[Hadis]Ramadhan:Rahmat, Pengampunan dan Pembebasan dari Api Neraka


Matan Hadis:

Wahai manusia, sungguh bulan yang agung telah datang (menaungi) kalian, bulan yang di dalamnya terdapat suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan, Allah menjadikan puasa (pada bulan itu) sebagai satu kewajiban dan menjadikan shalat malamnya sebagai amalan sunnah. Barangsiapa yang mendekatkan diri pada bulan tersebut dengan (mengharapkan) suatu kebaikan, maka sama (nilainya) dengan menunaikan perkara yang wajib pada bulan yang lain …. Inilah bulan yang awalnya adalah rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya adalah merupakan pembebasan dari api neraka ….”

——————

Hadis ini adalah sebahagian dari hadis yg panjang,iaitu hadis yg menceritakan bahawa pada akhir bulan Syaban dan bulan Ramadhan akan menjelang, Baginda memberi khutbah dan antara isi khutbah itu adalah tntg fadhilat Ramadhan, antaranya lafaz yg famous yg merupakan point khutbah itu ialah lafaz:
“…وهو شهر أوله رحمة ، وأوسطه مغفرة ، وآخره عتق من النار – dan dia (bulan Ramadhan) itu bulan yang awalnya Rahmat, pertengahannya Maghfirah(pengampunan), dan akhirnya adalah pembebasan dari api Neraka…”

Takhrij:

Riwayat Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya (hadis no. 1780), al-Baihaqi dalam Syuab al-Iman (hadis no. 3455)

Status:


Hadis ini TIDAK SAHIH. Ia dinilai Dhaif oleh para Jamaah A’immah Huffaz Hadis Salaf (Mutaqaddimun) sejak kurun 1-3 Hijrah lagi!
, antaranya ia dinilai Dhaif oleh:

1- Imam Ibn Khuzaimah:
Imam Ibn Khuzaimah sendiri telah men-Dhaif-kan hadis ini dalam Kitab Sahihnya (hadis no. 1780) , kata Imam Ibn Khuzaimah: “In Sahhal Khabar (jika benarlah khabar ini sahih / Jika benar khabarnya)”, dan sesungguhnya bentuk lafaz “In Sahhal Khabar” adalah salah satu bentuk pen-dha’ifan oleh Imam Ibn Khuzaimah. Ini adalah Manhaj/method yg digunakan oleh Imam al-Huffaz Ibn Khuzaimah dalam kitab Sahihnya, iaitu apabila beliau menyebut “In Sahhal Khabar” dlm Kitab Sahih Ibn Khuzaimah ia menunjukkan bahawa hadis itu Dhaif disinya

2- Imam Abu Hatim:
Hadis ini juga dinilai Tidak Sahih oleh al-Imam Huffaz Nuqqad Hadis Abu Hatim dalam ‘Ilal Ibn Abi Hatim (hadis no. 733), kata Imam Abu Hatim: “haza hadis Munkar (hadis ini Mungkar)”.

Wallahua’lam.

**

Kewajipan orang yang berilmu untuk memberitahu ilmu dan membetulkan kesalahan orang yang jahil. Samada ia mahu diperbetulkan atau tidak, ahli ilmu sudah berlepas tanggungjawab darinya.

Sabda Nabi saw : Sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka sesungguhnya dia telah menempah tempat duduknya di neraka. [ Muttafaqun Alaih]

Advertisements
By rajawalibiru Posted in Hadis

2 comments on “[Hadis]Ramadhan:Rahmat, Pengampunan dan Pembebasan dari Api Neraka

  1. emm aku tahu ini hadis dhaif tetapi ada beberapa perkara seperti bibliografi dan fadhilat amalan boleh digunapakai kan?

    dan aku lihat ini lebih kepada fadhilat. tapi apa pun thanks share 😀

  2. amal x salah, cuma org selalu dok kata ini hadis yg disandarkan pada Rasullulah. Jadi wajar dijelaskan kepada masyarakat… terima kasih atas perkongsian tuan rumah.. 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s