Fikri di Awan Kedua.


Assalamualaikum wbt.

Rutin Hidup Baru

Alhamdulillah, rutin baru hidup saya sekarang semakin padat. Pagi keluar pergi kerja, mengajar sampai tengahari, petangnya pula ada kelas Master dan selepas itu saya akan ke kuliah-kuliah sunnah sekitar Kuala Lumpur dan akan balik paling awal pukul 10 malam ke atas. Jika tiada kuliah, mungkin sampai ke rumah menjelang maghrib.

Setakat ini saya selesa dengan tempat kerja saya. Cuma sepanjang hidup di Selangor, hanya sekali dua sahaja saya pergi perjumpaan hari Ahad. Secara peribadi, saya tidak berapa suka ke kuliah ilmu tanpa mengetahui tajuknya dahulu. Dan alangkah baiknya sekiranya perjumpaan hari Ahad itu diisi dengan pelajaran dari sebuah buku yang sama, dari permulaan sehingga habis buku tersebut dihadam.

Semoga Allah permudahkan kehidupan saya ketika menimba ilmu di tahap baru.

Ragam Remaja

Budak-budak zaman sekarang susah nak dijangka. Amarah mereka juga susah dijangka. Mula-mula cenderung dengan basikal, kemudian motor, kemudian jadi mat rempit. Telefon pula sentiasa dipenuhi dengan mesej-mesej dari kawan berlainan jantina. Masuk tingkatan 3, rasa nak mencuba sesuatu yang baru.

Diharapkan pembaca blog saya yang ada anak, tolong bagi perhatian dan sedikit syak wasangka dengan anak-anak anda. Kalau boleh, kukuhkan asas mereka sekuat yang mungkin sebelum mereka menjengah sekolah menengah. Sila gunakan konsep ini dengan semaksima yang mungkin.

Contoh:

Ibu : Ali, nanti Ali nak buat apa-apa, beritahu Ummi dulu ya.

Ali : Baik Ummi. (Ali berusia 5 tahun).

Sila kekalkan sampailah bila2, supaya si anak dah “setting ” dalam fikiran mereka untuk berkongsi atau bertanya dengan orang tua sebelum mereka buat sesuatu yang baru.

Ali : Umi, Ali nak buat sekian2 boleh tak? (Ali berumur 14 tahun).
Umi : …..(Boleh atau tidak boleh, bergantung kepada keperluan). (Jangan lupa nasihat dengan hikmah)

Adakah Allah akan menggantikan manusia dengan generasi yang menjauhkan diri dari agama, kemudian mereka jadi sekular , lemah dan jahil dalam beragama, akhirnya jadi fasiq dan kemudian keluar daripada agama kerana syirik yang jelas atau pun tersembunyi?

Adakah subjek agama dan agama ini hanya menjadi pilihan dalam hidup manusia, bukan kewajipan?

Ya Allah, jauhilah aku dan generasiku daripada generasi perosak dan murtad dari agamaMu ini. Jadikanlah kamu mukmin yang menunaikan solat, mengeluarkan zakat, cintakan Mu dan Sunnah NabiMu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s