Terengganu selepas Setahun.


Assalamualaikum wbt

Ibrah dari Komuniti Kayu Reput

Alhamdulillah, saya sempat berkunjung ke Terengganu kerana sahabat saya, Zamir baru sahaja mendirikan rumah tangga. Juga sempat bertemu dengan bekas guru-guru daripada sebuah komuniti yang rapuh. Komuniti yang menunggu masa untuk pupus ditelan zaman. Saya kongsikan 2 pengajaran untuk pembaca, yang sangat memberi pengajaran kepada pemimpin dan orang yang dipimpin.

1. Jika anda seorang pemimpin dan bersama anda juga kumpulan yang sama dengan anda(grup pimpinan), sila pastikan arahan anda sampai dengan jelas dan keseluruhan kepada orang bawahan. Dan jika grup pimpinan anda ingin memberi arahan, pastikan semua orang dalam grup pimpinan itu memberi arahan yang sama, bukan berlawanan sehingga menyebabkan orang bawah serba salah dan hilang kepatuhan kepada mana-mana pimpinan. Bekas komuniti yang saya sertai ini cukup lemah dalam komunikasi dan mesti ada arahan yang berlawanan. Akhirnya semua kerja tidak jadi. Contohnya ketua A menyuruh sesuatu, sedangkan ketua B melarang perkara itu.

2. Natijah daripada kesan nombor 1, menyebabkan komuniti ini selalu berkonflik samada dengan golongan pekerja dan pimpinan, samada dengan pimpinan dan golongan muda, yang mana selalunya pimpinan akan menang dan sampai sudah tidak mengaku salah. Tetapi kesannya, mereka terpaksa menelan hakikat yang cukup pahit bahawa golongan muda mereka yang kecewa itu menjauhkan diri dari mereka, sehingga cukup sikit pelapis untuk mewarisi pimpinan ini. Akhirnya mereka hanya menunggu masa untuk rebah, pupus ditelan waktu.

Sedikit tambahan untuk manusia yang mengenali saya;

Saya jarang mengkritik tempat kerja saya, jarang mengkritik komuniti saya kerana sikap saya yang pasif dalam menghadapi konflik. Tetapi pasif saya bukan sesuatu yang boleh dipandang remeh. Kebanyakan kritikan yang saya tulis kerana saya ingin mempertahankan diri juga menjaga integriti saya supaya tidak mudah dipermainkan. Jika anda adalah golongan pimpinan dan boleh mempengaruhi golongan bawahan anda untuk memusuhi musuh anda, anda silap. Saya sudah tunjukkan cara untuk menunjukkan saya bukan lawan yang boleh dipandang remeh. Jika terpaksa bersilat, saya akan pastikan ada yang jadi abu, ada yang jadi arang.

Jangan ingat, anda orang professional, boleh mempergunakan atau mempersendakan orang yang belajar agama macam saya. Saya bukan orang yang belajar di Mesir atau yang sewaktu dengannya. Golongan yang belajar sebab tiada bidang lain dah untuk dipelajari. Maaf orang yang belajar di Mesir, ini bukan persepsi saya tentang kamu, ini ialah persepsi beberapa golongan profesional tentang kamu. Golongan macam inilah yang menyebabkan gerakan Ikhwanul Muslimin berpecah di Malaysia.

Sekarang.

Alhamdulillah, sekarang saya selesa dengan komuniti saya. Duit bukan segala-galanya. Yang penting bahagia, ada ketua yang menjaga kebajikan anak buahnya, dan sifat tolak ansur. Masalah itu sentiasa ada. Saya selesa dengan keadaan sekarang. Terima kasih pada yang memahami, tapi saya masih perlukan sedikit masa untuk meneguhkan keyakinan saya, tapi yang pasti saya sentiasa di sisi. Kepada generasi saya yang ingin menyumbang, di sini tempatnya. Di tempat saya sekarang. Ada komuniti yang kukuh di sini. Orangnya kukuh sama seperti bangunannya.

Anak muda yang membesar dengan saya.

Andaikan kita hidup 60 tahun. Hampir 1/3 dari keseluruhan hidup saya dalam persekitaran tarbiyah dan harakah yang dipengaruhi oleh Ikhwanul Muslimin di Mesir. Senang cerita, dari pertemuan ibu bapa saya, sampai saya berumur 20 tahun, saya adalah generasi dari orang yang mengikuti Ikhwanul Muslimin.

