Artikel tentang sahabat


Alhamdulillah, saya terjumpa beberapa artikel karangan Dr HF, segara terima kasih atas artikel beliau. Tidak ramai dari kita yang suka menyahut kata-kata Qardhawi supaya sejarah kita ditulis semula untuk membuang sampah sampah Syiah dari sejarah kita.

Panduan Membicara Sejarah Para Sahabat

Pendirian Aisyah Dan Para Sahabat Di Sebalik Perang Jamal

Pendirian Muawiyah Di Sebalik Perang Siffin

Pendirian Muawiyah Di Sebalik Perlantikan Yazid dan Pembunuhan Hasan

Pendirian Yazid Di Sebalik Pembunuhan Husain

Pendirian Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah Terhadap Yazid bin Muawiyah

Saya juga ada menulis artikel untuk membersihkan nama sahabat-sahabat Nabi daripada fitnah. Boleh lihat di bawah tag khulafa rasyidin pada entri Usman r.a. dan Ali. r.a.



Advertisements

4 comments on “Artikel tentang sahabat

  1. Seringkali UMNO diselamatkan oleh pihak ketiga.

    Kenapa IKRAM mesti muncul? Untuk memecahkan undi penyokong Islam kah? PAS sudah cukup menjadi alternatif bagi pengundi Islam yang tidak mahu mengundi UMNO.

    Tetapi PAS , kebanyakan ahlinya ahli yang tidak ditapis, maksudnya, pelbagai fikrah boleh menjangkiti PAS. Dan semua itu bergantung kepada kepandaian pengemudi bahtera PAS itu sendiri.

    Adakah IKRAM, kebanyakan ahlinya bertapis? Adakah usrah di kalangan ahli yang paling rendah hingga ke peringkat tinggi?Mungkin orang IKRAM boleh jawab

    Jika sahabat2 Dr. Asri menyertai UMNO, mereka pasti ada agenda mereka tersendiri. Hanya orang agama dan orang yang prihatin sahaja yang tahu. Orang biasa tahukah tentang perselisihan di dalam agama seperti ahbash, dan sebagainya? Tidak, orang awam tidak tahu, bahkan kebanyakan pejuang yang mengatakan mereka penyokong kumpulan mirip Ikhwanul Muslimin.

    Jika silibus Usul 20 yang dipakai di dalam kumpulan2 IM itu diterapkan di dalam kehidupan pengikut kumpulan gerakan Islam bermanhaj IM, penulis rasa mereka lebih senang dan terbuka untuk menerima pendapat dari kumpulan salaf dan khalaf, kerana Usul 20 itu sendiri ditulis untuk merapatkan perselisihan yang sudah berakar umbi sekian lama di dalam agama. Tetapi nampaknya, kebanyakan mereka menerima seperti orang awam biasa.Apa pun ia bergantung kepada kefahaman dan tujuan pengikut itu sendiri.

    Kekadang perpecahan itu memberi mudarat, dan usaha membawa perpaduan dan penyatuan itu lebih sukar. Mereka yang hidup 20-30 tahun di dalam dunia gerakan Islam Malaysia dan mengikuti perkembangannya yang tahu.

    Bagi penulis, penulis memuji gerakan penyatuan. Dan penulis juga sedang melihat sejauh mana IKRAM boleh bergerak. Sila buktikan penyatuan NGO di bawah IKRAM banyak membawa faedah daripada mudarat di kalangan gerakan Islam. Lihat sahajalah kumpulan kecil di bawah gerakan2 Islam. AqsaSyarif ada, Haluan Palestin ada, Aman palestin ada. Banyak lagi, tetapi matlamat tetap sama.

    Mungkin adanya IKRAM ini, lepas ini kita tidak tengok banyak dah logo dalam satu sepanduk pada masa akan datang, sebab IKRAM sudah memayungi gerakan yang ingin berpaut padanya. Jika tidak, mungkin penubuhan IKRAM itu tidak mendatangkan apa-apa manfaat.

    Penyatuan juga ada risikonya, mesti berlapang dada dan bersedia menerima teguran. Takutlah nanti, perpaduan yang dibina retak kerana ada kumpulan yang keluar. Ini bergantung pada kepandaian ketuanya.

    Kami masih memerhati. Maaf andai tulisan penulis menyebabkan ada hati2 yang terbakar usai membacanya.

    Ilmu, ikhlas dan amal
    http://www.rajawalibiru.wordpress.com

  2. Salam,

    nk tanya. komen kat atas tu ana kopi kat blog ustmujahid, dan ada link ke blog ni? Anta yg tulis ke?

    Tgk gaya blog anta macam ikhwah HALUAN, tapi kenapa anta kata HALUAN bawah IKRAM? Kenapa anta kata dalam IKRAM ada AqsaSyarif, Aman Palestin, HALUAN Palestin?

    Mohon pencerahan.

    Wassalam

    • Ana tulis sebagai sebab ana tidak suka jadi anonymous di dalam berdiskusi.

      Mungkin pernyataan saya tidak mendatangkan kefahaman yang tepat bagi saudara, maafkan saya. Maksud saya, terdapat pelbagai badan bawah NGO tersebut yang bermatlamatkan sama, tetapi berpecah mengikut cara sendiri, hingga mendatangkan rasa “syok sendiri” bagi pengikut yang tidak faham. Penulis lebih suka andai ada penyatuan di situ, kerana matlamat Palestin itu antarabangsa,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s