Berita Fikri – Ibrah dari Safar ke Utara dan Ramadhan


Assalamualaikum wbt.

Ibrah dari Safar ke Utara.

Alhamdulillah, saya sempat bersama beberapa orang rakan bermusafir ke satu daerah di utara Malaysia, iaitu di Mengkuang, Pulau Pinang. Asalnya kerana ingin menziarahi sebuah maktabah wakaf yang baru dibuka. Alhamdulillah, kini ada 2 maktabah di bawah kelolaan NGO-NGO Sunnah di Malaysia. Satu di Kelantan di bawah seliaan Maulana Asri dan satu di utara di bawah kelolaan Dr. Mohd Asri Zainal Abidin.

Tun Abdullah sedang meneliti buku sambil diperhatikan oleh Dr. MAZA

Terima kasih pada Pak Lah kerana sudi merasmikan dan sudi turun padang. Sebenarnya, ramai pemimpin pembangkang dan pemerintah yang banyak membantu.

UFMO sedang berbicara tentang "Hikmah dalam Berdakwah"

Banyak motivasi yang saya dapat, terutamanya bila ada perkongsian dari seorang India Muslim, seorang muballigh yang sangat saya kagumi tawakal dan dakwahnya kepada Allah. Perkongsian dari beliau menyebabkan saya sangat malu kerana saya lahir dalam keadaan muslim tetapi tidak berusaha untuk menjadi lebih baik.

Bayangkan nasib seorang mualaf India yang terkontang-kanting hidupnya ketika sejarah awal dirinya memeluk agama Islam. Sudahlah disisihkan keluarga kerana agamanya, jabatan agama pula tidak mengambil berat. Apatah lagi, beliau tidak tahu bagaimana untuk mendalami ilmu Islam. Sehinggalah beliau menemui beberapa tokoh sunnah yang banyak beliau sehingga hari ini.

Permulaan ketika beliau menubuhkan sebuah NGO untuk membantu mualaf-mualaf sekitar Penang sangat menginsafkan. Bagaimana beliau sanggup membeli bangunan berharga sekitar RM1.7 juta untuk kegunaan badan dakwah dan menjaga kebajikan mualaf. Bayangkan bagaimana tingginya tawakal beliau kepada Allah. Beliau membeli bangunan itu dengan membayar wang pendahuluan sebanyak RM17000, dan berjanji akan menyelesaikan bakinya dalam tempoh 90 hari!. Selepas beberapa minggu “roadshow derma” ย ke sana ke mari sekitar Malaysia, alhamdulillah, beliau hanya mampu untuk mengumpul sebanyak ย RM562+-K, dan masih berbaki beberapa ratus ribu lagi untuk dikumpulkan dalam tempoh 2 minggu terakhir.

Bayangkan pada malam itu beliau bermunajat pada Allah agar bangunan untuk kegunaan dakwah itu berjaya dibeli. Beliau menangis dan mengadu tentang kesusahan-kesusahan beliau, dan akhirnya tepat pukul 8 pagi itu, beliau menerima panggilan dari syarikat Tun Daim Zainuddin yang akhirnya sanggup membantu beliau. Subhanallah.

Sedikit analisa Gerakan-gerakan Sunnah dan Gerakan-gerakan Ikhwanul Muslimin.

Alhamdulillah, dapat tahu sedikit sebanyak penerangan tentang sejarah2 NGO Sunnah di Malaysia. Sejarah tentang gerakan IM di Malaysia juga sudah tahu.

Susah nak nampak seorang tokoh yang ada “kekuatan ” untuk menyatukan mereka2 ini, tapi ini bukan mustahil kerana ada isu2 yang mereka2 ini dapat bersatu.

Allahumma Allif Baina Qulubina Wa Qulubi Al-Muslimin.

Ada banyak gerakan2 Sunnah dan gerakan IM di Malaysia. Tapi sebab perbezaannya tidak sama. Gerakan2 Sunnah berbeza kerana mereka berbeza bidang ilmu mana yang ingin didahulukan atau kerana kerja2 mereka yang pelbagai. Maksudnya, ada yang berdiri kerana nak bantu muallaf, ada yang nak tentang Syiah, ada yang nak berikan kefahaman hadits, usul fiqh kepada masyarakat, dan tidak kurang juga ada yang join parti pemerintah kerana nak menarik tangan pemerintah dan menasihati mereka secara senyap2. Tetapi di dalam akidah, hampir semua bersatu dan musuh mereka orang yang sama, iaitu orang sufi yang sesat, Syiah dan sebagainya, khususnya tangan-tangan ghaib yang memegang tampuk kepimpinan badan-badan agama di Malaysia. Siapa tahu tentang Ahbash, tentang Syiah. Tak ramai yang tahu.

