Dr. Solah Khalidi, kecaman terhadap Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dan buku Shaykh Muqbil


Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, saya baru sahaja balik dari musafir ke Utara Malaysia. Hari ini gembira saya bertambah. Pertama kerana seorang Shaykh telah mengajak saya untuk menyertai grupnya. Dan yang kedua, soalan saya telah dijawab oleh Dr. Solah al-Khalidi.

Dr. Yusuf Al-Qaradhawi yang dizalimi.

Ini ialah jawapan yang dihantar dari facebook beliau kepada “wall” Facebook saya. Lihat Link ini.

أرسل أحد الإخوة رسالة يقول فيها ::

 

فضيلة الشيخ.. أصبح هناك مجموعات من طلبة العلم يهاجمون الشيخ القرضاوي اعتمادا على ما جاء في كتاب لمقبل بن هادي كان عنوانه “اسكات الكلب العاوي…” وبماذا توجهوننا؟

 

Telah menghantar salah seorang dari sahabat kita surat yang bertulis di dalamnya :

 

Fadhilah Shaykh.. Ada kumpulan-kumpulan dari penuntut ilmu yang menyerang/mengecam Dr. Yusuf Al-Qaradhawi berasaskan daripada buku Shaykh Al-Muqbil bin Hadi yang tajuknya “ Mendiamkan Anjing yang Menyalak “ . Dan bagaimana kamu hendak menghadapinya?

 

فأجاب الدكتور صلاح الخالدي حفظه الله ::

 

الاخ الكريم..

للأستاذ الإمام العلامة يوسف القرضاوي حفظه الله منزلة عالية عند عموم المسلمين، وعلمه غزير، وفضله كبير، ومع ذلك فهو ليس معصوماً ولكنه قد يخطأ أحياناً، ولكن ليس معنى هذا أن تؤلف الكتب في شتمه،وأنا سمعت بكتاب مقبل بن هادي رحمه الله، ولكني لم أطلع عليه  وأردى أن الأخ مقبل قد أخطأ خطاً كبيراً عندما شبه إماماً علامة بالكلب العاوي، وأدعو إلى عدم قراءة هذا الكتاب لما فيه من أخطاء ومخالفة لحكم الشرع الإسلامي.


وأدعو طلبة العلم عندكم في ماليزيا الذين يهاجمون القرضاوي إلى أن يوجهوا هجمومهم وطاقتهم إلى مواجهة اليهود والأمريكان والصليبين وغيرهم من أعداء الإسلام ، والقرضاوي ليس عدواً للإسلام رغم أنه يخطئ أحياناً
.

 

Maka Dr. Solah Al-Khalidi hafizahullah telah menjawab :

Saudaraku yang mulia,

Bagi al-Imam al-Allamah Yusuf Al-Qardhawi hafizahullah kedudukan yang tinggi di sisi kaum muslimin umumnya, dan mempunyai ilmu yang banyak, dan kelebihannya besar, dan bersama dengan itu, beliau juga bukan seorang yang maksum tetapi telah melakukan beberapa kesalahan, tetapi ini bukan bermaksud kita perlu menulis buku untuk mencelanya. Dan saya telah mendengar berkenaan buku Shaykh Muqbil bin Hadi rahimahullah, tetapi saya tidak ingin membacanya/menelitinya. Dan saya berpendapat bahawa saudara (Shaykh) Muqbil telah melakukan kesalahan yang besar ketika mana dia menyamakan al-Imam al-Allamah Yusuf Al-Qardhawi dengan anjing yang menyalak. Dan saya menyeru supaya tidak membaca buku ini kerana di dalamnya ada kesilapan yang banyak serta bercanggah dengan syariat Islam.

Saya menyeru penuntut ilmu di Malaysia yang menyerang/mengecam Al-Qardhawi agar menghadapkan serangan/kecaman dan keupayaan/kekuatan mereka kepada menyerang Yahudi, Amerika, tentera-tentera Salib dan selainnya daripada musuh-musuh Islam, dan Dr. Yusuf Al-Qardhawi bukanlah seorang musuh Islam walaupun kadangkala dia tersilap.

Advertisements

One comment on “Dr. Solah Khalidi, kecaman terhadap Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dan buku Shaykh Muqbil

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s