[Hadis] Ramadhan : Muntah Sengaja atau Tidak.


Matan hadis:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ ذَرَعَهُ الْقَيْءُ فَلَيْسَ عَلَيْهِ قَضَاءٌ وَمَنْ اسْتَقَاءَ فَلْيَقْضِ
Daripada Abu Hurairah RA katanya bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda, “Barangsiapa muntah (tanpa disengaja) sedangkan ia dalam keadaan puasa, tidak ada qadha baginya dan barangsiapa sengaja muntah maka hendaklah qadha”

Takhrij hadis :

dikeluarkan oleh Ahmad dalam Musnad (10468), at-Tirmizi dalam Sunan (720), Ibn Majah dalam Sunan (1676), ad-Daraquthni dalam Sunan (20,22) dan lain-lain kesemuanya dari Abu Hurairah.

(Penomboran Musnad Ahmad adalah berdasarkan susunan cetakan Muassasah Qurtubah, Kaherah, penomboran Sunan Tirmizi berdasarkan susunan Ahmad Muhd Syakir, Dar Ihya Turath al-Arabi, penomboran Sunan Ibn Majah adalah berdasarkan susunan Muhd Fuad Abd al-Baqi, Dar al-Fikr, Beirut, penomboran Sunan ad-Daraquthni berdasarkan susunan Said Abdullah Hasyim al-Yamani al-Madni, Dar Makrifat, Beirut)

Status hadis:

Hadis ini Dhaif, ia didhaifkan oleh jamaah imam huffaz hadis antaranya al-Bukhari, at-Tirmizi, ad-Daraquthni, Ahmad, al-Baihaqi, Abu Daud. ad-Darimi. Walaupun secara zahirnya perawi hadis ini kesemunya tsiqah, namun terdapat kecacatan tersembunyi, iaitu salah seorang rawi yang bernama Hisyam telah melakukan kesilapan ketika meriwayatkan hadis ini, sebagaimana kata al-Bukhari (disebut at-Tirmizi dalam Sunan).

selain daripada sebab kesilapan Hisyam itu, hadis ini (yg mana ia diriwayatkan oleh Abu Hurairah) bertentangan dengan fatwa dari Abu Hurairah sendiri, yang mana kata Abu Hurairah:

عن أبي هريرة عليه رضوان الله تعالى قال “من قاء لا يفطر إنما الفطر مما دخل لا مما يخرج”

Dari Abu Hurairah bahawa ia berkata, “Apabila muntah maka tidaklah batal, kerana mengeluarkan bukan memasukkan.”

[Athar riwayat Bukhari dalam Tarikh Kabir (1/251) dan dalam Sahih Bukhari (1/27, Bab al-hijamah wal qayie li shoim)] dengan fatwa Abu Hurairah ini jelas menunjukkan hadis yg menyatakan batal puasa apabila muntah adalah dhaif ataupun mansukh krn ia bertentangan dgn fatwa sahih Abu Hurairah sendiri.

Hadith ini juga di dhaifkan oleh syaikh al-‘Ulwan, at-Torifi, Mahir Yasin al-Fahl, dan syaikh Thariq Iwadullah

Fiqh al-Hadis:

Adakah muntah sengaja atau tak sengaja membatalkan puasa?

Dr. Yusuf al-Qaradawi juga mendhaifkan hadis ini kerana ia didhaifkan oleh imam-imam huffaz hadis, dan menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi muntah samada dengan sengaja atau tidak sengaja tidak membatalkan puasa

Rujukan:

1- ‘athar ilal hadis fi ikhtilaf fuqaha’ oleh Dr Mahir Yasin al-Fahl

2- ‘Fiqh al-Taisir’ oleh Dr Yusuf al-Qaradawi

*

Kewajipan orang yang berilmu untuk memberitahu ilmu dan membetulkan kesalahan orang yang jahil. Samada ia mahu diperbetulkan atau tidak, ahli ilmu sudah berlepas tanggungjawab darinya.

Sabda Nabi saw : Sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka sesungguhnya dia telah menempah tempat duduknya di neraka. [ Muttafaqun Alaih]

Advertisements
By rajawalibiru Posted in Hadis

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s