Ubat Malas dan Beberapa Penyakit Lain


Assalamualaikum wbt.

Q: Ustaz, saya rasa macam tiada semangat nak belajar, macam mana nak bagi semangat bila belajar, bila buat kerja dan sebagainya?

A :

Syaikh al-Islam ditanya: Apakah ubat kepada penyakit? Apakah muslihat untuk melepaskan diri daripada khayalan? Apakah yang perlu dilakukan seseorang yang dikuasai malas? Apakah jalan untuk mendapatkan petunjuk? Apakah cara untuk melepaskan daripada kekeliruan?….

Beliau menjawab: Ubatnya adalah (1)berlindung kepada Allah, (2)bersungguh-sungguh (tadharru’) dalam memohon dan berdoa kepada Allah dengan mempelajari doa ma’thur. (3)Berusaha berdoa pada waktu mustajab seperti pada akhir malam, waktu azan dan iqamat, waktu sujud dan pada hujung solat.

Ditambah juga dengan(4) beristighfar. Ini kerana sesiapa yang beristighfar dan bertaubat kepada Allah, maka Allah akan memberikan kesenangan hingga tempoh yang tertentu.

Hendaklah dia (5)mengambil wirid zikir pagi dan waktu petang; dan ketika hendak tidur.

Hendaklah dia (6)bersabar terhadap halangan dan gangguan yang menimpanya. Sesungguhnya tidak lama selepas itu, pasti Allah akan membantunya dan menetapkan keimanan di dalam hatinya.

Hendaklah dia (7)menyempurnakan kewajipannya iaitu menyempurnakan solat lima waktu secara zahir dan batin (khusyu’) kerana solat adalah tiang agama.

Hendaklah dia menjadikan kebiasaannya (8)ucapan “La haula wa la quwwata illa billahil aliiyi azhim” kerana dengan ucapan ini dia mampu menanggung kepayahan, menghadapi ketakutan dan mendapat kedudukan yang tinggi.

(9)Janganlah dia bosan daripada berdoa dan meminta kerana sesungguhnya seseorang keadaan hamba akan diubah selagi mana dia tidak tergesa-gesa dalam berdoa dengan mengatakan: Aku telah berdoa tetapi belum dikabulkan.

Hendaklah dia mengetahui bahawa bantuan adalah bersama dengan kesabaran, dan kelapangan adalah bersama dengan kesempitan, dan kesusahan adalah bersama dengan kesenangan.

Tiada seseorang pun –sama ada seorang Nabi atau selainnya- yang mendapat keputusan yang baik melainkan dengan bersabar.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

[Mukhtasar al-Fatawa al-Misriyyah 2/114]

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s