[Hadis]Rejab Bulan Allah?


Seminggu lamanya blog ini tidak ber’update‘. Maaf, aku ditelan kesibukan. Adikku, Amir Hamzah baru sahaja sembuh selepas terpijak paku. Belum sempat sembuh pun, sudah berjalan seperti biasa. Aku agak kagum dengan semangat hidup seperti dia. My Private Counselor pula sudah bertunang. InsyaAllah, dia akan menjadi isteri dalam masa terdekat. Semoga Allah memberkati setiap ilmu, pengalaman yang dicurahkan kepadanya. Beberapa hari lepas, kami sekeluarga sibuk mengadakan sedikit majlis untuk abi dan umi. Ku kira semoga majlis itu menjadi acara tahunan untuk keluarga kami. Semoga Allah memberkati setiap rezeki yang jatuh ke riba keluarga ini. Amin.

Teruskan kepada tajuk entri tentang Rejab

“Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku.”

Ini adalah hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam. (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha‘if, m.s. 95, cetakan: Maktab al-Matbu‘at al-Islamiyyah, Halab, Syria). Nama penuh Ibn Jahdam ialah Ali bin Abdillah bin Jahdam al-Zahid.Ibn Jahdam meninggal pada tahun 414H. Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadis palsu mengenai solat Raghaib (iaitu solat pada Jumaat pertama bulan Rejab). (lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-‘Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5, m.s. 173, cetakan: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Beirut).

Sebab itulah al-Imam Ibn al-Salah (meninggal 643H) menyebut: Ada beberapa golongan yang membuat hadis palsu, yang paling bahaya ialah puak yang menyandarkan diri mereka kepada zuhud (golongan sufi).Mereka ini membuat hadis palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala. Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah (kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka.

Kemudian bangkitlah tokoh-tokoh hadis mendedahkan keburukan mereka ini dan menghapuskannya. Alhamdulillah. (Ibn al-Salah, ‘Ulum al-Hadis, m.s. 99)

*kredit kepada DrMAZA.

Selanjutnya tentang kelebihan bulan Rejab di sini.

Janganlah kita berhenti beramal kerana entri ini kerana ia merugikan. Sebenarnya, kita hanya perlu membuang anggapan tentang kelebihan bulan Rejab dan berhenti menyebarkannya. Dan asal hukum berpuasa adalah sunat. Semoga puasa di bulan Rejab dan Syaaban kita bukan kerana fadhilatnya, tetapi sebagai latihan rohani untuk Ramadhan yang bakal bertandang tidak lama lagi.

**

Sudah 2tahun 2 bulan aku menggunakan wordpress, setakat ini ia platform yang paling bagus berdasarkan pengalaman aku dalam berblog. Mungkin masuk tahun ke-3, aku akan cuba ke platform yang lebih mencabar. Ada beberapa platform yang aku jumpa dan aku sedang belajar dan terus belajar. Apa respon kalian?

Aku sedikit kecewa dengan negara FIS yang kalah dalam perlawanan permulaan. Aku harapkan sesuatu yang hebat dalam Piala Dunia kali ini. Kalau 4 tahun lepas, orang akan kenal Turki ,kerajaan Uthmaniah dan Sultan Abdul Hamid 2, tapi kali ini aku harap semoga orang mengenali Algeria, Islamic Front Salvation, Dr. Abbas Madani dan sewaktu dengannya.

Advertisements
By rajawalibiru Posted in Hadis

6 comments on “[Hadis]Rejab Bulan Allah?

  1. – رجب شهر الله وشعبان شهرى ورمضان شهر أمتى (أبو الفتح بن أبى الفوارس فى أماليه عن الحسن مرسلاً . [الديلمى عن أنس])

    حديث الحسن المرسل : ذكره الشوكانى فى نيل الأوطار (4/334) : وعزاه لأبى الفتح بن أبى الفوارس فى أماليه .

    حديث أنس : أخرجه الديلمى (2/275 ، رقم 3276)

  2. – رجب شهر الله وشعبان شهرى ورمضان شهر أمتى (أبو الفتح بن أبى الفوارس فى أماليه عن الحسن مرسلاً . [الديلمى عن أنس])

    حديث الحسن المرسل : ذكره الشوكانى فى نيل الأوطار (4/334) : وعزاه لأبى الفتح بن أبى الفوارس فى أماليه .

    حديث أنس : أخرجه الديلمى (2/275 ، رقم 3276)

  3. Berdoalah apa apa sahaja yang engkau ingin kan kecuali doa yang maksiat tak kira masa dan ketika, Allah tetap menyukainya walaupun doa tersebut tidak ma’thur, jangan disebab kan doa tersebut tidak sohih menyebabkan kita merasa takut dan berdosa untuk berdoa. akhir zaman ni ramai orang yang berilmu tapi tak mampu beramal.

  4. Berdoalah apa apa sahaja yang engkau ingin kan kecuali doa yang maksiat tak kira masa dan ketika, Allah tetap menyukainya walaupun doa tersebut tidak ma’thur, jangan disebab kan doa tersebut tidak sohih menyebabkan kita merasa takut dan berdosa untuk berdoa. akhir zaman ni ramai orang yang berilmu tapi tak mampu beramal.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s