Persoalan Berkisar Ketaatan kepada Pemerintah.


Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, saya telah bertanya dengan Shaykh I’shom bin Soleh al-Uwaid, seorang ulama Saudi. Dan saya ingin berkongsi dengan pembaca jawapannya untuk dinilai dan dimanfaatkan bersama.  

،السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

 ،أنا طويلب العلم في ماليزيا أرجوا التوجيهات وإرشادات من سيادتكم يا شيخ الفضيلة

 ،عندي سؤالين إلى فضيلة االشيخ

 ماذا ستفعل المسلمون العوام على السلطان الجائز و بجانبه أهل العلم والفضل الساكت؟ هل علينا أن ننصحه ؟

إذا خرج طائفة من الناس على السلطان الجائز فغلبوه ، هل علينا أن نعترف السلطان الجديد المتغلب و نعطي السمع والطاعة إليه ؟

ٍٍTerjemahan;

Assalamualaikum wbt,

Saya seorang penuntut ilmu di Malaysia dan saya perlukan taujihat dan irsyadat daripada Shaykh yang dihormati,

Saya ada dua soalan kepada Shaykh.

Apakah yang perlu dilakukan oleh orang muslimin awam ke atas pemerintah yang zalim sedangkan disisinya ada ahli ilmu dan orang yang mempunyai kedudukan tetapi mereka senyap?

Apabila keluar sekumpulan manusia memberontak ke atas pemerintah yang kejam dan mereka mengalahkannya, adakah perlu ke atas kita untuk mengiktirafnya  (pemerintah yang baru yang naik dengan rampasan kuasa )  dan dengar dan mentaatinya?

Jawab Shaykh I’shom bin Soleh al-Uwaid,

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

     نعم تجب مناصحته ومناصحة الساكت أيضاً { كنتم خير أمة أخرجت للناس تأمرون بالمعروف وتنهون عن المنكر } .

 إذا لم يستطع المسلمون توليت من يرونه أهلا للولاية وغلب عليهم أحد بقوته وضعفوا عن رده فتجب مبايعته إذا كان مسلما ، وهذا ينطبق على كل متغلب أولا كان أو ثانيا ، ومبايعة المتغلب محل إجماع عند أهل السنة والجماعة . 

Terjemahan;

Waalaikumussalam wbt,

Iya, wajib untuk menasihati raja yang zalim itu dan menasihati orang-orang yang diam(ahli ilmu dan orang yang mempunyai kedudukan).

Dalilnya ( “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), [Surah Ali Imran ayat 110 ] 

Apabila kaum muslimin tidak mampu, maka kamu hendaklah meninggalkan ketaatan kepada sesiapa yang kamu rasa layak untuk memimpin, dan apabila dia(raja yang zalim) dikalahkan oleh orang yang memeranginya dengan kekuatan dan dia lemah untuk menghalangnya, maka wajib ke atas kita untuk membaiah pemimpin itu(pemimpin yang baru naik) sekiranya dia Muslim, dan kaedah ini terpakai ke atas setiap orang yang merampas kuasa samada pemimpin yang pertama atau kedua, dan mentaati pemimpin yang naik secara rampasan kuasa adalah ijma’ di sisi Ahlus Sunnah Wa alJamaah.

Kemudian saya bertanya lagi kepada Shaykh I’shom bin Soleh al-Uwaid,

شكرا يا شيخ على إجابتكم ،

Terima kasih wahai Shaykh di atas jawapan kamu,

بالنسبة للسؤال الثاني ، من خرج من طاعة اؤلى الأمر هم من الخوارج . هل يجب علينا ان نعطي السمع والطاعة إلى السلطان الجديد المتغلب وهو الخوارج أصلا؟

Berkenaan dengan soalan kedua, sesiapa yang keluar dari ketaatan pemerintah, mereka adalah khawarij. Adakah ke atas kita untuk mendengar dan taat kepada pemimpin yang baru yang naik secara rampasan kuasa sedangkan dia adalah khawarij pada asalnya?

Shaykh menjawab lagi,

ليس كل خارج على الإمام يكون خارجيا فقد يكون باغيا ، والفرق بينهما أن الأول كفر المسلم ثم خرج عليه ، وأما الثاني فخرج عليه دون تكفير .

Bukan semua yang keluar dari ketaatan kepada imam itu khawarij tetapi boleh jadi bughah(memberontak), dan beza di antara keduanya ialah yang pertama(khawarij) itu mengkafirkan orang Islam kemudia mereka keluar untuk menentang pemerintah itu, sedangkan yang kedua (bughah/pemberontak), mereka keluar menentang pemerintah tetapi tidak mengkafirkan pemerintah.

Seterusnya saya melanjutkan lagi persoalan kepada Shaykh,

إذن ، هل يمكن علينا (الشعب) أن يسقط السلطان الجائز اللذي يسفك دماء شعبه و عندنا القدرة ؟

Jadi, adakah diboleh ke atas kami(rakyat) untuk menjatuhkan pemerintah yang zalim yang menumpahkan darah rakyatnya dan kami mempunyai kekuatan.

