Risalah Emas tentang Syiah yang Sesat yang Menyeleweng.


Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, 8hb 9 bersamaan hari Jumaat lalu, saya sempat menghadiri kuliah Shaykh Sulaiman As-Salloomi, Mantan Mufti Masjidil Haram di Makkah.

Beliau adalah seorang yang mutakhassis tentang perbincangan-perbincangan mengenai kumpulan-kumpulan di dalam Islam. Tesis Master beliau berkenaan Pemberontak Al-Qaramitah dan Tesis PhD beliau bertajuk ” Usul Ismailiyyah Dirasah Wa Tahliliyyah”.

Shaykh Sulaiman As-Salloomi adalah seorang yang genius bagi saya, dan amat memahami. Beliau bercakap dengan bahasa Arab yang mudah dan difahami, serta bercakap sedikit demi sedikit dan memudahkan untuk saya memahaminya. Bagi seorang beliau Murabbi yang hebat. Mudah sahaja memahami mad’u dan audiensnya.

Beberapa perkongsian yang sempat saya catitkan untuk manfaat bersama.*

*Maaf kerana tidak dapat untuk menulis kesemuanya disini kerana masa dan ruang yang agak terhad.

Berkata Shaykh Sulaiman As-Salloomi :

1. Sesungguhnya aku hidup dengan menelaah kitab-kitab Syiah, pendapat2 mereka, rujukan2 mereka, semua buku tentang Syiah selama 35 tahun. Bahkan aku pernah pergi ke Iran selama seminggu, dan selama seminggu itu, aku berpindah dari satu perpustakaan ke satu perpustakaan untuk meneliti kitab2 Syiah dan tulisan mereka.

2. Apabila kita berbicara tentang Firqah-firqah yang sesat, hendaklah kita meneliti dari sumber-sumber asas mereka sehingga mengetahui dengan jelas pemikiran mereka, kemudian membandingkannya dengan Al-Quran dan Al-Hadis serta asas-asas yang diletakkan oleh ulama ASWJ, kemudian baru akan jelas kepada kita sebab-sebab utama kesesatan mereka.

Fikri :Wahai sahabatku penuntut ilmu, lihatlah dan hayatilah nasihat ini. Kita mesti adil walaupun dengan musuh kita.

3.Ummat Islam ialah Ummat yang Wahidah @satu. Begitu juga usul mereka, tauhid mereka. Dan dengan asas Ummatan Wahidah ini, kita membandingkan apa yang sudah diceritakan dalam Nas2 dan perbincangan ulama-ulama terdahulu untuk mengkaji apa-apa saja kumpulan.

4.Sesungguhnya kitab yang ditulis untuk menerangkan Syiah dan kesesatan itu sangat banyak sehingga mencapai ribuan kitab.

Fikri : Adapun Shaykh menyebut salah satu kitab yang sangat bermanfaat untuk kita kaji bersama. Kitab itu karangan Abul Abbas Taqiyuddin Ahmad bin Abdul Halim Al-Harrani bin Majduddin Abdul Salam atau Ibnu Taymiyyah rahimahullah wa Sallamahu yang bertajuk Minhajus Sunnah. Kitab dengan tahqiq yang paling baik pernah dijumpai mencapai lebih daripada 15 jilid. Saya mohon maaf sebab Shaykh tidak beritahu kitab itu tahqiq siapa dan cetakan mana.

Usul dan Asas Syiah

Fikri : Shaykh membahagikan kepada 4 marhalah tentang bagaimana wujudnya Syiah.

Marhalah 1

5. Ketika waktu turunnya Al-Quran sehingga akhir zaman Nabi Muhammad sallallahu-alayhi-wasallam, Syiah tidak wujud. Bahkan tiada perkataan Syiah melainkan di dalam 2 ayat sahaja. Iaitu pada ayat 15 Surah Al-Qasas dan ayat 83 dari Surah As-Saffat. Dan kalimah Syiah hanya memberi maksud dari segi bahasa sahaja bukan dari segi istilah iaitu ia memberi maksud salah satu daripada empat iaitu ; Sahabat, kaum, pengikut dan penolong.

