Pujian Shaykh Albani kepada Shaykh Hassan Al-Banna


Assalamualaikum wbt.

Saya ingin berkongsi dengan pengunjung rakaman audio pujian Syaikh al-Albani kpd Syaikh Hassan al-Banna , moga ia dpt mencerahkan keadaan dan mendekatkan sedikit ‘gap’ antara kumpulan Salafi dan Ikhwan. 

Semakan dlm forum2 arab semuanya menyatakan bahawa rakaman ini adalah pada tahun 1418H .Skrg tahun 1432H, maka ia adalah pada 14 tahun yang lalu. Maka 2011 – 14 = 1997.

Maka pujian ini diucapkan dari bibir al-Albani lebih kurang sekitar tahun 1997M, dua tahun sblm wafatnya syaikh al-Albani (rahimahullah, 1999M).

Rakaman audio boleh dimuat turun dari sini.

Ini adalah skrip yang ditulis oleh sahabat Arab, dan saya akan sertakan terjemahan di bawahnya untuk memudahkan kefahaman pembaca.

وكانت لي بعض [كلمة غير واضحة] الكتابية التحريرية، مع الأستاذ الشيخ حسن البنا –رحمه الله- ولعل بعضكم-بعضالحاضرين منكم- يذكر أنه حينما كانت مجلة (الإخوان المسلمون)، تصدر في القاهرة، وهي التي
تصدر طبعاً عن جماعة الإخوان المسلمين، كان الأستاذ سيد سابق بدأ ينشر مقالات له في فقه السنّة،

Dan bagiku beberapa (perkataan yang tidak jelas sebutannya) penulisan yang bebas bersama Ustaz Shaykh Hasan Al-Banna – semoga Allah merahmatinya – Dan semoga sebahagian daripada kalian masih ingat ketika majalah “Al-Ikhwan al-Muslimun” diterbitkan di Kaherah dimana majalah itu diterbitkan oleh Jamaah Ikhwanul Muslimin, Sayyid Sabiq pernah menerbitkan tulisan2 beliau(berkenaan) Fiqh as-Sunnah.

هذه المقالات التي أصبحت بعد ذلك كتاباً ينتفع فيه المسلمون الذين يتبنون نهجنا من السير في الفقه الإسلامي على الكتاب والسنة، هذه المقالات التي صارت فيما بعد كتاب(فقه السنة) لسيد سابق، كنتُ بدأت في الاطلاع عليها، وهي لمّا تُجمع في الكتاب، وبدت لي بعض الملاحظات، فكتبتُ إلى المجلة هذه الملاحظات، وطلبتُ منهم أن ينشروها فتفضلوا، وليس هذا فقط؛ بل جاءني كتاب تشجيع من الشيخ حسن البنا-رحمه الله-، وكم أنا آسَف أن هذا الكتاب ضاع مني ولا أدري أين بقي..

Tulisan2 inilah yang kemudiannya menjadi sebuah kitab yang bermanfaat untuk orang-orang Islam yang mengikuti manhaj kami dalam fiqh Islam berdasarkan  jalan Al-Quran dan As-Sunnah. Tulisan2 ini yang kemudian menjadi kitab Fiqh Sunnah oleh Sayyid Sabiq. Aku telah menelaah tulisan2 ini sewaktu dikumpulkan dalam satu kitab. Dan timbul komentar(untuk tulisan2 itu), maka aku menulis komentar2 ini kepada majalah tersebut, dan aku meminta kepada mereka supaya komentar tersebut disebarkan dan mereka mengalu-alukan. Bukan ini saja, bahkan aku telah menerima sebuah buku motivasi dari Shaykh Hassan Al-Banna –semoga Allah merahmatinya – , dan sungguh aku menyesal kerana buku ini telah hilang daripada (simpanan)ku dan aku tidak tahu di manakah buku itu berada.

