Masalah-masalah umat.


Assalamualaikum wbt.

InsyaAllah, dalam entri ini disertakan beberapa masalah yang saya dapati berlaku pada generasi hari ini. Semoga kita bersama memikirkan penyelesaian terbaik untuk mereka. Terima kasih kepada ustaz-ustaz dan manusia yang prihatin tentang masalah yang berlaku di samping mereka.

1. Kalau tengok dari perbezaan manhaj dan pemikiran, ramai orang muda yang mabuk manhaj. Orang yang mabuk manhaj diumpamakan seperti orang yang baru mendapat lesen motor dan bawa motornya laju-laju untuk menunjukkan dia sorang sahaja yang pandai membawa motor. Bila berjumpa dengan anak muda seperti ini, saya hanya mampu berdoa agar dia akan jadi lebih matang apabila ditelan usia. Atau penyelesaian baginya, nasihatkan padanya agar dia selalu mendampingi orang yang lebih berusia darinya, mendapatkan pengalaman dan nasihat darinya supaya jadi sederhana dalam manhaj dan pemikiran yang baru dikenalinya.

2. Saya melihat perbezaan yang ketara antara anak bangsa saya yang lelaki dan perempuan. Lelaki seharusnya dikuatkan semangatnya, diberikan penekanan yang lebih baik terutama akhlak dan sahsiahnya. Lelaki juga harus diberi nasihat dan penelitian yang lebih. Agak sikit lelaki soleh dan berjaya berbanding perempuan. Sedangkan lelaki soleh itu akan menghasilkan perempuan yang soleh. Lelaki yang soleh mendidik isterinya menjadi solehah dan anak perempuannya menjadi solehah. Saya juga melihat bagaimana seorang ayah yang agak kurang mendidik anak perempuannya menjadi soleh, memberitahunya tentang batas2 dalam pergaulan dan pemakaian. Ke atas lelaki soleh untuk membimbing,mengasuh dan menasihati perempuan2 di sekitarnya.

3. Terdapat sebilangan anak muda yang bangga dengan kumpulan/gerakan yang disertainya. Andaikan Islam itu baju yang dipakainya dan kumpulan/gerakan itu kasut yang dipakainya untuk bergerak dan berjalan. Kasut itu seringkali memandunya kekadang kepada golongan manusia yang berkasut lain, tetapi kebanyakannya kasut itu hanya memandunya berlegar di sekitar manusia yang berkasut sama sepertinya. Dari pemerhatian saya sepanjang hadirnya saya ke kuliah ilmu atau diskusi2 atau forum yang dianjurkan oleh pelbagai kumpulan/gerakan, walaupun tajuknya sangat bagus untuk semua, tetapi kehadirannya terhad kepada manusia yang berkasut sama sahaja. Alasannya, tidak boleh menyertai diskusi mereka kerana fikrah tidak sama. Saya tak tahu apakah fikrah Islam bagi mereka itu acuan mereka sendiri atau acuan Islam yang sebenarnya. 

4. Dari penelitian saya terhadap kehadiran manusia dan minat manusia kepada kuliah agama, di antara kuliah agama yang sedap dan menghiburkan dengan kuliah yang dipenuhi disiplin dan skema, kuliah agama yang menghiburkan dan banyak humor lebih diminati. Humor dan kelakar itu perlu tetapi bukanlah untuk dijadikan santapan utama dalam hidup seorang manusia beragama. Ramai manusia menjadikan agama seperti muzik, menghiburkan dan untuk mengisi kekosongan supaya tidak bosan, tetapi tidak ramai manusia yang menjadikan agama sebagai tujuan hidupnya.

5. Anak-anak bangsa saya bila disuakan milo atau nescafe kepada mereka, cepat sahaja mereka menolaknya kerana mereka katakan ia adalah barang boikot, sedangkan dalam masa yang sama bila dilihat facebook dan blog mereka, terlampau banyak artis atau cerita atau lagu Korea, Hindi dan Barat yang mereka layan dalam hidup mereka. Kelakar pula tengok orang yang memboikot barang Zionis sedangkan dalam masa yang sama mereka menyajikan filem dan cerita cinta yang penuh fantasi dan maksiat dalam hidup mereka.

6. Ada anak2 muda yang berada dalam kumpulan atau gerakan lebih faham atau banyak membaca buku-buku haraki, sedangkan sepatutnya pada permulaan hidup mereka, mereka perlu lebih banyak membaca buku-buku asas agama supaya asas agama mereka kukuh. Natijahnya, mereka mesti berada dalam kumpulan supaya tidak lalai. Apakah benteng mereka kepada maksiat dan anasir luar itu hanya kumpulan mereka yang menasihati mereka? Kalaulah mereka sudah ada ilmu dan pemahaman agama yang cukup, memadailah itu menjadi benteng asas bagi mereka dan kumpulan itu hanya bonus untuk mereka. 

