Apa Jadi Pada Kita Selepas Ramadhan?


Assalamualaikum wbt.

Saudara pembaca yang dihormati, Ramadhan telah meninggalkan kita beberapa hari yang lepas, dan datang padanya bulan Syawal di dalamnya ada hari kebesaran bagi seorang Mukmin, Eid Al-Fitri, sebagai simbolik fitrah manusia yang bersih selepas penat dia “membersihkan” dirinya pada bulan Ramadhan.

Imbau kembali semasa kita di dalam Ramadhan. Bangun sahur dengan susah payah. Berpuasa dengan sebenar-benarnya dengan menahan nafsu dan maksiat. Bangun tahajjud. Kita berdoa, Ihsan dengan Allah, berzikir, berdoa, membaca Al-Quran. MasyaAllah, saya kagum dengan sebahagian daripada kita yang merasai kelazatan beribadah, kelazatan bangun malam, kelazatan di sebalik air mata memohon keampunan dan pelbagai lagi kelazatan dan kegembiraan lain.

Bulan itu kita menukar diri kita jadi sangat baik sampai ada sebahagian daripada kita berkata kepada dirinya, “Alangkah baiknya sekiranya aku mati sekarang”. ” Semoga aku mati dalam keadaan sebagai orang-orang bertaqwa”

Kemudian telah berlalu Ramadhan itu. Berlalu masa itu.

Maka, apa jadi pada kita? Apa hasil yang kita dapat?

Sesungguhnya mukmin Ramadhan itu menjadi mukmin yang baik sewaktu Ramadhan, dan barangkali selepas Ramadhan itu berlalu, dia kembali mencuaikan tanggungjawabnya, mencuaikan solatnya, melakukan maksiat-maksiat di dalam kehidupannya, kembali menghisap rokok dan sebagainya. Kita berlindung dengan Allah daripada menjadi seperti itu.

Sepatutnya kita berkata pada diri kita, 

Tiada istilah putus dalam melakukan ibadat kepada Allah. maka marilah kita menghidupkan puasa, bangun malam, berzikir itu walaupun sedikit. Sedikit tetapi sentiasa berterusan.

Apakah manfaat yang kita dapat dari Ramadhan?

Adakah kita telah keluar dari Madrasah Ramadhan dengan syahadah daripada Allah sebagai orang-orang yang bertaqwa di sisinya?

Adakah kita akan jadi sabar seperti mana kita bersabar di dalam ketaatan dan bersabar menahan diri daripada maksiat?

Adakah kita telah berjaya mendidik diri kita dengan jihad di jalan Allah ?

Adakah kita telah berjaya bermujahadan melawan nafsu kita, nafsu marah kita dan membantu diri kita untuk sentiasa bermujahadah secara berterusan?

Soalan-soalan ini sangat banyak, yang keluar dari hati seorang mukmin yang benar. Dia bertanya dirinya dan menjawab dengan jelas dan benar. Apakah manfaat yang kamu dapat selepas Ramadhan? 

Inilah dia hikmah terbesar Ramadhan. Perhentian terpenting dalam hidup seorang mukmin, bulan padanya tarbiyah ruhiyah dan imaniyah yang mendidik muslim itu sendiri dan sebagai bekalan kekuatan untuk dia menghadapi cabaran-cabaran yang lebih besar dalam baki hidupnya yang mendatang.

Inilah bulan dan bermula daripadanya kita berubah jadi lebih baik. Benarlah firman Allah SWT;

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.  [ Ar-Ra’d ayat 11]

Janganlah kamu jadi orang khianat dengan Allah.

Kenapa kamu kembali melakukan dosa dan menjadi seperti asalnya selepas bermanisan dengan Allah dalam qiamullail, puasa, membaca Al-Quran dan ibadat2 lainnya?

Kenapa masjid ramai pada bulan Ramadhan dan kembali lengang selepas Ramadhan itu berlalu?

Sesungguhnya aku melihat manusia kembali mencuaikan solatnya selepas Ramadhan.

