Dual OS[Ubuntu+W7]+Firefox[Safe+Secure]+No-Virus.


Assalamualaikum wbt.

Semoga entri ini memberi sedikit manfaat buat semua. Ketika entri ini ditulis, saya sedang menggunakan Ubuntu Muslim Al-Quds menggantikan Windows 7. Satu sahaja perkataan saya untuk menggambarkan Ubuntu Muslim ini. Marvelous!

Ubuntu Muslim saya yang berlatarbelakangkan Al-Quds. Semoga Al-Quds Merdeka!

Saya suka belajar sesuatu yang baru. Saya berpendapat teknologi bukan untuk dimonopoli, malah teknologi untuk semua.Free for all. Begitu juga dalam pendidikan, saya benci jika pendidikan itu dijadikan alat untuk mengaut keuntungan yang melampau. Saya memakai Ubuntu Muslim Al-Quds ini kerana ia 100 peratus free dan opensource.

InsyaAllah di dalam entri ini, saya ingin berkongsi tentang Ubuntu, juga cara untuk mewujudkan sebuah browser yang selamat dan laju.

Install Ubuntu Muslim. Boleh dipakai bersama Windows 7. Jadi jika saya boring dengan Windows 7, saya boleh restart laptop saya dan tukar kepada Ubuntu Muslim. Begitu juga apabila saya menghadapi masalah tentang Ubuntu Muslim, saya boleh melakukan perkara yang sama. Menggunakan laptop dan belajar sesuatu yang baru pada masa yang sama.

Install Ubuntu Muslim 10.10 Al-Quds

1. Anda mesti mencipta satu partition/volume baru selain daripada C.

Cara Cipta Partition Baru

2.Kemudian download Ubuntu Muslim.

Download Ubuntu Muslim

3.Selesai download.Kemudian kita akan install Ubuntu Muslim menggunakan pendrive/USB flash drive.*

*Kenapa pakai pendrive? Sebab pendrive boleh dibawa dimana dan boleh diformat kembali dan boleh diisi pelbagai data bergantung kepada saiznya. Jika anda lebih advance, anda boleh menjadikan pendrive anda sebagai alat yang dipenuhi dengan pelbagai OS dan sebagai installer.

Install Ubuntu Muslim menggunakan USB flash drive

Pastikan install Ubuntu Muslim pada partition yang baru dicipta tadi. Selamat berjaya.

Browser Firefox yang selamat dan laju.

Cara lajukan Firefox anda.

Add-ons Firefox yang bagus untuk menjadikan Firefox anda selamat.

1.No Script – Tiada iklan yang mengarut ketika anda melayari internet. Kunci mereka di tangan anda. Anda yang membenarkan atau menghalangnya.

2.Web Of Trust – Mengelakkan anda dari laman-laman yang berbahaya.

3.Ghostery – anda boleh tahu siapa yang menjejaki anda ketika anda melayari internet dan menghalang mereka.

4.Stealther – Anda melayari internet seperti anonymous. Tiada rekod.

5.Better Privacy – Privasi anda dijaga ketika melayari internet.

6.Secure Login – memastikan password dan data anda selamat.

7.Viral Threat Level – memberi anda kehadiran virus/malware ketika anda melawat sesebuah laman web.

8.Quick Proxy – Sesuai diguna jika komputer di pejabat anda menghalang penggunaan Facebook, YM dsb.

9.Advanced Search – Jika anda ingin mengkhususkan pencarian anda kepada format seperti pdf.doc dsb.

10.Browser Protect – Menghalang anda dari dihijack/diceroboh sewaktu sedang melayari internet.

11. Add to Search Bar – Bina search baru yang lebih selamat. Namakannya Google Secure dan jadikan alamatnya https://encrypted.google.com/ .

12. Google Secure Pro for Grease Monkey – mengelakkan anda daripada meng”klik” link2 yang mengandungi virus.

Gunakan fungsi Safe Search dan setkan password untuk menjadikan internet anda selamat untuk anak-anak anda.

11 dan 12 sebenarnya sudah cukup untuk menjadikan browser anda selamat dan tidak diintip oleh sesiapa.

Penyelesaian kepada masalah virus.

1.Jalankan proses cari dan bunuh virus dengan Combo Fix. atau AVERT antivirus

2.Install Hijackthis, jalankan scan dan uploadkan report/laporannya di sini.

3.Lindungi USB flash drive/pendrive dengan Thumbscrew dan USBWrite Protector.

Rasanya cukuplah sekadar ini sahaja. Semoga ia bermanfaat kepada semua.

*

Cerita tahun baru

Alhamdulillah, sempat berjumpa dan bekerja bersama Abe Loh selama seminggu. Sahabat yang baik merupakan cermin kepada kita.

Saya tidak menyangka damage oleh Rajawalibiru masih kekal dan berterusan sehingga hari ini. Semoga sahabat-sahabat yang dizalimi sebelum saya merasa te nang. Jangan bersedih. InsyaAllah, saya dan Syafiq orang yang terakhir. Semoga ada perubahan baru yang lebih baik untuk manfaat yang lebih baik dan besar untuk semua.Mesti “ikan jerung” pening-pening lalat untuk meneutralkan damage itu. He deserved it!

Jangan bersedih dengan prasangka manusia dan hukum oleh manusia, wahai ashab al-muttahim  fi toriq ad-dakwah(golongan yang dituduh dalam jalan dakwah). Allah yang menilai kerja kamu. Saya menganggap manusia samada di dalam jemaah atau tidak sama, yang membezakannya hanyalah taqwa. Saya sudah banyak kali mendengar celaan2 dan prasangka2 buruk tentang kamu. Jujurnya, saya sentiasa bersama kamu dalam kebaikan, menolong kamu dalam perkara dakwah atau lebih senang memberikan hak2 kamu sebagai muslim.

Ya Allah, jadikanlah kumpulan Islam itu sebagai medan untuk seorang pejuang menjadi lebih baik apabila dia berada di dalamnya, bukan kumpulan Islam itu menjadikan dia berpuak2, yang akhirnya dia menjadi lemah dan jumud, dan akhirnya binasa.

Ya Allah, Kau satukan hati2 kami dan hati2 orang beriman di seluruh dunia, dan berilah hidayah kepada mereka dan keluarkanlah mereka daripada kegelapan kepada cahaya. Amin

Wassalam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s