7. Saya tidak pasti adakah masalah ini baru atau tidak, tetapi saya melihat perempuan sudah mulai melihat mereka perlu sama dengan lelaki dalam semua hal. Kurangnya lelaki yang soleh dan berjaya menjadikan perempuan lebih banyak dan lebih bekerjaya daripada lelaki. Saya takut perempuan-perempuan ini menjadi raja dalam institusi keluarga. Ramai perempuan yang berjaya terbabas dari fitrahnya, jahil tentang peranannya dan boleh jadi menyusahkan suaminya bila berkahwin kelak.

Cukuplah untuk entri kali ini. Jahiliah hari ini sangat dahsyat. Sekularisme menjangkiti manusia beragama, seterusnya menjadikan kurang mementingkan agama dan akhirnya hampir kepada murtad dan murtad.

Wahai anak muda, anak bangsaku dan generasiku, penuhilah diri kalian dengan ilmu tentang Al-Quran dan Hadis dan pemahaman tentang keduanya berdasarkan pemahaman para sahabat dan salafussoleh, insyaAllah itulah benteng paling kuat untuk kamu hidup pada zaman fitnah dan zaman kesusahan ini. Semoga orang-orang yang menjaga agama mereka hari ini digantikan dengan generasi mereka yang sama mementingkan agama seperti mereka, bukan generasi mereka generasi yang fajir dan kemudiannya hampir kepada kekafiran. 

Wassalam. Mungkin idea ini tidak sesuai untuk ditulis manusia berusia seperti saya. 

Advertisements

2 comments on “Masalah-masalah umat.

  1. Menjadi Pakcik Makcik.
    Berapakah umurku pada tahun ini?

    22 tahun.

    Sebentar memandang dengan pandangan muhasabah, teringat kata-kata seorang guru:

    “Ana dulu, mula ikut tarbiyah ni umur 20. Masa tu baru nak mula. Baru keluar dari longkang jahiliyyah. Jadi, ana sentiasa berharap agar anak-anak yang lahir di rumah tarbawi, membesar pada tangan Ayah dan Ibu yang ada fikrah, bila sampai umur 20, dia sepatutnya setaraf macam ana yang dah nak dekat umur 30 ni, ataupun lebih lagi.”

    Hitung-hitung, aku dah 22. Dah terlebih 2 tahun dari expectation guru itu.

    Macam mana komitmen aku dengan tarbiyah?

    Akhlak aku bagaimana? Apakah masih bergelumang dengan perkara-perkara jahiliyyah?

    Hati aku sebenarnya macam mana? Benar-benar faham dalam melaksanakan kerja-kerja Islam ini, atau aku masih menganggap program-program itu macam tempat jumpa kawan-kawan, or aku nampak kerja-kerja ni just aku buat sebab aku ada banyak masa lapang dan sebagainya?

    Hitung-hitung, nilai-nilai diri.

    Bukan budak

    Muhammad Al-Fateh menawan Konstantinopel pada awal 20-an. Asy-Syafie mula mengeluarkan fatwa sebelum umurnya mencecah 20-an. Usamah bin Zaid RA menggepalai tentera, bahkan menumbangkan Rom, sebelum umurnya mencecah 20-an. Muadz dan Muawwidz menumbangkan Abu Jahal sebelum usia mereka mencecah 20-an.

    Nyatanya, mereka bukan budak. Aku nyata bukan budak juga. Kerana usia aku seperti mereka sahaja. Tinggal, apakah yang menyebabkan aku masih tidak serius dan bermain-main? Mengapakah aku tidak nampak tanggungjawab yang besar ini?

    Mengapa masih berperangai seperti anak remaja yang sekadar tahu menanti arahan? Diketuk baru bergerak? Mengapa tidak menjadi yang mencadangkan, yang menyumbang idea, yang matang dan kemas pemikirannya?

    Mengapa tidak benar-benar serius?

    Sedangkan aku bukan budak sebenarnya.

    Atau aku membudak-budakkan diri sendiri?

    Atau sebenarnya, aku ini sekadar malas?

    Ayah aku berkahwin

    Teringat semula kepada Ayah. Ayah berkahwin pada umur 25 tahun.

    Aku sudah 22 tahun. Lagi 3 tahun sahaja hendak sama umur dengan Ayah ketika dia melangsungkan perkahwinan. Timbul persoalan:

    “Apakah aku telah sematang Ayah pada ketika Ayah berumur 25 tahun?”