Saya lihat sepanjang saya membesar, ramai kawan sepermainan saya hilang ditelan zaman. Kawan yang bersama saya dari kecil dahulu makin sedikit. Malah, saya juga mendengar rintihan dari pak cik saya tentang generasi saya yang makin sedikit. Alhamdulillah, sekarang ini saya nampak ada langkah proaktif dari pimpinan baru untuk memastikan ada pelapis yang mewarisi mereka. Banyak program bersama mereka, sejak mula dari tingkatan 1 lagi sehingga program susulan selepas SPM. Banyak sebab kenapa kawan2 saya hilang ditelan arus kemodenan;

1. Saya perhatikan pendekatan usrah masih di takuk lama. Jarang ada usrah selepas main futsal, usrah selepas meneliti manusia di ekspo2. Usrah-usrah yang diselitkan dengan program aktiviti luar. Anak muda sebaya saya pernah mengadu tentang masalah yang mereka hadapi, baik dengan cara berdepan atau di atas meja mesyuarat, tapi sayangnya masalah mereka ditelan oleh resolusi yang tidak memberikan apa-apa solusi.

Saya perhati ramai pakcik yang terkedu, tidak mampu berbuat apa bila seorang anak muda bertanya kembali apabila dia diajak pergi halaqah/usrah. ” Saya dah pergi usrah dari kecil lagi, saya dah besar macam ini nak kena pergi usrah lagi ke? ” . Saya pun hampir terkedu, tetapi akhirnya saya memahami puncanya.

2. Saya perhatikan golongan atas dari saya, baik yang 10 tahun sampai 30 tahun duduk dalam dunia gerakan Islam ini, mereka tidak banyak berubah pun. Nak kata saqafah atau ilmu semakin bertambah seiring dengan masa berkecimpung di dalam aktiviti Islam, tidak juga. Nak kata semakin lama, semakin “uzlah syu’uriyyah tammah “, tidak juga. Nak kata ibadah, dan kehidupan seharian semakin menuju ke arah sunnah, tidak juga. Mungkin kerja Islam dan persaudaraan itu semakin mantap. Saya pun mati akal memikirkan apa penghabisannya. Mungkin ini jawapan terbaik masalah anak muda itu, tambah lagi dengan kebingungannya dengan gerakan Islam yang pelbagai.

Wallahua’lam, saya rasa nak memahami kehendak dan pemikiran generasi muda selepas saya atau sekarang ini sama tahap dengan anak murid saya pun agak susah. Mungkin 4-5 tahun dengan mereka, saya akan jumpa satu solusi baru. Alhamdulillah, setakat ini  Alim Mujahid masih relevan. Cabaran mendidik generasi muda pada zaman ini sangat mencabar. Sederhana dan lembut untuk memahami mesti ada.

Anak-anak didik, terima kasih atas kritikan dan nasihat yang kalian bekalkan sewaktu ustaz memohonnya daripada kamu. Jangan ingat ustaz, orang yang lebih tua dari kamu tidak perlukan apa2 idea dan bantuan dari kamu. Bahkan, kekadang, idea kamu boleh jadi solusi yang paling baik dalam idea-idea yang ustaz kumpulkan dari pendapat pakcik makcik dan kamu.

Suasana Mempengaruhi Pemikiran.

Maafkan saya jika ada yang terkasar dengan cara saya. Mungkin pemikiran dan suasana saya berbeza. Saya duduk dalam situasi yang pelbagai. Berjumpa dengan kawan2 yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, Cina yang minat Islam, pro-Ikhwan, salafi sederhana, salafi jalur keras, anti-demokrasi, anak-anak muda yang mengadu tentang masalah mereka, pro-parti yang pelbagai. Terima kasih atas respons yang saya dapat sepanjang saya menulis. Teruskan berkongsi dengan saya, andai ada jalan yang terbaik, saya akan cuba tunjukkan berbekalkan pengalaman hidup saya. E-mail saya masih saya alimmujahid_88[at]yahoo.com.

Wassalam. Terima kasih kepada pakcik dan makcik yang banyak membantu saya, bagi saya anda layak untuk jadi ibu dan bapa saya. Segara dan sarwa terima kasih kasih sekali lagi. 

Advertisements

One comment on “Terengganu selepas Setahun.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s