribuan manusia dengan memegang risalah kalimah Islam untuk diedarkan semampunya. 

Sepanjang proses mengedarkan risalah itu dijalankan, berbagai respon dan reaksi daripada mereka yang bukan beragama Islam disitu. Ada yang menerimanya dengan baik, ada yang menolak dengan baik, ada yang menunjukkan reaksi marah, ada yang menegaskan pegangan agamanya dan sebagainya. Kesemua reaksi itu menjadikan kami sedar betapa sukarnya Rasulullah s.a.w menyebarkan menegakkan Islam kepada kaum kafir Quraisy di Makkah.

Kebanyakan yang menerimanya adalah daripada pelancong luar negara/ mat salleh. Mungkin kerena mereka lebih berfikiran terbuka (open minded) berbanding orang tempatan. Pun begitu, kaum-kaum lain seperti india, cina, Bangladesh, Nepal, dan sebagainya ada yang menerimanya dengan baik. Alhamdullillah tiada sebarang kekasaran atau serangan fizikal yang dilakukan oleh mereka kepada kami semua. 

Situasi Sepanjang Program Ini

Setiap kumpulan kecil berhadapan dengan pelbagai kerenah dan reaksi sasaran dakwah ini. Begitu juga dengan ketua program yang bergerak secara solo, tidak terlepas daripada menghadapi kesukaran untuk menyebarkan risalah-risalah tersebut. Berikut adalah ringkasan situasi yang dihadapi oleh kami semua sepanjang mengedarkan risalah tersebut.

Kumpulan 1 adalah kumpulan yang berjaya megedarkan semua risalah yang dibekalkan kepada mereka sebelum aktiviti ini dijalankan. Kumpulan ini berada di sekitar kawasan lalu lintas,berdekatan simpang empat. Faisal kelihatan bersahaja dan berjaya mengedarkan banyak risalah kepada non-muslim. Ketika mengedarkan risalah ini kepada seorang lelaki kristian bernama Simon (bukan nama sebenar), beliau seperti berminat untuk berdiskusi dan membandingkan kepercayaannya iaitu kristian dengan Islam.

Soalan demi soalan diajukan kepada Faisal berkaitan Islam. Faisal berjaya menjawab namun beliau masih punya banyak kekeliruan dan persoalan yang ingin diajukan. Ketika itu abuQays pantas menghampiri Faisal untuk membantu, dan diskusi itu berlangsung antara mereka berdua, iaitu abuQays dan Simon. Pelbagai persoalan dan hujah-hujah dikemukakan dan pada ketika itu juga dia menyatakan dalil-dalil dari bible /injil yang menjadi kepercayaannya.

Ketika itu terlintas difikiran bahawa adalah menjadi suatu kelebihan jika kita dapat mengetahui isi kandungan bible itu untuk berhujag dengan mereka. Seperti yang pernah dilakukan oleh Dr.Zakir Naik dari India. Perbincangan berlangsung dengan aman dan baik sekali tanpa sebarang perbalahan malah masih sempat bergurau senda antara keduanya. Penulis sempat merakamkan situasi ini namun oleh kerana ia memakan masa yang agak panjang, maka rakaman tersebut tidak penuh dan sempurna. Ia berlangsung kira-kira 35 minit. Simon juga berkata yang dia akan mengunjungi laman Al-Fikrah.net nanti. 

Ketika mereka sedang berdiskusi, Faisal dan Ad-Dien ditegur oleh seorang lelaki berwajah Arab. Pada mulanya dia menerima risalah dan buku tersebut, namun selepas membaca beberapa muka surat buku tersebut, dia pantas memulangkan semula sambil berkata, “sorry, I’m from Iran.” Peristiwa ini juga sempat dirakamkan.

Dalam pada masa yang sama, kumpulan dua iaitu kayrollz dan el.Ilmy mengedarkan risalah dengan jayanya meskipun tidak semua risalah dan buku itu berjaya dihabiskan. Pelbagai ragam manusia ditemui oleh mereka berdua. Ada yang buat tidak tahu sahaja, ada yang menjeling dengan jelingan tajam, ada yang menerima dengan baik sambil tersenyum dan sebagainya. 

Ketika mereka sedang mengedarkannya kepada beberapa orang Kristian, mereka bertanya adakah mereka boleh menyebarkan risalah bible dengan bebas kepada mereka berdua (kayrollz dan el.ilmy) sama seperti yang dilakukan oleh mereka berdua kepada kristian tersebut. Dengan tenang dan bersahaja sahaja mereka berdua menyahut kata-kata berunsur cabaran daripada orang kristian tersebut. Namun, oleh kerana bahasa yang digunakan oleh mereka kurang jelas dan difahami, mereka enggan untuk membicarakan tentang kristian kepada kayrollz dan el.ilmy. Mungkin juga mereka bimbang yang kayrollz dan el.ilmy adalah ulama’ Islam yang menyamar atau sebagainya

Kumpulan ketiga pula menyaksikan Ibnuabbas dan Eimihar_Al-Meruiy menghadapi kesulitan dan mehnah yang begitu mencabar kesabaran mereka. Risalah dan buku-buku sukar diterima oleh orang bukan Islam di lokasi mereka yang agak jauh daripada kumpulan satu dan dua. Namun begitu kesugguhan dan semangat yang membakar jiwa mereka membuatkan mereka sabar dan meneruskan perjuangan ini walaupun pahit.

Jika kumpulan satu dan dua berhadapan dengan orang kristian, mereka berdua pula lain kisahnya. Ketika sedang menyebarkan buku dan risalah di sekitar kompleks membeli belah, mereka ditegur dan diarahkan keluar daripada kawasan tersebut oleh pengawal keselamatan. Kejadian itu mereka hadapi dengan tenang dan sabar malah sempat menghulurkan senyuman manis sekalipun ia menguji kesabaran dan keimanan mereka berdua. Mereka kemudiannya terus menyebarkkannya di tempat berdekatan dengan kumpulan satu dan dua.

Jam menunjukkan waktu sudah hampir masuk waktu solat fardhu zohor. Ketika itu kami berkumpul dan menamatkan aktiviti ini dengan seribu satu rasa dan pengalaman. Hujan renyai mencurah bumi Kuala Lumpur menandakan kami perlu menamatkannya dengan segera. Kami kemudiannya berkumpul untuk berehat di restoran berdekatan dan berkongsi pengalaman yang dilalui oleh setiap orang. Kisah dan perasaan mereka kami kongsikan bersama termasuklah rakaman klip video yang sempat penulis rakamkan. 

Harapan 

Melalui aktiviti ini, kami mempelajari banyak perkara yang hanya akan diketahui jika berada di lapangan sebenar medan dakwah. Sekalipun ia tidak berjalan dengan sempurna namun setidak-tidaknya kami mempelajari sesuatu yang mungkin berguna kepada kami dan aktiviti seperti ini dimasa akan datang. Dan kami juga berharap agar aktiviti seperti ini akan disertai oleh lebih ramai insane yang berminat, insyaallah.

Sekian.

Advertisements

One comment on “Dakwah di Bukit Bintang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s