Setahun di SMIK /19 Julai 2011


Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang masih memberikan kurnia dan segala nikmat yang aku kecapi sehingga hari ini. Sekejap sangat masa berlalu, pejam mata dan celik mata, sudah setahun aku bekerja di Sekolah Menengah Ibnu Khaldun. Terima kasih kepada Cikgu Lah kerana memberi peluang untuk menabur bakti di negeri Selangor selepas 5 bulan yang sia-sia di Terengganu.

Duduk di negeri Selangor Darul Ehsan seperti duduk dalam lubuk emas. Kaya dan penuh nikmat. Kuliah-kuliah agama dari ustaz2 sunnah bersepah-sepah umpama cendawan yang tumbuh selepas hujan. Sangat banyak, bahkan tinggal untuk diutamakan mana yang perlu dan sampai kena pakat dengan member supaya masing2 dapat istifadah.

Terima kasih kepada nenek dan datuk yang menjaga Fikri sepanjang Fikri di Klang. Di sinilah keluarga baruku dan aku bahagia di sini. Terima kasih nenek, kerana risaukan Fikri yang selalu balik lewat pukul 12-1 pagi sebab ada wacana dan kuliah2 agama. 

Stallion Hitam Saya (Bukan gambar sebenar)

Alhamdulillah, terima kasih kepada saudara-saudara yang memahami. Terima kasih pada yang sudi menumpangkan rumah sehari dua bila, atau sejam dua bila aku mengembara menadah ilmu sekitar Kuala Lumpur dan daerah2 Selangor yang lain. Berulang alik dari Klang ke Kuala Lumpur memang menuntut istiqamah dan pengorbanan yang tinggi. Terima kasih kepada ” stallion hitam” yang banyak membantu.

Alhamdulilah, bahagia dapat kawan dan sekutu yang sama manhaj dan pemikiran. Bahagia bila ada ada pemuda2 yang bersama bertimpuh peha menadah ilmu dari mana2 ustaz, yang datang dari pelbagai pemikiran. Rasa best plak jadi independent, boleh pergi mana-mana kuliah dan menadah ilmu dari mana2 ustaz yang dikehendaki, tanpa ada batasan dan larangan dari sesiapa.

Alhamdulillah, insyaAllah bulan 9, saya akan memasuki dunia baru, dunia pendidikan di Malaysia di peringkat Master. Semoga Allah permudahkan.

Cukuplah untuk entri kali ini. Ringkas dan gembira.

Wassalam. 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s