WACANA ILMIAH : Perlaksanaan Hukum Hudud di Malaysia ; Antara Realiti dan Cabaran.


Duduk di Pentas
Dr. Khairuddin At-Takiri – Dr. Abdul Aziz Bari – Ustaz Fathul Bari – Moderator : Prof Madya Supyan Yusuf.

Round 1 :

Soalan yang diajukan kepada Ustaz Fathul Bari,
1. Benarkah hukum hudud tidak sesuai dalam keadaan Malaysia yang berbilang kaum?
2. Adakah rakyat Malaysia bersedia dengan perlaksanaan hukum hudud atau tidak?
3. Bilakah boleh dijalankan hukum hudud?

Ustaz Fathul Bari,

1. Pelaksana mesti bersedua untuk menuju ke arah pelaksanaan hukum Hudud.
2. Hukum Hudud besar dan banyak cabangnya. Perlu diperhalusi teori dan perlaksanaannya.
3. Keutamaan didahulukan kepada tauhid dahulu, selesai tauhid yang lebih utama, baru cerita tentang perlaksanaan hukum hudud.
4. Hukum Hudud yang ditetapkan oleh Allah sentiasa sesuai dengan setiap tempat dan makan.

Soalan yang diajukan kepada Dr. Abdul Aziz Bari,

Merujuk Perkara 4 tentang Ketinggian Undang2 di Malaysia, yang mana undang2 yang bertentangan dengannya atau selainnya terbatal.

1.Soalan, adakah Perkara 4 ini membantutkan sebarang usaha ke arah pelaksanaan hukum hudud?

Dr. Abdul Aziz Bari,

1. Pembahagian undang-undang di Malaysia.
Undang2 Msia
Undang2 Bertulis
Keputusan mahkamah
Undang2 Inggeris ( dirujuk jika tiada didalam undang2 sebelumnya dan tidak menyusahkan rakyat tempatan.

2.Kenyataan yang mengatakan Malaysia memakai undang-undang Inggeris tidak betul.
3.Banyak undang-undang Islam diterapkan dalam perlembagaan bertulis.
Contoh dalam perbankan dan kekeluargaan.

4.Sudah ada peraturan Islam seperti penetapan pewarisan,zakat dan sebagainya yang bersumberkan Islam sendiri.
5. Merujuk kepada Perkara 3 berkaitan Islam adalah agama persekutuan.
http://www.scribd.com/doc/13632040/Perkara-3-1-Islam-Adalah-Agama-Persekutuan

Perkara ini sebenarnya sudah mencakupi apa yang terkandung di dalam hudud Islam sebenarnya.

6. Perkara 4 merupakan suatu mekanisme yang menjaga Islam itu sendiri(di dalam Perkara 3) supaya tiada undang2 lain yang berlawanan dengannya.

7 .Dr. menjawab soalan,

Soalan, adakah Perkara 4 ini membantutkan sebarang usaha ke arah pelaksanaan hukum hudud?

Jawapan Dr; Jawapannya Ya atau Tidak bergantung kepada kefahaman kita terhadap undang-undang dalam perlembagaan itu sendiri.

8.Perkara 4 itu sebagai penanda aras yang menjaga Islam itu sendiri(Perkara 4 menjaga Perkara 3)
9 Boleh dikatakan sudah banyak perkara di dalam perlembagaan yang memenangkan atau mesra dengan hukum Islam itu sendiri.
10. Ada juga perkara-perkara yang bersalahan dengan Islam tetapi ia boleh dipinda dengan keputusan 2/3 majoriti Ahli Dewan.
11. Sebenarnya draf perlembagaan yang disediakan oleh Lord Reid tidak diterima 100 peratus oleh Parti Perikatan seperti contohnya Perkara 3, 4 , Hak Keistimewaan Melayu dan sebgainya.
12. Selepas 54 tahun Barisan Nasional memerintah, sebenarnya sudah hampir 55 atau 56 kali perlembagaan itu dipinda.
13. Bukan semua pindaan membawa kebaikan, sebenarnya ada juga pindaan yang membawa lebih keburukan, contohnya pindaan Ordinan Darurat pada 1981 yang lebih teruk dari apa yang disediakan oleh Lord Reid.

Soalan yang diajukan kepada ust. Khairuddin At-Takiri,

1. Orang keliru dengan Hudud Islam dan Hudud Pas. Terangkan.
2. Ada tak hukum lain selain hukum hudud?
3.Adakah peraturan pada hari ini masih tidak cukup sehingga memerlukan hukum hudud?

Ust. Khairuddin At-Takiri,

1. Hudud Islam ialah hudud yang PAS mahukan.
2. Ust memetik ayat 49 dan 50 surah Al-Maidah dan mensyarahkannya.
3. Ada seorang muslim yang beriman dan ada juga muslim yang bersetuju dengan mulutnya sahaja tetapi perlakuannya menafikan apa yang disetujui oleh percakapannya.

4. Hudud ada 5 yang ditetapkan ulama, manakala ada 2 yang menjadi khilaf.

Curi
ZIna
Tuduh Orang Zina
Merompak
Minum Arak
Bughah
Murtad

Adapun Bughah dan Murtad ialah perkara yang khilaf.

