Ingin tahu status hadis?


Assalamualaikum wbt.

InsyaAllah dalam entri ini, saya akan kongsikan sedikit rahsia bagaimana ingin mengetahui kesahihan sesuatu hadis. Semoga entri ini sangat2 bermanfaat kepada pembaca.

Di antara keluhan-keluhan yang saya dengar,

a) Ustaz, saya  tidak belajar hadis.

b)Ustaz, saya tiada sumber untuk mengetahui sesuatu hadis sahih atau tidak.

Sebenarnya, kita sangat beruntung duduk dalam dunia ” semuanya di hujung jari” ini. Cuma kita kena belajar sedikit asas dan sedikit ilmu alat sahaja.

Untuk dekat dan tetap pada agama ini, tidak dinafikan MESTI faham bahasa Arab. Bukan semestinya faham sepertimana seorang profesor lulusan Bahasa Arab, cukuplah sekadar dapat mengeja dengan betul dalam tulisan Arabnya serta rajin membuka kamus untuk mencari maknanya.

Juga, kaedah ini akan lebih bermakna jika anda tahu serba sedikit tentang istilah-istilah tentang hadis, istilah-istilah yang dinaqalkan oleh muhaddis dan komen mereka. Atau pun paling kurang anda memahami istilah hadis sahih, hasan dan dhaif.

Cara mudah mengetahui status sesuatu hadis.

1. Ingat ya, syaratnya sudah saya nyatakan di atas. Pergi ke laman web ini. [ http://www.dorar.net/enc/hadith ]. Anda akan melihat paparan laman web itu seperti ini

.

 2. Jika anda pergi ke majlis ilmu, sila bawa satu buku 555 untuk menulis sedikit matan hadis dari hadis yang anda dengar. Di sini pentingnya sedikit pengetahuan asas anda tentang Bahasa Arab, supaya anda dapat mengeja matan hadis itu dengan betul.

Ok, katakan saya pergi ke kuliah tentang solat. Dan penceramah mengatakan bahawa bacaan sujud Sahwi ialah

” سبحان من لا ينام ولا يسهوا ”
(Subhana Man La Yanamu Wa La Yashuu)

3. Balik rumah, anda buka internet dan pergi ke laman web di atas dan taipkan matan hadis dalam bahasa Arab di tempat kosong dan tekan butang ” بحث ” .

Carian dari ensiklopedia hadis akan mencari hadis berdasarkan matan hadis yang anda tulis, dan akan memaparkan pendapat ulama hadis terdahulu, beserta kitab rujukan dan muka suratnya. Hasil carian anda akan memaparkan seperti ini. atau link [ http://www.dorar.net/enc/hadith?skeys=+%D8%B3%D8%A8%D8%AD%D8%A7%D9%86+%D9%85%D9%86+%D9%84%D8%A7+%D9%8A%D9%86%D8%A7%D9%85+%D9%88%D9%84%D8%A7+%D9%8A%D8%B3%D9%87%D9%88%D8%A7&phrase=on&xclude=&degree_cat0=1 ]

4. Sekarang, anda sudah mengetahui matan penuh hadis itu, orang yang meriwayatkan hadis itu, ulama hadis dan pendapatnya tentang hadis itu, sumber dan muka surat bagi sumber itu untuk memudahkan anda mencarinya dalam buku sebenar.

Apa yang tinggal, hanyalah untuk anda membuka kamus bahasa Arab dan memahami maksud komen ulama hadis itu. 

Contoh apa yang dikatakan oleh Ibnu Hajar dari hasil carian di atas ialah;

1 – سبحان من لا ينام ولا يسهوا ، أي في سجدتي السهو

الراوي: – المحدث: ابن حجر العسقلاني – المصدر: التلخيص الحبير – الصفحة أو الرقم: 2/481
خلاصة حكم المحدث: لم أجد له أصلا


Subhana Man La Yanamu Wa La Yashuu, Ayy Fi Sajadatay As-Sahwi

Perawi : Tiada .

Muhaddis : Ibnu Hajar Al-Asqalani

Sumber : Kitab at-Talkhis al-Khabir

Muka Surat atau Nombor: Juz 2 Muka Surat 481

Kesimpulan hukumnya dari muhaddis : Aku tidak mendapati sumber/asal baginya (doa ini)

Anda boleh cuba contoh dengan doa-doa yang anda amalkan seperti doa dari al-mathurat, doa seharian untuk lebih memahami caranya. 

Ok. Saya rasa entri ini sudah mencapai tujuannya. Jadi kita berjumpa lain masa di entri akan datang. Jika masih kurang faham, boleh sertakan komen atau respon samada di entri ini atau di email saya. Semoga masyarakat dan saudara2 seIslam saya mencintai hadis Nabi, mengetahui kesahihan sesuatu hadis kemudian baru mengamalkannya.

Wassalam. Selamat mencuba. Semoga entri ini bermanfaat.

Advertisements
By rajawalibiru Posted in Hadis

One comment on “Ingin tahu status hadis?

  1. Barakallahufik yang akhuna, ana tak tahu pulak akhi ada buat entri tentang dorar..

    Moga Allah sentiasa memberikan kebaikan dan kemualiaan kepadamu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s