    Sebab nyatanya aku tahu Ayah ketika berkahwin dengan Ibu bukan budak-budak yang hanya tahu berangan-angan atau bermain-main di tepian. Tetapi Ayah ketika itu adalah seorang yang mampu memikul tanggungjawab, menjadi nakhoda kepada sebuah bahtera bergelar keluarga.

    Apa yang aku telah sediakan buat diri ini, sedang umurku sudah mendekati umur Ayah ketika itu?

    Memandang pakcik dan makcik yang hebat

    Kagum melihat Pakcik A, kagum melihat Makcik B. Mereka qowiy. Mereka tawadhu’ merendah diri. Walaupun aku bukanlah yang boleh membaca hati, tetapi jelas dari akhlak mereka terserlah hubungan yang kuat dengan Ilahi. Tidak cukup sekadar itu, dalam kerjaya mereka adalah antara yang disegani dan dihormati.

    Umur mereka sekitar 50-an. Bila bersembang-sembang, dan bertanya macam mana boleh sampai kepada waktu hari ini, mereka menceritakan bagaimana mereka melalui tarbiyah.

    Ada yang berkata bahawa, semasa umur 18 tahun, sanggup mengayuh basikal berkilo-kilometer semata-mata untuk pergi usrah. Ada pula yang menceritakan betapa semasa pengajian di luar negara, sanggup meredah salji parat lutut untuk ke masjid ketika Subuh(nyatanya ketika itu umur mereka 20-an).

    Bagaimanakah aku sekarang? Apakah kematangan dan keseriusan aku, pada umur ini, umur yang sama dan lebih kurang dengan mereka satu waktu dahulu, menyamai mereka?

    Kalau tidak sama, tidak setaraf, atau lebih baik, apakah aku akan mampu menggantikan mereka?

    Pakcik Makcik masa akan datang

    Aku tiba-tiba tersedar bahawa aku adalah pakcik dan makcik masa akan datang. Anak-anak masa hadapan nanti, akan mendongak untuk melihat aku sebagai pakcik dan makcik mereka.

    Apakah aku adalah yang akan membawa perjuangan ini ke arah yang lebih baik, atau aku hanyalah yang akan merosakkan perjuangan ini ke arah yang lebih buruk?

    Akhirnya aku sedar, persediaan hari ini, kesedaran pada hari ini adalah kunci. Aku sudah 22. Ini bukan umur untuk aku tidak lagi serius dan bermain-main. Ini umur dewasa. Apatah lagi aku lahir di rumah tarbawi, dihantar ke sekolah tarbawi, dari kecil sudah dibiasakan dengan program, bahkan walau terlepas ke luar negara masih berhubung dengan sahabat-sahabat di atas jalan tarbiyah. Sepatutnya, aku setaraf dengan pakcik-pakcik yang sudah berumur 40 tahun, yang memulakan tarbiyah mereka pada umur 20, atau lebih baik lagi.

    Aku mula nampak, dengan ketidak seriusan aku hari ini, pada umur ini, aku hanya akan menjadi pakcik makcik yang merosakkan anak-anak masa hadapan.

    Aku mula mengira-ngira bagaimana adab bicara aku?

    Bagaimana kematangan aku? Bagaimanakah aku mengisi waktu? Bagaimanakah keseriusanku dalam sesuatu?

    Bagaimanakah aku memandang sesuatu itu?

    Bagaimanakah aku melihat Dakwah dan Tarbiyah ini? Apakah masih sebagai adat? Apakah hanya kerana ayah dan ibu aku orang yang menjalankan dakwah dan tarbiyah? Apakah hanya kerana kawan-kawan aku ramai ikut dakwah dan tarbiyah? Apakah hanya kerana aku dari sekolah tarbawi? Atau kerana aku ini benar-benar ‘nampak dan faham’ akan keperluan dan kepentingan dakwah dan tarbiyah ini?

    Penutup: Memandang hari ini, untuk masa hadapan nanti

    Maka aku melihat semula. 20-an bukan umur budak. Aku sudah semakin hampir menjadi pakcik dan makcik. Tinggal beberapa tahun sahaja lagi untuk menjadi pakcik dan makcik.

    Hari ini aku bagaimana?

    Apa yang telah aku lakukan?

    Apakah perancangan aku?

    Atau aku masih hendak tidak serius, dan bermain-main di pinggiran?

    Sedang masa hadapan itu, terletak pada bahu ini sebagai tanggungan. Menjadi pakcik atau makcik untuk masa hadapan.

    Muhasabah. Perhati kembali.

    Bergerak ke arah pembinaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s