5. Masalah dan realiti yang berlaku pada hari ini dengan penuh kerosakan pada masyarakat menyebabkan undang-undang Malaysia telah gagal untuk menangani jenayah ini.
6.Logik akalnya, kalau undang2 yang 54 tahun gagal, kena segera tukar kepada hukum hudud.
7. Usaha PAS ialah untuk meng”kanun”kan hukum hudud di dalam perlembagaan ( Taqniin)

Round 2;

Ustaz Fathul Bari;
1. Apakah rancangan secara umum/khusus oleh kerajaan untuk memberi kefahaman tentang hudud kepada rakyat?

Ustaz Fathul Bari jawab;

Tasharruf Ar-Ra3i 3ala ar-Ra3iyyah Manu6un bil al-Mashlahah.

1.Ustaz Fathul Bari huraikan konsep ini.

2. UFB : Adakah kita ini benar menggunakan hukum Allah sepenuhnya? Contoh demokrasi…
3.UFB : Tekankan keruntuhan akidah untuk dibina semula itu lebih penting daripada hukum hudud.
4. Pemurnian akidah itu lebih diberi keutamaan dahulu kemudian baru disusuli dengan penjelasan tentang agama.
5. UFB seterusnya membawa kisah Raja An-Najasyi yang Islam tetapi tidak melaksanakan hukum hudud.

Soalan untuk Dr. Abdul Aziz Bari,

1.Adakah proses referendum suatu proses yang halal dari segi undang2 untuk laksanakan hukum hudud?
(komen Fikri – saya pernah tanya benda ini dalam AFN. Kita bincang panjang lebar di dalamnya).

Jawapan Abdul Aziz bari ,

1. Tegaskan Rujuk Perkara 3 yang sudah mencakupi.
2. Pakai peruntukan sedia ada yang memang mesra hudud.
3. Undang2 Negeri ada kuasa sebenarnya. Contoh apa yang dilakukan oleh Kerajaan Kelantan dan penggubalan Enakmen 1993.
4.Kalau tengok undang2 negeri, memang banyak sangat peluang untuk gunapakai hukum hudud, cumanya tinggal pelaksanaannya yang ada sedikit masalah, kerana ia berkait dengan polis, kehakiman, jabatan kimia, dan sebagainya yang berkaitan dengan penyiasatan kes.

5. Sebenarnya agensi2 kerajaan menjadi hamba kepada kerajaan Pusat dan menganaktirikan kerajaan negeri. Contoh Polis yang bertugas untuk kerajaan Pusat sahaja. Sebenarnya ada Akta Polis sendiri yang mengatakan Polis bekerja untuk melaksanakan undang2 Kerajaan Pusat dan undang2 Kerajaan Negeri.

Contoh sekiranya Undang2 Negeri berkaitan hukum hudud (dah memang ada) ,cuma tinggal pada polis dan badan2 berkaitan kes sahaja yang nak/xnak melaksanakannya.

Kesimpulannya;

1. Sebenarnya perlembagaan Malaysia sudah mesra-hudud. Nak pinda perlembagaan untuk hukum hudud tidak perlu, cukup merujuk kepada Perkara 3 itu. Tetapi kebanyakan pembangkang tidak faham manual perlembagaan negara kita. (Dr. Abdul Aziz Bari)

2. Sepatutnya usaha perlaksanaan hukum hudud tidak dipengaruhi oleh PAS shaaja. Sepatutnya ada badan bebas yang terdiri daripada orang intelektual atau hakim2 dari negara2 yang mengamalkan hudud(seperti di Nigeria dsb) yang membincangkan secara serius tentang hudud ini dan memperbaiki apa yang kurang di dalam perlembagaan negara. (UFB)

3. Asalnya Perkara 3 sudah mencakupi hukum hudud. Begitu juga dengan Undang2 Negeri yang boleh dilaksanakan hukum hudud dengannya, tetapi sayangnya dari segi pihak yang nak melaksanakan itu ada masalah(polis dan badan2 berkaitan).

Komen Fikri secara peribadi :

Saya bersetuju dengan kesimpulan 1,2 dan 3. Memang perlembagaan Msia sudah “mesra-hudud” sebenarnya cuma, kita yang kurang memahami atau meneliti undang2(asyik serah kepada India je). Namun tak dinafikan ada kekurangan lagi dalam perlembagaan negara yang mana ada yang perlu dipinda untuk menjadikan Malaysia negara Islam yang tidak cacat.

Ini sahaja catatan peribadi. Mohon maaf atas kekurangan dan sebagainya.

Komen Fikri;
1. UFB dan Dr. Abdul Aziz Bari berfungsi dengan sepenuhnya, manakala Dr. Khairuddin bertegas dengan ” taqnin”nya walaupun sudah ditegaskan banyak kali Dr. Abdul Aziz Bari.
2. Dr. Abdul Aziz Bari mengkritik sebilangan penyokong PAS yang mengadakan provokasi dan mem”boo” UFB dengan mengatakan minda masyarakat mereka sudah rosak, cenderung kepada emosi, dan tidak berilmiah.
3.Dr. Khairuddin At-Takiri merupakan seorang pemimpin yang bagus, berani menegur penyokong2 PAS yang kurang adab. Berbanding dengan Tuan Ibrahim Tuan Man yang tidak tegur malah senyap dengan perlakuan penyokong PAS yang kurang adab (Forum Ulama Politik).

Ini tulisan yang saya copy dari MS Word. Saya tak ingin untuk cantik2kannya kerana kekangan masa dan capaian internet yang agak lemah.

Selamat membaca. Semoga bermanfaat.

Advertisements
By rajawalibiru Posted in Lain2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s