Sinergi


Assalamualaikum wbt

Saya teringat nasihat naqib saya 7-8 tahun lepas semasa sedang usrah dengan beliau. Dulu usrah itu sesuatu yang menyeronokkan. Usrah selepas berjogging sesama , selepas pergi mandi pantai sesama, selepas main bola tampar dan besbal sama2.

Suatu hari, kami berjalan-jalan dan melihat sekumpulan pekerja sedang membina bangunan, maka tajuk usrah itu berkenaan sinergi. Seterusnya naqib menceritakan tentang kepentingan sinergi dalam dakwah, bagaimana dakwah berjalan dengan kerjasama antara semua pihak.

Istilah sinergi dalam Kamus Dewan Edisi Ke-empat bermaksud  usaha sama antara individu, organisasi dll yg hasilnya lebih baik berbanding jika usaha tsb dilakukan secara sendirian.

Terdapat 8 golongan yang bekerjasama dalam membina ummat, iaitu pemimpin yang bijaksana, ilmu para ulama, peluh para amilin, darah para syuhada’, doa orang-orang yang soleh, kehebatan para pendakwah, harta si kaya yang dermawan dan rahim wanita yang solehah.

Naqib juga menceritakan masalah yang berlaku dan mengaitkan dengan realiti yang berlaku dalam hidupnya. Dan beberapa tahun selepas itu, saya menyaksikan apa yang dikatakannya itu berlaku dengan jelas sekali.

Saya melihat satu sinergi/kerjasama yang tidak kuat antara golongan muda dan tua dalam sebuah organisasi.

Saya sangat sedih melihat seorang pemuda yang menafkahkan dirinya untuk jemaah, dakwah dan tarbiyah.Saya memikirkan bagaimana keadaannya bila dia bekeluarga kelak dalam keadaan dirinya yang serba kekurangan.

Dia membawa kereta buruk ketika bertugas, bahkan sehingga tugasnya membawa seorang tetamu dari jauh, sedangkan golongan tuanya pula boleh datang memakai kereta mahal-mahal hanya untuk kegunaan biasa. Bezanya dia bekerja untuk institusi jemaahnya sedangkan golongan tuanya bekerja dalam dunia yang dibelai oleh dunia sekular dan kekayaan yang melimpah.

Alternatifnya, mungkin selepas bekeluarga, dia mungkin berhenti dari kerja itu dan akhirnya akan mati ditelan kesibukan-kesibukan lain. Dia antara beberapa contoh pejuang yang “menyepi” selepas bekeluarga.

Saya pernah menyimpan  hasrat yang sama, bekerja di sebuah institusi dengan niat untuk menyumbang dan berkorban, sambung studi hingga ke peringkat tertinggi tetapi masih ingin tetap bekerja di institusi itu.

Tapi akhirnya saya sedar, saya tidak boleh untuk tetap di situ. Hidup saya akan serba  kekurangan. Bukan kerana saya malas atau tidak mampu, tetapi di waktu orang lain  menimbun2 duit, saya berkorban sedangkan saya masih ada kewajiban2 yang perlu  ditunaikan seperti membina rumah tangga, berfikir tentang rumah dan keperluan-keperluan hidup lain. Tambah lagi hidup dalam zaman yang mencekik ini. Saya bukan hidup seperti zaman kerajaan Islam Abbasiyah yang mana zakatnya sehingga boleh digunakan untuk membantu para pemuda negara itu berkahwin, tapi saya hidup dalam zaman dimana zakat dan kekayaan itu beredar pada sebahagian manusia sahaja.

Saya tidak mahu jadi seperti kawan2 saya. Kahwin ketika umur mencapai 30. Umur hampir 30 tapi hidupnya masih tidak stabil lagi kerana beberapa keperluan hidup yang tidak selesai. Saya tidak mahu pejuang yang berkorban itu dianggap orang  yang miskin, tidak berkemampuan dan sebagainya sehingga akhirnya dia mati terkorban dalam pengorbanan.

Naqib saya akhirnya menyuruh saya untuk mendalami ilmu sebelum masuk sebagai “ahli”. Mula2, memang saya tidak mengerti apa yang diterangkan olehnya dan berapa banyak “ilmu” yang saya mesti ada. Tapi kini saya faham.

Saya kena belajar tentang “awlawiyyat”. Mendahulukan mana yang patut didahulukan dan mengakhirkan yang mana akhir. Kesimpulannya bukan semua aktiviti organisasi harus saya ikut. Kerja utama seorang pemuda ialah mendalami ilmunya sehingga dia jadi faqih, adapun kerja2 dakwah lain hanyalah tambahan sahaja.

P/s -Naqib saya kini akhirnya seorang yang “gugur dalam medan dakwah. Tapi bukanlah beliau seorang yang “futur”, tapi “futur” beliau kerana faktor2 lain juga yang menyumbang.

Sudah banyak contoh2 pemuda yang gugur. Lihat sahaja generasi yang membesar bersama saya, mereka hilang “ditelan” usia mereka yang meningkat. Banyak faktornya. Mungkin barangkali saya akan menuruti jejak mereka jika banyak kali luahan/cadangan/masalah saya mati di medan perbincangan oleh sebab resolusi dan alasan-alasan yang tidak memberikan solusi. Sudah banyak kali ia berlaku. Mungkin saya kena “create” kumpulan pemuda saya sendiri dengan konsep sinergi ikhwan dan salafi yang sangat-sangat menguntungkan.

Kalaulah saya ada 20 orang pemuda, 10 berkorban dan 10 lagi bekerja menjadi orang kaya dan membantu baki 10 yang berkorban diri mereka untuk jemaah, dakwah, menjaga kebajikan mereka, menyempurnakan kekurangan-kekurangan yang ada dalam hidup mereka, menggembirakan mereka ……

Wassalam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s