Aku sangat kagum bila mengetahui ada kuntum bunga bangsa yang mampu untuk khatam Al-Quran 4 kali dalam bulan Ramadhan. Alangkah bagusnya kalau generasi- generasi muda seperti itu. Dan alangkah bagusnya kalau ia berterusan selepas Ramadhan.

Aku agak sedih melihat anak-anak bangsaku kembali memperkatakan sesama mereka tentang benda-benda yang melalaikan. Mereka hidup dan belajar dalam biah solehah, sepatutnya menjauhkan benda-benda itu merupakan perkara yang mudah bagi mereka. Ya Allah bantulah mereka. Allahumma Amin.

Wahai mukmin dan muslim, janganlah kamu kembali kepada maksiat selepas kamu merasakan kemanisan beribadah. Adakah keimanan kamu atau keyakinan kamu tidak bertambah selepas berpenat lelah beribadah?

Beribadahlah kepada Allah sehingga kamu benar-benar yakin*

*Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin.[ Al-Hijr ayat 99]

Apa maksud “yakin” dalam ayat di atas?

Maksud yakin di sini ialah kematian. Iaitu beribadat kepada Allah hingga datangnya kematian menjemput kamu. Jika dilihat dalam mana-mana kitab tafsir seperti Tafsir At-Tabari, As-Sa’adi dan sepertinya, itu lah maksud sebenar “yakin”. 

Wahai mukmin dan pembaca sekalian,

Jadilah kamu orang yang berterusan dalam beribadat, sentiasa berpegang teguh dengan agama Allah dan Sunnah NabiNya, beribadah kepada Allah tanpa mengira musim dan tempat, dan tidak menjadikan Allah itu Tuhan sewaktu Ramadhan dan melupakannya pada bulan lain.

Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan. [Hud ayat 112]

maka hendaklah kamu tetap teguh di atas jalan yang betul lurus (yang membawa kepada mencapai keredaanNya), serta pohonlah kepadaNya mengampuni (dosa-dosa kamu yang telah lalu). [ Fussilat ayat 6]

Sesungguhnya, kecelakaan yang besarlah kepada hamba Allah yang hanya mengenali Allah ketika Ramadhan. Selepas dia melupakan Allah pada bulan-bulan selain Ramadhan, dan dia mengenali Allah ketika Ramadhan sahaja, maka adakah itu layanan dari seorang hamba kepada Penciptanya?

Nasihat-nasihat lain,

1. Sentiasalah beristiqamah dalam menunaikan ibadat seperti puasa, qiamullail, sedekah, membaca Al-Quran dan sebagainya.

2.Sentiasa beristighfar dan bersyukur kerana diberi peluang hidup selepas Ramadhan dan supaya dipanjangkan usia untuk berjumpa Ramadhan yang akan datang.

3. Sentiasa tawadhu dan jangan merasa bangga dengan amalan sendiri, sebaiknya beramallah kamu sama sewaktu kamu di mata manusia dan sewaktu kamu berseorangan.

4.Sentiasa bermuhasabah adakah amalan kamu diterima atau tidak.

Di antara tanda amalan-amalan itu diterima.

1. Sentiasa berbuat kebaikan selepas berbuat kebaikan. Bahkan semakin bertambah ketaatan kepada Allah.

2.  Hati sentiasa lapang dan gembira apabila berbuat kebaikan. Mukmin gembira dengan kebaikan dan sentiasa bersedih dengan maksiat.

3. Sentiasa bertaubat dan bermuhasabah, dan seterusnya menjadikan seseorang mukmin semakin memperbaiki mutu dan kualiti ibadahnya.

4. Bertambah kecintaan seorang kepada Allah. Dia membenci apa yang dibenci oleh Allah dan dia mencintai orang yang dicintai oleh Allah.

Akhir sekali, saya menutup entri kali ini dengan firman Allah SWT di dalam Al-Quran yang mulia.

“Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa;  [Al-Maidah ayat 27]

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s