Doa Murah Rezeki


Tengok orang pakai iPhone4, rasa macam nak pakai juga. Tapi bila dah pakai nanti lama-lama rasa boring juga. Tengah-tengah pecut naik Yamaha, tengok orang naik kereta mahal, rasa macam nak pakai juga. Tapi terfikir, aku beli motor aku cash, tak pakai sistem riba. Maka cukuplah benda yang sederhana tetapi berkat bagiku. Allah menyelamatkan aku daripada bencana riba’ dan hutang.

Doa-doa kemurahan rezeki menurut hadith yang sahih. 

الَّلهُمَّ اكْفِنِي بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ ، وَاغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِواكَ.

Ya Allah, ya Tuhanku! Cukupilah aku dengan suatu yang halal berbanding suatu yang haram yang telah Engkau tetapkan. Dan berilah aku kekayaan dengan kelebihan daripada Engkau berbanding selain Engkau. – Shahih Sunan at-Tirmidzi.

Komen dari Fikri : Hadis ini bertaraf Hasan. Dalam Sunan Tirmizi No. 3563. Juga dalam kitab al-Futuuhaat ar-Rabbaniyyah 04/29 oleh Ibnu Hajar al-Asqalaaniy. Ahmad Syakir mendhaifkannya didalam Musnad Ahmad dari jalan Abu Waail (Lihat Musnad Ahmad 2/332)

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ.

Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau daripada kesusahan, kesedihan, kelemahan, kemalasan, (sikap) kedekut, (sikap) pengecut, lilitan hutang dan dikuasai oleh orang lain. – Shahih al-Bukhari, hadis no: 6363.

Komen Fikri : Hadis ini juga dicatatkan oleh Abu Daud di dalam Sunannya dan Soleh (Sakata 3anhu/ Dia mendiamkan hadis ini) No. 1555dan No. 1541. Juga ada di dalam Sahih Bukhari No. 2893,No. 5425 dan No. 6369 dari jalan Anas bin Malik. Juga ada dalam Sahih At-Tirmizi No. 3484, Sahih At-Tirmizi No.5464,No.5465, No. 5468 dan No.5491 .

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ النَّارِ وَعَذَابِ النَّارِ وَفِتْنَةِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ الْقَبْرِ وَشَرِّ فِتْنَةِ الْغِنَى وَشَرِّ فِتْنَةِ الْفَقْرِ. 

Ya Allah! Aku berlindung kepada Engkau daripada fitnah neraka dan azab neraka, fitnah kubur dan azab kubur, keburukan fitnah kekayaan dan keburukan fitnah kefakiran. – Shahih al-Bukhari, hadis no: 6377. 

Komen Fikri : Hadis ini ada dalam Sahih An-Nasaie No. 5492 dan No. 5481, Sahih Bukhari No. 6375. Juga ada dalam Sahih Ibnu Majah No. 3110.  

اللَّهُمَّ قَنِّعْنِيْ بِمَا رَزَقْتَنِيْ وَبَارِكْ لِيْ فِيْهِ وَاخْلُفْ عَلَى كُلِّ غَائِبَةٍ لِيْ بِخَيْرٍ.

Ya Allah! Berilah aku perasaan puas terhadap apa yang Engkau telah rezekikan kepadaku, berkatilah aku padanya dan gantikanlah ke atas setiap yang hilang daripadaku dengan yang lebih baik. – al-Mustadrak al-Hakim, hadis no: 3360.

Komen Fikri : Hadis ini juga ada di dalam Futuuhat ar-Rabbaniyyah oleh Ibnu Hajar al-Asqalaaniy  04/382 dan 04/383 , bertaraf Hasan. Isnad hadith ini dhaif di dalam Sahih Ibnu Khuzaimah No. 2728. Juga dalam Silsilah ad-Dhaifah Albani No. 6042. 

Sila sebarkan. Moga bermanfaat.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s