Kisah Alqamah dengan Ibunya.


Assalamualaikum wbt.

Hari ini, ketika berehat, saya membelek2 suatu majalah yang saya selalu tidak ketinggalan untuk membacanya, saya terbaca Kisah Alqamah dengan ibunya. Ternyata kisah Alqamah dan beberapa kisah lain sangat masyhur, tetapi SAYANGnya cerita-cerita itu tidak benar. 

Sewajarnya bagi seorang Daie mengajak manusia kembali kepada Allah dengan perkara2 yang benar, memberi misalan yang baik dengan cerita-cerita yang benar, bukan cerita yang palsu, bahkan sangat banyak kisah-kisah dari Al-Quran dan hadis yang lebih benar dan meyakinkan. 

Kisah Alqamah ini sangatlah panjang, dan jalur ceritanya adalah seperti ini;

Sesungguh Alqamah merupakan pemuda yang hidup pada zaman Nabi sallallahu-alaihi-wasallam, dia berusaha bersungguh-sungguh untuk taat kepada Allah dalam melakukan solat, puasa, dan sedekah. Dia sakit dan ketika bertambah parah sakitnya sehingga hampir kepada kematiannya, maka apabila Rasul Allah sallallahu-alaihi-wasallam mengetahui kisahnya, beliau mengutus Ammar, Suhaib dan Bilal untuk mengajarinya mengucap dua kalimah syahadah ……

Kisah ini sangat masyhur di sisi manusia, bahkan manusia menceritakan tentangnya dan cerita berkisar di sisi mereka dalam bab Ketaatan kepada Kedua Ibubapa (عقوق الوالدين ) dan Pengakhiran yang Baik (حسن الخاتمة ). Sebenarnya kisah ini tiada kebenarannya di sisi kitab-kitab Sunnah. Memanglah merupakan kebaikan bagi seorang daei apabila menceritakan sesuatu yang boleh memberi pengajaran kepada orang yang didakwahnya, tetapi sewajarnya bagi seorang daie untuk membawakan kecintaan manusia kepada agama ini dengan cerita yang lebih benar dan memberi pengajaran. Bukanlah seorang daie itu membina keyakinan manusia terhadap agama dengan kisah-kisah palsu atau perkara yang tidak bersumberkan daripada agama itu sendiri.

Kisah ini disebutkan dalam buku Al-Kabair (الكبائر ) oleh Imam Zahabi dalam edisi Syaikh Muhammad Abdur Razzaq Hamzah, tetapi selepas ditahqiq, dalam naskhah asal, kisah ini tidak wujud sebenarnya. Dan kisah ini juga disebut dalam kitab Tanbiihul Ghafilin bi Ahaaditsi Sayyidil Anbiyaa’i wal Mursalin oleh Abu Laits Nashr bin Muhammad bin Ibrahim al-Samarqandi (w. 375H).

Kritikan terhadap Tanbiihul Ghafilin.

Mari kita lihat beberapa kritikan terhadap buku ini dahulu;

قال الإمام الذهبي عنه في السير  (16/323 ) عند ترجمة مؤلفه : وتروج عليه الأحاديث الموضوعة 

1) Imam az-Zahabiy rahimahullah (w. 748H ) : Penulis memenuhi kitabnya dgn hadits2 palsu (Siyar A’lam Nubalaa ) 16/323).

وقال في ” تاريخ الإسلام ” في ترجمته ( حوادث 351 – 380 هـ ، ص 583 ) :  وفي كتاب  تنبيه الغافلين موضوعات كثيرة

2 ) Kata beliau lagi di dalam buku Taarikh ul-Islam di dalam terjemahannya (Cerita 351-380H ), m/s 583 ) : Dan di dalam Kitab Tanbiihul Al-Ghafilin banyak kisah-kisah palsu.

 وقال أبو الفضل الغماري في ” الحاوي ” (3/4) : ” وكتاب ” تنبيه الغافلين ” يشتمل على أحاديث ضعيفة وموضوعة ، فلا ينبغي قراءته للعامة ، لا يعرفون صحيحه من موضوعه ” .

 3) Bahkan Berkata Abu Al-Fadl Al-Ghumari Al-Maghribi rahimahullah (w. 1993H ) dalam kitabnya Al-Hawi : Buku ini penuh dengan hadits yang palsu dan dhaif . Maka orang awam tidak layak membaca kitab ini kerana mereka tidak tahu membezakan hadits yang sahih dan hadits yang palsu.

4)Bahkan yang terbaru, Dr. MAZA juga mengkritik tentang buku ini di dalam Utusan Malaysia bertarikh 03/01/2006, (lihat link) , saya menukilkan apa yang dikatakannya di dalam Bicara Agama itu ;

Kata al-Syeikh Abu Syahbah: “Kitab Tanbih al-Ghafilin karangan al-Samarqandi; wajib pembaca berhati-hati terhadap hadis-hadis palsu dan Israiliyyat di dalamnya. Juga kitab Bustan al-‘Arifin yang juga karangannya patut pembaca berjaga-jaga.” (Rujukan: Muhammad Muhammad Abu Syahbah, Al-Wasit fi ‘Ulum wa Mustalah al-Hadis, hlm. 354, Kaherah: Dar al-Fikr.)

