SBPAQS dan KBLIF


Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, masih dipanjangkan usia untuk masih beramal dan berpegang pada manhaj salafussoleh ini.

SBPAQS 2011

Aku sempat menghadiri Seminar Berpegang Pada Al-Quran dan Sunnah 2011 (SBPAQS). Tambah meriah lagi seminar ini dengan kehadiran Imam Mekah Syeikh Sudais semoga Allah merahmatinya. Terasa izzah dengan diri apabila berhimpun dan melihat sahabat2 sama manhaj, sahabat yang mengerti nilai hadis dan ambilan dalam agama.

Syeikh Sudais banyak memberi nasihat dalam ucapannya yang berkisarkan Maqasid Syariah. Seterusnya mengajak penonton agar sentiasa berpegang teguh dengan Al-Quran dan Sunnah berdasarkan kefahaman Salafussoleh.Juga istifadah yang sangat bermanfaat seperti pembentangan kertas kerja dari masyaikh dalam negara dan luar negara.

Terima kasih pada orang-orang lama yang banyak memberi taujihat dan irsyadat, semoga generasi muda ini terus sederhana dalam manhaj ini.

Petik kalam Ust Hairi Nonchi,

Kami tidak memaksa kalian untuk meninggalkan perkara-perkara baru yang kalian amalkan dalam agama, meskipun kalian sendiri mengakui amalan-amalan itu tidak bersumberkan daripada nabi dan para sahabat. Cukuplah bagi kami berpegang kepada apa yang JELAS bersumber daripada baginda dan para sahabatnya. Adapun amalan kalian, kami berlepas tangan daripadanya dan biarlah kalian yang bertanggungjawab di hadapan Allah kelak.

KBLIF 2011

Alhamdulillah, berkesempatan untuk menjengah festival buku tahun ini. Dalam lautan manusia dan bootk buku yang bertambah, sempat lah juga beli beberapa kutaib untuk tambahkan koleksi buku bacaan.

Terima kasih kepada Ustaz Emran Ahmad yang menghadiahkan bukunya bertajuk ” Panduan Seorang USTAZ…. Islam Anda Tafsiran Siapa? . Semoga nasihat2 dari ustaz menjadikan kami generasi yang sederhana dalam menelusuri manhaj ini.

Saya cuba untuk menulis ringkas tetapi padat dalam blog baru ini. Doakan semoga saya berjaya. Doakan juga supaya terjemahan buku sebagai wakaf untuk umat ini dapat disegerakan sesegera yang mungkin. Amin

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s