Diari Aidil Fitri 2011


Assalamualaikum wbt.

Terasa macam nak mencoretkan sesuatu pada penghujung Ramadhan. Sudah lama blog ini tidak terisi apa-apa. Terasa bersalah pada mad’u dan orang-orang awam yang meminta. Maaflah, hidup seorang Mukmin pada bulan Ramadhan ialah bersama Al-Quran dan masjid. Hanya beberapa nota agama sempat saya tulis di facebook. Link 1 Link 2 Link 3 Link 4

Alhamdulillah, selepas hampir satu pertiga dari hidup saya, saya jadi seorang pengikut, beberapa tahun kebelakangan ini, saya berusaha untuk jadi orang yang percaya. Terima kasih kepada kawan-kawan semanhaj. Terima kasih kepada guru-guru yang banyak membantu. Guru dan sheikh yang membantu agar jadi sederhana.

Orang yang percaya sebenarnya dengan agama, dan bukan jadi pengikut sahaja. Bukan melakukan ibadah kerana adat, budaya dan ikut-ikutan sebaliknya tahu apa yang diamalkan itu memang bersumberkan dari nas-nas yang sahih. 

Ya Allah, sesungguhnya Aku mencintai NabiMu, ahlul baytnya, sahabat2nya dan orang yang mengikuti jalan ini dengan “ihsan”, matikanlah aku dengan jalan ini dan bangkitkan aku bersama orang2 yang aku cintai.

Ya Allah, sesungguhnya Aku membenci orang yang menghina agamaMu, orang-orang yang “ghuluw” dan “melampau” dalam mencintai sesuatu kelompok walaupun mereka dari orang-orang yang aku sayangi. Ya Allah, aku membenci mereka kerana kerosakan dan keburukan yang ada pada mereka keranaMu ya Allah. Janganlah Kau jadikan aku dan generasiku orang yang tidak mengikuti jalanMu ini dengan “ihsan”. Sesungguhnya Kaulah tempatku mengadu nasibku dan tempat sebaik-baik kembali.Amin.

Bila duduk dalam masyarakat, terasa masih lemah sangat dan sedih yang sangat-sangat, sedih kerana masih tidak mampu untuk mengubah diri seperti para sahabat, sedih dengan amal yang sedikit, sedih tengok maksiat, sedih tengok kejahilan manusia, sedih yang lebih banyak daripada ketawa. Mujurlah kerja dalam biah solehah, diusik oleh anak-anak bangsa, membalas senyuman-senyuman anak-anak bangsa. Sedikit sebanyak terubat jua kepahitan dan kesedihan apabila bersama masyarakat hari ini.

InsyaAllah, bulan 9 ini saya akan memulakan pelajaran dan pengembaraan ilmu dalam bidang Sarjana. Semoga Allah permudahkan. Tanggungjawab dan amanah pada ilmu yang kian berat.Saya sedang bersedia mental dan fizikal. Semoga Allah permudahkan semuanya. Wassalam

Eid Mubarak Said

Semoga Allah menerima amalan baik dari kita dan kamu

Jadilah hamba Allah dan beristiqamahlah dengan Al-Quran dan Sunnah Sahih dengan kefahaman para sahabat, dan janganlah jadi hamba Ramadhan sahaja.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s