Alhamdulillah, kita sebenarnya sangat beruntung kerana hidup pada zaman yang mana kesalahan2 seperti ini sudah dibetulkan oleh alim ulama. Jika anda peminat buku Tanbiihul Ghafilin, sila beli cetakan ini kerana si penulisnya sudah memberi komentar terhadap cerita-cerita di dalam bukunya.

kitab Tanbihul Ghafilin - yang dikarang oleh Imam Muhyiddin an-Nahhas (rhm)

Penelitian terhadap kisah Alqamah.

أخرج عبد الله ابن الإمام أحمد في ” المسند ” (4/382) : ” ‏وَكَانَ فِي كِتَابِ أَبِي ‏ ‏حَدَّثَنَا ‏يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ ‏، ‏أَخْبَرَنَا ‏‏فَائِدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ ، ‏قَالَ سَمِعْتُ ‏عَبْدَ اللَّهِ بْنَ أَبِي أَوْفَى ‏‏قَالَ :‏ ” ‏جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ ‏‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏‏فَقَالَ : ” يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ هَاهُنَا غُلَامًا قَدْ ‏ ‏احْتُضِرَ ،‏ ‏يُقَالُ لَهُ : ” قُلْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ ” ؛ فَلَا يَسْتَطِيعُ أَنْ يَقُولَهَا . فَقَالَ : ” أَلَيْسَ كَانَ يَقُولُها فِي حَيَاتِهِ ؟ ” ، قَالَ : ” بَلَى ” ، قَالَ : ” فَمَا مَنَعَهُ مِنْهَا عِنْدَ مَوْتِهِ ؟ ” ( فَذَكَرَ الْحَدِيثَ بِطُولِهِ ‏) ، ‏فَلَمْ يُحَدِّثْنَا أَبِي بِهَذَيْنِ الْحَدِيثَيْنِ ‏، ‏ضَرَبَ ‏‏عَلَيْهِمَا مِنْ كِتَابِهِ ؛ لِأَنَّهُ لَمْ يَرْضَ حَدِيثَ‏ ‏فَائِدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ ،‏ ‏أوَ كَانَ‏ عِنْدَهُ مَتْرُوكَ الْحَدِيثِ ” .

Dikeluarkan oleh Abdullah bin Ahmad (Anak kepada Imam Ahmad) di dalam “Al-Musnad” (4/382) : Di dalam kitab ayahku, telah menceritakan kepada kami Faidh bin Abdur Rahman, dia berkata ; Aku telah mendengar Abdullah bin Abi Aufa berkata : Telah datang seorang lelaki kepada Rasul Allah Sallallahu-alaihi-wasallam : Ya Rasul Allah, sesungguhnya di sisi kamu seorang pemuda yang didatangi sakaratulmaut, dikatakan kepadanya ; katakanlah Lailahaillallah, Dan dia tidak mampu mengatakannya. Maka dia berkata ; Bukankah dia(pemuda) ini selalu mengatakannya dalam hidupnya?. ” Dia berkata : Bahkan . , Katanya ; Maka, apa yang menghalanginya ketika dia hampir kepada kematiannya? ” (Maka diceritakan hadis ini dengan panjangnya (cerita Alqamah). Dan ayahku tidak menceritakan dua hadits ini, dan dia membuang hadits ini dari kitabnya, kerana dia tidak bersetuju dengan hadis Faid bin Abdurrahman, atau menurutnya hadits ini tertolak.

Hadist ini lemah kerana adanya perawi yang bernama Faidh bin Abdur-Rahman. Dan saya telah melakukan penelitian keatasnya dengan bantuan Maktabah Shamela.

Siapakah Faidh bin Abdur Rahman.

 Namanya Faid bin Abdur Rahman Abu Warqa’ Al-Kufi Al-Atthar.

Berikut ialah beberapa kritikan2 ulama hadis terhadapnya;

1) Ibnu Hammad dari Abbas dari Yahya, katanya : Faid bukan tsiqah. Dalam katanya lain; Dhaif.

2)Abdullah bin Ahmad daripadanya ayahnya (Imam Ahmad) ; Faid ini hadisnya tertolak.

3) Berkata Bukhari ; Faid bin Abdur Rahman Kufi Abu Warqa’ Munkarul Hadis (Diingkari haditsnya)

4)Ibnu Qayyim :  hadits ini tidak benar dari Rasul Allah sallallahu-alaihi wasallam.

5)Berkata Abu Hatim : Dia berdusta.


Lihat kitab Al-Kaamil Fi Dhu’afaa Ar-Rijal (6/26) Huruf Fa’ Nombor 1572.

Lihat juga kitab Taqrib at-Tahzib (7/2)

Lihat juga kitab Mizanul I’tidal Fi Naqd Ar-Rijal (5/409)

Juga Di dalam kitab Al-Maudhuaat (3/87). 

Juga boleh dilihat di Saaid.net


Advertisements

2 comments on “Kisah Alqamah dengan Ibunya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s