Diari UM 1


Assalamualaikum wbt.

Ini ialah entri khusus untuk ceritera diri penulis, sudah hampir sepurnama dan seminggu telah berlalu selepas bergelar siswa di universiti di tengah kota besar, Universiti Malaya namanya, gah seperti namanya. 

Pagi mengajar dan petang belajar, dua senario dan keadaan yang berbeza dalam hari yang sama. Sesekali azam meminta untuk dikuatkan apabila tangan letih memulas “throttle” motor bertaraf stallion tua. Hitam dan bergaya, tapi masih L. Haha. Jangan kering gusi anda selepas membacanya. Keluar sewaktu sang mentari hampir segalah dan mengusap pintu bilik ketika mentari hampir mengucapkan selamat tinggal dan janji untuk kembali pada esoknya.

Usai melepaskan kelelahan di masjid APIUM, hanya buku dan laptop sahaja menjadi teman. Bergelar siswa sarjana atau S2 bukan sesuatu yang remeh dan boleh dipandang enteng. Cream of the Cream. Bak kata Prof J, kena akrabkan diri dengan buku,dan segala tulisan tangan sekurangnya2 5 jam.

Syukur sangat aku akhirnya menapak di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, dan jumpa macam-macam benda yang kekadang seperti air bah yang mengetuk kubu dan dinding keyakinan dan prinsip hidup aku, lagi-lagi semuanya berkaitan agama Islam apatah lagi memang bidang aku pula Syariah.

Syiah dan Orientalis

Kelmarin baru sahaja solat Asar sebelah penganut Syiah, dulu memang tak boleh bayangkan bagaimana seorang Syiah melaknat Abu Bakar dan Umar r.anhuma selepas solat mereka dan berdoa semoga laknat diturunkan kepada sahabat-sahabat Nabi sallallahu-alayhi-wasallam, tapi kali ini bukan tipu-tipu punya. Sebijik nampak depan mata!  Bak kata orang, keyakinan lebih utuh dan kukuh selepas teori itu hadir secara realiti depan mata. Kini yakin itu bukan umpama kabur di malam yang gelap zulumat, tapi umpama sifat terang cahaya. Jelas tanpa ada keraguan. Faisal T pun datang UM juga tempohari mempromosikan ideologi Syiahnya atas nama “kesusasteraan”.

Klimaksnya jumpa lecturer ala-ala anak buah orientalis barat. Lagak bagaikan semuanya boleh dikomentari atau dikaji atas nama ilmiah walaupun terpaksa melintasi batasan-batasan. Dan akal menjadi rajanya. Serta tulisan-tulisan orientalis menjadi kunyahan ilmiahnya. Aku sebagai pelajar juga terpaksa menadah ilmu dan metod kajian daripadanya. Tapi syukurlah bagiku, sudah belajar dan berhati-hati dengan orientalis. Terima kasih kepada Ustaz DSA atas nasihatnya dan perkongsian pengalamannya tentang orientalis.

Bagus juga belajar daripada anak buah orientalis ini, dapat belajar cara dia menghadam ilmu. Professional dan lebih terbuka tetapi menghampiri liberal.

Selamat belajar dari dunia akhir zaman. Dah tak lama kiamat ini. Orang-orang bodoh sudah banyak bercakap tentang agama, orang-orang alim pula banyak yang senyap dan “asing” di bumi sendiri.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s