6. Bahawasanya tiada satu pun hadis yang sahih yang sanadnya bersambung yang menyebutkan tentang Syiah, apatah lagi kelebihan mereka, imam-imam mereka. Sesungguhnya jalan Sirat itu lurus dan satu, asas akidah Islamiyyah itu satu sahaja, dan segala kumpulan manusia yang lain daripadanya adalah sesat.

Seterusnya Shakyh menaqalkan hadis Perpecahan ummat yang masyhur dari jalan Abu Hurairah.

افترقت اليهود على إحدى وسبعين فرقة كلها في النار إلا واحدة ، وافترقت النصارى على اثنتين وسبعين فرقة كلها في النار إلا واحدة ، وستفترق هذه الأمة على ثلاث وسبعين فرقة كلها في النار إلا واحدة . وفي لفظ : على ثلاث وسبعين ملة ، وفي رواية قالوا : يا رسول الله من الفرقة الناجية ؟ قال : من كان على مثل ما أنا عليه اليوم وأصحابي ، وفي رواية قال : هي الجماعة يد الله على الجماعة

الراوي: – المحدث: ابن تيمية – المصدر: مجموع الفتاوى – الصفحة أو الرقم: 3/345

خلاصة حكم المحدث: صحيح مشهور في السنن والمسانيد

Seterusnya Shaykh menaqalkan ayat Al-Quran tentang Siratul Mustaqim, iaitu jalan yang lurus dan suruhan untuk mengikutinya iaitu Surah As-Syura ayat 13.* Lihat maksud Sirat dan Subul itu.*Penjelasan tentang ayat ini. Lihat link di bawah.

Link 

7.Sesungguhnya orang yang berpegang dengan Al-Quran dan As-Sunnah ini ialah orang yang ketiga selepas Muhajirin dan Ansar. Kita ialah golongan yang mengikuti jalan ini dengan Ihsan, yang mana kita redha dengan Allah dan Allah redha dengan kita.

 Fikri : Berbahagialah sahabat-sahabatku, dan ikutilah jalan ini dengan tabah dan istiqamah. Itulah berita paling gembira yang Shaykh khabarkan kepada kita.

8.Sesungguhnya Nabi Salallahu-alayhi-wasallam tidak menyebutkan hadis tentang Syiah, sebaliknya Nabi sallallahu-alayhi-wasallam menyeru kepada perpaduan di kalangan umat Islam.

Shaykh menaqalkan ayat Kuntum Khaira Ummatin dan Wa i3tashimu Bi Habli Allah.

9. Allah Subhanahu Wa Taala menyebut tentang milal*. Dan Allah Subhanahu Wa Taala menyebut tentang golongan manusia seperti Yahudi, Nasrani, Musyrikin, Munafiqin dan pelbagai lagi istilah dan nama kumpulan manusia, tetapi tiadapun istilah Syiah.

*jama’ kepada millah/agama

Dan ini merupakan hujjah yang sangat kuat tentang ketiadaan Istilah dan kewujudan Syiah pada zaman Nabi sallallahu-alayhi-wasallam. Dan hujjah ini menunjukkan Syiah bukan daripada Islam, tidak wujud pada zaman permulaan Islam, tidak termasuk daripada Islam, bahkan Syiah merupakan kumpulan yang sesat dan menyeleweng.

Marhalah 2

Fikri : Shakyh menceritakan tentang hadis Gigit Sunnah dengan Gigi Geraham.

10.  Pada zaman Abu Bakar dan Umar, Syiah tidak wujud lagi, sebalik yang wujud hanyalah pembukaan-pembukaan kota2 dan wilayah2 Islam yang baru.

Marhalah 3

11. Bahawasanya Syiah wujud pada akhir zaman Saidina Usman r.anhu yang bermula daripada Gerakan As-Suwwar yang akhirnya membawa kepada pembunuhan Usman r.anhu. Dan bermula daripada itu, wujud sebuah kumpulan selain daripada kumpulan Muslimin dan bermulanya pemikiran-pemikiran yang sesat yang diasaskan oleh Abdullah bin Saba’. Dan fitnah itu wujud sehingga hari ini!

Fikri : Shaykh menceritakan dengan lebih jelas tentang gerakan ini. Gerakan yang zahirnya menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, mencari keadilan untuk muslim yang dizalimi. Dan kesan daripada perkara ini, wujudnya pemikiran pemikiran yang sesat seperti pemikiran memuja manusia, percaya tentang ghaibnya manusia, pemikiran yang menghina para sahabat, pemikiran bahawa Al-Quran itu diselewengkan dan tidak sempurna dan sebagainya. Ketika ini nada Shaykh agak keras seolah2 seperti sangat marah.