ثم ،

بالنسبة للسؤال الأول ، إذا الشعب لم يجدون وسائل في نصيحة السلطان الجاءز ، هل يمكننا أن أن نجرج من بيوتنا للمظاهرات السليمة بدون السلاح ليظهر بغضنا على السلطان الجاءز ؟

Kemudian,

Berkenaan dengan soalan pertama(rujuk soalan mula2 sekali), apabila rakyat tidak mendapat jalan/cara untuk menasihati pemimpin yang zalim, adakah diboleh untuk keluar dari rumah-rumah untuk berdemonstrasi secara aman tanpa membawa senjata untuk menunjukkan kemarahan kami ke atas pemimpin yang zalim?

Shaykh I’shom menjawab,

إن كان لم يرتكب كفرا بواحا فلا يجوز الخروج عليه بالقوة لعزله ، لكن يشرع الامتناع عن ظلمه ولو أدى ذلك إلى قتله (من قتل دون ماله فهو شهيد) .

Sekiranya pemimpin yang zalim itu tidak melakukan apa2 yang dikira kufrun bawahun(perbuatan yang dikira kafir secara jelas), maka tidak harus untuk keluar dari ketaatan kepadanya walaupun mempunyai kekuatan untuk membuangnya(daripada menjawat jawatan pemimpin). tetapi disyariatkan agar kita menghalang kezalimannya walaupun ia akan membawa kepada kematiannya.

Shaykh menaqalkan hadis ( Sesiapa yang mati mempertahankan hartanya dikira mati syahid ) *

*Penilaian hadis oleh penulis :*Ini adalah sebahagian daripada hadis. Imam Albani mensahihkannya, Imam Suyuti mensahihkannya di dalam Jami; Saghir mengikut jalur Ali bin Abi Talib dan menghasankannya mengikut jalur Said bin Zaid, Imam Ibnu Hajar, Imam Tirmidzi menghasankannya manakala Muhaddith Ahmad bin Syakir mensahihkan hadis ini.

Rujuk link ini.

Seterusnya Shaykh menjawab soalan terakhir,

المظاهرات السلمية يختلف حكمها باختلاف البلدان ، وهي ليست خروجا على السلطان ولا تأخذ أحكام الخروج .

Demonstrasi secara aman berbeza hukumnya mengikut keadaan negeri tersebut, dan ia bukanlah dikira keluar menentang pemerintah dan tidak dihukum dengan hukum keluar menentang pemerintah.

شكرا لكم يا شيخ على اهتمامكم ،

والسلام عليكم ورحمة الله ،

طويلب العلم من ماليزيا،
محمد فكري الماليزي

Terima kasih Shaykh di atas keprihatinan kamu,

Assalamualaikum wbt.
Penuntut ilmu di Malaysia,

Mohammad Fikri Al-Malizie

Komen dari Mohammad Fikri Ar-Ribati Az-Zahabiyy ( penulis sendiri);

1) Kita boleh menasihati ahli ilmu atau orang yang mempunyai kedudukan dan boleh menasihati pemimpin yang zalim sekiranya ahli ilmu di sisi pemerintah yang zalim itu senyap.

Tetapi adakah kita tahu apakah ahli ilmu di sisi pemimpin itu sudah menasihati pemimpin? Maka, jalan paling mudah ialah kita katakan mereka mungkin sudah menasihati pemimpin secara senyap2. Seeloknya kita berprasangka baik.

2) Sekiranya sekumpulan manusia memberontak dan menggulingkan pemerintah yang zalim, mereka adalah bughah(pemberontak) jika mereka hanya memberontak dan tidak mengkafirkan pemerintah, tetapi jika mereka memberontak dan mengkafirkan pemerintah, maka mereka adalah khawarij. Di sini kita sudah jelas, bukan semua penentang itu adalah khawarij.

3)Sekiranya naik pemimpin baru melalui rampasan kuasa dan dia mempunyai kekuatan dan dia seorang Muslim, maka ke atas kita untuk mentaatinya dan ini adalah ijma ulama Ahlus Sunnah Wa al-Jamaah.

4)Kita tidak boleh menjatuhkan pemimpin yang zalim melainkan dia melakukan kekufuran yang nyata, sebaliknya kita disyariatkan untuk menghalang kezalimannya seperti menumpahkan arak2nya, menarik tangannya dari melakukan kezaliman walaupun ia menyebabkan kita dibunuh atau dibunuh. Jika rakyat mati kerana mempertahankan keluarga, harta, agamanya, maka dia dikira syahid.

5) Adapun demonstrasi aman, ulama ada khilaf padanya, samada haram atau harus. Ada ulama yang mengatakan ia haram kerana mereka mengambil jalan “sadd az-zarai3” iaitu menutup segala pintu yang boleh menyebabkan kemudaratan atau kerosakan yang lebih besar hasil dari demonstasi itu tadi. Bagi mereka yang mengatakan ia harus, kita mesti ingat harus itu bukan mutlak, kerana harus ialah demonstasi dimana rakyat keluar secara aman tanpa membawa senjata dan tidak berniat untuk menjatuhkan raja, jika ada faktor yang menyebabkan kekacauan atau faktor lain yang boleh memberikan mafsadah atau kerosakan, maka hukum harus itu akan menjadi sikit dan boleh berubah kepada haram tadi.

Saya rasa entri ini sudah agak panjang dan akan menyebabkan pembaca merasa bosan dan terbeban untuk menghabiskannya. Jadi cukup sampai sini. Jika ada sebarang kesilapan, komen dan pandangan, dipersilakan untuk memberikan sebarang respon.

Assalamualaikum wbt.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s