[Hadis]Sebelum tidur dan selepas tidur


1- Tidur dengan berwudhu’.

Nabi berkata kepada al-Bara’ bin `Azib, radhiya Llahu `anhu:

(إِذَا أَتَيْتَ مَضْجَعَكَ فَتَوَضَّأْ وَضُوءَكَ لِلصَّلَاةِ، ثُمَّ اضْطَجِعْ عَلَى شِقِّكَ الْأَيْمَنِ)

<Apabila kamu mendatangi tempat tidur kamu, maka berwudhu’lah dengan wudhu’ kamu untuk bersalat, kemudian baringlah di atas rusuk kamu yang kanan> [Al-Bukhariy/ 6311] [Muslim/ 2712]

2- Membaca Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas sebelum tidur.

Daripada `A’isyah radhiya Llahu `anha:

(أَنّ النَّبِيَّ كَانَ إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ كُلَّ لَيْلَةٍ جَمَعَ كَفَّيْهِ، ثُمَّ نَفَثَ فِيهِمَا، فَقَرَأَ فِيهِمَا: قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ وقُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ وقُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ ثُمَّ يَمْسَحُ بِهِمَا مَا اسْتَطَاعَ مِنْ جَسَدِهِ، يَبْدَأُ بِهِمَا عَلَى رَأْسِهِ وَوَجْهِهِ وَمَا أَقْبَلَ مِنْ جَسَدِهِ، يَفْعَلُ ذَلِكَ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ )

Bahawa Nabi saw apabila dia mendatangi katilnya setiap malam, dia mengumpulkan dua tapak tangannya, kemudia dia menghembus pada kedua-duanya, dan dia membaca pada kedua-duanya: Qul huwa Llahu ahad, dan Qul a`uzu birabbi l-falaq, dan Qul a`uzu birabbi n-nas. Kemudian dia menyapu dengan kedua-duanya apa yang dia mampu daripada tubuhnya, dia bermula dengan kedua-duanya di atas kepalanya dan mukanya dan apa yang sampai daripada tubuhnya. Dia melakukannya tiga kali. [Al-Bukhariy/ 5018]

3- Membaca takbir, tasbih dan tahmid apabila masuk tidur.

`Aliy meriwayatkan bahawa Rasulu Llah berkata kepada Fatimah ketika Fatimah meminta agar Nabi memberikannya seorang pembantu:

(أَلَا أَدُلُّكُمَا عَلَى مَا هُوَ خَيْرٌ لَكُمَا مِنْ خَادِمٍ؟ إِذَا أَوَيْتُمَا إِلَى فِرَاشِكُمَا أَوْ أَخَذْتُمَا مَضَاجِعَكُمَا، فَكَبِّرَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ، وَسَبِّحَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ، وَاحْمَدَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ، فَهَذَا خَيْرٌ لَكُمَا مِنْ خَادِمٍ)

<Mahukah saya tunjukkan kamu berdua terhadap apa yang lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang pembantu? Apabila kamu berdua mendatangi katil kamu berdua, atau kamu berdua mengambil tempat tidur kamu berdua, maka bertakbirlah 33 kali, dan bertasbihlah 33 kali dan bertahmidlah 33 kali. Maka ini adalah lebih baik bagi kamu berdua daripada seorang pembantu> [Al-Bukhariy/ 6318]

NOTA: Bertakbir ialah menyebut Allahu akbar. Bertasbih ialah menyebut Subhana Llah. Bertahmid ialah menyebut Al-hamdu liLlah.

4- Berdoa ketika bangun dari tidur.

`Ubadah bin As-Samit radhiya Llahu `anhu meriwayatkan bahawa Nabi berkata:

(مَنْ تَعَارَّ مِنَ اللَّيْلِ فَقَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، الْحَمْدُ لِلَّهِ وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ، ثُمَّ قَالَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي أَوْ دَعَا اسْتُجِيبَ لَهُ، فَإِنْ تَوَضَّأَ وَصَلَّى قُبِلَتْ صَلَاتُهُ )

<Sesiapa bangun ketika malam dan dia berkata: La ilaha illa Llahu wahdahu la syarika lah, lahu l-mulku walahu l-hamd, wahuwa `ala kulli syay’in qadir, al-hamdu liLlah, wasubhana Llah, wala ilaha illa Llahu waLlahu akbar, wala hawla wala quwwata illa biLlah (Tiada Tuhan melainkan Allah sendirian-Nya, tiada sekutu bagi-Nya, kepunyaan-Nya kerajaan, dan bagi-Nya pujian, dan Dia – di atas setiap sesuatu – adalah berkuasa. Pujian untuk Allah, dan Maha Suci Allah, dan tiada Tuhan yang melainkan Allah, dan Allah Maha Besar, dan tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan Allah). Kemudian dia berkata: Allahumma ghfir li (Ya Allah, ampunkan untuk saya), atau dia berdoa, akan dijawab baginya. Maka jika dia berwudhu’ dan bersalat, diterima salatnya> [Al-Bukhariy/ 1154]

5- Berdoa ketika bangun dari tidur.

Daripada Huzayfah bin Al-Yaman radhiya Llahu `anhu, Nabi berkata apabila bangun:

(الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ )

<Al-hamdu liLlahi llazi ahyana ba`da ma amatana wa’ilayhi n-nusyur (Pujian untuk Allah yang telah menghidupkan kami selepas apa yang Dia telah matikan kami, dan kepada-Nya pengembalian)> [Al-Bukhariy/ 6312]

6- Mendengus apabila bangun tidur

Abu Hurayrah berkata, bahawa Nabi berkata:

(إِذَا اسْتَيْقَظَ أَحَدُكُمْ مِنْ مَنَامِهِ ، فَلْيَسْتَنْثِرْ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ ، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَبِيتُ عَلَى خَيَاشِيمِهِ )

<Apabila seseorang daripada kamu bangun daripada tidurnya, maka hendaklah dia mendengus tiga kali. Maka sesungguhnya syaytan bermalam di atas lubang-lubang hidungnya> [Muslim/ 241]

NOTA: mendengus ialah mengeluarkan air dari hidung dengan laju setelah memasukkannya.

Wassalam. Selamat beramal.

Advertisements
By rajawalibiru Posted in Hadis

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s