Ciri-ciri Penghuni Syurga


Allah berfirman dalam Al-Qurannya yang mulia,

Dan (ingatkanlah pula hari) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa, di tempat yang tidak jauh (dari mereka).(Serta dikatakan kepada mereka): “Inilah yang dijanjikan kepada kamu, – kepada tiap-tiap hamba yang sentiasa kembali (kepada Allah dengan mengerjakan ibadat), lagi yang sangat memelihara dengan sebaik-baiknya (segala hukum dan peraturan Allah);”(Iaitu) orang yang takut (melanggar perintah Allah) Yang Maha Pemurah, semasa tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Allah, serta ia datang (kepada Allah) dengan hati yang tunduk taat“. [Surah Al-Qaf ayat 31-33]

Dari ayat di atas, Allah SWT menjelaskan kepada kita bahawa dia mendekatkan syurga kepada orang-orang yang bertaqwa. Orang yang bertaqwa mempunyai ciri-ciri yang berikut;

1.Awwab

Iaitu kembali kepada Allah dari kemaksiatan. Kembali mengingati Allah selepas lalai kepadaNya.

Ubaid bin Umair r.a. berkata, awwab ialah orang mengingati dosa-dosanya lalu beristighfar dan bertaubat.

Imam Mujahid pula berkata, awwab ialah orang mengenangkan dosanya ketika sendirian kemudian dia bertaubat kepada Allah.

Sa’id bin Musaiyyib r.a berkata tentang awwab, awwab ialah orang berbuat dosa, kemudian dia bertaubat kemudian berbuat dosa dan bertaubat kembali.

2.Hafiiz

Iaitu menjaga semua suruhan Allah. Ibnu Abbas r.a. mengungkaikan maksud “ menjaga semua suruhan Allah ” iaitu memelihara apa yang diamanahkan oleh Allah kepadanya dan apa sahaja yang difardukan keatasnya.

Qatadah r.a. pula memberi maksud tentangnya, iaitu  “ Memelihara semua hak Allah bererti memelihara semua hak nikmat Allah padanya. ”

Nafsu itu memiliki dua kekuatan, iaitu kekuatan untuk meminta dan kekuatan untuk menahan. Awwab menggunakan kekuatan untuk meminta diri seseorang itu kembali kepada redha dan taat kepada Allah, manakala seorang yang hafiz pula memakai kekuatan untuk menahan dirinya dari melakukan maksiat kepada Allah dan larangan Allah SWT.

Dengan kata lain, Awwab ialah seorang yang sentiasa maju menuju ketaatan, bertambah jalannya kepada ketaatan kepada Allah, sedangkan hafiz pula ialah orang yang menahan diri dirinya dari segala yang dilarang oleh Allah SWT.

3.Man Khashiya Ar-Rahman Bil Ghaib

Maksudnya seorang yang takut pada Allah yang Maha Pemurah sedangkan tuhan itu ghaib (tidak nampak) olehnya.

Ayat ini mencakupi semua perkara tentang wujudnya Allah, Tauhid Rububiyyah, Qudrah Allah, ilmunya serta pengawasan Allah SWT terhadap semua tingkah laku hamba-hambaNya, di samping beriman kepada Al-Kitab, Rasul pilihanNya, perintah dan laranganNya, janji dan ancamannya.

Seorang mukmin yang bertaqwa sentiasa merasakan Allah itu dekat dengannya dan sentiasa memerhatikan dirinya.

4.Ja’a Bi Qalbin Muniib

Seorang mukmin yang datang kepada Allah dalam keadaannya yang sudah bertaubat.

Ibnu Abbas r,a. berkata, maksudnya ialah datang dengan hati yang kembali kepada Allah dari kemaksiatan. Kerana hakikat inabah itu ialah menghadap seluruh jiwa kepada ketaatan kepada Allah, mencintainya dengan sepenuh jiwa dan memperhatikan kekuasaannya.

Itulah 4 ciri penghuni syurga yang dijelaskan oleh Allah SWT dalam surah Qaf ayat 31-33, seterusnya Allah memasukkan mereka ke dalam syurga seperti firmannya dalam ayat 34-35.

(Mereka dipersilakan oleh malaikat dengan berkata): “Masuklah kamu ke dalam Syurga dengan selamat sejahtera; hari ini ialah hari (bermulanya) kehidupan yang kekal”. Mereka beroleh apa yang mereka kehendaki di situ, dan di sisi Kami ada lagi tambahan (limpah kurnia yang tidak terlintas di hati mereka). [Qaf ayat 34 dan 35].

Akhirnya, Allah mengingatkan kepada kaum beriman tentang nasib-nasib kaum terdahulu dalam ayat 36,

Dan berapa banyak kaum-kaum (yang ingkar) yang terdahulu daripada orang-orang musyrik Makkah itu Kami telah binasakan. Kaum-kaum itu lebih kekuatannya (dan kehandalannya) daripada mereka, lalu kaum-kaum itu keluar mencari perlindungan di merata-rata negeri. (Meskipun demikian keadaannya) dapatkah (mereka) menyelamatkan diri?[ Qaf ayat 36]

Sumber – Kitab Al-Fawaaid oleh Ibnu Qayyim Al-Jauzi

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s