[Dr. Solah al-Khalidi]Berdoa dengan Menyebut Nama Allah.


Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Kukabulkan permohonan kamu.

Alhamdulillah, saya telah mendapat jawapan dari Dr. Solah al-Khalidi berkenaan dengan berdoa dengan menyebut nama Allah.

From : Dr. Solah al-Khalidi    To : Mohammad Fikri Al-Maliziy

الأخ محمد فكري الماليزي
ارسلت إلينا بالسؤال التالي: 
واليك الجواب: 

 هل كل صفة وصف الله بها من أسماء الله ؟
 وهل يمكننا ان نناديه (الله ) أو ندعوه بأسماء التالية

مثلا :يا قريب
دليله في القرأن :وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ

أو: يا علام،  دليله في القرأن: يَوْمَ يَجْمَعُ اللّهُ الرُّسُلَ فَيَقُولُ مَاذَا أُجِبْتُمْ قَالُواْ لاَ عِلْمَ لَنَا 
إِنَّكَ أَنتَ عَلاَّمُ الْغُيُوبِ

أو:يا ذا انتقام ، دليله في القرأن : وَاللّهُ عَزِيزٌ ذُو انتِقَامٍ

 وهل يجوز علينا أن نناديه (الله ) ب فعل التي وصف الله بأفعاله ؟
مثلا،
يا ناصر ،دليله في القرأن :يا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَنصُرُوا اللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ

الجواب:
الأخ الكريم:
ليس بهذا العموم، فمعظم أسماء الله مأخوذة من صفات الله، فالعليم مثلاً من صفة العلم، والحليم من الحلم، والحكيم من الحكمة، وهكذا، وعليك أن تعرف أن أسماء الله توقيفية، ولا بد أن يُؤخذ كل اسم من آية صريحة، أو حديث صحيح مرفوع للنبي صلى الله عليه وسلم. 

ب- هل يُمكن أن نُنادي الله بأسمائه؟ وذكرت مجموعة من الأسماء مثل: يا قريب، يا علام، يا ذا انتقام؟
الجواب: نعم، إذا كان الإسم صريحاً في القرآن فيجوز أن تُنادي الله به، كأن نقول: يا علام الغيوب، أو يا ذا انتقام، ويا قريباً من عباده، بشرط أن يكون في هذا النداء تعظيم وتكريم لله، ولا يجوز أن نُناديه بما لا يليق به، كأن تقول: يا خالق الكلاب| مع أنه خالق الكلاب. 

جـ – هل يجوز أن نُنادي الله ببعض أفعاله؟ 
نعم يجوز، وهذا مرتبط مع الفقرة السابقة (ب) فيجوز أن تقول: يا ناصر المؤمين، ويا مُذل الكافرين، بالشرط السابق، وهو أن يكون في النداء تعظيم لله.

 

Saudara Mohammad Fikri al-Maliziy,

Kamu telah menghantar kepada kami soalan berikut.Dan inilah jawapan untukmu;

  1. Adakah setiap sifat yang telah disifatkan oleh Allah daripada nama-nama Allah?Dan adakah dibolehkan bagi kita untuk memanggilnya (ketika berdoa) dengan nama-nama yang berikut?
    • Contohnya : Wahai Yang Maha Dekat (Dekat dengan Hambanya?) 
      • Dalilnya di dalam Al-Quran : Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka) [Surah al-Baqarah ayat 186 ]
    • Contohnya : Wahai yang Maha Mengetahui
      • Dalilnya di dalam Al-Quran : (Ingatlah) hari (kiamat yang padanya) Allah menghimpunkan Rasul-rasulNya lalu bertanya: “Apakah penerimaan yang diberikan kepada kamu (oleh umat-umat kamu dahulu, ketika kamu menyampaikan seruan ugama Allah)?” Rasul-rasul itu menjawab: “Tidak ada bagi kami pengetahuan yang sah tentang itu, (pengetahuan yang tepat adalah tertentu bagiMu), kerana sesungguhnya Engkaulah sahaja yang Maha Mengetahui akan segala perkara yang ghaib” [ Surah al-Maidah ayat 109 ]
    •   Contohnya : Wahai yang Maha Menyeksa.
      • Dalilnya di dalam Al-Quran : Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah).[Surah Ali Imraan ayat 4]

2.      Adakah dibolehkan ke atas kita untuk memanggilnya ( di dalam doa) dengan  kata perbuatan yang telah disifatkan dengan perbuatannya?

