Usai sesi 2011


Alhamdulillah, selesai sesi 2011.

Terima kasih kepada anak didik yang berjaya di dalam peperiksaan akhir tahun. Yang gagal dan tunjukkan keinginan untuk berjaya, ustaz tidak putus-putus berdoa supaya anak didik ustaz yang berusaha berjaya. Yang nak gagal, selamat menjadi sampah masyarakat. You are not worthy to be my disciple, sebab saya tidak mengajar anak didik saya untuk menjadi seorang yang putus asa. Mungkin nada ini agak keras dan “tidak tarbawi”, tetapi bagi saya, “tarbawi ” pun ada batasnya dan bukan menjadikan kita terlampau bermudah-mudahan.

Agama Islam bukan sahabat kepada kegagalan. Bahkan agama ialah petunjuk, jalan keluar, solusi kepada manusia yang mempunyai masalah. Amat menghairankan bagi sesebuah sekolah agama yang majoriti subjek agamanya hanya gagal dan sikitnya yang lulus. Lebih menyedihkan bagi sesetengah pelajar yang malas, subjek agama hanya sekadar untuk membiarkan kertas mereka kosong tanpa apa-apa jawapan atau permainan bagi mereka. Saya kasihan kepada kawan-kawan saya, guru-guru agama yang siang malam memikirkan solusi terbaik bagi masalah ini.

Zaman dulu dan sekarang mungkin tidak sama. Zaman saya dahulu, sekiranya subjek agama gagal, saya akan di”paksa” untuk pindah sekolah atau “mengulang” tahun yang yang sama. Kalaulah zaman sekarang , ia boleh diamalkan. Saya teringat dahulu kawan saya yang gagal dalam Sijil Menengah Ugamanya, dia terpaksa mengulang kembali pelajaran tingkatan 4 nya.  

Bagi yang bersedih.

Kepada anak didik ustaz yang ada masalah atau dilanda kesedihan, ustaz ada hadiah untuk kamu.Bacalah doa tersebut dengan penuh penghayatan dan kefahaman.

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ عَبْدُكَ، ابْنُ عَبْدِكَ، ابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِيْ بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِيْ كِتَابِكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِيْ عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِيْ، وَنُوْرَ صَدْرِيْ، وَجَلاَءَ حُزْنِيْ، وَذَهَابَ هَمِّيْ

Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hamba lelakiMu (Adam) dan anak hamba perempuanMu (Hawa). Ubun-ubunku di tanganMu, keputusanMu berlaku padaku, qadhaMu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepadaMu dengan setiap nama yang telah Engkau gunakan untuk diriMu, atau Engkau turunkan dalam kitabMu, atau Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang Engkau khususkan untuk diriMu dalam ilmu ghaib di sisiMu; Engkau jadikanlah Al-Qur’an sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap kesedihanku dan penghilang tekananku.” HR. Ahmad 1/391. Menurut pendapat Al-Albani, hadith tersebut adalah sahih .

Secara penuh, matan hadith doa ini adalah seperti berikut: Rasulullah s.a.w. telah bersabda, “Sesiapa sahaja yang ditimpa tekanan dan kesedihan lalu dia berdoa… (doa di atas ini)…; pasti Allah akan menggantikan tekanan dan kesedihannya dengan kegembiraan.” Lalu ada yang bertanya, ‘Wahai Rasulullah baguskah kami mempelajarinya?’ Jawab Baginda, “Sudah tentu. Sesiapa yang mendengarnya amat wajar mempelajarinya.” (kredit kepada Ustaz Fadlan)

Habiskan sisa-sisa hidup.

Saya kena memahami keadaan keluarga saya dan masyarakat saya. Jika ingin membuat sesuatu yang baru, saya mesti kena berani untuk berdepan dengan kemungkinannya. Saya harap saya dapat menjadi orang yang lebih berani mendepani zamannya. Terima kasih kepada pakcik dan makcik yang banyak memberi nasihat dan petua yang baik. Terima kasih kepada kawan-kawan yang banyak membantu, berjuang, ke kuliah bersama.

Ya Allah, sesungguhnya aku merancang yang terbaik untuk diriku, dan kepada Engkau aku berserah. Cukuplah Engkau bersamaku. Cukuplah Engkau untukku. Amin.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s