ثم نحن دائماً نتحدث بالنسبة لحسن البنا- رحمه الله- فأقول أمام إخواني،إخوانا السلفيين، وأمام جميع المسلمين، أقول: لو لم يكن للشيخ حسن البنا-رحمه الله- من الفضل على الشباب المسلم سوى أنه أخرجهم من دور الملاهي في السينمات ونحو ذلك والمقاهي، وكتلهم وجمعهم على دعوة واحدة، ألا وهي دعوة الإسلام..لو لم يكن له من الفضل إلا هذا لكفاه فضلاً وشرفاً..هذا نقوله معتقدين، لا مرائين، ولا مداهنين.

kemudian, kita sering memperkatakan mengenai Hasan al-banna – semoga Allah merahmatinya- , aku berkata di depan sahabatku, sahabatku dari salafiyyin dan di depan seluruh orang Islam, aku ( Shaykh Albani) berkata : Jika tidak kerana Shaykh Hassan Al-Banna –semoga Allah merahmatinya- mempunyai kelebihan ke atas pemuda muslim, melainkan sesungguhnya dia telah mengeluarkan mereka daripada tempat-tempat hiburan di pawagam-pawagam dan sebagainya dan kedai-kedai kopi, dan dia telahmengurangi mereka dan mengumpulkan mereka di atas satu dakwah yang tidak lain iaitu dakwah Islam. Jika dia tiada kelebihan lain melainkan yang ini, sungguh cukup baginya kelebihan dan kemuliaan…Inilah yang kita katakana tanpa hipokrit, tanpa menunjukkan perbezaan. 


الشيخ المحدث محمد بن ناصر الدين الألباني

Maklumat tambahan.

Syeikh Al Albani bahkan ada memuji Sayyid Qutb dalam muqaddimah kitabnya Mukhtasar al-Úluw. Juga menyifatkan Dr Al-Qaradhawi sebagai orang yang alim sebelum membantahnya dalam kitab Tahrim alat at-Tharab berkenaan الـمـعـازف

Bahkan Syeikh Al Albani sendiri mengajarkan kitab Al-Halal wa al-Haram fi Al-Islam karya Al-Qaradhawi. Juga Syeikh Al Albani mentakhrij hadith-hadith di dalamnya.

Pujian atau kritikan Syeikh Al Albani terhadap seseorang tokoh bukanlah barometer dan kayu ukur yang menentukan sebuah kebenaran atau kebatilan. Kebenaran itu secara mutlak adalah wahyu yang turun dari langit.

Bukankah Allah SWT telah berfirman :


فأما الزبد فيذهب جفاء وأما ما ينفع الناس فيمكث في الأرض

“Adapun buih itu, akan hilang sebagai sesuatu yang tidak ada harganya adapun yang memberi manfaat kepada manusia, maka ia tetap di bumi” (Surah Ar Ra’d: 17)

Semoga Allah merahmati Shaykh Albani dan Ustaz Hassan Al-Banna di atas jasa mereka keduanya, dan golongan di belakang mereka ( salafiyyun dan ikhwaniyyun), semoga Allah menyatukan kedua golongan ini di atas kebenaran dan menyatukan perkataan mereka.

Semoga Allah melembutkan hati-hati sahabat kita agar berlembut terhadap Ikhwan dan pengikutnya, menerima kesalahan mereka dengan terbuka, memaafkan mereka, menerima kebaikan yang ada padanya dan seterusnya sebahagian mereka menjadi pembantu kebenaran kepada sebahagian mereka.

Semoga lahir ikhwani yang asasnya akidah dan ilmu yang kuat dari ambilan yang benar, dan manhaj mereka seperti manhaj salafussoleh, dan dengan asas itu, mereka mengajak manusia dengan cara dan acuan Ikhwanul Muslimin. 

Wassalam

Advertisements

One comment on “Pujian Shaykh Albani kepada Shaykh Hassan Al-Banna

  1. fahaman albani ni akan merosakkan ilmu hadis keseluruhannya…kebanyakan pengikut albani jahil dlm ilmu hadis….mereka sekarang sudah mula menolak hadis2 bukhari…mereka mencantas dahan yg paling atas.dahulu….golongan saafi hanya menerima hadis muslim sahaja……ini bertentangan dgn ijmak ulamak sepanjang zaman…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s