Entri Gambar 2011


Ini entri bergambar, ingin saya kongsikan dengan pembaca semoga ada yang mendapat semangat dan sedikit motivasi khususnya kepada penuntut ilmu.

CAC : Hadist Azan dan Iqamah di Telinga Bayii

Alhamdulillah, telah diadakan Diskusi Analisis Kritis. Dan akhirnya selepas berbincang secara ilmiah, keluar akhir e-book yang ditulis oleh Ust. Saifuddin Yusuf. Alhamdulillah. Boleh download e-book waqaf di link ini.

Tetamu Kehormat : Shaykh Sudais.

Seminar Berpegang dengan Al-Quran dan As-Sunnah.
Bersama dengan ramai ilmuan-ilmuan serta tetamu kehormat, Shaykh Abdul Rahman as-Sudais. 

Bersama dengan Mohamed Kassar al-Iraqi, anak murid Muhaddith Iraq.Semoga Allah menjaga ulama-ulama Iraq.

Alhamdulillah, sehingga kini masih berhubung melalui e-mailnya, lebih-lebih lagi bila ada soalan berkaitan hadith.

Sumpah dan Mubahalah oleh Dr. Wahbah az-Zuhaili. Penterjemah : Dr. Zulkifli al-Bakri

Kedatangan Shaykh Wahbah az-Zuhaili, dan memberi ceramah tentang Sumpah dan Mubahalah di Masjid Shah Alam.

Bersama dengan Shaykh Tawfeeq al-Baa'dani, anak murid Shaykh Muqbil rahimahullah. Penterjemah , Ust. Fathul Bari, ILMU

Perkongsian dan kenangan yang sangat menarik dan tidak dapat dilupakan. Berjumpa sendiri dengan Shaykh Tawfeeq al-Baadani yang diketahui agak keras pendapatnya dengan orang hizbiy, tetapi selepas berjumpa beliau tidak sekeras seperti yang digambarkan. Malahan selepas beliau mengetahui aku ini siapa, beliau mampu untuk berkongsi makanan dengan aku lagi.

Soalan aku;

Ya Shaykh, aku dibesarkan dalam keluarga ikhwan, bapaku seorang ikhwan, ibuku seorang ikhwan, pakcik dan makcikku orang ikhwan. Bahkan aku membesar dalam keadaan ini. Dan aku mengenali jalan salafussoleh ini selepas aku belajar agama.

Maka apa pandangan kamu ya Shaykh? 

Jawapan Shaykh ;

Kamu boleh bekerjasama dalam aktiviti mereka seperti aktiviti kemasyarakatan dan sebagainya yang tidak bercanggah dengan syariat atau yang mengajak manusia ke arah kebaikan dan mendidik manusia. Tetapi apabila terdapat syubhat yang tidak mampu dihalang, maka usahlah kamu menyertainya atau kamu mengasingkan diri daripada mereka.

Aku banyak mendengar rintihan dan rungutan dari ustaz-ustaz muda seperti aku. Bezanya aku dengan mereka, mereka lebih banyak sabar. Beza dengan aku, sekiranya aku sudah selesai menasihati dan mengemukakan pendapat, dan diberi alasan serta resolusi yang tiada solusi, maka aku bersama dengan aktiviti yang aku minati sahaja. Mungkin berkaitan dengan kerja sukarelawan dan kemanusiaan, ada pun berkaitan ilmiah, mungkin tidak.

Tuan Hasan Tuan Lah. Seorang professional ustaz yang banyak jasa dan sumbangannya. Banyak memberikan buah fikiran yang bernas

Selepas aku menghadapi konflik di Terengganu, aku agak kecewa dengan tindakan beberapa pakcik dan makcik aku yang agak bias dengan kawan mereka yang mereka sudah kenali puluhan tahun, maka aku mencari alternatif lain. Adakalanya selepas mendengar buah fikiran dari orang-orang seperti Tuan Hasan dan Cikgu Rahim, aku lebih bersifat terbuka dan tidak merasa syok sendiri.

Cikgu Rahim yang banyak memberi nasihat dan pandangan supaya lebih besederhana.

Cikgu Rahim merupakan naqib kepada seorang pakcik di Kuantan. Seseorang yang banyak memberi nasihat supaya sentiasa besederhana dan jangan taasub kepada satu-satu kumpulan sahaja, di samping memperbanyakkan pembacaan selain daripada bacaan buku Hasan Al-Banna dan Syed Qutb.

Forum Keluarga bersama Kapten Hafiz Firdaus, Ust. Nizam dan Ummi Siti Hajar Mohsin.

Sesi CAC Politik ASWJ; Taqlid atau Tajdid Bersama Xifu Naser, Ust. Fadlan dan Dr. MAZA

Wacana Tarbiyah IM oleh Naib IM anjuran oleh IKRAM

Terima kasih kepada IKRAM kerana menganjurkan Wacana Pendidikan seperti ini.Semoga aktiviti seperti ini dapat diperbanyakkan lagi untuk melahirkan pejuang yang intelektual dan matang ilmunya.

Forum Dakwah bersama wakil IQ, Ust Hussein Yee dan Ust. Fadlan

 Sempena perasmian Maktabah Imam as-Syaukani di Al-Qayyim.Terima kasih kepada Pak Lah kerana sudi merasmikan perpustakaan mini ini.

Kuliah Dr. MAZA berkaitan dengan isu gereja

Ulangkaji tentang Ilmu Mustalah Hadith oleh Us. Baharuddin Ayudin di Semat Quran setiap Sabtu dan Ahad

Seminar Ulama Politik bersama Dr. Maza, Tuan Ibrahim, Mufti Harussani, Ust. Fathul Bari

Alhamdulillah, duduk di Selangor sangat berbaloi bagi saya. Memperkukuhkan hubungan dengan saudara-mara, menuntut ilmu, menyambung pelajaran , rasa berbaloi dan gembira bekerja di institusi jemaah. Semoga ia berterusan.

Perjalanan masih jauh, masih banyak ilmu yang perlu diterokai, masih banyak buku yang perlu dibaca, masih banyak tokoh2 ilmuan yang mesti didampingi untuk dikutip pengalaman dan nasihat2 mereka, begitu juga perlu mencari serikandi hidup untuk menemani diri sepanjang menempuh cabaran dalam kehidupan.

Wassalam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s