Siri Adab 2 – SESEORANG ANAK TIDAK BOLEH MEMAKI IBU BAPANYA.


Sabda Nabi SAW:

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin Al-As r.anhuma, katanya: “ Rasul Allah SAW telah bersabda: “ Sesungguhnya antara-sebesar-besar dosa besar adalah seseorang itu melaknat ibu bapanya sendiri. ” Lantas ada orang bertanya: “ Wahai Rasul Allah, bagaimanakah seseorang itu boleh melaknat ibu bapanya sendiri? ” Baginda SAW pun menjawab: “ Seseorang itu memaki bapa orang lain, lalu orang itu memaki bapanya. Dia memaki ibu seseorang, lalu orang itu memaki ibunya. ” [Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tirmizi]

Huraian Hadis

Lafaz Bukhari ialah : “ Sesungguhnya antara-sebesar-besar dosa besar adalah seseorang itu melaknat ibu bapanya sendiri. ”

Manakala lafaz Muslim ialah : “ Antara dosa-dosa besar adalah perbuatan seseorang yang memaki ibu bapanya sendiri. ”

Lafaz Bukhari menunjukkan bahawa dosa-dosa besar itu mempunyai tahap-tahap berbeza dan sebahagiannya lebih besar daripada sebahagian yang lain. Ini merupakan pandangan majoriti para ulama.

Melaknat, memaki dan mencaci merupakan antara dosa-dosa besar dan antara sebesar-besar dosa besar, kerana perbuatan tersebut adalah satu bentuk penderhakaan. Ia juga merupakan suatu perbuatan buruk dalam membalas jasa ibu bapa. Ia juga sebagai tindakan tidak berterima kasih dan mengingkari hak ibu bapa.

Lantas ada orang bertanya: “ Wahai Rasul Allah, bagaimanakah seseorang itu boleh melaknat ibu bapanya sendiri? ”

Orang yang bertanya tersebut merasa pelik dan tidak munasabah bahawa seseorang anak akan melakukan perbuatan itu kepada ibu bapanya sendiri, kerana sifat semulajadi manusia yang normal enggan melakukannya.

Lalu Nabi SAW menjawab sambil menerangkan bahwa biasanya si anak itu menjadi punca kepada ibu bapanya dicaci, sekalipun dia tidak mencaci mereka dengan mulutnya sendiri. Hal ini boleh berlaku dengan banyaknya.

“ Seseorang itu memaki bapa orang lain, lalu orang itu memaki bapanya. Dia memaki ibu seseorang, lalu orang itu memaki ibunya. ” [Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tirmizi]

Apabila telah dimaklumi bahawa telah menjadi punca kepada ibu bapa dilaknat dan dimaki merupakan antara sebesar-besar dosa besar, maka melaknat dan memaki mereka sendiri secara jelas adalah lebih berat.

Dalam Fathul Bari, al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani menyebut bahawa Ibnu Batthol berkata: “ Hadis ini merupakan dalil asas tentang Sadd Az-Zara’i.”

*Sadd Az-Zara’I ialah menghalang jalan atau punca yang boleh membawa kepada perkara haram.

Pengajaran Hadis

Daripada hadis ini, pengajaran yang kita dapat ialah:

  1. Setiap perkara yang membawa kepada sesuatu yang haram, adalah haram dilakukan, sekalipun pembuatnya tidak berniat untuk melakukan perkara yang haram. Dalil asas kepada hadis ini ialah firman Allah dalam Surah Al-An’am ayat 108 :

“Dan janganlah kamu mencerca benda-benda yang mereka sembah selain daripada Allah SWT. (Jika kamu mencercanya), mereka akan mencerca Allah secara melampaui batas tanpa sebarang pengetahuan… ”

Berdasarkan hadis ini, Al-Mawardi mengeluarkan hukum melarang menjual sutera kepada lelaki yang diyakini akan memakainya. Dan juga, haram menjual anggur kepada orang yang diyakini akan menggunakannya untuk membuat arak.

  1. Berhubung pengajaran hadis ini, Syeikh Abu Muhammad  bin Abi Hamzah berkata:
    1. “ Dalam hadis ini terdapat dalil bahawa betapa besarnya hak kedua ibu bapa.”
    2. Dalam hadis ini juga terdapat dalil bahawa sesiapa yang memaki bapa orang lain, maka orang itu boleh memaki bapanya. Boleh juga dia tidak membalas, tetapi kebiasaanya dia akan membalas seumpama kata-kata yang dilempar kepadanya. ”
    3. Hadis ini juga menunjukkan bahawa pelajar boleh meminta penjelasan daripada gurunya mengenai kata-kata yang tidak jelas baginya. Dalam hadis ini disebut: “Lantas ada orang bertanya: “ Wahai Rasul Allah, bagaimanakah seseorang itu boleh melaknat ibu bapanya sendiri? ”
    4. Hadis ini mengesahkan wujudnya dosa-dosa besar.
    5. Hadis ini juga menunjukkan bahawa asal (iaitu ibu bapa hingga ke atas) mengatasi cabangnya ( iaitu anak hingga ke bawah) berdasarkan kedudukan asalnya dengan beberapa sifat. Menderhakai ibu bapa adalah salah satu daripada sebesar-besar dosa besar, sekalipun anak itu lebih hebat kerana memiliki sifat-sifat mulia yang tidak dimiliki oleh ibu-bapanya.

Penutup

  1. Hendaklah kita menutup segala punca yang boleh membawa kepada perkara yang menyakiti ibu bapa, sekalipun kita tidak berniat begitu.
  2. Orang yang memiliki sifat yang normal tidak akan memaki ibu bapanya sendiri. Sememangnya, tiada orang yang mahu memaki ibu bapanya sendiri.

Wallahua’lam

Sumber – Kitab Al-Adab

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s