Adapun perbezaan di kalangan gerakan2 IM ialah kerana ketaatan yang lebih kepada pemimpin mereka, tidak didasari oleh ilmu atau dalil yang kuat. Hanya sekadar ketaatan kepada pemimpin. Contohnya, ahli gerakan A akan jarang pergi ke kuliah atau wacana gerakan B kerana dikhuatiri akan menjejaskan pandangan ketua gerakan A. Jarang ada ketua yang sanggup tawadhu untuk turun bersama dalam wacana2 ilmiah yang dianjurkan oleh mana2 gerakan IM di Malaysia.

Begitu juga boleh dilihat persaingan antara gerakan2 IM di Malaysia. Bila gerakan A buat sub-gerakan Syabab, maka ia akan diikuti oleh gerakan2 lain. Contoh mudah dalam aktiviti kemanusiaan peringkat nasional atau antarabangsa.Gerakan A dan B tidak mahu bergabung dengan gerakan C walaupun pada hakikatnya mereka kecil jumlahnya dan sedikit. Mungkin rasa kuat walaupun sedang bertungkus lumus dalam pelbagai masalah. Dan saya menerima banyak luahan persoalan tentang perbezaan antara gerakan2 ini sedangkan mereka dari asal yang sama.

Tapi berbeza dengan gerakan2 Sunnah di mana orang2 yang berminat akan pergi ke mana2 sahaja program anjuran NGO2 Sunnah. Jangan terkejut jika dalam seminggu kita boleh hadiri kuliah ilmu yang dianjurkan oleh 4-5 tokoh yang hebat dari NGO2 Sunnah yang berlainan. Dan walaupun nampak berbeza dari segi zahirnya, sebenarnya mereka saling bantu membantu.

Dalam situasi seperti ini, yang untung kebanyakan penuntut ilmu yang tidak taasub dan orang ketiga yang tidak terlibat dari menyertai mana2 gerakan.

Kalau ditinjau dengan lebih teliti, kamu akan jumpa orang2 dalam gerakan Sunnah yang hampir2 menyerupai orang2 Ikhwan, mereka lebih sunnah amalan hariannya, lebih tawadhu’ dan tidak nampak keduniaan pada diri mereka.

Di dalam gerakan2 IM pula, susah nak nampak ikhlas, tapi ada ramai orang ikhlas dalam berjuang. Tidak ramai yang ummah-centric tapi ramai yang jemaah-centric mungkin kerana perbezaan kefahaman masing-masing.

Cukuplah analisis ini. Banyak lagi ilmu yang perlu ditimba, ramai lagi ulama-ulama yang perlu didampingi, dan ramai orang2 veteran yang mesti didampingi untuk dikongsi pengalaman mereka sebagai benteng yang cukup ampuh dalam menghadapi ranjau hidup yang mendatang.

Aku sedang berkira-kira untuk melakukan perubahan total, dan berfikir banyak kali tentangnya. Makin banyak ditanya, makin jelas. Mungkin perlukan sedikit masa. Terima kasih pada “brothers of life” yang banyak membantu dan banyak memahami.

Aku ingin menjadi pemuda yang pada tangan kanannya ada Al-Qur’an dan As-Sunnah dan kefahaman Salafussoleh, di tangan kirinya ada pedang dan pena, hatinya ada akidah yang sejahtera dan sempurna. Allah sebaik-baik pelindung baginya dan kepadaNya pemuda itu bertawakal dalam dia berjalan mengharungi denai dakwah yang tiada penghujungnya.

Ramadhan Menjelang Lagi.

 

Selamat menyambut Ramadhan. Selesaikan hutang jika mampu. Minta maaf sesama manusia jika ada silap. Bertaubat sebelum masuk Ramadhan. Dan ulangkaji bacaan bab Puasa. Selamat menyambut Ramadhan dan mohon maaf jika ada salah silap.

Mohammad Fikri bin Mohammad Nasri.

Advertisements

4 comments on “Berita Fikri – Ibrah dari Safar ke Utara dan Ramadhan

    • Ramai manusia yang inginkan kesatuan, tetapi lebih ramai yang bersatu untuk tidak bersatu. – bak kata Ustaz Hussein Yee dalam forum “Merakyatkan Dakwah”.

    • Quote dari entri
      Cukuplah analisis ini. Banyak lagi ilmu yang perlu ditimba, ramai lagi ulama-ulama yang perlu didampingi, dan ramai orang2 veteran yang mesti didampingi untuk dikongsi pengalaman mereka sebagai benteng yang cukup ampuh dalam menghadapi ranjau hidup yang mendatang.

      Memang banyak lagi yang perlu ditimba. ๐Ÿ˜€

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s