    •   Contohnya : Wahai yang Maha Menolong.
      •    Dalilnya di dalam Al-Quran : Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. [ Surah Muhammad ayat 7]

Jawapannya :

Saudara yang mulia,

            Secara umumnya tidak begitu,  kerana kebanyakan nama-nama Allah diambil dari sifat-sifat Allah. Nama Allah yang Maha Mengetahui diambil dari sifatnya yang mengetahui. Nama Allah yang Maha Lembut diambil dari sifatnya yang lembut/sabar. Begitu juga dengan nama Allah yang Maha Bijaksana diambil dari sifatnya yang mempunyai kebijaksanaan.

            Maka, hendaklah kamu mengetahui bahawa sifat-sifat Allah itu bersifat tawqifi. Dan mestilah diambil setiap nama-nama itu daripada ayat Al-Quran yang jelas, hadis yang Sahih yang disandarkan kepada Nabi Sallallahu-alayhi-wasallam.

Tawqif : The Principle Of Limitation

Peoples’ sayings and actions are of two kinds: acts of worship by which their religion is established, and customary practices which are required for day to day living. From the principles of the shari’ah we know that acts of worship are those acts which have been prescribed by Allah or approved by Him; nothing is to be affirmed here except through theshari’ah. However, as far as the worldly activities of the people are concerned they are necessary for everyday life. Here the principle is freedom of action; nothing may be restricted in this regards except what Allah, the Most High, has restricted. This is the case because commanding and prohibiting are both in the Hands of Allah. As far as worship is concerned there has to be a command from Him concerning it. Thus, when it requires a command (from Allah) to establish something, how can we say that something is restricted without His command?

That is why Ahmad ibn Hanbal, may Allah have mercy upon him, and other jurists (fuqaha) who base their judgements on ahadith say, “In relation to acts of worship, the principle is tawqif“; that is to say, nothing can be legislated in this regards except what Allah Himself has legislated. To do otherwise is to incur the risk of being included in the ayah:-

“Do they have partners (with Allah) who have prescribed for them in religion that concerning which Allah has given no permission?” [Al-Qur’an 42:21]

But as far as living habits are concerned, the principle is freedom because nothing can be restricted in this regards except what Allah Himself has prohibited. Here, to do otherwise is to be included in the meaning of His saying:-

“Say: Do you see what Allah has sent down to you for your sustenance? Yet you have made some part of it halal and some part haram.” [Al-Qur’an 12:59]

Sumber

B : Adakah dibolehkan bagi kita untuk memanggilnya (ketika berdoa) dengan nama-namaNya? Dan kamu telah menyebut beberapa contoh nama seperti : Wahai yang Maha Dekat, Wahai yang Maha Mengetahui, Wahai yang Maha Menyeksa.

Jawapannya : Sekiranya nama itu jelas di dalam Al-Quran, maka dibolehkan untuk kita memanggil(memohon di dalam doa) dengan menggunakannya, seperti kita berkata : Wahai yang Maha Mengetahui Perkara-perkara yang ghaib, Wahai yang Maha Menyeksa, Wahai yang dekat dengan hambaNya, dengan syarat doa(panggilan) itu untuk membesarkan dan memuliakan Allah.

Dan tidak boleh untuk kita memanggil ( ketika berdoa) dengan apa yang tidak bersesuaian denganNya, seperti kita berkata ; Wahai yang mencipta Anjing walaupun sesungguhnya Dia itu Pencipta anjing.

C :  Adakah dibolehkan untuk kita memanggil ( didalam doa) dengan sebab perbuatannya ?

Jawapannya : Boleh/ Harus, jawapannya sama dengan perenggan sebelum ini (B) , dibolehkan untuk kita berkata; Wahai yang Menolong Orang-orang Mukmin, Wahai yang Menghinakan Orang-orang Kafir, dengan syarat seperti sebelumnya, iaitu syarat panggilan itu mestilah membesarkan Allah.

Wassalam. Semoga bermanfaat.

Mohammad Fikri Ar-Ribaty.

 

 

 


Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s