Marhalah 4

12. Sesungguhnya pada zaman Saidina Ali telah wujud 2 kumpulan yang berbeza yang sesat kedua-duanya. Allah menguji Ali r.anhu dengan kewujudan Syiah dan Khawawij. Adapun Khawawij diperangi oleh Ali r.anhu di dalam peperangan Nahrawan dan kebanyakan daripada Khawarij telah bertaubat namun ada sebahagian kecil daripada mereka. Begitu juga dengan Syiah, Ali r.anhu telah menghukum mereka dengan membakar mereka hidup2. kerana percakapan yang mereka yang mengatakan Ali itu Ilah @Tuhan.

Fikri : Jika kita baca Buku Tarikh Tasyri’ Islami, di sinilah dibincangkan ijtihad sahabat, bagaimana Ali R.anhu menghukum dengan cara membakar padahal ia dilarang. Ulama bersepakat mengatakan ini ialah hukuman yang sesuai lantaran dosa dan musibah yang sangat dahsyat kesan daripada percakapan itu. Dan ini menunjukkan kesesatan Syiah yang benar-benar sesat.

13. Sesungguhnya Syiah menipu manusia dengan ajaran-ajaran ciptaan mereka seperti iktikad bahawa Al-Quran itu diseleweng, Iktikad tentang Imam ke-12 yang ghaib, Taqiyyah, Al-Wisayah.

Fikri : Shaykh menceritakan bahawa Syiah sangat percaya bahawa Imam Ke-12 (Muhammad bin Hasan Al-Askari) telah “ghaib” ketika beliau berumur 5 tahun selama 25 tahun(Ghaib Sughra) dan apabila tidak muncul, wujud pula ajaran Ghaib Kubra iaitu Imam ke-12 mereka ghaib dan tiada siapa yang mengetahui melainkan Allah Subhanahu Wa taala.

Shaykh menceritakan bagaimana peristiwa ada satu hari dalam bulan Rejab setiap tahun, penganut Syiah akan berbaris di jalan, menghiasi rumah mereka, membawa air, menanti kehadiran Imam mereka yang dikhabarkan akan keluar dari Sardab(nama daerah di Iran). Namun, Imam mereka tidak muncul sehingga menyebabkan kepercayaan ini lemah di kalangan masyarakat.

Maka, Imam Khomeini mereka satu lagi ajaran sesat iaitu Wilayatul Faqih, iaitu ada orang yang menggantikan Imam sewaktu ketiadaan imam untuk memberikan fatwa dan sebagainya dan beliau mengaku beliau ialah Faqihnya.

Komen tambahan Fikri : Sewaktu aku mendengar cerita dari Shaykh ini, segala kubu dan dinding penjaga aku terhadap teori Wilayatul Faqih PAS runtuh sama sekali. Begitu juga dengan Syiah dan orang yang menyokong Syiah.

14. Sesungguhnya Syiah itu, semua akidah mereka keluar daripada Islam. Dan mereka tidak boleh dikahwini. Bahkan, kebanyakan daripada orang yang membantu musuh Islam membunuh kaum Muslimin terdiri daripada mereka. Sesungguhnya Syiah merupakan kumpulan yang sesat dan menyeleweng dan segala istilah2 Syiah semuanya memberi makna Syiah Rafidhah.

15. Hendaklah kita(ASWJ) memberitahu muslim lain tentang kesesatan Syiah dengan tulisan, dan menyebarkannya di mana-mana siaran supaya manusia tidak terkeliru dengannya. Dan berhati-hati dengan gerakan Kebangkitan kerana dikhuatiri dibelakangnya ada tangan-tangan Syiah yang memegangnya.Wassalam.

Ini sahaja perkongsian yang mampu saya tulis, walaupun sebenarnya banyak lagi. Sebenarnya lebih daripada 7 muka surat penuh yang ana dapat dari Shaykh tapi tidak mampu untuk dinukilkan di sini.

Mohammad Fikri,

Kuliah di Menara Polo.

Advertisements
By rajawalibiru Posted in Lain2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s